Pages

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha ke-2 di Lincoln

Tak seperti tahun lepas (refer: Jamuan Aidiladha 1430H), tahun ni kami tak buat jamuan (open house) sempena Aidiladha disebabkan raya jatuh pada hari Selasa (16 November). Tapi saya masak juga la menu ringkas in case ada tetamu yang datang ke rumah (yang Melayu je la kalau datang pun..hee~). Suami saya sempat juga la solat sunat Aidiladha di UNL City Campus Union pagi tu. Dia ada 2 kelas je pun hari Selasa. Kelas paling awal pukul 11 pagi.

Saya masak bihun tomyam je untuk juadah raya. Antara yang termudah la nak buat. Nak masak yang renyah-renyah ni tak rajin pulak. Biskut raya langsung tak buat. Aidilfitri pun takde feel beraya, Aidiladha lagi la. Nak-nak raya jatuh on weekdays. Aidiladha tahun lepas meriah juga la. Ada jamuan raya dan kebetulannya Aidiladha tahun lepas jatuh masa cuti Thanksgiving.

Semalam saya tak ke mana-mana pun seharian. Melepak je kat rumah. Pagi tu baru masak bihun tomyam. Dah pukul 10 pagi pun baru mula masak :p. Memang sengaja masak lambat-lambat sebab tahu pagi tu ada jamuan lepas solat sunat Aidiladha. Suami saya makan kat sana la.


Bihun tomyam. Nak? ^_^


Lepas Maghrib, geng-geng Melayu datang beraya ke rumah kami. Ingatkan diorang nak datang tengahari. Dari tengahari la saya duk tunggu sampai tersengguk-sengguk :p. Rupanya lepas Maghrib baru datang. Ye la, siang tu masing-masing ada kelas. Pakat datang malam la semuanya.


Semua dah kekenyangan baru teringat nak ambil gambar :p. Tiada dalam gambar: suami saya selaku jurugambar, Syafiq, Ain dan Fatin. Safiyyah pun takde, dia duduk dengan 'babysitter' (tengok gambar bawah)..eheh. Fizah masa ni belum sampai lagi


2 orang calon babysitter kategori bujang ^_^

27 comments:

  1. nadiah - salam eid adha...sedap tomyam tu.

    ReplyDelete
  2. salam nadiah..salam eid al-adha..okla tu msk bihun tomyam..akak pulak cuma mmpu buat ns lemak je..mmg terasa sayu je bila duk rumah raya2 ni..

    ReplyDelete
  3. irfan ni dengan kak iza pun nak jd babysitter. apa laaa.

    ReplyDelete
  4. salam idul adha Nadiah..

    kami raya hr rabu..
    cam best je mihun tomyam tu..

    ReplyDelete
  5. salam aidiladha kak nadiah..

    semoga sentiasa berbahagia dalam rahmat dan kasih sayang-Nya :)

    ReplyDelete
  6. salam aidiladha kak nadiah.
    sedih la kak raya kat perantauan ni
    :((

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. meriah jugak tu
    aidiladha saya tahun ni paling tak syok! huhu~

    ReplyDelete
  9. tengok tom yam tu macam selak udang baru nampak mi...hehe. Meriah dengan rencahnya... best..best

    ReplyDelete
  10. Sgt jeles tau bila nengok student yg dok luar negara lagi rajin masa dr k.ana yg hanya dok kat mesia ni...asyik nak tunjuk2 ajer keja nya...muhahaha...
    Sedap nya nampak bihun tomyam tuh!

    ReplyDelete
  11. salam aidil adha...
    nyam nyam bihun tomyam...yummy

    ReplyDelete
  12. k.lina: tak ummph sgt tomyam tu..tak pedas langsung pdhal dah letak 15 biji cili padi dah..huhu..

    k.kamalia: nadiah tak pernah terfikir pulak masak nasi lemak utk juadah raya :p

    d-va: dia nak praktis la tu..ehehe..

    k.hamizah: oo..sama mcm malaysia la raya hari rabu

    wansyu: salam aidiladha juga. ameen..terima kasih atas doa

    nurizzo: huhu..sabar ye..pengorbanan namanya tu. insyaAllah tak lama mana..pejam celik pejam celik dah nak balik malaysia :)

    ReplyDelete
  13. h4ni3: knp tak syok? ada cerita sebaliknya ke?

    dbalkis: yup, sedap mkn panas2 :)

    k.nida: hehe..tu yg terakhir tu kak..letak semua terus dlm mangkuk

    k.ana: ala kak..kalau boleh tunjuk2, nadiah pun tunjuk2 jgk. ehehe..

    k.ina: minat bihun tomyam ke kak? :)

    ReplyDelete
  14. dah lama tak masak bihun tomyam...
    selamat aidil adha nadiah..
    ade juga kawan2 dtg meraikan..

    ReplyDelete
  15. Salam Aidiladha buat Akak & family =)

    Duk jauh buat mood raye ade tak ade eh.. Ape2 pon semua photo masakan akak tetap membuka selera saya yang memandang..hehe.

    ReplyDelete
  16. Hi Nadiah, hru doing my friend??? How's Safiyyah doing? ;)

    Hope it's not too late to wish you and family a Happy Raya Aidil Adha ya! :D

    ReplyDelete
  17. Kak..bihun tomyam special utk aidiladha di Lincoln ke???hehe

    Btw salam aidiladha utk akak n family

    ReplyDelete
  18. nadiah...bestnya nampak bihun tomyam tu. izan ngan muhaimin skrg ni suka sgt makan bihun tomyam ni. kalau dpt yg pedas menyengat mmg best!!

    salam aidil adha utk nadiah n famili juga ye~

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum nadiah
    bihun tomyam sedap tau
    hubby akak suka.
    bila kita duk di perantauan
    ikatan ukhuwah akan lebih bermakna,kan Nadia.
    p/s: siapalah gerangannya yang bertuah bakal menjadi suri babysitter bujang yg kelihatan penyayang tu ya.

    ReplyDelete
  20. Ade orang wat sembelih korban tak kat sana?

    ReplyDelete
  21. Dah lama tak mkn bihun tomyam..sedaplah pulak ble tengok ni..Salam eidul adha buat Nadiah sekeluarga..

    ReplyDelete
  22. salam aidiladha..cam menarik je mihun tomyam tu!!:))

    ReplyDelete
  23. kakyong: nnt kakyong takde idea boleh la masak bihun tomyam :)

    meen: mana sama raya kat sini dgn tmpt sendiri..huhu..

    sis love: hi sis! long time no see u here. busy ya? tq for your raya wish! :)

    affieza: hehe..dah tak tau nak masak apa..masak bihun tomyam je la :D

    k.izan: pedas mmg best kak izan! yg nadiah buat ni tak pedas langsung..cilinya mmg tak pedas..kurang syok la makan

    ReplyDelete
  24. k.ummu: waalaikumussalam wbt. hubby akak je ke suka? akak tak suka ke? hehe..

    jiey: kena rasa dulu baru tau sedap ke tak ;)

    amirul faiz: ada tapi tak gi tgk pun

    ummu ammar: terliur ke kak? hehe..

    ummi aisyah: salam aidiladha juga! :)

    ReplyDelete
  25. ah. sedapnya tgk bihun tomyam kak nadiah!!

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^