Pages

Monday, January 14, 2013

Berpesta pulut durian di musim sejuk

Aktiviti kami bersama adik-adik undergrad di sini penghujung Disember 2012 :).

Bukan main sakan lagi orang di Malaysia tayang durian hujung tahun lepas..siap dengan crepe durian lagi..huhu. Tak patut betul. Mujurlah di Lincoln ni ada jual durian. Walaupun ianya durian Siam, walaupun ianya durian beku (frozen)...jadilah...janji dapat juga melepas kempunan nak makan durian.

Idea nak berpesta pulut durian ni datangnya daripada gambar pulut durian yang suami saya upload di Facebook beberapa minggu sebelumnya.. Adik-adik undergrad di sini terliur tengok gambar pulut durian tu :p. Dari situlah tercetus idea makan pulut durian secara berjemaah ^_^.


Memang berpesta sungguhlah hari tu. 9 biji durian kesemuanya; 5 biji daripada geng bujang, sebiji daripada anak dara, baki 3 biji lagi suami saya beli ^_^. Memang tak habislah 9 biji durian tu tapi 5 biji sekejap je licin.


Pulut durian. Pertama kali saya tahu durian dimakan dengan pulut dan santan adalah sewaktu saya di matrikulasi. Tak ingat saya ada program apa masa tu. Yang saya ingat, juadah yang dihidangkan adalah pulut durian. Aneh bagi saya. Tak boleh nak digambarkan bagaimana rasanya. Durian dahlah berlemak. Makan pula dengan pulut bersama santan. Tidakkah rasanya sangat berlemak??


Tak ramai pun masa ni. Ramai yang pergi makan angin sempena cuti musim sejuk. Kami yang tak ke mana-mana (sob, sob..)...berpesta pulut durianlah di Lincoln ^_^. Ada tetamu juga waktu ni; keluarga Fido yang datang makan angin di US dan seorang adik undergrad dari Wisconsin.


Yum, yum! Sedap juga durian Siam pun. Alhamdulillah kali ni dapat isi yang lembut. Kadang-kadang beli dapat isi yang keras sikit...yang macam tu saya tak minat sangat. Saya seorang sahaja yang makan durian semata-mata. Sehingga ke hari ni masih belum terbuka hati nak rasa pulut durian.


Anak teruna yang baru bangun tidur menikmati durian. Lepas makan durian, makan pulut durian pula. Bab makan, memang ummi kalah dengan dia. Bagus juga dia tak jadi picky eater macam umminya ni :D. Safiyyah? Tak mahu pun dia. Sekali-sekala makan jugalah durian tapi selalunya dia tak mahu.



23 comments:

  1. Nadia.. makan pulut durian dgn santan nak elak badan panas. santan sifat dia sejuk. durian lawan dia panas.

    tu pasal org tua dulu makan durian dgn santan badan tak panas.

    ni saya tahu pun dr mak. sebab hari2 duk mengadap durian. jd keluar la petua org lama2. :)

    ReplyDelete
  2. k.izan pandai makan pulut durian ni bila tgk mak mertua buatkan. kalau tak sampai kesudah mmg tak tahu durian boleh dimakan dgn pulut n santan. yg peliknya suami k.izan tak suka plak mkn camtu wpun anak org kelantan.

    ReplyDelete
  3. Bestnye makan pulut durian nyum nyum. Trah kalau makan pulut durian, prefer makan dengan 'nise'. Orang luar panggil gula melaka kot.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hehe, sangat sodap! (dulu masa budak2, remaja, memang tak suka sangat makan durian + pulut + santan + gula melaka).. prefer makan durian asing. kalau makan pulut = pulut + santan + gula melaka je. Sebab rasa macam dah manis dah, nanti cepat 'muak'.
    Tapi lama2, rasa macam ok je. Hehe. suami pnah crite, masa duduk rumah sewa, pnah buat pulut + santan kotak + gula makan dengan durian. Hehe. Sedap jugak katanya

    ReplyDelete
  6. wah syakir selera org kelantan...syabas beta!!!! hihihi...

    ReplyDelete
  7. tak kalah jugak ye Nadiah nak jugak tayang Durian Lincoln ye...hihi
    takpe tak lama dah nak balik Msia kan...nanti rindu suasana Lincoln plak pasni...;)

    ReplyDelete
  8. makan durian kat tempat orang memang rasa best sangat..nikmat..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum nadiah

    Wahh terliur saya...
    pregnant kali ni tak makan durian pun..walaupun tengah musim...
    control gula sebab risau baby besar sampai 4kilo..:) sebab Ammar dulu dah 3.85kg...

    Sedapnya makan pulut durian...:)

    ReplyDelete
  10. Ya ampunnnnnnnn jelly nyer party derian ni uols
    Uiks tu Kira ramai la
    Ai nak Kena buat party tema apa plak ni ngan adek2 kolej ni ngeeee

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi makan durian dengan pulut, satu hari boleh di cuba...:)

    ReplyDelete
  12. so, tak lupa bersyukurlah kepada Allah Ta'ala

    ReplyDelete
  13. wah..dapat jugak mamam duyan kat oversea kan..

    ReplyDelete
  14. sama la kita nadiah..tak teringin lagi buat ms sekarang ni nak rasa pulut durian. Kalau makan durian, hanya durian semata-mata. Bila dah di tukar durian jadi versi lain mmg konpem akak dah tak makan hiihi..

    ReplyDelete
  15. senang ke dpt durian kt sana nadiah?

    ReplyDelete
  16. wah sedapnya...biasa org kg js mkn camtu la...sedap2...hihi

    ReplyDelete
  17. pulut durian? sedapnya...
    dah lama ada stok durian dalam fridge sebab sayang nak makan, hehehehe

    ReplyDelete
  18. Kalau akak pulak durian tu dimasakan bersama durian... jadilah santan durian... haha sekali makan jer :D

    Tak pernah pulak buat santan lain durian lain.. tengok macam sedap jer...

    p/s akak dah jengok blogshop Nadiah tu :D

    ReplyDelete
  19. Hihi okla tu sorg ikut ayah, sorg ikut mak..adil! Neay, sy pon tak pernah mkn pulut durian, mkn durian je suka. Husben izu tak suka padahal dia pon asal ore kelate cuma lahir je kt kl..durian pon dia tak gemar. :)

    ReplyDelete
  20. errmm..bestnyer..alin favourite dian..tapi durian crepe alin tak boley layan..tak tau ler knp maybe sbb krim yg terlalu bnyk kot..

    bagusnyer shakir mkn dian..lau danish dkt pun taknak..haha sabo jew ler..

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^