Pages

Monday, March 29, 2010

29 Mac datang lagi...2nd Anniversary..

Hari ni, 29 Mac 2010, genaplah 2 tahun usia pernikahan kami. Alhamdulillah. Kecil je angka 2 tu. Bak kata orang, baru setahun jagung. Banyak lagi yang kami perlu pelajari selok-belok alam rumah tangga dan masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Mudah-mudahan hendaknya hubungan kami diberkatiNya, berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertemu semula di syurgaNya...ameen...

Tanggal 29 Mac 2008...


Sebelum akad nikah; saya tandatangan borang nikah sebelum khutbah nikah dimulakan


Masa nak akad. Jurunikah ajar ayah saya dan suami saya macam mana nak lafaz akad kenyit. Beberapa kali lafaz, baru sah sebabnya ayah saya gugup (bukan pengantin lelaki je gugup, bakal ayah mertua pun gugup jugak tau...al-maklum la risau nak lepaskan satu-satunya anak daranya kat orang lain senyumkenyit)..asyik tersalah aje...habis je majlis, mak saya gelak-gelak je sambil kata, "Tu la..kan dah suruh berlatih dah sebelum ni...tak nak, kata senang aje". Ayah saya sengih je sengihnampakgigi


Lafaz ta'liq. Sebak sangat masa ni. Yang buat bertambah sebak tu, suami saya hampir tak dapat lafazkan ta'liq tu sebab dia pun menahan sebak. Beberapa kali dia cuba sebut satu-persatu lafaz tu...tersekat-sekat...sampai dia tak mampu menyebutnya...terhenti sekejap lepas beberapa ayat. Suasana yang sebelum tu meriah tiba-tiba jadi sunyi sepi. Terharu pun ada jugak masa ni. Ni la pertama kali saya tengok suami saya menangis. Lepas suami saya dapat redakan perasaannya, baru dia lafazkan semula...masih tersekat-sekat tapi alhamdulillah dapat juga dihabiskan..


Pemberian mas kahwin, pembatalan wudhu' dan sarung cincin


Bersalaman dengan mak ayah dan mertua. Sedondon coklat tu, mak ayah saya. Bertudung hijau dan berkemeja belang-belang tu mertua saya senyum


Berdua love
Ramai yang kata muka kami macam adik-beradik tapi puas saya tilik...tak nampak-nampak pun tang mana yang irasnya muka kami ni fikir


p/s: duk tengok balik gambar-gambar tu rasa macam baru semalam je kahwin senyumkenyit

36 comments:

  1. happy anniversary nadiah :)

    from mamazakwan a.k.a nadia :P

    ReplyDelete
  2. Nadiah~

    Skjpnye dh 2 tahun! Nnt si kecik tu plak yg dua tahun eh? hehehe..

    Slmt melayari alam rumah tangga dgn smgt waja! InsyaAllah baitul muslim yang berlandaskan pada jalanNya mampu memberikan contoh yang terbaik pada mereka yang di luar sana~ :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 2..
    Moga ikatan hati kan terus berkekalan hingga syurga.. :)

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru kak nadiah;)

    ReplyDelete
  5. hepi 2nd anniversary tuk kak nadiah dan abg zaki..
    moga sentiasa dirahmati allah dan berkekalan bahagia hingga hujung waktu.

    semperna anniversary kak nadiah ni, husna pon carik balik cd gambaq kenduri kak nadiah..tengok balik...

    ReplyDelete
  6. uih...muda belia lagi nih... sama padan laki bini... patutla ank dia pon comey...

    happy anniversary...moga bahagia ke akhir hayat

    ReplyDelete
  7. salam ulangtahun perkahwinan utk nadiah n suami...
    smoga saling memberi dan menerima seadanya..sabar itu perlu,redho itu ilmu dan doa itu penentu...

    ReplyDelete
  8. happy anniversary. moga2 kekal ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  9. happy anniversary. Sweetnya masa kahwin tu.. :) Moga sentiasa dlm rahmat Allah dan kekal hingga hujung nyawa. Amin.

    ReplyDelete
  10. mabrukalaikum, sanah helwah...comell dua2, nadiah ur look familliar to me...tapi xleh nk recall..budak taayah ker?or uia?suami amik course apa kt sana...alla mcm inspector syahab plakkk...

    ReplyDelete
  11. tahniah,,perkahwinan sudah mencapai usia dua tahun..semoga cinta kalian bersemarak hingga ke syurga..insyaAllah

    ReplyDelete
  12. Nadiah..Sanah helwah buat kalian berdua. Semoga dilindungi Allah sentiasa, murah rezeki dan zuriat jua kekal bahagia di dunia mahupun di akhirat..

    A few years gone..more to go..moga tabah!..

    ReplyDelete
  13. satu: tahniah kak nadiah yang manis. moga-moga terus manis selepas ini

    dua: memang muka kak nadiah and abg zaki macam adik-beradik. orang kata, muka seiras tu mmg ada jodoh

    tiga: 'duk tengok balik gambar-gambar tu rasa macam baru semalam je kahwin' <-- cumilnya ayat akak ni..(^^,)

    ReplyDelete
  14. Salam,
    selamat ulang tahun perkahwinan ke2, semoga diberkati-Nya. Ameen.

    ReplyDelete
  15. salam Nadiah..
    happy 2nd anniversary..mdh-mdhan kebahagiaan berkekalan ke ahir hayat..

    ReplyDelete
  16. waaah dah 2 tahun ye..kite pun bakal berusia 2 tahun jugak, ujung bulan mei depan..hehe..

    happy 2nd anniversary nadiah..mmg ada nmpk iras cam adik beradik la..^_^

    ReplyDelete
  17. tahniah...moga bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
  18. happy anniversary, moga berbahagia ke akhir hayat

    ReplyDelete
  19. happy anniversary kak.smg kekal bahagia.

    p/s:sgt comella akak ni..:)

    ReplyDelete
  20. Selamat ulang tahun kelahiran.... moga kebahagiaan mengiringi Nadiah dan keluarga hingga ke akhir hayat, dan semoga Safiyyah cepat2 dapat adik..hehe.

    ReplyDelete
  21. wah2 ummu safiyah mengimbas memori lalu la..kalau safiyah tngok mesti dia duk fikir2 kat mana safiyah waktu tu, huhu :)

    ReplyDelete
  22. nadiah, dah lama dah nk ckp mmg muka nadiah & husband serupa...tu maknanye jodoh panjang kata org tua2 :)

    mmg sama cantik sama padan...semoga berkekalan ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..slmt ulang thn yg ke 2..x celebrate ker? ulang thn alin yg ke2 bln mei yg akan dtg..nadiah n husband sedikit berisi larr dulu..pp nadiah tembam..btul kenangan ms akad nikah xkan dpt dilupakan..

    ReplyDelete
  24. happy anniversary nadiah... :) semoga berbahagiaa untuk selamanya... :)

    p/s: yang sama tu tang hidung an mulut... yep, memang macam adik beradik... :D

    ReplyDelete
  25. Dah lupe dah isi lafaz ta'liq tu..tapi perlu ker lafaz tu...macam tak perlu jer...contohnyer...kalau dalam lafaz tu terdapat perkataan macam ni " Jika aku meninggalkan isteri ku selama 3 bulan berturut2 tanpa nafkah zahir dan batin maka jatuhlah....bla...bla..."

    Sedangkan ada ketikanya suami bertugas tanpa pulang selama berbulan2 seperti tentera operasi di hutan selama 3 atau 6 bulan...kan...kan...

    ReplyDelete
  26. nadiah,
    belated annivesary.. sweet aje nadiah.. sama je mcm skrg ni...
    memang nampak seiras nadiah... tuan punya bdn memang tak nampak... ;)

    kakyong doakan semoga berbahagia selalu & meriah dgn gelak tangis anak2... ;)

    ReplyDelete
  27. salam

    kak nadiah,org cakap muka yg ada iras2 tu yg berjodoh kuat.Sendiri mmg tak perasan.Sbb muka kakak & abg ipar saya pun org cakap ada iras2 jugak.

    Tahniah.moga kekal sampai syurga..tiba2 teringat pasal cerita kak nadiah zaman2 duk usm dulu.

    ReplyDelete
  28. Salam kak nadiah..hepi anniversary..semoga berkekaln hingga akhirnya..bile nk bg adik kat safiyah?hehhe

    ReplyDelete
  29. nadiah,
    happy 2nd anniversary..moga terus kekal bahagia dan hidup sentiasa dlm rahmat Nya..

    ReplyDelete
  30. terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian...mdh2an makbul la segala doa yg baik2 tu..ameen..

    ummu umar: sy bkn bdk taayah mahupun uia. muka saya ada iras sape2 yg ummu umar kenal kot :). suami ambil bidang entomologi (kaji serangga)..

    studioukm: bagus jgk suami sy diminta lafaz ta'liq dulu..dpt tgk dia dia menangis..hihi..

    ReplyDelete
  31. Nadiah

    Happy Anniversary!

    Moga lebih berbahagia lagi di samping suami dan anak :D

    ReplyDelete
  32. salam nadiah...selamat ulangtahun perkahwinan yea!!tahniah..smoge hidup nadiah bersama suami & safiyyah lebih ceria dan bahagia selamanya..

    ReplyDelete
  33. lambat wish.
    hepi anniversary to nad n hubby.
    soklan cepu berlian : bila saffiyah nk dapat adik? ahaks...

    ReplyDelete
  34. terima kasih sanaa, ibunafis & ummi nor! ;)

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^