Pages

Sunday, May 27, 2012

Salji di musim panas

Err...salji di musim panas???


Bukan salji ini yang saya maksudkan.


Ini yang sebenar-benarnya yang mahu saya ceritakan...

Pelik ye macam tak ada kaitan dengan tajuk entri? :)


snow-in-summer
Snow-in-summer. Jika diterjemahkan, jadilah salji-di-musim-panas ^_^.
Ye, nama bunga tersebut adalah snow-in-summer. Selepas 2 tahun sejak saya jumpa bunga ni buat pertama kali, baru saya tahu namanya. Unik. Senang nak ingat.


Safiyyah dengan bunga snow-in-summer. Gambar atas diambil pada 2 tahun lepas (18 Mei 2010) dan yang bawah diambil pada 23 April 2012.


Close-up


Nota:
Andainya salji benar-benar turun ketika ini, sayalah orang pertama yang paling gembira. Nak diikutkan, belum masuk musim panas secara rasmi pun lagi tapi panasnya ya Allah...tak tahan rasanya. Jam 6 petang pun terasa macam waktu tengahari. Panas sangat. Ini baru panas dunia. Tak dapat nak dibayangkan panasnya api neraka yang berganda tahap kepanasannya. Allahu rabbi. Mudah-mudahan hendaknya kita semua dijauhkan daripada azab api neraka..ameen..

16 comments:

  1. dh berapa degree kat sana skrg ni nadiah? kat sini around 25deg celcius klu tghari...boleh bertahan lagi la

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... cantiknya.... geram tengok bunga tu semua

    ReplyDelete
  3. melepak ye saffiyah di tepi bunga ..

    ReplyDelete
  4. summer mmg panas giler khen
    ai pong x tahan better weather kat mesia lagik...ada angin pun angin panas....hahaha...anyway cantek bunga tue

    ReplyDelete
  5. salam kak nadiah.. :)..
    comel bunge yg close up tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Cantek bunga tu putih melepak.. sebab tu di namakan snow in summer kot :D

    Spring pun panas Nadiah.. akak ingat sejuk macam di Cameron Highland ni bila time spring... kalau musim panas memanglah kan...

    ReplyDelete
  7. ok,thanks nadiah..kat sini ade jugak kot bunga ni,tp xtau nama dia..
    kat sini masih blom on fan lagi.masih boleh brtahan,tp dalam minggu depan dah mula panas kot..huhuu

    ReplyDelete
  8. Cantiknya bunga ni..

    Terima kasih Nadia sebab memberitahu kami nama bunga ni.. Al-maklumkan memang tak pernah sampai ke sana dapat melihatnya pun dah cukup bersyukur.. tq for sharing..

    ReplyDelete
  9. nice name! hihi..
    sini pon dan2 terus panas bahang mcm kt Msia..dlm rumah pon tak boleh klu tak bukak kipas :)

    ReplyDelete
  10. cantiknya bungan snow in summer ni! safiyyah ni kan boleh jadi model cilik tau... tgk tu duduk pun ala2 sopan aje.

    ReplyDelete
  11. memang kena dengan namanya...memutih macam snow..

    ReplyDelete
  12. cantiknyaaa suka2... panas sgt ke kat sana? berapa suhu...

    ReplyDelete
  13. mungkin sebab bunganya yang merimbun tu nampak macam salji sebab tu namanya gitu..

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^