Pages
▼
Wednesday, November 28, 2012
Salji pertama 2012-2013
Turun juga salji di Lincoln Isnin lepas. Sebelum ni dah beberapa kali salji dijangka turun tapi bila tiba harinya, tak ada pun. Huhu. 26 November, salji dijangka turun juga. Pagi tu tengok di luar, tak ada salji pun tapi langit mendung sangat. Dalam pukul 9.30 pagi, tengok sekali lagi...eh, salji turun! Terus rasa ceria ^_^. Al-maklumlah, balik Malaysia nanti tak ada peluang dah nak tengok salji depan mata sendiri...sebab tu gembira je kalau salji turun...hihi..
Sikit je salji turun. Light snow. Nak kumpul untuk buat ais kacang pun tak cukup :p. Tak apalah, itu pun dah buat hati ni berbunga riang ^_^. Suhu masa tu pun tak rendah mana. Dalam -1'C sahaja. Tengahari salji dah berhenti turun. Pagi esoknya pula tengok-tengok suhu jatuh menjunam ke -13'C tapi tak ada salji. Cahaya pun elok je memancar.
Harapnya musim sejuk tahun ni dapatlah main salji sepuas hati. Tahun depan nak balik Malaysia dah..uhuhu..




balik msia nti main salji kat i_city je kak..hehe
ReplyDeletebestnya dpt rasa dan tgk salji secara live.teringinnnya nak rasa pengalaman mcmni.
ReplyDeleteseronoknyer..kami kat mesia nie harapkan salji i-city ngan salji kt genting jew..salji buatan..huhu
ReplyDeleteyeay dah snow .....hehhee...balik malaysia dah nest year nadiah? nanti duduk penang area mana?
ReplyDeleteNikmati lah sepuas-puasnya Nadiah.. semasa masih boleh melihat yang original salji.. :D
ReplyDeletealahai..bestnye dapat tgk salji..akak ni tgk kat snow world genting je la hihi
ReplyDeleteBestttnya.ntak pernah tgk salji apatah lg nk rasanya
ReplyDeletemainlah puas2 nanti entah bila pulak nak merasa kan.
ReplyDeleteya rabbi, -13C??!! sini tgh 0 and 1C je baru, tp mmg rasa x tahan la, walau dh 4 kali winter dah ni. x leh imagine mahal nya bil heating korg (ke murah kat US?)
ReplyDeletehmm..besnya tengok salji..tak dpt rase dapat tengok pon jadi la:)
ReplyDeletetengok dan rasainya sepuas hati sementara masih di sana !
ReplyDeletemst teruja sgt dpt tgk salji depan mata...betuah dpt rasa keajaiban tuhan....
ReplyDeletebest nyer...PM teringin nak main salji...huhu
ReplyDeletesuka bentuk daun tu...
ReplyDelete