Hari lahir Safiyyah 2 Januari lepas. Baru hari ni nak buat entri ni...hihi. Tak apalah ya, bulan Januari pun belum berakhir lagi. Tak adalah basi sangat :p. Pejam celik pejam celik, 5 tahun dah berlalu. Macam tak percaya dah 5 tahun usia anakanda kami yang sulung.
Gambar di atas sebahagian daripada gambar-gambar Safiyyah sepanjang tahun lepas. Kesemuanya adalah gambar candid. Safiyyah tak pandai posing (macam ummi dialah :p) dan tak suka sangat bergambar. Di usia 4 tahun, barulah anak dara ni berani menunggang kuda. Tahun-tahun sebelum tu, duduk atas kuda mesti menangis walaupun sekadar kuda patung (carousel).
Sukakan pizza, mac and cheese, yogurt, susu dan spaghetti kosong. Kalau makan roti, hanya kulitnya sahaja yang dimakan. Rotinya dibuang. Budak-budak selalunya tak suka kulit roti. Safiyyah sebaliknya pula. Unik :). Oh, tapi kalau dapat roti Arab, dia makan! Sangat suka makan buah terutamanya berries dan anggur tapi tak gemar buah-buahan tempatan Malaysia terutama durian :p
Kain batik masih menjadi peneman tidur yang setia sampai dah koyak rabak kain tu. Diberi kain batik lain dia tak mahu. Kain batik tu ada nama. Safiyyah namakannya Hoho. Rasanya penangan tengok rancangan Ni Hao Kai Lan ^_^.
Siapa yang mengikuti blog ni pasti tahu Safiyyah suka tidur berdiri tapi sekarang dah tak ada dah aksi tidur berdiri. Rindu pula nak tengok Safiyyah tidur berdiri macam dulu...hihi.
Doakan Safiyyah jadi anak yang solehah ya :).

happy belated besday safiyyah!!!!sempga safiyyah jadi anak yang bijak pandai & solehah...amin...sekejap je da 5 tahun kan kak:) anak buah nana pun takut naik patung carousel tu^^
ReplyDeleteselamat hari lahir safiyyah..semoga menjadi anak yang solehah
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY SAFIYYAH!
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY SAFIYYAH!
HAPPY BIRTHDAY SAFIYYAH!
HAPPY BIRTHDAY SAFIYYAH!
HAPPY BIRTHDAY SAFIYYAH!
hepi besdeyyy safiyyahh..waa besar dh ye 5 tahun dh..huhuuuu..moga jadi anak yg solehah.Amin..
ReplyDeletehepi birthday safiyyah
ReplyDeletebesarnya spek, amik spek ummi eh
Happy b'lated b'day safiyyah....smoga membesar jd anak yg soleh :)
ReplyDeleteeh safiyyah dah beso. makin beso makin cantik =)
ReplyDeleteHepy belated besday Safiyyah...lame ummi xtempek gbr Safiyyah kat sini kan. Dah anak dara dh Safiyyah...comel sangat...;)
ReplyDeletehepi belated besday..:)
ReplyDeleteSalam kak.. :) hepy belated birthday ank comel.. semoga jd puteri solehah.. ameeeennn..
ReplyDeleteP/s: zmn d universiti iza x mmpu recall blik lg semua yg brlku.. lps hbs bljr br ingtn slow2 dpt blik.. lps tu trs iza g hospitl blik tuk check blik.. tp hmpir terlmbt tuk bertindak kak.. hihi
wow...dah 5 tahun..rupe2 nye dah lame jgk follow blog akak ni...
ReplyDeleteur daughter was born on the same month as me. just started following ur blog. appreciate it if u would visit my blog. critics are welcomed :)
ReplyDeleteterima kasih semua! ^_^
ReplyDeleteyatie: hehe...itu spek safiyyah. spek ummi kecil je :D
iza: oh, gitu rupanya. tak apa, insyaAllah iza pasti sembuh sepenuhnya
nissa: thank you dear. at the moment i'm not active in blog. insyaAllah i'll visit your blog :)