Pages

Showing posts with label pesawat. Show all posts
Showing posts with label pesawat. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Doa untuk MH370


Hampir seminggu tiada khabar berita pesawat ni. Didoakan baik-baik sahaja semuanya. Harapnya dapat jumpa dalam masa terdekat ni. Semoga ahli keluarga kesemua krew dan penumpang pesawat berkenaan sabar dan tabah hadapi ujian.


Wednesday, June 24, 2009

Pesawat MAS

Penerbangan dari KLIA ke New York baru-baru ni merupakan penerbangan kedua saya menggunakan pesawat MAS. Kali pertama hari sebelum tu, dari Pengkalan Chepa ke KL. Kira 2 kali la tu, kan? Tapi pesawat dari Pengkalan Chepa ke KL tu kecil je. Yang ke New York tu memang besar la.


Layanan ok. Petugasnya pun ramah-ramah. Makanan pun ok gak la. Kredit diberikan tang 3-3 perkara tu. Tapi...yang saya tak berkenannya bab pakaian. Kenapa ye pramugari kena pakai seksi-seksi? Baju kebaya yang dipakai mereka betul-betul ikut bentuk badan, kainnya pula terbelah. Aduhai...tak boleh diubah ke pakaian mereka tu ye? Ke...itu termasuk salah 1 cara untuk entertain penumpang..? Huhu..


Lagi satu yang saya tak berkenan...disediakan juga wine! Apa perlunya dihidangkan wine? Semata-mata untuk menarik penumpang warga asing ke? Yang menghidangkannya dah la Muslim. Ye la, yang non-Muslim ada berapa kerat je. Hmm..macam mana tu ye..?