Pages

Thursday, November 10, 2011

Dia kembali ke rahmatullah

Berita yang diterima lewat petang tadi benar-benar mengejutkan saya dan suami. Tak disangka salah seorang senior kami; Kamarulzaman Abdullah (pegawai khas Datuk Husam Musa) telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan balik ke Kelantan dari Kuala Lumpur. Baru sahaja terlihat gambar arwah di wall Facebook beberapa jam sebelumnya. Tiba-tiba dapat pula khabar yang memilukan. Allahuakbar! Tanpa dapat ditahan, air mata laju mengalir di pipi.

Terbayang wajah kak Farah; isteri arwah yang juga senior saya dan suami; merangkap salah seorang naqibah saya suatu ketika dulu...juga wajah satu-satunya anak mereka...Muizzuddin...semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dengan ujian Allah yang satu ini.

Arwah; berdiri paling kiri


Inna lillahi wa inna ilayhi roji'un. Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang beriman lagi beramal soleh..ameen..


14 comments:

  1. innalillah....
    alfatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  2. innalillahirajiun...
    Prof Syed Mohsin dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM
    pun dah meninggal...
    satu kehilangan besar sebenarnya..
    huhu

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainnailaihirojiun..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat..
    Semoga kelaurganya tabah menerima ujian..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang dikasihi-Nya

    ReplyDelete
  5. Al fatihah..

    moga roh ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  6. dari Dia kita datang..dari DIA juga kita kembali..semoga arwah tenang disana..dan semoga isteri dan anak beliau tabah mengharungi hari mendatang

    ReplyDelete
  7. al Fatihah..takziah untuk keluarganya

    ReplyDelete
  8. al-fatihah...semoga arwah tenang disana...

    ReplyDelete
  9. innalillahi wainna ilaihirajiun....
    moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

    ReplyDelete
  10. walau tak mengenali siapa arwah, sunggh tersentuh. dialah wira royalti. moga hak royalti rakyat Kelantan dapat dikembalikan.

    Al-Fatihah buat arwah.. moga ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh...

    ReplyDelete
  11. salam takziah buat sahabat nadiah..

    la,a tak ziarah sini

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^