Pages

Monday, February 20, 2012

Lagi sebulan ke angka 1

Pejam celik pejam celik dah nak masuk setahun pun umur Shakir. InsyaAllah sebulan sahaja lagi Shakir genap setahun. Pantas sungguh masa berlalu. Rasanya mahu sahaja saya tekan butang 'pause' supaya masa berhenti seketika. Tapi mustahillah ianya berlaku. Bukannya wujud pun butang tu.

Sekarang ni Shakir semakin rajin 'mengemas' rumah. Pantang nampak benda berada elok di tempatnya, terus je 'disusun atur' semula barang-barang tu ikut cara dia. Perangainya yang satu ni memang sebiji dengan peranagai Kak Long dia masa kecil dulu. Sangat rajin 'mengemas' :p.


Gambar ni diambil awal bulan 2. Saya terlupa nak kunci kabinet tu. Habis la barang-barang dalam tu dikeluarkan Shakir. Bagi je la peluang pada Shakir 'mengemas' lagipun takde benda bahaya di situ


Ummi sibuk di dapur, Shakir pun sibuk juga di dapur


Shakir belajar mengenal durian ^_^. Gambar ni diambil beberapa hari lepas. Kali pertama jumpa durian. Saya bagi dia rasa sikit. Disuap sekali, lari pula dia. Muka macam terkejut..hihi. Lepas disuap kali kedua baru nampak macam dia suka dengan durian. Siap mengamuk-ngamuk nak lagi :p. Tunggu Shakir besar sikit lagi ye..nanti boleh makan durian puas-puas. Kak Long dia tak nak pun tapi sempat suap sekali dalam mulutnya. Berkerut-kerut keningnya makan durian :p. Terbalik pula. Kak Long yang lahir di Malaysia tak suka durian. Shakir yang lahir di US pula suka durian



21 comments:

  1. kejap je shakir dah besar! yelah... rasanya baru aritu baca entry bersalinkan dia kan..

    hehe...k.izan ada anak sedara yg lahir kat us, langsung tak leh makan durian smpai skrg. bau pun tak leh...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, kejap je....
    moga shakir jadi anak yang soleh lagi muslih...


    shakir nak tunjuk bakat memasak jugak...^^

    ReplyDelete
  3. sekejap jer maso berlalu kan...

    kecik2 dah masuk dapur yer...hehe

    ReplyDelete
  4. Hehe...amir hamzah lahir malaysia, hidup kat malaysia..takmau pula dia durian..

    Kitorang kena migrate p lincoln kuttt....hahahah...

    ReplyDelete
  5. apsal anak2 nadiah ni comel bebenar? gerammmm btol tgk, rasa nak cubit2 hehe

    ReplyDelete
  6. shakir.. semakin besar semakin hensem.. :)

    ReplyDelete
  7. kejap jer dah nak setahun yer nadiah... wah2 ni baru betul anak jati malaysia.. lahir walau di mana., buahan tempatan tdk dilupa..

    ReplyDelete
  8. Syakir saya lagi 4 hari nak genap setahun...
    sama la suka mengemas...

    ReplyDelete
  9. sgt comellll...:) wah..rindu nyer durian. waktu mengndung xleh mkn huhuhu skrg pantang terliur ngk durian shakir hikhik

    ReplyDelete
  10. rajen shakir mengemas ye:)

    nana xsuka durian mcm kaklong jugak..heee

    ReplyDelete
  11. hikhik..untung nadiah yer anak pempuan rajin anak lelaki pun rajin membantu..shakir dlm proses exploration...

    sama lar dgn danish ms kecik dia suke dian tapi dah besar nie langsung x nak jamah..dia kemek2 kan idung sambil ckp busyukkk yiarkk..bertuah nyer anak..

    ReplyDelete
  12. nk jd masterchef ke tu?
    lps ni shakir akn suka cencaluk pulak hehe

    ReplyDelete
  13. hati2 syakir ;D
    smua bnda nk xplore ye, bagus bagus!

    ReplyDelete
  14. brani dier pgg eh?... cayalah :)

    ReplyDelete
  15. comelnya shakir... hehe takpe nanti besar sure feveret durian tu bestnya ada stok durian!

    ReplyDelete
  16. rajin mengemas syakir ni mcm amira jugak masa umur setahun.
    tp sekarang amira dh pandai.. kalau dah ambik barang tu.. dia akan letak balik kat sana....

    comelnyer syakir.. geram nak cubit pipi dia...

    ReplyDelete
  17. rajinnya syakir ni..takpe,anak solehkan..
    nadiah balik malaysia bila ye?

    ReplyDelete
  18. syakir sebaya dengan Ainul ya, sekejap je kan dah nak genap setahun,

    ReplyDelete
  19. Umar dan Ammar dua - dua geli durian..aiseh..masa kecil2 makan jugak bila dah besar sikit, diorang takmau..

    umar lagilah jumpa durian tepi jalan dia bagitau ummi 'mmm sedapnya'..

    bila tanya dia nak ke? terus cakap taknak..paling kronik bila usik dia dengan cakitkan ke mulut habis semua makanan bersembur kluar..muntah!!! :)

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^