Pages

Monday, January 4, 2010

Safiyyah's 1st birthday celebration

Malam tadi kami makan-makan lagi. Macam takde aktiviti lain je kami ni, kan? jelir Jamuan kali ni sempena meraikan Safiyyah yang dah mencecah usia setahun. Walaupun Safiyyah tak reti dan tak faham apa-apa pun, takde salahnya kami meraikannya. Sekurang-kurangnya silaturrahim antara kami dan teman-teman di sini bertambah erat bila diadakan majlis begini love. Majlis dibuat lewat sehari daripada birthdate Safiyyah. 2 Januari tu (birthday Safiyyah) adalah hari Safiyyah bersama ummi dan papa di rumah kenyit.


Ehe..siap ada decoration lagi. Tak plan pun ni. Plan asal hanya nak buat jamuan biasa-biasa aje tapi bila ke kedai 2 hari sebelum tu nak beli bahan-bahan untuk masak, ternampak pulak benda-benda tu. Apa lagi..terus sambar je la! jelir


Birthday cake yang dah siap dihias
Kek coklat ni saya buat hari Sabtu tapi dihias keesokan harinya oleh suami saya. Not bad la, kan as an amateur? senyumkenyit Hari yang sama gak (Sabtu) saya pulun buat puding karamel dan dadih strawberi takut tak sempat nak buat hari Ahad tu. Dadih tu saya buat sebab nak habiskan stok susu strawberi yang dah nak expired. Daripada dibuang macam tu aje, baik dibuat dadih senyum


Tetamu kami
Orang yang sama gak la dalam acara makan-makan sebelum ni sengihnampakgigi; Hafiz/Izza/Iman, si bujang bertiga (Muzammil, Suhaizi dan Syafiq), Sek Yee, Antonio/Silvana/Mariana serta Yasin. Oh, Yasin je yang pertama kali datang ke rumah kami. Geng-geng Pakistani yang lain tak dapat datang senyum


Birthday girl yang asyik menangis aje masa tu. Isk..rosak majlis adus. Still takut dengan orang lagi. Tak tau la sampai bila. Pernah gak saya cerita kat mak saya. Then mak saya jawab, "Hmm..ummi dia masa kecik dulu lagi teruk..orang tak masuk rumah lagi, baru nak buka pagar je pun dia dah melalak-lalak." Ahaha...kan dah kena sebijik! jelir


Foods
Main menu: bihun tomyam. Yang ni idea last minute. Punya la tak tau nak masak apa. Duk fikir-fikir nak masak yang mudah-mudah je. 3 hari sebelum majlis baru decide buat bihun tomyam. Saya masak 2 periuk tomyam. Suami kata buat 1 periuk je tapi saya takut tak cukup tambah-tambah sekarang ni musim sejuk...perut masing-masing asyik lapar je lapar. Alhamdulillah saya masak gak 2 periuk...licin! Ada la balance sikit lagi, dapat la bagi sorang sikit yang balik lewat senyum. Yang lain-lain tu juadah ihsan dari para tetamu; spaghetti dan muffin Hafiz/Izza, cheese pudding pie Sek Yee, salad Bon/Roz dan muffin Yasin. Penuh jadi meja! Puding karamel dan dadih terpaksa dihidangkan akhir sekali sebab tak muat meja senyum


Sesi potong kek
Tengok...birthday girl menangis lagi. Kali ni sebab dia duk sibuk nak main pisau potong kek tu. Umminya ni duk pegang tangan dia untuk potong kek tu, dia ingat ummi dia nak ambil pisau dari tangan dia. Tu yang melalak-lalak tu! Kalau ada benda kat tangan dia, jangan la ambil. Kalau ambil gak, mengamuk-ngamuk la dia! adus


Kami
Tiada dalam gambar: Yasin dan Bon sekeluarga..diorang dah balik dah masa ni serta Syafiq..tukang ambil gambar. Oh, birthday girl pun takde sebab masa ni dia tidur kenyit


"Ni Safiyyah..ummi dah bagi adik kat Safiyyah. Pasni takyah hisap-hisap jari kaki lagi, ok?" sengihnampakgigi


Gambar terakhir sebelum semua tetamu balik love


Birthday presents
Mega Bloks dari saya dan suami, baju dari Hafiz/Izza, Button Book dari Bon sekeluarga, Ready Steady Ride-On (ala-ala basikal cuma takde pengayuh) dari geng-geng bujang dan Love to Play Puppy dari Antonio's family (diorang tak tau lagi puppy toy bukan mainan Muslim senyum...mujur la Safiyyah tak tau apa-apa lagi sengihnampakgigi)


Birthday girl yang dah kembali happy lepas semua orang balik. Dapat naik basikal ni lagi la happy senyumkenyit

27 comments:

arin said...

pusing satu umah le ngan beskal tuh..abis semua dia langgar nnt..hehehhe..

husna said...

kelakar la safiyyah ni.. pakai cun-cun, tapi nangis...
wah best nye dia dapat byk hadiah..
pasni, mesti byk tanggap gambo berposing atas basikal...

Diver Mom said...

wah.. happy birthday safiyyah! :) kejap je dah besar...

*ehem.. pandainya ummi dia masak! kalau saya, hancus! hihi...

aLyNnZ said...

alahai..nangis pun comel. xper la budak2 klau nak meragam bkn bg salam pun. akhhirnyer dia senyum gak..

ish syoknyer tgk saffiyah ngan beskal tuhh..biler la danish leh brjln..

Love2cook Malaysia said...

Wow, great celebration tuh! Nice foodies!!! ;)

Cake tuh ummmphhh!!! yummy...

Safiyyah as cute as always! ;)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nadiah..syaffiah satu bintang dengan Qaisarala ye? Qaisara balik turki hari tu auntie dia bagi toys puppy, dia cukup suka, bagi kita mazhab shafie aje anjing tu macam menjijikkan..tapi mazhhab lain tak kisah..dia pulun dok main tu, atok dia marah..tapi akak cakap alah..bukan kena samak pun..ha.ha

E-na said...

waaa meriahnya birthday celebration puteri cute ni! nangis2 pun ttp comeiiii! cubit pipi sket!

MaMa NabIhAH said...

happy besday safiyyah...
kejap je dah setahun....
moga menjadi anak solehah....
kullu 'am waantum bikhair....

nadnye said...

happy 1st birthday Saffiyah... moga jadi anak yang solehah...
meriahnya, kek pun cantik jea..

p/s: geramnya tgk pipi dia yang tembam tu

mirah said...

Bestnya nampak kek tu. Hihi best juga safiyyah dpt pressies tu..

sarahfazalul said...

seronoknya..happy moments~ (^^,)

p/s: senyum smp telinga

Nurul Izza said...

hihi lawak safiyyah ni.takut agaknya..hr tu suhaizi minta resepi kacang dr silvana.silvana siap kata 'if you have bacon, its really delicous" gitula kot ayatnya.lupa dh..dia xtau kt xmakan bacon.

safiyyah, hapy befday..mg2 jd anak solehah ye cyg >_<

p.s ternanti2 entry ni

Hamizah said...

wah meriahnya birthdayb party sufiyyah..tp syg nak nangis2 la plak

Dayah @ Real Ummu said...

meriahnya birthday Safiyyah..tapi awat chek teriak sygg..??

layla_elyas said...

selamat ulang tahun yang pertama buat safiyyah..moga akhlaknya secute rupanya..:)

Nadiah Sidek said...

arin: skrg ni masih slmt lg sbb dia tak reti lg guna basikal tu. ehe..

husna: tu la..pakai je cantik2 tp asyik nangis je :D

zuhaini: tq 4 the wish! :)

alynnz: nnt 1 ari nnt berjln la danish tu :)

love: takleh lawan kak love lg la ;)

Nadiah Sidek said...

NB: oo..gitu ye kak? tak tau lak mazhab lain gitu. yg duk risaunya bila safiyyah dh mula duk tny mcm2 la nnt. kang kita tak bg dia main puppy yg betul, jenuh nk menjwb :p

e-na: cubit dlm gmbr je la ye :D

mamanabihah: ameen. tq!

nadnye: tq! ;)

mirah: kalau ummi yg dpt present lg best. haha!

Nadiah Sidek said...

sarah: hati2 sarah..nnt terkoyak lak mulut tu. hehe..

izza: tu la..tak tau smpai bila dia nk takut ngn org. tp bila bwk kluar kat tmpt ramai org, ok lak dia. org tegur dia pun dia buat tak kisah je

hamizah: meriah dgn kehadiran tetamu ;)

dayah: terharu agaknya orang duk smbut bday dia. ekeke..

layla. ameen. tq layla! :)

Nurul Izza said...

akak..pasal puppy ni teringat lak ifa..amira suka sgt dgn binatang.kalau bw ke park ada anjing mesti nk disentuhnya.hr tu ifa temankan iza kt umh(abgfiz g missouri) pastu suami dia tel, kata amira sentuh anjing.tp ifa kata basuh je.diorg xsamak pon.kata ifa, papa dia bgtau kalau kering xpe.mcm tu ke? iza bab2 gini xberapa nk sure.dok pegang pokok je.kalau anjing tu mmg sah2 kena samak.dah tu iza diam jela.tp amira n baby mmg suka binatang kan.kena ajar kot.

ummikhayra said...

alal comeinyer syafiyyah... pipi mulat2 la.. :) happy birthday safiyyah.. moga membesar menjadi anak solehah.. :)

Nadiah Sidek said...

izza: seingt yg akk belajar, kalau yakin kering takyah samak. cuma takut kalau hidung anjing tu duk kena bdn kita. kalau kena mmg kena samak sbb hidung anjing kalau tak silap akk mcm kucing gk..lembap je. kalau pegang bulu je & ms tu bulunya tu mmg betul2 kering (tgn kita pun kena kering jgk), takyah samak

UK: tq aunty nini! mdh2an makbul la doa tu. ameen..

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Ummu Mishkah said...

Meriah!

Min said...

salam,

cute saffiyah... tq for visiting. terus doakan mawaddah ye!

Nadiah Sidek said...

cik epal: tak baik curi..hehe..

anon: sama2 :)

ummumishkah: ;)

min: insyaAllah..sabar ye..

yatie chomeyl said...

happy besday saffiyah....banyak dpt hadiah, Mesti best kan?

Nadiah Sidek said...

yatie: hehe..bknnya dia reti apa pun lg, lain la kalau umminya yg dpt hadiah :D