Pages

Sunday, February 28, 2010

Safiyyah dan tertidur; tak dapat dipisahkan

Lena!


Gambar tu saya snap semalam. Tengah-tengah main tu boleh dia tertidur! sengihnampakgigi Sebelum tu saya nak tidurkan dia...saya susukan la dia. Menyusu sekejap je terus dia bangkit balik nak main. Padahal saya tau dia mengantuk, memang nap time dia pun. Suka betul 'lawan' mata. Kadang-kadang saya pura-pura tidur, dengan harapan dia akan tidur jugak tapi kadang-kadang je la berkesan *duk pura-pura tidur, umminya sempat terlena sebab lama sangat nak tunggu dia tidur sama ihikhik*


*Zoom out*
Sebelum tu Safiyyah duk main tepi tilam tu (kami takde katil, hanya ada tilam je
kenyit), tengok-tengok terlena dah dia. Orang berbantalkan bantal, dia berbantalkan tilam sengihnampakgigi


Ni bukan kali pertama dia tertidur. Sebelum-sebelum ni pernah juga macam tu...

Ni masa Safiyyah 9 bulan. Tertidur masa tengah makan biskut. Biskut tu tak jatuh-jatuh pun daripada tangannya sampai la dia tersedar balik senyumkenyit


Ni pulak masa 10 bulan. Terlelap masa umminya tengah suapkan bubur nasi. Lama jugak dia tidur. Bangun-bangun tidur, sambung balik makan sengihnampakgigi


Dulu-dulu selalu tergelak tengok aksi macam ni kat TV dalam rancangan Funniest Home Videos. Sekarang ni boleh tengok secara live senyumkenyit


p/s: gigi ke-4 Safiyyah dah keluar! Sekarang ni ada 2 batang gigi bawah dan 2 batang belah atas. Dah mula balik dah hantuk-hantuk kepala kat dinding adus. Menggigit pun ikut mana dia suka je...setakat ni peha dan tangan dah jadi mangsa gigitan Safiyyah. Tajam sungguh giginya! penat

Saturday, February 27, 2010

Takde akal!

Eii..tak tau la manusia jenis apa yang sesuka hati sepak terajang anak kecil macam bola sepak! Apa la kudrat yang ada pada budak 3 tahun nak melawan dan pertahan diri daripada terus ditendang??? Tenaga lelaki...tahu je la macam mana. Kalau kita ni kena sepak sekali pun dah rasa sakit yang amat...inikan pulak budak sekecil tu. Tak puas dengan tu, dipijak, dipukul dan ditamparnya budak tu! Tak berperikemanusiaan langsung!

(arwah) Syafia Humairah
sumber gambar: Berita Harian Online



Sakit hati sungguh baca berita pasal arwah Syafia Humairah yang jadi mangsa seorang lelaki yang takde akal! Harapnya cepat la lelaki yang takde akal tu ditangkap dan dijatuhkan hukuman setimpal.


Berita Harian Online: Didera sampai mati, Azab Syafia

MyMetro: Perangai binatang

Utusan Online: Kanak-kanak tiga tahun mati dipercaya didera teman lelaki ibu, Syafia alami kecederaan parah, Saksi lihat Syafia dicampak, dipijak


p/s: dalam pada tu sedih juga bila baca pasal ibu mangsa yang bersekedudukan dengan teman lelakinya yang takde akal tu sehingga mengandung dan melahirkan anak luar nikah sedih. Tak tahu nak kata apa dah...

Monday, February 22, 2010

Hasil seni Safiyyah

Persembahkan hasil seni pertama Safiyyah...

Tadaa..

drawing1Tajuk lukisan: Padang rumput
Tarikh dilukis: 19 Februari 2010
Masa melukis: 10.45 PM (pukul 9 lebih dah tidur dah tapi terjaga dapat ilham tiba-tiba
rindu, terus bangun dan berkarya kenyit) *yang sebenarnya terjaga sebab dengar suara papanya yang baru balik dari ofis..ehe*


drawing2Ni lukisan kedua
Tajuknya: Hijau yang mendamaikan



Kedua-duanya bertemakan warna hijau sebab Safiyyah rindu nak tengok rumput dan pokok berdaun hijau senyumkenyit. Sabar ye Safiyyah sayang...lebih kurang sebulan je lagi winter nak berakhir...nanti kita main kejar-kejar atas rumput ye.. kenyit


Khusyuk melukis. Papanya pun sibuk nak lukis sama sengihnampakgigi



Aksi Safiyyah melukis senyumkenyit

Sunday, February 21, 2010

Lunch at hubby's office

Date: February 12 & 19, 2010 (Friday)
Time: 12 noon
Venue: Basement Graduate Student Room (hubby's office)

Officemate suami saya pakat buat jamuan tengahari hari Jumaat untuk 2 minggu berturut-turut. Saje suka-suka, takde keraian apa-apa pun. 12 Februari tu Justin dan Ana Maria yang bawa makanan, dan Jumaat baru ni (19/2) turn suami saya dan Silvana pulak.

Saya hanya buat bihun goreng je untuk lunch tu. Suami yang minta saya buat bihun, saya hanya mengikut perintah je senyumkenyit. Silvana awal-awal lagi pesan jangan bawak makanan pedas sebab dia dah terkena sekali dulu masa makan bihun tomyam kat rumah kami. Saya masa tu dengan yakin kata tomyam tu tak pedas sebab suami saya sendiri kata tak pedas (suami tak makan pedas). Rupanya pedas bagi Silvana! Kesian tengok dia masa tu...merah-merah mukanya makan tomyam sengihnampakgigi. Nak kata tergigit cili padi, tak mungkin la sebab saya blend sekali cili tu. Bukannya banyak pun cili padi yang saya letak (letak banyak-banyak, awal-awal lagi confirm kena sound dengan suami jelir).

bihun gorengBihun goreng yang dijamin tak pedas kenyit. Bihun style ni bukan kegemaran saya, makan sikit boleh la. Saya suka bihun goreng merah-merah dan pedas..yummy!


Atas: Dr. Roberto Cortinas (berbaju biru) dan salah seorang staf sokongan
Bawah kiri: Kim (Thai); officemate suami...kelakar orangnya
Bawah kanan: Ana Maria (Colombian); juga officemate suami...kecik molek je orangnya, macam Asian pulak bertubuh kecil
Officemate suami yang tiada dalam gambar: Justin, Silvana, Ken dan Dori



Sek Yee and her officemates. Diorang pun dijemput sekali. Ofis diorang atas ofis suami saya je pun. Sek Yee dalam gambar atas belah kanan sekali


Suami takde dalam gambar sebab dia jadi jurugambar tak bertauliah..hehe. Saya? Saya juga harus takde dalam gambar sebab saya takde di tempat kejadian..saje je nak cerita jugak walaupun saya takde masa jamuan tu ihikhik. Dah tak dijemput, macam mana nak pergi. Nanti tak pasal-pasal orang kata "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". sengihnampakgigi

Yang lawaknya, Silvana pun takde masa jamuan baru ni yang dia pun sepatutnya bawa makanan jugak sengihnampakgigi. Silvana memang tak ingat langsung pasal lunch tu. Dia tak masuk ke ofis pun hari tu. Hehe..beria-ia je pesan jangan bawak makanan pedas. Hidangan tengahari tu bihun goreng je la. Pakat makan sorang sikit je la, saya masuk sebungkus je pun.

Gambar tak banyak sebab suami tak sempat, mengejar masa nak solat Jumaat. Minggu sebelum tu suami saya tak ambil lak gambar...yang ada ni pun gara-gara saya duk 'paksa' dia ambil gambar sengihnampakgigi. Sengaja saya minta suami ambil gambar sebab saya nak tengok macam mana rupanya ofisnya tu. Saya tak pernah masuk ke sana, suami tak bagi sebab Safiyyah kecil lagi...risau terhidu chemical.


Hubby's cubicle
Ni la tempat suami saya 'bertapa' dari pagi sampai malam. Kadang-kadang tengah-tengah malam baru balik rumah kalau assignment banyak nak disiapkan..huhu. Semoga urusannya sentiasa dipermudahkanNya..


************************************

Yay..dapat award lagi! Thank you kak Love love

Friday, February 19, 2010

Pencapaian baru Safiyyah

Atas permintaan, kali ni cerita pasal Safiyyah lagi. Takde sape pun nak tahu cerita ummi Safiyyah..asyik-asyik orang tanya perkembangan Safiyyah je *sob sob* jelir

Sekarang ni Safiyyah dah mula nak bawak banyak benda dengan 1 tangan. Benda pertama yang dia angkat adalah ini:

stackerBukan la Safiyyah angkat semua stacker ni. Dia keluarkan dulu semua gelung tu, sepah-sepahkan dulu, pastu baru angkat 2 daripadanya senyumkenyit


Mula-mula tu saya tak perasan pun. Ada sekali tu masa dia tengah main sorang-sorang, tiba-tiba dengar macam dia 'marah-marah'. Saya perhati je la. Rupa-rupanya dia marah sebab dia tak dapat angkat 2 gelung sekaligus dengan 1 tangan dia! Le...ingatkan sebab apa la. Terkekek-kekek saya dan suami gelak tengok telatahnya tu. Tak padan dengan tangan yang halus tu, ada hati nak pegang 2 gelung dengan 1 tangan. Tapi memang tak putus asa langsung. Banyak kali la dicubanya angkat 2 gelung tu, lama-lama berjaya jugak dia! tepuktangan

Pada kita, benda tu kelakar tapi pada Safiyyah, itu adalah suatu pencapaian baru baginya. Memang boleh perasan kepuasan hati dia dari air mukanya. Bila dah dapat pegang kedua-dua gelung tu, dipegang aje la dan ke hulu ke hilir dibawanya. Ye la, bukan senang-senang je dia dapat pegang 2-2 tu guna 1 tangan. Kadang-kadang tak berjaya pun, tu yang bila dapat tu, tak dilepas dari pegangannya tu.

Meh tengok video bawah ni...

video
Tengok la macam mana dia berusaha angkat 2 gelung tu sampai macam nak putus asa je


video
Yay, berjaya! tepuktangan
Saya ingatkan dia putus asa dah, tu yang saya off record terus dalam video pertama tu, sekali rupanya dia masih tak putus asa lagi! Cuba jugak dia buat sampai dapat senyum


Dalam 2 video tu takde la aksi dia 'marah-marah' sebab video yang saya rekod tu dah beberapa kali dia berjaya angkat 2 gelung tu. Percubaan kali pertama yang dia marah-marah. Yang tu tak sempat nak rekod sebab unexpected, ingatkan dia lapar ke apa masa tu... jelir

Lepas-lepas tu dia angkat kain banyak-banyak pulak. Baju-baju dia je la yang dia duk angkat buat masa ni. Macam tu jugak la style dia..angkat guna sebelah tangan je. Pernah cuba nak angkat kain-kain batik yang dah dilipat tapi masih belum berjaya..ehe. Ada hati nak angkat kain batik banyak-banyak guna 1 tangan je. Tak sedar tangan tu kecik je sengihnampakgigi

Oh ye, gigi Safiyyah belah atas dah keluar dah sebatang. Sekarang ni dah ada 3 batang gigi le dah. Sejak gigi tu keluar, dia dah tak menggigit dah. Fuh, lega! penat Hantuk kepala kat dinding pun takde dah. Betul la kot andaian saya hari tu..dia hantuk kepala kat dinding sebab sakit gusi nak tumbuh gigi senyumkenyit

Tuesday, February 16, 2010

Ke SouthPointe Pavilions

Sabtu lepas kami ke SouthPointe Pavilions lagi! Entah kali ke berapa kami menjejakkan kaki ke sana pun tak tau la. Tak terkira rasanya. Nak-nak masa winter ni. Tak tahu nak ke mana, akhirnya SouthPointe Pavilions jugak jadi pilihan kami. Nak jalan-jalan ambil angin musim sejuk ni tak kuasa la kami. Sekurang-kurangnya, di SouthPointe Pavilions dapat juga cuci-cuci mata (read: window shopping) senyumkenyit.

Muzammil la yang duk mengajak ke SouthPointe. Nak cuba GPS yang baru dibelinya je sebenarnya! Konon-kononnya kami tak tau la jalan nak ke sana. Nasib baik la GPS tu takleh detect kita ni tahu jalan ke tidak. Kalau tak, mesti 'si GPS' tu kata "Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya GPS pula dia!" ihikhik

Lepas cuci-cuci mata sekejap, kami ke Barnes & Noble Bookstore pulak. Lama dah saya nak masuk kedai buku tu tapi tak terpergi pun. Kali ni baru dapat pergi. Hajat di hati nak beli buku untuk menambah koleksi yang sedia ada tapi tak jadi pulak sebab duk teringat buku-buku kat rumah ni pun masih ada yang belum berusik. Saya ni kalau angin malas membaca tu datang, 1 mukasurat tu pun entah berapa hari baru habis baca hatta novel sekalipun! adus Bila angin rajin datang, susah pulak nak berhenti baca sampai terlupa buat kerja lain jelir.

Sudahnya kami ke bahagian buku kanak-kanak je. Jom layan gambar dan video pulak kenyit

Dua-dua sekali nak!


Macam gaya orang besar je jalan sambil bawak buku sengihnampakgigi


Penat baca buku (err..penat bawak buku kot sengihnampakgigi), main Thomas & Friends Railway pulak kenyit


Masa nak balik, kami letak semula train yang Safiyyah pegang tu...mengamuk-ngamuk dia! Kalau benda dah ada kat tangan dia, jangan la diambil...kalau ambil jugak, mengamuk la dia. Mujur berjaya dipujuk senyumkenyit