Pages

Thursday, September 15, 2011

Hari Malaysia

Seronoknya orang kat Malaysia bercuti lagi hari ni. Dapat 3 hari cuti sekaligus. Jumaat, Sabtu, Ahad. Boleh sambung beraya :D. Dulu saya memang tertunggu-tunggu je cuti hari Isnin atau Jumaat. Awal tahun lagi dah tengok cuti sepanjang tahun jatuh hari apa :p.

Sekarang ni tak ambil peduli dah bila cuti terutama cuti umum di Malaysia. Cuti kat US ni tak payah cerita la. Nama je cuti...suami saya bukannya cuti pun. Kalau tak ke ladang, dia buat kerja di 'ofis'. 2-3 hari lepas terbaca status kawan yang katanya tak sabar nak tunggu cuti hari Jumaat.

Lepas baca status kawan tu la baru saya rujuk kalendar. Ditulis di situ 'Hari Malaysia'. Eh, sejak bila pulak ada cuti Hari Malaysia ni? Dulu tak pernah ada pun. Fikir-fikir balik baru saya teringat tahun lepas mak saya ada bagitau pasal cuti Hari Malaysia ni. Tahun lepas la secara rasminya pun seluruh negeri di Malaysia cuti pada 16 September sempena penubuhan persekutuan Malaysia.

Selamat Hari Malaysia! Selamat bercuti buat semua warga Malaysia di Malaysia! :)

[Gambar diambil dari Google]


Nota: Mood berblog masih belum datang sepenuhnya..nak sambung cerita raya pun rasa 'liat'..huhu..



5 comments:

hasnisyakila said...

salam ziarah kak nadiah...

saya silent reader blog akak...pernah bace n3 akak yang holiday ke rumah sensei rozi abe jie dan kak ria...

sensei rozi cikgu saya sekolah menengah dulu...:)

safiyyah dan shakir, semoga jadi anak yang soleh dan solehah. insya-Allah...

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

salam ziarah kak nadiah..baru saya teringat, saya pernah nampak akak waktu midwest games kat wisconsin may lepas..btw, nice blog..^_^

Acik Erna said...

Assalam nadiah..ramia yang menunggu mood baru selepas raya ni..
jangan lama2 nadiah ye..

h4ni3 said...

bila nak balik malaysia for good?
lama lagi ek?

Ummi Salsabila said...

samalah kak.baru tahu psl hari malaysia ni.thn lps dah start katanya.