Pages

Monday, January 3, 2011

Safiyyah's 2nd Birthday Bash

Alhamdulillah...selesai dah majlis ulangtahun kelahiran Safiyyah yang ke-2 semalam. Lega rasanya dah selesai. Betul-betul teruji masa nak prepare majlis Safiyyah kali ni. Jumaat malam saya demam mengejut. Tak larat nak bangun dan tak larat nak buat apa-apa. Faham -faham je la pregnant ni bukan boleh telan sebarang ubat. Seboleh-bolehnya saya elakkan tapi dalam pukul 3 pagi, saya rasa demam makin kuat...tekak pun perit. Telan juga la sebiji tylenol. Ikutkan, tylenol selamat untuk wanita mengandung tapi saya tetap elak juga la. Dah rasa tak tahan sangat baru telan sebiji. Dah nama pun ubat kan...tetap ada side effect juga.

Pagi Sabtu masih demam lagi tapi gagahkan juga diri buat preparation untuk jamuan keesokan harinya. Dah jemput orang...tak sedap hati pulak nak cancel. Lepas Subuh terus sediakan bahan-bahan untuk sup, lepas Zohor buat cheesecake dan lemon cake. Lepas Maghrib pulak terus masak sup daging. Selesai masak, terus 'pengsan'. Tak berdaya dah nak buat apa-apa. Rumah tunggang-langgang masa tu. Suami saya la tolong kemas rumah dan cuci semua pinggan mangkuk. Sepanjang Sabtu tu saya takde selera. Tekak makin perit. Nak bercakap pun tak boleh. Tengok kat cermin, tekak merah sangat-sangat. Duk makan Ricola (ala-ala Strepsils) je la. Sebelum tidur, telan lagi sebiji tylenol.

Pagi Ahad. Rasa tak mampu nak bangun tapi paksa juga diri selesaikan kerja-kerja yang masih belum selesai. Buat frosting untuk lemon cake, buat topping cheesecake, masak hotpot potatoes, rendam bihun dengan serbuk kunyit. Tengah buat kerja, saya rasa demam makin kebah. Tekak pun dah kurang rasa peritnya. Alhamdulillah, syukur ke hadratNya...


Birthday girl yang tak nak pakai party hat. Ni pun pakaikan sekejap masa dah habis majlis, semata-mata nak ambil gambar. Sempat snap sekeping pastu 'dibuangnya' topi tu :p


Antara yang memeriahkan majlis yang bermula pada jam 2 petang:



Hidangan utama, saya buat bihun sup utara. Takde gambar. Rasanya semua tahu kot bihun sup utara macam mana. Trademark bihun sup utara: bihunnya warna kuning. Sebab tu saya rendam bihun dengan kunyit :).


Birthday cake kali ni saya buat lemon cake. Percubaan pertama. Alhamdulillah jadi juga walaupun tak prefect. Decoration cake simple sangat. Saya tak sempat nak decorate. Tu pun suami saya yang tolong letakkan huruf-huruf tu. Huruf-huruf tu pun beli kat kedai je..hee~


Dessert. Cinnamon apple cheesecake dan hotpot potatoes. Hotpot potatoes tu overcooked, sebab tu atasnya jadi gelap macam tu tapi tak hangit cuma jadi lebih crispy. Saya terlupa nak keluarkan dari oven :p. Nasib baik ada orang yang suka dan kata sedap terutama bahagian crispy tu ^_^


Birthday girl with her birthday cake. Mujur Safiyyah suka lemon cake tu, tak sia-sia buat :)


Goodies untuk budak-budak. Party hat, color pencils, balloon, sticker, chocolates, cookies & party blower. Saje sediakan goodies tahun ni sebab ramai budak-budak berbanding tahun lepas (read: Safiyyah's 1st birthday celebration). Yang dah tua-tua tak payah la...zaman tu dah lepas dah :p


Tetamu-tetamu terakhir kami.
Atas: jiran kami di tingkat atas, berasal dari Ethiopia. Diorang datang masa semua tetamu dah balik (hampir jam 5 petang) sebab diorang ada hal lain sebelum tu.
Bawah: Silvana dan anaknya; Mariana. Jiran kami juga, jiran sebelah blok. Diorang datang pukul 7 petang, tersalah timing. Silvana ingat majlis bermula jam 7 (err..ke suami saya yang tersilap informed..?). Takpe la, kira special guests la tu..dapat la diorang makan dengan selesa kat meja makan *wink*


Hadiah-hadiah Safiyyah. Toys, clothes & books. Terima kasih pada semua yang bermurah hati bagi hadiah kat Safiyyah! Terima kasih juga pada semua yang bawa makanan/minuman tambahan! We really appreciate it!


Ni pulak hadiah dari papa dan ummi. Safiyyah suka sangat melukis, kami hadiahkan la easel ni. Harap-harapnya lepas ni Safiyyah tak melukis di dinding lagi. Kalau perasan, dinding bersih je kan...takde dah lukisan-lukisan Safiyyah..papanya dah lap semua seni Safiyyah tu malam sebelum majlis Safiyyah ni. Dinding kat bilik je tak cuci lagi :D

30 comments:

  1. meriahnyee
    nampk tempting sgt2 cake tu even simple..

    besnye tgk safiyah happy besday dear
    dah 2 tahun da...:-)

    ReplyDelete
  2. happy birthday safiyyah...hmm..yummy lah kek dan apple dessert tu

    ReplyDelete
  3. wah..banyak nya saffiyah dapat adiah:) smua comey2...bestnya:)

    ReplyDelete
  4. meriah majlis safiyyah!! best..

    waaaah cunlah dia in black..hadiah pun comei2..^_^

    ReplyDelete
  5. bestnya tgk majlis safiyyah. siannya ummi demam pun tetap gigih memasak macam2.

    kek tu nmpk sedaplah nadiah...

    syok tu safiyyah dpt banyak hadiah~

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir suffiyah...moga sentiasa dalam lindungan rahmatNya selalu.....

    ReplyDelete
  7. salam nadiah,
    wah rajinnya msk2 walaupun demam....semoga cepat baik yer....comel safiyyah..:)

    ReplyDelete
  8. salam.

    wah meletop letop sambutannya.

    semoga safiyyah membesar dalam keadaan sihat walafiat dan menjadi anak yang menyejukkan hati ibubapa.

    ReplyDelete
  9. seronok baca husband and akak melayan anak.. :)

    ReplyDelete
  10. wah!nampak sgt sedap org dmm masak..

    ReplyDelete
  11. hotpot potatoes tu nampak sedap sgt, akak pun suka yang garing2 camtu, wahh banyaknye hadiah yg safiyyah dapattt, bestnyeee

    ReplyDelete
  12. Banyaknya Safiyyah dpt hadiah...best ni...hehe

    ReplyDelete
  13. dlm demam2 pun, banyak jugak sempat masak tu. Happy belated b'day SAfiyyah.

    ReplyDelete
  14. Waaa...Safiyyah dah makin besar...nanti boleh tlng ummi...sian kat ummi...

    ReplyDelete
  15. Meriahnye wlupun kak nadiah demam... Bestnye masak sndiri... Happy birthday safiyyah!

    ReplyDelete
  16. wah. dah 2 tahun.
    hepi besday dari makcik husna.
    safiyyah ni makin hari, makin cun.

    ReplyDelete
  17. Happy Belated Birthday Safiyyah! ^_^

    Sorry lambat plak wish..
    Banyak hadiah safiyyah tahun ni nak 1 blh?? hik.. (^_~)

    ReplyDelete
  18. k.faten larat nak mua majlis bsr2... tunggu kelik mesia la nok celebrate grand2 sikit...

    HAPPT BIRTHDAY SAFIYYAH!!! dah nak jd kakak,jgn notty2 lg....

    ReplyDelete
  19. Salam..
    1st time komen di blog comel ni.hehe
    Selamat Hari Lahir Safiyyah. Semoga sentiasa murah dengan senyuman & ringan tulang tolong ummi kemas rumah ya?
    Safiyyah, nak mintak Pooh (hadiah birthday kt ats tu) bleh?
    =)

    ReplyDelete
  20. salam..hepi besday safiyyah.^_^.
    Moga jadi anak yg solehah. Wah..demam2 pon mampu masak banyak2..kagumnya saya

    ReplyDelete
  21. Bravo utk nadiah.. dlm demam masih gigih sediakan 3-4 dishes... hebat...

    safiyyah,
    be a gud girl ya.. tgk kan main sayang ummi kat safiyyah, demam2 pun gigih siapkan majlis utk safiyyah...

    ReplyDelete
  22. meriahnya birthday party dia
    ummi masak sendiri pulak tu!
    hmm.. kagum! kagum!
    hehe

    ReplyDelete
  23. rose: nnt rafiq pun akan 2 tahun juga umurnya ;)

    catlina: kena rasa dulu baru tau yummy ke tak ;)

    nanakimie: hihi..budak2 byk la dpt hadiah..tua2 esok ciput je dpt..hihi..

    mamalieyna: safiyyah in blue tu..biru tua..tu yg nampak mcm hitam..hehe..

    k.izan: tak sedap hati pulak nak cancel kak izan..tu yg gagahkan jgk masak semua tu

    k.fatonah: ameen..terima kasih :)

    ReplyDelete
  24. nieza: adat perantau :)

    al-lavendari: hehe..mana ada meletop2. ameen..terima kasih atas doa..

    sweet life: :)

    k.hamizah: kalau tak demam nmpk tak sedap ke? eheh..

    mamasyaza: nadiah pun tak sangka ada org suka bhgn yg terlebih crispy tu :D

    affieza: nnt birthday affieza dpt gak hadiah cuma mungkin tak sebanayk masa kecik2 dulu la..hehe..

    ReplyDelete
  25. transformed hw: 4 jenis makanan je nadiah masak kak nur :)

    k.yati: a'ah..sian kat ummi :p

    lady lavender: meriah la berbanding 1st birthday dia dulu :)

    ashanas: best lagi beli kot..takyah penat2..ekeke..

    husna: kecik2 pun boleh panggil cun gak ke? hehe..

    meen: nak yg mana 1? syaratnya kena dtg sini la ambil..ngee~

    ReplyDelete
  26. k.fa10: kat malaysia takde masalah kak..mmg boleh buat grand lagi. kat sini, takat ni je la yg termampu

    man ana?: ameen..terima kasih atas doanya. nak pooh tu mai la dtg ambil kat sini :D

    fawwaznuha: takde pilihan lain..kena juga la masak walaupun tak sihat :)

    annpaan: tq :)

    kakyong: gini la adat perantau kakyong :)

    h4ni3: toksah duk kagum la..kalau kat malaysia nnt still buat gini baru kagum ek..ehehe..

    ReplyDelete
  27. dinding boleh cuci ek..senang la mcm tu

    ReplyDelete
  28. Meriahnya Majlis Hari Lahir Safiyyah.. rajin Nadiah memasak macam2 menu..

    ReplyDelete

Terima kasih.
Thank you.
Syukran jazilan.
^_^