Pages

Wednesday, July 27, 2011

BBQ 2 hari berturut-turut

Aktiviti kami hujung minggu yang lepas...


23 Julai 2011
Petang Sabtu kami buat BBQ untuk meraikan tetamu dari Tucson, Arizona. Buat di belakang rumah je pun. Juga meraikan sambil kenal-kenal dengan adik-adik undergrad yang baru sampai Lincoln beberapa minggu lepas. Bertambah ramai la adik-adik undergrad kat sini. Dengan kata lainnya, bertambah la muka-muka Melayu di Lincoln :). Lebih seronok lagi kalau ada pertambahan keluarga Melayu juga di sini. Entah bila la agaknya...


Hujung kiri dan kanan...adik-adik undergrad baru...Jaafar a.k.a. JJ dan Hanafi


Bertudung biru tu pun adik baru juga. Elfha namanya





Tetamu dari Arizona yang diraikan



24 Julai 2011
Paginya sempat la tetamu kami bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Colorado...


Shakir dan Tasneem. Beza lebih kurang sebulan je si kenit berdua ni. Shakir lahir bulan 3, Tasneem bulan 4





Tasneem nak tarik perhatian Shakir :p
Dah transfer gambar ni dalam komputer baru saya perasan Tasneem tarik baju Shakir. Hihi..comel je


Kami berlapan


Saya dan Shakir bersama Esfa dan Tasneem


Petangnya pulak kami buat BBQ sekali lagi. Kali ni sempena meraikan jiran kami yang dah habis PhD dan dapat kerja di Madison, Wisconsin. Merangkap jamuan perpisahan juga la. InsyaAllah pertengahan bulan depan diorang sekeluarga akan berpindah ke Madison. Entah siapa pulak la yang bakal jadi jiran kami lepas ni. Harapnya dapat jiran yang baik juga la macam diorang...


Suami saya ajak juga adik-adik undergrad yang tak dapat datang semalam. Kebetulan diorang sampai Lincoln petang tu dari Chicago


Sebahagian daripada jiran-jiran kami. Kami buat pot luck ni. Masing-masing buat dan bawa makanan sorang sikit. Saya hanya buat karipap dan kek batik Marie je. Ayam kami yang sediakan semua


Kami sempat makan kat luar sekejap je pastu semua berlari masuk rumah. Hujan!! Ayam dalam dalam 10 ketul tak sempat bakar tapi yang dah siap dibakar ada berlebih



Aktiviti makan diteruskan dalam rumah :)


Zibala (anak buah jiran sebelah) main dengan Shakir




Tengok-tengok kat luar ada pelangi! Bukan satu...tapi dua pelangi! Subhanallah. Dalam gambar tak nampak sangat pelangi kedua tu. Pelangi kedua atas sikit dari pelangi yang nampak jelas dalam gambar


Sedap je Safiyyah bersandar kat orang :p. Dah la bersandar kat orang (Firdous a.k.a. Fido)...siap disuap ayam lagi :p. Safiyyah jarang-jarang nak dengan orang lain. Siapa yang dapat 'tackle' Safiyyah kira hebat la :D




22 comments:

  1. salam.

    wah kak..hari2 bbq mmg best.heee^^

    ReplyDelete
  2. seronoknya.. w/pon tengok gambar je. hehe!

    ReplyDelete
  3. 2 hari makan bbq ek :) sedap juga..hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam singgah...
    kak, kalau tgk betul2 gmbr pelangi tu, blh nmpak samar2 pelangi yg kedua...

    ReplyDelete
  5. dah besar makin nsem n comel shakir bambam neh:)

    sedapnya bbq sis...hehe..

    p/s : nana nmpk pelangi ke2 tu..hehe....

    ReplyDelete
  6. seronoknya boleh berkumpul ramai2 makan2...best best!

    ReplyDelete
  7. Seronoknya BBQ. Lebih2 lagi jumpa M'sian.

    ReplyDelete
  8. Nadiah..suak tengok gambar syakir dan tasneem..sengih je syakir dapat kawan..

    ReplyDelete
  9. salam nadiah..lama tak jenguk sini tengok2 shakir dah besaarr :-)

    ReplyDelete
  10. salam nadiah..lama tak jenguk sini tengok2 shakir dah besaarr :-)

    ReplyDelete
  11. 2 pelangi sekaligus? tak pernah nampak.

    ReplyDelete
  12. bestnya 2 hari berturut2 buat bbq.. x letih ke nadiah.. tp seronok kan selalu dpt berkumpul ramai2 mcm ni... murah rezeki...


    x pernah lagi tengok pelangi kembar.. pelangi pun dah lama x tengok...

    ReplyDelete
  13. makan dulu.. inggu depan dah kena puasa.
    Nadiah nak pindah lagi? penatnya!!!

    ReplyDelete
  14. Safiyyah menumpang kasih kat orang lain kot, sebab Shakir dah rampas tittle dia..hehe

    ReplyDelete
  15. meriahnye....shakir n safiyyah,,,unty miss u all..hehehehe

    ReplyDelete
  16. anum: hari2 jemu pulak la. ehe..

    blog tips kurus: hehe

    chik na: ;)

    huda:sedap! ;)

    farae: a'ah, kena tenung betul2 baru nampak :D

    nanakimie: tu tandanya mata nana tajam ;)

    ReplyDelete
  17. hanis: best! :)

    teratak hami: jumpa malaysian rasa mcm kat malaysia je ;)

    k.erna: shakir mmg suka senyum kak :)

    lady lavender: ye la..akak kan seronok balik malaysia..huhu..

    transformed hw: a'ah, 2 pelangi sekaligus. jrg2 jumpa, kan?

    kakyong: letih mmg letih kak tapi berbaloi ;)

    ReplyDelete
  18. k.fa10: bukan nadiah yg nak pindah la kak..jiran sebelah rumah..hihi..

    yatie: summer kurang sikit BBQ...panas sgt2! spring & autumn syok sikit ;)

    k.nida: hehe..

    affieza: alhamdulillah :)

    cikmimmie: meh la sini kalau rindu. ehe..

    ReplyDelete
  19. Wahhh meraihnyer...


    Okla bertambah bangsa Melayu disana..
    Moga semakin bertambah selalu :)

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^