Pages

Wednesday, December 9, 2009

Snowman

Memperkenalkan snowman Malaysia-Lincoln...

Tadaa.....

Helo! Nama saya Malcoln (Malaysia-Lincoln) sengihnampakgigi


Hehe..itu la kerja kami siang tadi. Masing-masing tak sabar nak tunggu cuti semester + krismas. Kebetulan University of Nebraska-Lincoln, UNL tutup 2 hari (semalam dan hari ni...esok tak tau la masih ditutup ke tidak) gara-gara ribut salji dan ketebalan salji yang mencecah 10 inci! Sek Yee la pencetusnya. Semalam dia ajak kami semua buat snowman pukul 9 pagi esoknya (pagi tadi) tapi akhirnya ditunda ke jam 10.30 pagi.

Ingatkan tak jadi dah join diorang sebab pukul 9 pagi tadi Safiyyah masih lena diulit mimpi. Kul 9.30 baru dia bangun. Then kena tunggu dia makan biskut pulak. Udah le lambat benar dia nak menghabiskan setengah keping biskutnya tu (memang bagi setengah keping je dulu, kalau dia minta lagi baru bagi setengah lagi). Mana tak...sebelum makan dia akan belek-belek dulu biskutnya tu...dah lama pastu baru disua ke mulutnya. Haih...entah apa pesennya makan biskut pun tak tau la. Boleh berjanggut (papanya la kalau berjanggut pun sengihnampakgigi) kalau tunggu dia makan biskut.

Lepas tu mandikan dia...sekejap aje sebab sejuk lagipun lepas tu nak main snow pulak. Melalak-lalak dia sebab tak puas mandi (read: main air!). Lepas tu breasfeed dia pulak...memang lambat la kami keluar rumah pun (macam la nak gi tempat jauh, padahal nak ke tingkat bawah je jelir). Sangka kami, kami la orang terakhir yang sampai di rumah Hafiz/Izza macam selalunya, rupanya yang kedua selepas Sek Yee.

Sementara tunggu si bujang bertiga (Muzammil, Suhaizi, Syafiq) sampai, kami melantak nasi lemak dulu. Cooked by Izza. Terima kasih daun keladi ye...nanti jamu la lagi ye senyumkenyit. Perut dah kenyang pun bujang bertiga tu tak sampai-sampai lagi! Sebelum tu duk fikir yang diorang lambat sebab susah nak berjalan (salji tebal sangat...memang susah betul nak melangkah) tapi lambat diorang terlampau lambat pulak. Rupanya, on the way ke rumah Hafiz/Izza, diorang duk bergambar sakan lak! Adeh...sabar je la. Nak dekat kul 12 baru la diorang sampai.

Menjamu selera~


Safiyyah masa tu dah mengamuk-ngamuk dah sebab masa tu memang nap time dia. Kena la balik rumah tidurkan dia! Masa diorang duk buat snowman, memang saya takde la...tak dapat nak berseronok-seronok nangih. Setengah jam pastu suami saya balik dan kebetulan pulak Safiyyah terjaga. Terus dia ajak bergambar di bawah menari.

Kanak-kanak riang ria jelir


Masa kami turun tu, semuanya dah duk dalam rumah Hafiz-Izza dah. Nasib baik la Suhaizi sudi tolong ambilkan gambar kami bertiga. Lepas tu sorang-sorang pulak keluar...tak puas bergambar dan main salji lagi agaknya sengihnampakgigi. Dalam pada tu masing-masing duk bising...

"Wei..cepat la..aku nak beku dah ni!" ihikhik

Hehe...kalau dah namanya orang Asia tu...memang Asia la! Memang tak tahan duk luar lama-lama walaupun pakai baju berlapis-lapis dengan glove dan snowcap semua tu. Sejuk ya amat!

Mujur juga mood Safiyyah ok. Senyap aje dia sepanjang duk luar tu. Mungkin dia rasa pelik kot sebab terasa sejuk je kat muka. Sebelum keluar rumah meronta-ronta dia sebab tak selesa pakai baju berlapis-lapis dan tebal. Kesian lak tengok dia tapi nak tak nak memang la kena dipakaikan baju yang berlapis-lapis. Mujur tak lama lepas tu dia ok senyum.

Our little red riding hood with Malcoln senyumkenyit


Us with Malcoln kenyit


Just the three of us


Hafiz's family and Wan Zaki's family love


Moms and daughters love


All of us kenyit


p/s: hilang dah gian nak main salji ihikhik

23 comments:

  1. Salam Nadiah..

    Akak tumpang seronok tgk Nadiah and geng main salji ni..tp geram la tgk pic little red riding hood ngan snowman..sama2 cute!

    ReplyDelete
  2. wawawa..
    sampai gak hajat nk tgk safiyyah ngn snowmn..hahaha
    best nyerr tgk org maen salji..
    isyh3..jeles la plk..huk3.

    ReplyDelete
  3. chomeyl snowman...comel mcm safiyyah ehehe

    ReplyDelete
  4. ummu ammar: hehe..little red riding hood tu baru bgn tido je pun :D

    meen: meh la sini ;)

    yatie: snowman rambut cacak2..ngee~

    ReplyDelete
  5. kita gak yg gian nak main salji ni! huhuhuhu...

    ReplyDelete
  6. bestnya main salji. teringin jugak. bilalah dapat gi negara yg bersalji...

    tak kebas ke tangan masa buat snowman tu?

    ReplyDelete
  7. ummumishkah: huhu..tak dpt nk membantu..

    ibu emy: sy tak buat sbb ms tu kat rmh duk tidokn safiyyah. rsnya kebas jgk la tgn diorg...wpun pakai glove..mmg takleh tahan

    ReplyDelete
  8. Slm prkenalan..
    alin trtarik tgk pic nie dr facebook..try click n jumpe blog nie..syoknyerr dpt main salji..

    safiyyah n the geng comei sgt dgn costume bj sejuk..

    ReplyDelete
  9. suker sgt pic in title moms n doughter together..

    dlm kesejukan sempat agi titonn haha

    ReplyDelete
  10. Mr Snowman, pls come here!!! Panas sangat here...but maybe U'll melt down just b4 reaching here! kekeke..

    Safiyyah is sooooo sweet! So do the other BB!!! Geram tengok...wanna pinch both of them jer la! ;)

    ReplyDelete
  11. bestnya dapat main salji.... pos skit sini salji lincoln..
    safiyyah cool ja duduk dekat snowman...
    comel tul..

    ReplyDelete
  12. alynnz: salam perkenalan. terima kasih ye sudi ke sini. hehe..baby semuanya comel :D

    love: snowman kata dia takut panas..sbb nnt dia cair. ekeke..

    husna: tu la..safiyyah tak bergerak lgsg duk atas salji tu :D

    ReplyDelete
  13. yey!!!!!gemukknyer malcoln...hihihi

    ReplyDelete
  14. erm...sy cume nk cakap, muke safiyyah mcm belon bile pakai merah..hehe...tapi shomel..^_^

    ReplyDelete
  15. Cute sungguh Safiyyah! Comel!Tak takut snow :p

    * bila tengok gambar safiyyah dengan snowman tu... teringat 15 tahun dulu - anak kak e si kakak - jangankan nak letak sebelah snowman camtu, letak je kaki dia atas snowpun dia dah melolong-lolong - orang lain tengok - nampak sangat jakun hehehehe

    ReplyDelete
  16. za: mcm belon merah ye? hehe..

    umi e: la..ye ke si kakak takut salji..dia pelik agaknya kot tgk putih aje semua..hehe

    ReplyDelete
  17. Assalamuaalaikum.
    Salam perkenalan, sis Nadiah.

    ReplyDelete
  18. bestnyer tengok nadiah & family main snow... saffiyah pun dah tembam ek... comel sgt, geram jer nak gigit pipi dia tu.. :)
    sorilah, dah lama tak masuk blog nadiah, akak bz giler..

    ReplyDelete
  19. seronoknya main salji... kat sini baru nak mula turun minggu ni... v(^_^)

    ReplyDelete
  20. frida: waalaikumussalam wbt. salam perkenalan kembali. terima kasih sudi ke sini :)

    dora: nadiah pun rs nk gigit kuat2 je pipi dia tu..nasib baik ingt dia bkn doll. hehe..

    fakhrul: enjoy the snow! hihi..

    ReplyDelete
  21. comelnya malcoln! ahaha.. (baru semalam kami tgk malcolm in the middle).. hihi..

    oh ya, mu x balik KL...?

    ReplyDelete
  22. zuhaini: duk bg nama malcoln tu sbb teringt malcolm in the middle tu la..hehe. tiket flight mahal la..kalau murah, mmg blk

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^