Friday, June 26, 2020
Tragedi Berdarah 1 Jun 2020
Tuesday, June 23, 2020
PKP: Terkandas di Kampung #2
Thursday, April 11, 2013
Bukan lagi S | Sebulan
Alhamdulillah, Raihannah yang solehah jenis yang tak meragam dan bukan jenis berjaga malam. Menangis hanya ketika lapar, diaper kotor, ketika muntah susu (refluks) atau ketika terasa gayat sahaja. Ya, seperti Shakir, Raihannah juga alami refluks. Harapnya cepatlah berakhir refluksnya tu.
Sebelum ni ada yang bertanya kenapa nama anak yang ketiga ni bukan lagi S? Tak rancang pun sebenarnya nak tetapkan pangkal nama anak dengan huruf yang sama. Kebetulan waktu Shakir lahir berkenan dengan nama yang juga bermula dengan huruf S :). Itu yang orang ingat memang nak namakan anak-anak dengan nama yang bermula dengan huruf S agaknya tu :).
Nota:
Tak lama lagi habis pantang...yay! ^_^
Wednesday, November 14, 2012
Ketiga: Trimester pertama
Sedikit catatan bagi trimester pertama untuk kehamilan yang ketiga...
13 Julai 2012
Buat urine pregnancy test (UPT) sendiri di rumah. Seperti yang dijangka, keputusan positif. Jelas kelihatan double lines. Alhamdulillah, betul-betul seminggu sebelum Ramadhan dapat tahu yang saya hamil buat kali ketiga. Itu pun suami yang 'desak' saya buat UPT. 5 hari sebelum tu keluar sedikit darah yang saya sangka adalah darah haid. Anehnya, darah yang keluar hanya sedikit. Hari keesokannya, tiada lagi darah yang keluar.
Saya dah mula syak yang saya mengandung. Dalam hati sedikit risau memandangkan saya tak pernah ada pengalaman keluar darah (spotting) di awal tempoh kehamilan. Cuma, masa mengandungkan Shakir, keluar sedikit darah ketika usia kandungan mencecah 13 minggu. Ingat nak buat UPT senyap-senyap tanpa pengetahuan suami tapi tak ada stok home-pregnancy test di rumah. Dalam pada tu saya cari maklumat di internet. Rupanya, spotting adalah salah satu tanda awal kehamilan. Sedikit kelegaan di situ.
Bermulanya Ramadhan 1433H
Dua kali kehamilan sebelum ni Allah izin saya dapat berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bagi kehamilan ketiga ini juga saya mengharapkan saya dapat berpuasa penuh tapi baru 1 Ramadhan, saya hampir tewas. Badan rasa tak berdaya sangat pagi tu. Saya hanya lebih banyak berbaring. Alhamdulillah, melepasi tengahari, saya rasa sedikit bertenaga dan mampu untuk meneruskan ibadah puasa.
Beberapa hari selepas tu, saya mula demam di waktu pagi. Bermula jam 10 pagi, mula rasa tak sedap badan tapi selepas jam 2 atau 3 petang, badan saya kembali normal. Keadaan ni berterusan sehingga pertengahan Ramadhan. Dalam tempoh tu, setiap hari jam 10 pagi saya akan berselimut di atas katil sehingga tengahari. Demam pun ada timing :p. Awal Ramadhan ni juga saya mula tak boleh gosok gigi di awal pagi, rasa nak muntah; sama halnya macam mengandungkan Safiyyah dulu.
23 Ramadhan, balik dari majlis graduasi Fatin dan Irfan, saya rasa sangat tak berdaya. Terbaring je dalam bilik. Suami saya pula terus pergi ladang (field work). Mujur juga tetamu yang ada di rumah waktu tu turut sama keletihan dan berehat dalam bilik. Saya tak masak pun untuk berbuka. Kebetulan pula tetamu dapat jemputan berbuka di tempat lain. Saya dan anak-anak, suami bawa makan di luar.
Pada 28 Ramadhan pula, badan saya tiba-tiba rasa lemah, menggigil dan berpeluh. Tanda-tanda kekurangan gula dalam darah. Setiap kali keadaan ni berlaku, saya cepat-cepat makan makanan manis (kebiasaannya coklat) dan beberapa minit selepas tu badan saya pulih seperti sediakala. Saya cuba untuk bertahan. Rasa sayang pula nak berbuka. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi Ramadhan berbaki. Saya baring dan tenangkan diri. Alhamdulillah, tak lama lepas tu hilang rasa menggigil dan saya dapat berpuasa penuh untuk hari tu.
Puasa dalam keadaan diri berbadan dua kali ni benar-benar menguji diri. Namun, alhamdulillah, dapat juga saya berpuasa penuh sebulan Ramadhan 1433H.
4 September 2012
Prenatal check up untuk kali pertama. Kalau sewaktu mengandungkan Shakir dulu, check up dibuat di People's Health Center, kali ni dibuat di Heart and Hands Womancare. Kandungan sudah berusia 11 minggu. Sengaja tunggu Ramadhan berakhir baru buat check up. Lagi pun, memang kena tunggu sehingga kandungan 8 minggu baru boleh mendaftar untuk prenatal check up. Untuk kali pertama ni, midwife Jearlyn yang in-charged.
Sebelum masuk ke bilik pemeriksaan, berat ditimbang; 94.6 lbs (42.9 kg). Seperti biasa, check up kali pertama hanya banyak bersoal jawab sahaja. Mula-mula, nurse yang masuk dulu; ambil dan rekod segala maklumat yang diperlukan. Kemudian, masuk pula student di bawah seliaan Jearlyn. Juga bersoal jawab. Ada juga soalan-soalan yang sama ditanyakan nurse, ditanya sekali lagi. Letih nak menjawab! Akhir sekali, barulah Jearlyn masuk. Bersembang serba sedikit dan degupan jantung bayi dikesan menggunakan Doppler fetal monitor. Suatu kelegaan dapat mendengar degupan jantung si kecil. Alhamdulillah, si kecil dalam keadaan baik kata Jearlyn.
Nota:
Gaza diserang lagi oleh tentera Zionis. Sama-sama doakan saudara-saudara seIslam kita di sana. Bagi yang ada Facebook, boleh ikuti perkembangan yang berlaku di Gaza di page Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)
Thursday, April 28, 2011
Shakir ke emergency room
Tapi lewat petang hari Ahad (27 Mac) makin kerap dan banyak pulak Shakir muntah susu. Ada ketikanya susu keluar dari hidung Shakir! Saya dah mula panik dah. Sampai malam pun macam tu jugak keadaannya. Suami saya call hospital dan bagitau staf yang berkenaan pasal Shakir. Lepas bersoal jawab, staf tu suruh pergi emergency room malam tu jugak.
Hampir tengah malam juga la masa kami ke hospital. Punya la lama tunggu doktor datang..mata dah makin berat..rasa nak terlelap je..huhu. Lepas doktor check, Shakir diberi minum Pedialyte (sejenis electrolyte) sebanyak 1 ounce nak tengok tindak balas Shakir terhadap electrolyte tu. Takde apa-apa kesan, 1 ounce lagi diberi lepas 15-20 minit berikutnya dan diberi lagi 1 ounce lepas 15-20 minit seterusnya.
Masih tiada apa-apa tindak balas, kami pun dibenarkan pulang tapi disuruh bagi Shakir minum electrolyte tu setiap 20 minit dan perlu jumpa Dr Paulus pagi tu. Kami sampai di rumah dah pukul 3 pagi dah pun. Mengantuk takleh nak kata la..rasa nak melekat je dah mata ni tapi terpaksa bersengkang mata juga sebab kena bagi Shakir electrolyte tu. Saya tak dibenarkan menyusukan Shakir sampai la jumpa pediatrician nantinya :(
Dalam pukul 9 pagi suami saya call klinik nak buat temujanji, malangnya Dr Paulus hanya lapang waktu petang je. Akhirnya jumpa dengan pediatrician yang lain sebabnya kesian kat Shakir yang tak minum susu berjam-jam lamanya dan saya pulak dah rasa sakit akibat bengkak susu. Suami saya pergi ke klinik berdua je dengan Shakir sebab masa tu Safiyyah belum bangun tidur.
Balik dari klinik, suami saya bagitau yang pediatrician suruh bawa Shakir ke hospital untuk buat x-ray pulak. Baru seminggu lebih umurnya dah kena buat x-ray..huhu. Saya masih tak dibenarkan menyusukan Shakir dan tak boleh bagi electrolyte tu lagi. Shakir kena puasa! Kesian Shakir :(. Lepas x-ray baru Shakir dapat menyusu.
Keesokan harinya kami ke klinik lagi, ada temujanji dengan Dr Paulus. Dr Paulus bagitau hasil keputusan x-ray...dia kata takde mana-mana salur yang tersumbat. Alhamdulillah. Dr Paulus kata Shakir mungkin alami masalah reflux. Katanya lagi reflux tak bahaya asalkan berat baby bertambah setiap minggu dan reflux akan hilang dengan sendirinya.
What is gastroesophageal reflux (GER)?
Gastroesophageal reflux (GER) occurs when stomach contents reflux, or back up, into the esophagus during or after a meal. The esophagus is the tube that connects the mouth to the stomach. A ring of muscle at the bottom of the esophagus opens and closes to allow food to enter the stomach. This ring of muscle is called the lower esophageal sphincter (LES). The LES normally opens to release gas after meals. With infants, when the LES opens, stomach contents often reflux into the esophagus and out the mouth, resulting in regurgitation, or spitting up, and vomiting. GER can also occur when babies cough, cry, or strain.
What are the symptoms of GER?
GER is common in healthy infants. More than half of all babies experience reflux in the first 3 months of life, but most stop spitting up between the ages of 12 to 24 months. Only a small number of infants have severe symptoms. An infant with GER may experience
- spitting up
- vomiting
- coughing
- irritability
- poor feeding
- blood in the stools
Digestive system noting the mouth, esophagus, lower esophageal sphincter (LES), stomach, and small intestineSpecific Instructions for Infants with GER
-
If you feed your baby with a bottle, add up to 1 tablespoon of rice cereal to 2 ounces of infant milk. You can add cereal to expressed milk if you are breastfeeding. If the mixture is too thick for your baby you can change the nipple size or cut a little “x” in the nipple.
-
Burp your baby after he’s consumed 1 or 2 ounces of formula. For breast-fed infants, burp after feeding on each side.
-
Do not overfeed. Talk with your infant’s doctor or nurse about the amount of formula or breast milk that your baby is consuming.
-
When possible, hold your infant upright in your arms for 30 minutes after feedings.
-
Infants with GER should usually sleep on their backs, as is suggested for all infants. Rarely, a physician may suggest alternative sleep positions. [sumber]
Minggu berikutnya (5 April) kami jumpa Dr Paulus sekali lagi...Dr Paulus nak tengok sama ada berat Shakir naik atau pun tidak. Alhamdulillah, berat Shakir ada sedikit peningkatan...naik 0.3 kg dalam masa seminggu (3 kg ke 3.3 kg). 19 April lepas sekali lagi kami berjumpa dengan Dr Paulus...berat Shakir masa tu 3.97 kg. Masih naik juga berat Shakir..alhamdulillah. Dr Paulus puas hati dengan kenaikan berat Shakir. Ok sangat la berat Shakir tu dengan keadaan dia yang muntah-muntah. Dia kata takde apa la yang perlu dirisaukan..lambat-laun akan hilang juga masalah reflux tu.
Shakir masih lagi muntah susu sampai sekarang tapi takde la sekerap 2 minggu sudah. Walaupun tak bahaya, rasa kesian tiap kali tengok dia muntah. Entah berapa peratus je susu yang dihadam dan diserap dalam badan dia tu tapi alhamdulillah la masih naik juga berat badan dia walaupun sikit. Harapnya cepat la masalah reflux tu hilang...doakan ye..
Tuesday, April 19, 2011
Shakir baru sebulan dah ada jerawat..?
Petang tadi bawa Shakir ke klinik..ada temujanji dengan pediatrician (Dr.Paulus). Dr Paulus nak tengok perkembangan Shakir...susulan daripada kes dia dibawa ke emergency room lebih kurang 3 minggu lepas (yang ni pun saya belum cerita lagi dalam blog ni..haih..). Alhamdulillah masalah Shakir yang satu tu dah tak perlu nak risau. Muntah-muntah dah kurang dah..berat badan pun bertambah. Dah 3.97 kg dah berat Shakir sekarang. Patut la tangan ummi rasa cepat lenguh bila dukung Shakir :)
Alang-alang jumpa Dr Paulus, kami tanya sekali pasal ruam di muka Shakir. Dr Paulus kata itu bukan ruam biasa tapi jerawat. Dipanggil baby/neonatal acne. Kecik-kecik dah ada jerawat..hihi. Satu lagi ilmu baru saya dapat hari ni :). Tak tahu la pulak baby pun boleh ada masalah jerawat. Neonatal acne ni mungkin berpunca daripada hormon ibu yang diserap melalui plasenta di hujung kehamilan. Kebiasaannya jerawat tu muncul beberapa minggu lepas baby lahir dan akan hilang dengan sendirinya nanti.
Kalau tengok pipi Shakir, memang macam jerawat pun. Mula-mula sikit je pastu makin banyak..tu yang nampak macam jerawat tu. Rupa-rupanya memang jerawat :p
p/s: 2 minggu lagi habis pantang ;)
Thursday, March 17, 2011
2nd pregnancy: 37 weeks
36 weeks
Routine prenatal check-up. Berat saya masa ni 111.6 pounds (50.6 kg). Midwife yang in-charged: Julie. Masa ni juga saya kena buat 1 lagi ujian: Group B Streptococcus (GBS) Screening. Pertama kali saya dengar pasal ujian ni. Kat Malaysia mana ada buat ujian ni. Kat sini nak ke tak nak ke, terpaksa la juga sebab ujian ni wajib dibuat kat sini antara minggu 35 ke 37. Nak ngelat pun tak boleh :p
What is group B streptococcus?
Group B strep (GBS) is a kind of bacteria that many people harbor in their intestinal tracts. The bacteria may also inhabit (or "colonize") your vagina as well, and be passed on to your baby during labor and birth.
Approximately 10 to 30 percent of pregnant women carry GBS in the vagina or rectum or surrounding area. While GBS is generally harmless in healthy adults, it may cause stillbirth and serious infections in babies.
By the way, although sexual transmission is possible, group B strep is not considered to be a sexually transmitted infection since your genital area may become colonized from bacteria you carry in your own gastrointestinal tract. It's also not the same as group A strep, the bacteria that usually cause strep throat. (baca selanjutnya di SINI)
Keesokan harinya saya ke hospital, ada temujanji dengan Dr.Kenney pulak. Berat baby masa ni dah 5 pounds 11 ounces (2.58 kg). Hoho..berat adik Safiyyah dah mengatasi berat kelahiran kakak dia dah. Safiyyah dulu lahir dengan berat 2.41 kg je. Harap-harapnya berat adik Safiyyah lahir nanti tak sampai 3 kg la. Jangan la besar sangat..kesian kat ummi..ummi ni kecik je..uhuk! Kali ni dapat lagi 2 keping gambar scan! Dah ada 14 keping la gambar scan adik Safiyyah termasuk 8 keping masa scan di Heart & Hand WomanCare. Best! ^_^
Setakat ni je la pertemuan dengan Dr.Kenney memandangkan EDD yang semakin hampir dan takde apa-apa masalah pada kandungan. Alhamdulillah. Minggu-minggu berikutnya hanya buat check-up di klinik je.
37 weeks
Dah mula check-up seminggu sekali. Nancy pulak yang in-charged kali ni. Dalam keempat-empat midwife, Nancy ni je yang saya belum jumpa lagi sebelum ni. Tak sangka pulak dah minggu-minggu terakhir kenal juga dengan Nancy. Oh, berat saya lebih kurang je dengan berat seminggu lepas...111.8 pounds (50.7 kg)..naik 0.1 kg je..ehe. Keputusan GBS saya? Negatif! Alhamdulillah :)
p/s: doakan agar saya dipermudahkan bersalin ye..
Friday, March 11, 2011
Senarai ubat yang selamat untuk ibu mengandung

Saya taip semula la..senang tengok..
Pain
Tylenol **do not use aspirin or ibuprofen
Cold symptoms
Occan or saline nasal sprays (use sparingly) chlor-trimeton or sudafed if your blood pressure has been okay
Cough
Robitussin
Heartburn
Riopan, riopan plus, tums/liquid antacids are usually more effective. Some antacids may contain excessive amounts of sodium, so if you want to use something lower in sodium, ask the pharmacist about the sodium content. Excessive use of antacids may cause gastrointestinal upset in the form of diarrhea or constipation. If these occur, notify your midwife or doctor
Diarrhea
Imodium
Constipation
Metamucil, fibercon or other bulk forming aids ***do not use milk of magnesia, ex-lax or other bowel stimulants as they may also stimulate uterine contractions
Ni hanya panduan je. Kalau nak kepastian, boleh rujuk dengan doktor. Masa saya demam seminggu balik dari winter trip dulu, saya elakkan juga makan tylenol walaupun saya tahu tylenol tu selamat sepanjang waktu mengandung. Bila dah tak tahan sangat-sangat baru saya telan tylenol tu. Seboleh-bolehnya saya minimakan pengambilan ubat masa mengandung. Yang saya buat..saya minum air masak banyak-banyak, rehat secukupnya dan berselimut atau pakai sweater bagi keluar peluh. Masa tu suami saya la yang tolong buat kerja-kerja rumah :)
Wednesday, February 23, 2011
2nd pregnancy: Separuh masa pertama trimester akhir
What is Pelvic Pain during pregnancy?
The joints of the pelvis can cause pain during pregnancy. Pelvic pain causes such pain that movement is limited and the ability to walk is impaired. As your pregnancy progresses, you may develop aches and pains in your hips and pelvic area. This is a normal sign that your pelvic girdle is preparing for childbirth. [source]
28 weeks
Temujanji pertama dengan Dr. Sean P. Kenney (M.D, FACOG) di Maternal Fetal Medicine, St. Elizabeth Medical Plaza. Midwife yang cadangkan saya jumpa dengan Dr.Kenney untuk pastikan saya dan baby tiada sebarang masalah disebabkan bacaan hemoglobin saya yang sentiasa rendah berpunca daripada beta-thalassemia.
Alhamdulillah, baby dalam keadaan sihat. Dah buat ultrasound, memang takde apa-apa masalah la. Dr. Kenney pun kata takde apa yang perlu dirisaukan selagi baby dalam keadaan aktif dan sihat walaupun paras Hb saya rendah. Berat baby masa tu 2 lbs 12 oz (1.25 kg). Dapat 2 keping je gambar scan buat ultrasound kat situ.
29 weeks
Routine prenatal visit. Midwife yang in-charged: Jearlyn. Prenatal visit kali ni saya kena buat Glucose Screening Test (GST). Macam yang saya sebut dalam entry "Beza pregnancy check up di Malaysia dan Lincoln", kat sini wajib buat GST sama ada di penghujung 2nd trimester atau di awal 3rd trimester walaupun kita takde sejarah/keturunan kencing manis atau berat badan naik mendadak.
Alhamdulillah, keputusan GST ok, tak perlu dah buat untuk kali ke-2. Berat saya masa ni 103.8 lbs (47.1 kg) dan Hb saya 7.0. Huhu...7.0! Entah kenapa rendah sangat-sangat Hb saya. Tak pernah-pernah dapat 7.0. Tapi masa tu memang saya rasa tak stabil. Berputar je kepala. Satu sebabnya...malam sebelum tu saya tak boleh tidur dan satu sebab lagi mungkin sebab saya tak makan lebih kurang 12 jam (puasa untuk buat GST). Jearlyn macam biasa la...risau tengok bacaan Hb saya serendah tu terus je dia call Dr.Kenney :D.
32 weeks
Prenatal visit kali ni Julie yang in-charged. Berat saya 107.4 lbs (48.7 kg).
Minggu ni jugak saya ada temujanji dengan Dr.Kenney (temujanji ke-2). Alhamdulillah, tiada juga sebarang masalah pada baby dan berat baby pun dah 4 lbs (1.81 kg), naik lebih kurang 0.6 kg berbanding 4 minggu sebelumnya.
Di Maternal Fetal Medicine. 2 gambar atas tu di ruang menunggu dan 2 gambar bawah pulak dalam bilik ultrasoundKali ni pun dapat 2 keping gambar scan, sekeping daripadanya gambar 4D! ^_^
34 weeks
Jumpa Julie lagi dalam prenatal visit kali ni. Hb saya alhamdulillah naik balik jadi 8.4 dan berat saya 109 lbs (49.4 kg)
Sunday, February 13, 2011
Beza pregnancy check up di Malaysia dan Lincoln
* M = Malaysia
* L = Lincoln
Urin
M: Setiap kali check up, sampel urin akan diambil
L: Di Lincoln ni, sampel urin hanya diambil sekali je masa pengesahan mengandung tapi banyak test la yang diorang buat kat sampel urin tu, bukan hanya nak confirm yang kita mengandung je. Tapi, sejak saya buat ultrasound di Saint Elizabeth Regional Medical Center (hospital), sampel urin mesti diambil tiap kali ada appointment (buat masa ni 2 kali dah saya ke sana)
Rekod kehamilan
M: Masa mengandungkan Safiyyah dulu, saya pergi check up di Klinik Kesihatan, dapat la buku antenatal warna pink tu. Saya suka ada buku pink tu walaupun macam agak kuno tapi berguna sangat. Semuanya direkod/dicatat kat situ. Nak rujuk bila-bila pun senang. Masa ke US ni, memang saya bawak siap-siap buku pink tu sebab fikir senang nanti kalau saya mengandung kat sini, boleh tunjuk je pada midwife rekod yang berkaitan

L: Kat sini takde pun buku antenatal. Semuanya saya kena catit sendiri (saje catit untuk rujukan sendiri di masa depan). Saya suka bandingkan rekod terkini dengan rekod sebelumnya. Saya pernah tunjuk midwife (seingat saya, saya tunjuk pada Karen) buku pink tu, kagum dia tengok buku pink tu ^_^. Masa tu dia nak suruh suami saya buat full blood count (FBC) test sebab nak tahu sama ada suami saya ada thalassemia trait juga atau pun tak. Kat Malaysia dulu suami saya buat dah dan memang takde thalassemia trait. Kami tunjuk je la result FBC suami tu kat midwife. Jadinya suami saya tak perlu dah buat FBC test tu, midwife hanya photostat je result yang ada kat dalam buku pink tu
In-charger
M: Kat Malaysia, nurse dan doktor la in-charge
L: Kat sini pulak, semua hal berkaitan pregnancy, midwife/ob-gyn yang in-charge. Nurse hanya catit berat badan, check tekanan darah dan ambil darah untuk ujian Hb. Macam yang pernah saya katakan sebelum ni, tugas-tugas setiap staf di klinik/hospital semuanya spesifik
Ultrasound
M: Setiap kali check up buat ultrasound. Ni pengalaman saya la. Orang lain mungkin tak buat ultrasound setiap kali check up tapi disebabkan saya pembawa thalassemia yang Hb sentiasa rendah, nurse mesti suruh saya jumpa doktor. Bila jumpa doktor, memang doktor akan scan...doktor risau kalau ada masalah pada baby
L: Ultrasound tak buat selalu sebab mahal melainkan kita ada masalah kesihatan atau dirujuk kepada pakar. Tiap kali check up, midwife hanya check jantung baby guna fetal Doppler je
Pap smear
M: Tak perlu buat pap smear (bergantung pada individu sama ada nak buat atau tak). Lepas bersalinkan Safiyyah, doktor cadangkan saya buat pap smear tapi saya ngelat :p
L: 'Wajib' buat pap smear kalau belum pernah buat
Glucose Screening Test (GST)
M: GST hanya dibuat kalau ada keturunan/sejarah kencing manis (betulkan saya kalau saya tersilap tapi saya dulu memang tak disuruh buat GST)
L: 'Wajib' buat di hujung trimester ke-2 atau awal trimester ke-3
Hemoglobin (Hb)
M: Result Hb tahu masa tu jugak dan hanya hujung jari je dicucuk untuk ambil sampel darah
Tulisan merah tu Hb saya la tu. Merah je sentiasa, takde sekali pun bacaan Hb saya dicatit dengan pen biru/hitamL: Result Hb akan dapat tahu masa check up seterusnya. Setiub kecil darah diambil dari lengan tiap kali nak nak buat ujian Hb (banyak darah saya terbazir kat sini :p)
Proses check up dan menunggu
M: Kena lalui banyak 'stesen' (di klinik kesihatan la). Mula-mula kena tunggu turn untuk timbang berat badan dan check tekanan darah di 1 bilik khas, pastu kena ke stesen seterusnya dan tunggu turn lagi untuk check Hb dan urin. Dah selesai, kena tunggu lagi turn di bilik lain pulak untuk jumpa nurse dan ambil ubat. Akhir sekali baru jumpa doktor (kalau nurse suruh la). Setiap bilik tu semuanya kena tunggu turn. Bayangkan la berapa lama saya kena tunggu..huhu..
L: Walaupun kadang-kadang lama juga kena menunggu, tapi proses check up cepat je. Bila nama dipanggil, berat badan akan ditimbang dan nurse akan check tekanan darah. Lepas tu jumpa midwife. Selesai urusan dengan midwife, nurse akan datang balik untuk ambil setiub kecil darah. Pastu boleh balik. Tak perlu la nak pindah-pindah bilik dan tak perlu menunggu banyak kali
Suntikan kancing gigi (tetanus)
M: Kena ambil 2 dos, dos pertama masa penghujung trimester ke-2 dan dos kedua diberi masa trimester ke-3. Kira wajib ambil la suntikan kancing gigi ni
L: Sehingga minggu ke-32 ni, takde pulak saya diberi suntikan kancing gigi. Memang tak perlu kot suntikan tu kat sini
Ceramah
M: Di klinik kesihatan, ada hari-hari tertentu kena dengar ceramah. Kalau tak silap saya, sekali rasanya saya kena dengar ceramah pasal anemia. Semua ibu-ibu yang ada appointment pagi tu, semuanya kena dengar ceramah tu. Habis ceramah, baru sesi check up dibuat. Aduhai...bertambah lagi masa saya menunggu!
L: Takdenya ceramah-ceramahnya ni
Wednesday, January 12, 2011
2nd pregnancy: 2nd trimester
Sedikit catatan sepanjang 2nd trimester...
16 weeks
Pergerakan baby dalam perut masa ni dah sangat jelas. Ikutkan, dalam minggu ke-14 saya dah mula rasa baby bergerak tapi masa tu kena letak tangan kat perut baru rasa. Minggu ke-16 ni dah tak perlu letak tangan di perut, memang rasa jelas dah baby bergerak. Masa mengandungkan Safiyyah dulu, minggu ke-17 baru mula rasa dia bergerak. Belum ada pengalaman lagi masa tu kan...lambat la sedar baby bergerak..
17 weeks
Monthly check-up. Kali ni pun Karen yang in-charged. Berat saya 92.6 pounds = 42 kg. Hb = 8.2
18 weeks
Ultrasound kali pertama di Heart and Hands WomanCare. Nak scan, memang kena pergi Heart and Hands WomanCare tu sebab kat klinik (People's Health Center) takde kemudahan untuk buat ultrasound. Tiap kali check-up, midwife hanya akan guna Fetal Doppler je untuk monitor degupan jantung baby. Kat sini ultrasound tak dibuat selalu...charge yang dikenakan mahal! Untuk register dan buat ultrasound masa tu je...kami kena bayar 317 dollar! Uhuhu..mahal sungguh!
Berat baby masa tu lebih kurang 11 oz = 0.3 kg. Kecik je ^_^. Tapi puas hati sangat la buat ultrasound kat sini...dapat 8 keping gambar scan sekaligus! Yang tu yang paling best tu..hee. Berbaloi la dengan charge yang dikenakan tu. Masa mengandungkan Safiyyah dulu, saya hanya dapat sekeping je gambar scan walaupun buat ultrasound banyak kali.
20 weeks
Dapat bil pertama dari People's Health Center untuk 3 kali prenatal visit dan pengesahan mengandung (yang saya jumpa Dr.Brook awal-awal dulu untuk sahkan yang saya memang mengandung)
22 weeks
Routine monthly check-up. Midwife yang in-charged: Jearlyn dan Julie (midwife baru). 1st time la saya jumpa Jearlyn. Selama ni check-up dengan Karen je. Baik sangat orangnya. Karen pun sama. Julie tu midwife baru, dia duk tolong-tolong Jearlyn la masa tu. Berat saya untuk minggu ke-22 ni: 97.2 pounds = 44.1 kg, naik 2 kg dalam masa sebulan.
Hb jatuh pulak! 7.6 je. Bacaan Hb saya yang terendah la buat masa ni. Masa mengandungkan Safiyyah dulu tak pernah kurang daripada 8.0. Jearlyn masa tu risau dah tengok bacaan Hb saya. Cepat-cepat dia call Dr.Kenney (pakar), tanya tentang kes saya ni. Lepas diorang bersoal jawab, Dr.Kenney kata takde apa yang perlu dirisaukan. Alhamdulillah. Katanya memang normal kalau Hb pembawa thalassemia macam tu cuma seboleh-bolehnya jangan sampai Hb kurang daripada 7.0 je la..
27 weeks
Check-up terakhir untuk 2nd trimester. Midwife yang in-charged: Julie. Berat saya: 100.4 pounds = 45.5 kg, naik 1.4 kg. Hb alhamdulillah naik sikit berbanding sebulan sebelum ni (8.2). Oh, masa ni saya dapat jumpa dan sembang-sembang sekejap dengan Dr.Brook. Lama dah nak tegur Dr.Brook tapi tak kesampaian sebab Dr.Brook sibuk dengan tugasnya. Saje nak sembang sebab nampak perut Dr.Brook besar..hihi. Dr.Brook mengandung jugak! Tak sangka betul. Dah la EDD kami dekat sangat. Dr.Brook 1 April, saya pulak 6 April tapi saiz perut kami berbeza sungguh! Rupanya dalam perut Dr.Brook ada 2 baby. Kembar!!! Seronoknya Dr.Brook bakal dapat anak kembar! Rasa teringin nak anak kembar jugak..eheh..
Lepas ni dah mula la buat check-up 2 minggu sekali. InsyaAllah minggu depan 1st check-up untuk 3rd trimester :)
Sunday, November 7, 2010
2nd pregnancy: 1st trimester
Berat badan naik lebih kurang 2 kg daripada bulan lepas...daripada 89 pounds (40.5 kg) ke 92.6 pounds (42.1 kg). Pregnant kali ni rasa cepat betul perut besar. Masa mengandungkan Safiyyah dulu 6 bulan baru nampak perut. Ni baru 4 bulan lebih. Mungkin sebab perut pernah 'kembang' kot.
Saya nak kongsikan pengalaman sepanjang 1st trimester untuk 2nd pregnancy ni. Untuk rekod saya sendiri juga..
4 weeks
Masa ni saya dapat tahu dah saya mengandung (kira sendiri je mula-mula..merancang senang sikit nak kira). Ingatnya mengandung kali ni saya nak bagitau suami lambat-lambat sebab nanti dia yang over excited macam masa saya mengandungkan Safiyyah dulu (macam dia pulak yang mengandung :p). Tapi bila difikir ini kali pertama saya mengandung di Lincoln ni, saya bagitau juga la sebab risau kena lalui banyak prosedur (padahal tak pun). Terus suami saya beli home-pregnancy test. Alhamdulillah, betul telahan saya yang saya mengandung. 4 minggu pertama ni saya kerap sangat sakit pinggang. Buat kerja sikit, kena duduk rehat..pastu sambung balik buat kerja...rehat pulak balik. Mengalahkan orang tua pulak..huhu..
5 weeks
Ke klinik untuk buat pengesahan yang saya mengandung. Mula-mula tu timbang berat badan (91.8 pounds = 41.6 kg), dan check urine. Pastu baru la jumpa Dr.Brooke...
"Congratulation! You're pregnant!" kata-kata pertama Dr.Brooke sejurus sahaja dia melangkah masuk ke dalam exam room.
Saya pandang suami, suami saya pandang saya. Tersengih kami berdua.
Melihatkan reaksi kami yang sedikit pun tak terkejut, Dr.Brooke sambung lagi, "Oh, I guess you knew already. You did pregnancy test at home?"
"Yup". *senyum*
Lepas tu Dr.Brooke sembang-sembang dengan kami dan ditanya sedikit sebanyak tentang previous pregnancy. Lepas direkod semua, staff nurse pulak ambil alih...2 tiub darah diambil. Done! Ke farmasi pulak beli ubat. Kat sini ubat-ubat tak disediakan di klinik. Dr hanya prescribe ubat je pastu kita kena beli sendiri di farmasi (mana-mana farmasi yang ada).
Sejenis je ubat yang Dr.Brooke prescribed untuk saya: prenatal vitamin (90 biji harganya 10 dollar). Besar ya amat prenatal vitamin tu! Nak telan pun payah, selalu rasa tersangkut kat kerongkong..huhu. Tapi memang pelik la. Kat Malaysia dulu punya la banyak ubat yang saya kena telan masa mengandungkan Safiyyah. Kat sini sejenis je?? Rasa macam tak percaya pulak. Tapi bagus la sebab saya memang tak suka makan ubat..eheh..
Masuk minggu ke-5 ni pulak, saya terasa letih sangat-sangat walaupun belum buat 1 kerja pun lagi. Bangun pagi-pagi je badan dah rasa lesu. Ada masa-masanya badan rasa segar tapi most of the time rasa letih je. Pinggang pun masih sakit-sakit lagi. Saya tak boleh duduk dan berdiri lama. Duduk/berdiri lama-lama pinggang rasa macam nak patah. Masa ni la saya dah jarang berblog dan blogwalking sebab saya tak boleh duduk lama-lama. Memang saya lebih banyak baring je pun.
7 weeks
Dapat surat 'cinta' dari People's Health Center. Dari awal lagi saya memang dah duga hal ni pasti berlaku..
"Hemoglobin was low. Please come in for additional test. Call for appointment. Ask for Christel. All other labs normal"Minggu seterusnya pergi lagi ke klinik untuk diambil setiub darah lagi untuk ujian lanjut.
9 weeks
Prenatal visit kali pertama dengan midwife. Kat sini, hal-hal yang melibatkan pregnancy..midwife yang in-charge, bukan doktor. Tugas-tugas diorang (doctor, staff nurse, midwife) kat sini semuanya spesifik. Ada 3 orang midwife yang bertukar ganti; Karen, Nancy dan Jearlyn. Kali pertama ni, Karen yang in-charged.
Berat saya menurun sikit..daripada 91.8 pounds (41.7 kg) ke 87.2 pounds (39.6 kg). Selera saya tak berapa nak ada masa tu, lagipun puasa...tu yang berat turun agaknya tu. Alhamdulillah, dapat juga puasa penuh tahun ni. Masa mengandungkan Safiyyah dulu pun saya dapat puasa penuh. Tak payah ganti puasa tahun ni..yay! ^_^
Disebabkan ini pertemuan pertama dengan Karen, kami banyak sembang-sembang la terutama hal yang berkaitan dengan previous pregnancy. Karen maklumkan juga hasil ujian darah saya...hasilnya menunjukkan beta-thalassaemia trait. Dia ingat saya tak tahu lagi. Cuma sebelum ni saya tak tahu jenis thalassemia saya, sama ada beta atau alpha. Sebab tu la Hb saya rendah. Kata Karen lagi, diorang memang tak boleh nak buat apa-apa untuk naikkan Hb golongan macam kami.
Masa ni Karen suruh saya berhenti makan prenatal vitamin sebab antara kandungannya: Iron. Karen kata saya tak boleh makan Iron supplement sebab kandungan Iron saya dah cukup tinggi. Dikhuatiri kalau saya ambil juga Iron, masalah lain akan timbul. Saya pun tak berapa nak faham tapi lebih kurang macam tu la.
Saya hanya diminta makan folic acid dan calcium supplement je. Lega dah tak perlu makan prenatal vitamin tu! Saya kena ambil calcium supplement sebab saya tak minum susu. Tengok, midwife pun tak paksa saya minum susu tau. Doktor dan nurse kat Malaysia pun sama tapi suami saya pulak yang sibuk-sibuk suruh jugak saya minum susu :p. Folic acid pulak saya memang makan sebelum mengandung lagi, so Karen suruh teruskan je la.
Folic acid dan Tums (calcium supplement yang selamat untuk ibu mengandung). Sedap sungguh tums tu! Yang mula-mula tu suami saya beli yang ada pelbagai perisa (assorted fruit: lemon, orange, lime & cherry). Dah habis sebotol tu, suami saya beli pulak orange cream flavor. Macam makan gula-gula je...sedap! Kalau macam ni, sampai bila-bila pun saya tak kisah makan tums tu ^_^13 weeks
Ada bleeding sikit minggu ni. Kebetulan hari yang sama bleeding tu, saya kena pergi check up. Kali ni pun masih Karen yang on duty. Berat saya naik sikit berbanding sebulan lepas (daripada 87.2 pounds = 39.6 kg ke 89 pounds = 40.5 kg). Hari tu juga saya kena buat pap smear. Terkejut la masa Karen bagitau tu. 1st prenatal visit dulu memang dia ada bagitau yang saya kena buat pap smear tapi tak pula diberitahu bila. Nak lari memang tak boleh le dah :p.
Sambil-sambil buat pap smear, Karen cuba cari punca bleeding tu tapi tak dapat dikenalpasti. Tak tahu sebab apa bleeding tu terjadi. Dia check degupan baby...katanya degupan baby sangat bagus. Kalau degupan baby elok kata Karen, kebarangkalian untuk keguguran berlaku hampir tiada. Alhamdulillah, lega sikit dengar masa tu. Tapi tetap rasa risau la sebab masa mengandungkan Safiyyah, sekali pun tak pernah bleeding.
Oh, rupanya buat pap smear tak la seteruk yang saya bayangkan. Tak rasa apa-apa pun. Tak tahu la kalau saya lebih fokus rasa malu daripada rasa sakit. Sebelum ni punya la saya bayangkan betapa sakitnya buat pap smear, tu yang asyik ngelat je tu :p
Wednesday, January 13, 2010
1-year checkup

3.45 petang semalam kami ke People's Health Center, bawa Safiyyah for 1-year checkup. 8.1 kg berat Safiyyah sekarang. Tingginya 29 inci. Dr Brooke kata berat Safiyyah menurun, tak ikut chart tapi bila saya refer growth chart of breastfed babies (girls) yang ini dan yang ini, menaik je ikut graf (masa Safiyyah 9 bulan, beratnya 7 kg). Mungkin Dr tersilap plot agaknya. Saya pun tak tengok betul-betul. Ataupun, chart yang Dr guna tu bukan untuk Asian. Orang Asia kan majoritinya bertubuh kecil. Ummi dan papanya ni pun kurus aje. So tak kisah la, janji Safiyyah aktif, menyusu dan makan macam biasa
Lagipun Safiyyah ni jenis makan sikit je. Kalau makan nasi tu ada la dalam 2-3 sudu besar nasi je. Pastu dia tak mau (dia luahkan kalau dia dah tak nak makan) dah nasi. Nak makan lauk sahaja atau sayur je. Nasi tak nak. Alhamdulillah la dia suka makan sayur. Antara yang dia suka celery. Boleh makan macam tu aje macam ulam sampai papanya kata, "Ni nak jadi Wonder Pets ke ni?"
Sebelum Dr masuk tu happy je dia. Duk pusing-pusing je dalam bilik kecil tu. Macam tengah buat kerja pun ada bila tengok gayanya tu
Bila Dr masuk pun still ok lagi tapi start je Dr sentuh dia, menangis-nangis dia
Bincang punya bincang dengan staff nurse tu, Dr kata nak diberi 6 shots pulak! Masa tu saya tengok suami, suami tengok saya. Banyak tu 6 shots! Dah la Safiyyah ni kecik aje. Then Dr bagi pilihan sama ada nak buat 4 shots dulu atau nak buat 6 shots sekaligus. Dia perasan agaknya perubahan riak muka kami. Kami pilih 4 shots je, bakinya buat minggu depan. Tak sampai hati nak biar Safiyyah disuntik sampai 6 kali. Dah settle semua urusan dengan Dr, baru staff nurse ambil alih tugas.
Bawah ni pulak staff nurse duk ambil darah Safiyyah. Dia menangis tu bukan sebab sakit kena cucuk jari. Menangis sebab takut dengan stranger. Dalam nangis-nangis tu sempat lak tu tengok-tengok pamplet
Pastu baru la Safiyyah diberi 4 shots: MMR (measles, mumps, rubella) vaccine, Varicella Chickenpox vaccine, Pneumoccocal Conjugate vaccine (PCV) dan H1N1 vaccine. Vaksin H1N1 tu Dr bagi pilihan sama ada nak buat ataupun tidak. Kami kata buat je la, as a precaution and prevention.
Mula-mula 2 orang staff nurse je yang nak uruskan suntik-menyuntik tu tapi diorang terpaksa panggil sorang lagi staff nurse untuk bantu sebab Safiyyah kuat sangat meronta. Safiyyah ni nampak je kecik tapi tenaga kuat betul. Setiap hari kena 'bersilat' dengan dia tiap kali nak dipakaikan diaper dan bajunya tu. Memang letih sangat rasa lepas siap-siapkan Safiyyah
Campur suami saya, 4 orang diperlukan untuk kawal Safiyyah. Suami pegang tangan, sorang staff nurse pegang kaki, 2 orang lagi duk suntik secara serentak peha kanan dan kiri Safiyyah sambil pegang lututnya tak nak bagi kaki bergerak sangat. Selalunya 2 orang staff nurse cukup dah..sebelah tangan diorang suntik, sebelah tangan lagi pegang kaki tapi diorang surrender tak mampu nak buat macam kebiasaannya, tu yang kena panggil sorang lagi tu. Bayangkan la betapa kuat tenaganya...dan bayangkan situasi saya tiap kali nak pakaikan diapernya tu..uhuk!Sebelum balik tu staff nurse bagitau result Hb Safiyyah. Alhamdulillah Hb Safiyyah dalam normal range...11.6 gm/dl (untuk budak-budak, normal range: 11-13 gm/dl)
Monday, October 26, 2009
Ke klinik lagi
October 9, 2009
Sejak duk sini ke klinik aje kerja kami
Fuh, mujur juga proses pendaftaran saya tak makan masa lama sangat sebab diorang banyak duk refer rekod pendaftaran Safiyyah sebelum ni
Lepas bersalin dulu, memang Dr. Noraini (Dr. yang sambut Safiyyah) ada tanya saya nak buat ujian pap smear atau tidak. Masa tu saya angguk je la pastu Dr. Noraini suruh saya call balik ke klinik untuk buat appointment bagi ujian pap smear tapi sampai ke sudah saya tak contact balik klinik tu
October 12, 2009
Kami ke Children's Hospital & Medical Center di Omaha. Appointment pukul 11 pagi, kami bertolak dari rumah pukul 9 lebih. Perjalanan dari sini ke Omaha makan masa lebih kurang sejam. Kami pergi berempat termasuk Suhaizi sebab tak tahu jalan nak ke Omaha lagipun suami saya kan pemandu amatur
Sampai sana, kami terus ke Helmet Clinic. Ingat lagi tak entry yang saya cerita pasal cranial band dulu? Itu la tujuan kami ke Omaha
Muka ceria sebelum jumpa staff nurse dan doktor. Staff nurse/doktor masuk je terus nangis macam kena cubit Only then baru kami jumpa Dr.
- Bentuk kepala Safiyyah tak mempengaruhi tumbesaran otaknya, lagipun bentuk kepalanya dah tak seleper dulu
- Agak mahal, dalam lingkungan USD 3,200
- Permohonan medicaid kami tak diluluskan
- Kebanyakan syarikat insurans lak tak cover the cost of the cranial molding helmet sebab ia dianggap sebagai kosmetik (hanya untuk mencantikkan bentuk kepala), instead of medically necessary
- Dah agak lambat. Sepatutnya paling lewat pakai helmet tu masa umur 8 bulan. Safiyyah dah 9 bulan lebih, kalau dia mula pakai pun umurnya 10 bulan lebih, jadinya kurang praktikal sikit kalau pakai sebab masa tu tengkorak baby mula nak keras
Takpe la, janji Safiyyah sihat dan aktif macam biasa, itu dah cukup menggembirakan hati kami. Lagipun nanti bila rambut Safiyyah dah panjang, takde le nampak kepalanya yang flat tu



























