Pages

Thursday, September 20, 2012

Mummy, mm, mama

Kisah pertama

Sedang si ummi berdiri, tiba-tiba anak yang sulung menerpa dan memeluk umminya.

"Mummy!" Laju sahaja perkataan mummy keluar dari mulut si sulung.

"Mummy?? Ummi la...bukan mummy", sambil tergelak, si ummi menerangkan.


Kisah kedua

Di saat si ummi melayan anak yang kedua yang baru berusia 18 bulan...si ummi mengambil peluang bersembang dengannya.

"Macam mana sebut papa?"

"Ba-ba!" Sebut si anak tadi.

"Good job!" Si ummi memuji walaupun menyedari sebutan anaknya tidak tepat. Pada si ummi, itu sudah cukup bagus bagi anak yang baru berusia 18 bulan yang baru hendak belajar bertutur.

"Macam mana sebut ummi?" Sambung si ummi lagi.

Spontan, si anak menyebut, "Mm".

"Mm je?" Ujar si ummi pula sambil tergelak kecil.


Kisah ketiga

Beberapa hari berikutnya, si ummi minta sekali lagi anak yang kedua menyebut ummi.

"Sebut ummi, sayang. Um-mi. Macam mana sebut ummi?"

"Ma-ma", dengan yakin si anak menyebut.

"La...mama pula perginya. Ummi suruh sebut ummi la".




Hari-hari bahasakan diri sebagai ummi. Alih-alih, lain pula yang disebut anak-anak. Dah la seorang sebut mummy, seorang lagi pula sebut mama. Safiyyah bukannya tak boleh sebut ummi (sebutannya: omi ^_^) tapi mummy atau mom yang lebih dia suka menyebutnya. Setiap kali tu la kena beritahu padanya, bukan mummy...ummi. Jangan lekat sampai ke besar sudahlah ye Safiyyah. Segan ummi anak-anak panggil mummy ;).


19 comments:

  1. biasa la tu nadia, my daughter dua2 start dengan 'MIMI'.. lagi haru, macam kawan2 dia je dia panggil. they'll grew out of it.. soon.

    ReplyDelete
  2. Comel jer.

    Abg ipar akak panggil mak dia Mummy. Orang kampung je pun. Memula dengar gelihati, rupa-rupanya mmg 1 kampung panggil dia Mummy. Yg pangkat cucu panggil nenek la.

    ReplyDelete
  3. sikit2 lama betul la sebutannya...mcm imah suruh panggil ibu....mula2 dulu..bunyi.."abu"....skrg suma dah pandai panggil ibu...hu..

    ReplyDelete
  4. Sofea panggil mak. Alahai, klasik nyer. Si adik lagi best..panggil ibu 'ba ba'. Aduhai, ba ba pun dia panggil ba ba, ibu pun dia hentam ba ba jugak.

    ReplyDelete
  5. lama lama nanti mesti boleh sebut punya... sabar jer laa... :D

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. anak-anak baru pelajar cakap macam tu Nadiah.. lain yang disebut lain pula yang di cakap.. :D

    mungkin disana safiyah selalu dengar panggilan mummy kot :)

    ReplyDelete
  7. hehehe..husna mmg panggil huda ummi, lukman ma ma..hehehe

    ReplyDelete
  8. tgh nak mencuba lg tu. pelan2. Anak2 knur mmg panggil "mama" tapi yg Kak Long tu kdg2 sebut "ma" je bila dia dah penat.

    ReplyDelete
  9. salam nadiah...
    lama akak tak jenguk sini...

    lebih kurang amira jugak..

    dia mmg panggil akak mama..
    tp kadang2 dia panggil mami, mamu lah.. suka hati dia aje.. hehe

    ReplyDelete
  10. hehe samalah..ank izu pon dah panggil izu mummy jgk..mula2 segan izu, last2 ni kita plak tbahasakn mummy jgk ;P
    zafri plak panggil babah dia mama..hehehe kelakar kan ank2 kecil ni..cute..;)

    ReplyDelete
  11. Ok tu.. lama2 nanti betul sebutannya.. :)

    ReplyDelete
  12. lama nti ok la tu nad...
    msh blh ubah lg tu...hihi

    ReplyDelete
  13. hehe..anak2 sungguh comel sebut apapun..yg tak tahan, mama lah..jauh perginya..ihiks.. ^_^

    ReplyDelete
  14. nieyl: :)

    fairus: nanti orang ingat mimi tu nama fairus..hihi..

    teratak hami: sesetengah orang memang gelarannya mummy. pernah juga jumpa gitu

    kak imah: ibu pun susah juga budak-budak nak sebut, kan? :)

    shaf: hihi..senang...baba je dua-dua

    kak izan: itulah, tak sabar dengar anak-anak panggil ummi

    kak yati: pengaruh TV agaknya. sini kan channel omputih je...dengar mummy/mom je la >_<

    huda: sepesen la lukman dengan shakir..hehe..

    ReplyDelete
  15. kak nur: ma dengan mama tak nampak sangat bezanya. mummy dengan ummi berbeza sungguh :p

    kak ida: ingatkan siapalah awestori ni..kak ida rupanya! :D

    izu: saya ni kalau orang lain gelaran mummy, tak kisah pun tapi bila diri sendiri nak dipanggil mummy rasa macam kelakar pula :p

    kak nur: kena tunggu sikit masa lagi :D

    bainah: :)

    js: jangan lekat mummy tu sudah la..hehe..

    eina: agaknya budak-budak rasa sebutannya dah betul la tu :D

    ReplyDelete
  16. Nadiah, hehe.. Dh jenguk blog awestori ke.. Jemput dtg ye.. Hehe

    ReplyDelete
  17. x pa klu dia x bleh sebut ummi... asalkan dia ingat kite ibu nya... ank akak pun panggil ami... mmang le nak dia panggil kite ummi x dia x leh panggil kena la ikut je mulut dia... so... dia panggil ami sampai la dh basar ni ha..

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^