Petang Membantai ni hanya alasan untuk berkumpul beramai-ramai dan menjamu selera je sebenarnya ^_^. Nak berkumpul tanpa sebab tu agak susah sikit. Tambah-tambah, aktiviti makan-makan begini, harus la kami tak menolaknya. Masa ni la dapat merasa masakan orang lain. Jemu dah makan masakan sendiri. Tahun ni pun aktiviti ni dibuat di Omaha, sama seperti tahun lepas. Kalau tahun lepas dibuat di rumah Kak Ellie, tahun ni pula dibuat di rumah Kak Arfah.
Aktiviti ni bermula jam 4 petang tapi dah pukul 6 petang baru kami sampai di rumah Kak Arfah..huhu. Dekat je Lincoln dengan Omaha. Sejam perjalanan menaiki kereta tapi pagi tu suami saya hantar kereta ke bengkel untuk dibaiki. Punya la lama baru selesai urusan baiki kereta. Tu yang sampai lambat tu.
Makanan! Pelbagai jenis dari tukang masak yang berbeza (potluck). Ini pun ada yang tak diambil gambarnya. Gambar-gambar ni semua dari kamera Kak Ellie. Saya tak sempat nak ambil gambar makanan sebab lewat sampai. Kali ni saya bawa pavlova.
Makan, bersembang, makan, bersembang, makan lagi... :p
Anak-anak






ini mmg bantai sungguh. ada mcm2 makanan. :))
ReplyDeletesenang kan bawak pavlova. semestinya semua org suka. ;))
Ya ampun mmg sesuwei sgt istilah bantai tu ngan tgk suasana menu gituew ngeee!!!
ReplyDeleteBertmbh kembang badan ai if join sekaki ni ngeee
Tp nmpk best sgt
salam Nadia
ReplyDeleteseronok tradisi Orang Melaka ni.
lebih seronok bila duduk ramai2 cenggini walaupun potluck ia lebih bermakna kerna erti persahabatan yg dibina
klu d n9... ptg membantai 2 slalunya adalah persiapan utk myambut ramadan n syawal... ptg seblum puasa masa n mkn ramai2 gan keluarga... n raya pun sama cuma lebih lg sbb nak raya esoknya.... n selalu masak lemang n rendang... n apa2 yg patut utk d hidangkan masa raya nnti.. n mlm raya ni la jugak kluarga yg jauh balik kg kampung n mkn la sama2... klu cina ckp mkn besar la mlm 2....
ReplyDeleteklu d n9... ptg membantai 2 slalunya adalah persiapan utk myambut ramadan n syawal... ptg seblum puasa masa n mkn ramai2 gan keluarga... n raya pun sama cuma lebih lg sbb nak raya esoknya.... n selalu masak lemang n rendang... n apa2 yg patut utk d hidangkan masa raya nnti.. n mlm raya ni la jugak kluarga yg jauh balik kg kampung n mkn la sama2... klu cina ckp mkn besar la mlm 2....
ReplyDeletemacam-macam makanan..seronok ni..:)
ReplyDeleteSelalunya orang Negeri Sembilan dan Melaka yang membantai sebelum puasa ni Nadiah.. dulu masa arwah mak mertua ada rajin juga buat membantai ni.. kumpul anak-anak balik.. makan reramai.. seronoknya..
ReplyDeleteMeriah sungguh dengan makanan ye Nadiah... puas lah membantai semua tu ehe...
mmg bantai betul2 ni...byknye makanan...hihi
ReplyDelete1st time dgr istilah ni. meraih betul nmpk nya...
ReplyDeleteWaduh2 enaknya juadah tu semua.. Sampaikan tak tahu nak makan yg mana satu.. :)
ReplyDelete1st time dgr..haish,sedapnya menu2 dia:)
ReplyDeletekak izan pun baru 1st time dengar ptg membantai ni... bestnya lah sbb macam2 makanan ada...
ReplyDelete