Pages

Monday, October 10, 2011

Safiyyah dijangkiti HFMD

HFMD = Hand, foot and mouth disease (Penyakit tangan, kaki dan mulut)

3 hari lepas dapat tahu Safiyyah dijangkiti HFMD lepas dibawa ke hospital. Rabu malam dia demam panas tiba-tiba tapi tak suspek apa-apa yang pelik. Bagi makan ubat, lap kepala dan badan dia dengan tuala lembap je malam tu. Pagi esoknya turun sikit dah suhu badannya tapi lewat petang mula panas balik. Nak ke klinik, klinik dah tutup.

Pagi berikutnya (Jumaat) demam Safiyyah kebah dah tapi dalam waktu tengahari saya perasan ada ulser dalam mulut dia dan ada bintik-bintik macam ruam di kakinya. Petang tu dia demam balik. Papa dia takde di rumah pula masa tu. Ke ladang. Dah malam baru dapat bawa Safiyyah ke hospital. Satu masalah kat sini...klinik hanya dibuka hari Isnin-Jumaat ikut waktu pejabat. Sabtu Ahad tutup. Takde pilihan, kena ke hospital dan masuk melalui Emergency Room.

Di hospital

Doktor sahkan Safiyyah dijangkiti HFMD. Baru saya tahu penyakit ni takde ubat khusus dan akan sembuh dengan sendirinya. Alhamdulillah Safiyyah tak demam dah sekarang ni cuma ulser dalam mulutnya tu je yang tak hilang lagi. Kesian kat dia nak makan pun susah. Sikit je dia makan. Yang saya perasan, ada 3 biji ulser dalam mulutnya. Tu pun nampak bila dia menangis. Susah nak tengok betul-betul sebab dia tak nak buka mulut. Harapnya cepat la hilang ulser tu...

41 comments:

  1. ooo tak de ubat khusus ya? baru tahu!

    ReplyDelete
  2. salam - Ya ALLAH...semoga safiyyah cepat baik dan seterusnya dipemudahkan ALLAH dlm apajua urusan. Insya ALLAH.

    ReplyDelete
  3. alahai.. kesian safiyyah... cepat2 sihat yek...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Saya terpandang tajuk entri ni kat blog MysDear Theraphy.

    Dua orang anak saya dapat jangkitan ni serentak bulan lepas. Memang benda ni akan hilang sendiri dalam masa 3 - 7 hari. Tapi yang kesian kalau anak kecil (anak saya 2 thn 1/2), memang kena jaga betul2 takut dehidrate. Saya sampai ke tahap terpaksa paksa anak makan sebab dia tak nak buka mulut langsung.
    Semoga Safiyyah cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  5. moga safiyyah lekas sembuh ye kak..husna penah kena masa umurnye sethn lebih last yearla time tu baru2 pindah ke manjung..

    ReplyDelete
  6. kesiannya dia..tetap comel wpon sakit ye..

    untuk ulcer tu cuba sapu bonjelamouth ulcer gel. Danial selalu kena ulcer.sekali sapu je.Insya Allah berkesan.

    ReplyDelete
  7. Mudah-mudahan safiyyah kuat dan cepat sembuh.. InsyaAllah, amin.

    ReplyDelete
  8. Mudah-mudahan safiyyah kuat dan cepat sembuh.. InsyaAllah, amin.

    ReplyDelete
  9. kesian safiyyah..get well soon si comey safiyyah.

    ReplyDelete
  10. semoga safiyyah cepat sembuh...akak bersabar banyak2 ye..ujian di perantaun..

    ReplyDelete
  11. get well soon safiyyah..memang takdek ubat khusus sebab ni penyakit berpunca dari virus...

    eh, ade beberapa blogger kat mesia ni yang anak diorg kena gak tau...pastu jiran kat kg pun ade kena..wallahualam sebab musim ke ape...tp mmg kesian kalau tgk anak tak nak/tak boleh makan..

    ReplyDelete
  12. ololooo ciannn monyok cayang ni. alhamdulillah getting better. take care dear tambah2 duk jauh2 ni.. :)

    ReplyDelete
  13. semoga cepat sembuh akak ucapkan pd adik safiyah...buat mama safiyah, doa banyak2 kak. InsyaAllah kullu khair :)

    ReplyDelete
  14. assalam nadiah..sianya safiyyah..moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  15. salam...semoga cepat sembuh yer safiyyah sayang:)..
    ermm..xbahaya ke penyakit nie??ke dia cam biasa2 cam demam2 jer gitu..:)

    kemsalam shakir comellllll:D

    ReplyDelete
  16. get well soon big girl (kak long)
    ...^^...

    cepat sehat boleh buli adek shakir plak :P

    ReplyDelete
  17. sian safiyah ...

    hari tu ank hanie yg munirah tu pun mcm kena ulser mulut gak .. plus demam , bibir pecah2 dan ruam .. penyakit HFMD ke tu ? gi klinik cek , doc xsebut plak penyakit tu.. ruam2 biase je sbb demam ...

    moga safiyah cepat pulih yer..Hanie baru je lega lepas anak2 sume demam serentak .. pheww ~

    ReplyDelete
  18. Alahai ciannya safiyyah comel...kena hati-hati HFMD ni boleh berjangkit ni nadiah...terutamanya kanak-kanak.btw, harap safiyyah cepat sembuh ye..:)

    ReplyDelete
  19. semoga safiyyah cepat sembuh... Doa and pray for safiyyah ~

    ReplyDelete
  20. Hug and kiss utk Safiyyah comel, moga cpt sembuh...AMIN

    ReplyDelete
  21. salam kak nadiah, kenapa kak nadiah x bgth awal2? kalo x irfan leh lawat.. kesian safiyyah..

    ReplyDelete
  22. SN pun kena HDMD hari tu, mmg baik sendiri. harap2 safiyyah cpt sembuh ye :)

    ReplyDelete
  23. anak2 saya pun kene bulan lepas, mmg cepat berjangkit, tapi kalau ok dlm 2/3 hari dah baik. kene asingkan dengan adik dia. nak cepat hilangkan ulser bagi dia mkn soft aiskrim, dlm 2 hari ok nnti. InsyaAllah.. mudah2an tak melarat dengan teruk. mmg takde ubat pun. dia akan baik dgn sendiri. tp hati2 kalau demam tu. :)

    http://asmaradayana.blogspot.com/2011/09/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut.html

    ReplyDelete
  24. Safiyyah tetap comel walaupun sakit... semoga Safiyyah cepat sembuh & tidak meragam.

    ReplyDelete
  25. kesiannya kakak safiyyah, auntie mengerti kesakitan bila ada ulser tu...
    moga safiyyah cepat sembuh...

    ReplyDelete
  26. ala ciannyaaa
    make sure hydration ok ye nadiah
    get well soon sayang!

    ReplyDelete
  27. kesiannya kat safiyyah.
    moga cepat sembuh!


    p/s: dalam gambaq, safiyyah nampak cool.teehee

    ReplyDelete
  28. cian nye....sbab apa tu ye? bjangkit dgn sape? syukurlah safiyyah dh bansur sihat. huhu geramnye bdk pipi tmbam nih

    ReplyDelete
  29. anamarza: saya pun baru tahu :)

    fizah: thank you!

    chik na: terima kasih..

    k.lina: ameen. terima kasih kak lina..

    mummyhaza: terima kasih

    ummufatihah: waalaikumussalam wbt. alhamdulillah safiyyah mahu juga minum. kalau tak, bimbang juga dehydrate

    huda: oo..husna dah pernah kena ye..

    ReplyDelete
  30. k.hamizah: nadiah bagi makan aiskrim je kak

    k.zefa: ameen. terima kasih kak zefa

    lady lavender: thank you :)

    cikmimmie: terima kasih mimmie..

    catlinafly: tu la, baru tahu HFMD ni berpunca dari virus

    syigim: thank you dear :)

    ReplyDelete
  31. the medical duo: syukran :)

    k.erna: terima kasih kak..

    hasnisyakila: syukran

    nonie: insyaAllah tak bahaya. common juga penyekit ni dan senang berjangkit

    sweet life: hehe..safiyyah tak pandai buli adik dia :D

    ummi hanie: lagi mencabar kalau 2-2 demam

    ReplyDelete
  32. k.nieza: a'ah, memang mudah berjangkit kak. terima kasih ye

    amalina: terima kasih :)

    affieza: ameen. terima kasih :)

    irfan: takpe..tak nak susahkan sape2

    yatie: mesti nazhan kena jangkit kat nursery

    asmara: dah bagi aiskrim dah :)

    teratak hami: meragam juga sikit kak..huhu..

    ReplyDelete
  33. k.fa10: terima kasih kak faten..

    nazrul: syukran

    h4ni3: ok, thank you doc!

    deena: terima kasih deena..

    husna: masa tu cool la..bila doktor check...melalak! hihi..

    k.nur: terima kasih kak..

    hamba yang hina: terima kasih..

    so shy lady: jangkitan virus. tak tahu la berjangkit daripada siapa

    ReplyDelete
  34. kesiannya safiyyah..

    Anis & Aliya bbrp minggu lalu pun kena ulcer di mulut.. mujr tak serius.. kesian kan, asyik nagis jer sbb susah nak makan...

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^