Pages

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, September 16, 2013

October Shipment

Sukacita dimaklumkan, kapal insyaAllah akan berlayar pada penghujung bulan Oktober ini. Segala tempahan untuk penghantaran bulan Oktober harus dibuat selewat-lewatnya pada awal bulan Oktober. Barang-barang akan sampai di Malaysia dalam penghujung bulan Disember, insyaAllah.

Jika barang yang dikehendaki tuan/puan tiada di website atau album page Facebook, boleh request special order ;). Bagi membuat tempahan atau jika ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan pada admin melalui private message atau emel.

Terima kasih.


Nota: handbag, jam dan barangan ringan adalah berkecuali (barang-barang ini dipos melalui udara)


Sekian sahaja pesanan daripada admin Wans Wanz Shop ^_^.




Sunday, December 30, 2012

Malaysia...here we come!

InsyaAllah, 10 Januari 2013 akan memulakan pelayaran. Nantikan kami di sana ye!


Kami = kotak-kotak ini :p. Ye, hanya kotak-kotak ini yang akan berangkat ke Malaysia. Tuan rumah sementara kepada kotak-kotak ni tak turut serta. Lebih menyedihkan, kesemuanya barang-barang orang. Barang-barang sendiri tak ada. Kesian, kan? :p


Macam-macam barang ada dalam kotak-kotak berkenaan...

  • Corelle
  • Corningware
  • T-fal (Tefal)
  • Pyrex
  • Kitchen Aid
  • Coach


Ada yang berkenan dengan barang-barang berkenaan? :)


Jejaka-jejaka gagah perkasa yang membantu mengangkat kotak-kotak masuk ke dalam van untuk dihantar ke Denver, Colorado sebelum naik ke kapal 10 Januari ini. Terima kasih Aizuddin, JJ, Rahman, Muaz dan Hanafi!



Nota:

  1. InsyaAllah, dalam bulan Mac 2013 kotak-kotak tersebut akan tiba di Malaysia.
  2. Next shipping: pertengahan Februari 2013, insyaAllah :). Mahu kirim? Jangan kirim dengan air liur sahaja sudahlah. Kirim dengan air liur, dapat air liur jugalah..hihi..


Sunday, November 25, 2012

Thanksgiving dinner dan Black Friday

Khamis lepas kami sekeluarga memenuhi jemputan Thanksgiving dinner di rumah Dr. Brewer; Head of Department of Entomology, UNL. 3 tahun berturut-turut kami ke sana. Tahun pertama kami di sini je yang kami tak pergi. Masa tu naif lagi. Entah apa-apa je yang difikir masa tu. Isu utamanya bab makananlah. Buat apa pergi kalau tak boleh makan? Nanti ada 'minum-minum' macam mana? Itulah penyebab utama kami tak turut serta di rumah Dr. Brewer.

Lepas itulah belajar sikit-sikit cara bersosial di sini. Kalau nak diikutkan, bukanlah nak pergi makan sangat pun. Sekadar tunjuk muka sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka tahu Muslim juga bergaul dengan non-Muslim. Sekurang-kurangnya juga persepsi negatif mereka terhadap Muslim (sekiranya ada) berubah sedikit sebanyak. 'Minum-minum'? Minuman yang memabukkan memang biasa dihidangkan. Biar sahajalah mereka nak 'minum'. Dah itu memang minuman mereka.


Masing-masing baru sampai je masa ni. Tahun ni tak ramai ke rumah Dr. Brewer berbanding dua thanksgiving dinner yang lepas. Ada yang dah balik ke negara asal masing-masing dan ada juga yang punya agenda tersendiri.


Juadah utama. Dah 3 kali kami ke sana, Mrs. Brewer pun dah tahu ada sesetengah makanan yang kami tak boleh makan. Awal-awal lagi dia maklumkan makanan mana yang boleh makan, yang mana kami tak boleh makan. Berbanding kali pertama dulu, kami kena terangkan. Kini, dia dah sedia memahami :).


Makan, berbual, makan, berbual...


Pinggan saya. Sikit je yang saya ambil. Tekak tak gemar sangat makanan omputih. Sikit-sikit bolehlah.


Tuan rumah; Dr. & Mrs. Brewer.


Dessert.


Sempat bersembang sebelum beredar.


Lebih kurang 3 jam juga kami di rumah Dr. Brewer. Sampai rumah terus terbaring. Pinggang sakit akibat duduk lama. Hampir tengah malamnya pula, suami keluar. Pergi shopping sempena Black Friday sale :p. Saya memang tak dapat nak pergilah. Ikutkan hati nak jugalah tengok sendiri macam mana keadaannya semasa Black Friday sale ni. Masa anak baru seorang pun suami tak bagi ikut, inikan pula dah dua orang. Ditambah pula perut yang semakin memboyot ni...lagilah dia tak bagi ikut.

Nak kata betapa 'hebat'nya penangan Black Friday, seawal jam 4 petang orang dah menunggu di luar kedai sedangkan sale hanya bermula pada waktu tengah malam. Black Friday punya pasal, sanggup orang beratur berjam-jam lamanya di luar kedai dalam keadaan sejuk. Macam tak ada kerja lain pula yang boleh dibuat >_<.

Usai solat Subuh pagi esoknya, barulah saya tengok apa yang suami beli. Baju anak-anak je pun. Yang paling berbaloi, winter jacket Shakir. Harga asalnya 60 dollar. Harga Black Friday sale, 15.95 dollar. Murah sangat! Sebelum ni lagi suami mencari baju winter untuk Shakir tapi tak terbeli sebab harga mahal. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Shakir masa Black Friday.

Saya tak mengharapkan apa-apa pun. Susah nak dapat apa yang saya mahukan. Sekali suami tanya ada tengok ke baju yang dibeli untuk saya? Saya ternampak macam baju kemeja dalam beg plastik tapi saya fikirkan baju suami. Jadinya, saya tak usiklah. Rupanya, baju saya! Kedua-duanya warna biru, bukan warna kegemaran saya, lagilah saya tak sangka itu baju saya. Tak sangka ada juga 'habuan' untuk saya masa Black Friday tahun ni ^_^.

Walaupun warnanya bukan kegemaran saya, kedua-dua baju ni memenuhi kriteria yang saya inginkan; berlengan panjang, cutting longgar dan labuh mencecah paras lutut. Sangat selesa pakai baju begini! Di sini, baju begini dipanggil dress. Kalau bukan waktu sale, paling murah harganya antara 60-70 dollar. Kalau sale pun biasanya dalam 20-35 dollar. Susah nak dapat baju macam ni waktu sale...saiz saya selalu kehabisan stok >_<. Yang suami saya belikan ni sehelai 11 dollar, sehelai lagi 15 dollar. Rezeki :).



Nota:

  1. Cerita thanksgiving dinner tahun 2010 boleh baca di entri Safiyyah dan Thanksgiving Dinner. Yang tahun lepas saya tak buat entrinya. Angin M melanda rasanya masa tu >_<.
  2. Bagi yang tak tahu apa itu thanksgiving, black Friday...boleh baca dalam entri Thanksgiving. Black Friday. Cyber Monday. :)

Tuesday, February 15, 2011

Safiyyah...ni bukan rumah la sayang..

...ini kedai... (ayat yang terpacul di bibir saya tempohari..hee~)

Mana taknya...Safiyyah tiba-tiba je baring kat kedai. Dia buat macam rumah sendiri pulak. Tengok je la sendiri aksi-aksi Safiyyah...


Tiba-tiba je Safiyyah baring kat kedai tu. Dia bukannya tunjuk perasaan ni. Mengantuk agaknya, dalam kereta dia terlelap sekejap. Kalau kat rumah, waktu tu bukannya dia nak tidur pun. Selalu pergi kedai tak pernah macam ni. Biasanya dia la yang paling sibuk di kedai. Usik itu, usik ini...jalan sana, jalan sini...ikut suka dia la ke mana kaki dia nak melangkah. Kalau boleh 1 kedai dia nak explore. Ummi dengan papa dia pun dia dah tak peduli. Konon-konon dah besar sangat la -_-"


Kalau dibiarkan, mau lena agaknya Safiyyah kat situ :p. Saya nak angkat dia, dia marah. Jenuh banyak kali suruh bangun


Pujuk punya pujuk, bangun juga la dia tapi lambat-lambat...duk berlunjur pulak dulu..


Pastu duduk gini pulak. Ada orang nak lalu, baru dia bangkit. Macam-macam la Safiyyah ni..

Tuesday, November 30, 2010

Thanksgiving. Black Friday. Cyber Monday

Dalam entry sebelum ni kak Pija ada tanya Thanksgiving tu sambutan apa. Saya lupa la nak cerita serba sikit pasal Thanksgiving kat entry tu. Meh kita tengok apa kata Wiki:

Thanksgiving Day is a harvest festival celebrated primarily in the United States and Canada. Traditionally, it has been a time to give thanks for a bountiful harvest. While there was an underlying religious element in the original celebration, Thanksgiving today is primarily identified as a secular holiday.[1]

Although earlier feasts are known to have taken place, Thanksgiving as it is known and celebrated today derives from a joint celebration between the Pilgrim settlers of Plymouth, Massachusetts and members of the Native American Patuxet tribe of the Wampanoag people in 1621.

In Canada, Thanksgiving Day is celebrated on the second Monday in October, which is Columbus Day in the United States. In the United States, it falls on the fourth Thursday of November. [source]


Boleh jugak baca di sini: Thanksgiving (United States). Kat link ni ada la diceritakan sejarah-sejarah Thanksgiving di US.


Sifir mudahnya...pesta menuai la. Eh, kat Malaysia ada jugak pesta menuai, kan? Di Sabah kalau tak silap. Cuma, cara sambutan la yang berbeza. Sini, kebiasaannya disambut dengan makan besar, sama ada dengan ahli keluarga atau dengan kawan-kawan.

Dan...antara menu 'wajib' masa Thanksgiving (di US la, Canada saya tak tahu) adalah baked/roasted TURKEY! Sampaikan ada yang gelar Thanksgiving Day sebagai Turkey Day. Masa saya nak ke rumah Dr.Brewer minggu lepas, saya berangan nak tengok seekor turkey (ayam belanda) panggang atas meja. Dasar jakun :p. Memang la sama je bentuknya macam ayam biasa tapi saiznya besar berbanding ayam. Tu yang nak tengok tu. Selama ni tengok kat TV je. Tapi...tak kesampaian juga la nak tengok. Turkey yang dihidang di rumah Dr.Brewer dah dihiris-hiris dagingnya...senang orang nak makan. Aisey..

Roasted turkey. Yang macam ni la saya berangan nak tengok tapi nampaknya angan-angan tinggal angan-angan je la :p

Makanan lain yang dihidangkan (ni ikut kebiasaan la): mashed potato with gravy, sweet potatoes, cranberry sauce, pumpkin pie. Ni semua ada dihidangkan di rumah Dr.Brewer tempohari cuma pumpkin pie tu saya tak pasti ada ke tak sebab banyak sangat dessert yang Mrs.Brewer hidangkan.


Black Friday tu apa pulak? Jumaat yang hitam kelam?? Hehe. Tahun lepas la pertama kali saya dengar istilah Black Friday. Ingatkan apa benda la Black Friday tu...rupanya hari untuk shopping. Sale memang menggila la sempena Black Friday. Bayangkan, orang sanggup beratur kat luar kedai 4-5 jam sebelum kedai dibuka! Ada yang siap pasang khemah kat luar kedai. Dah la sejuk, sanggup diorang tunggu. Mana taknya, barang yang dijual tak banyak jumlahnya. Each item, hanya ada lebih kurang 10 pieces je. Sebab tu orang sanggup tunggu dan beratur berjam-jam lamanya kat luar kedai semata-mata nak dapatkan limited stock tu. First come, first serve la kata orang sekarang.


Tahun ni suami saya melibatkan diri jugak dalam Black Friday sale tapi takde la dia beratur sampai berjam-jam. Hanya 15 minit je (tapi kena beratur panjang la). Dia pergi dengan Alif dan Irfan. Kedai dah nak buka baru diorang pergi, jadinya takde la lama sangat kena beratur tapi dalam suhu yang sejuk macam sekarang ni...15 minit tu pun terseksa jadinya! Masa suami saya pergi tu, suhu -8'C. Nak merasa bahang Black Friday punya pasal...suhu negatif pun tak menjadi penghalang :p.

Kedai yang suami saya pergi tu dibuka (sale bermula) pada jam 12 tengah malam tapi kebanyakan kedai (kalau tak silap saya) dibuka pada jam 4-5 pagi. Tak spesifik masanya. Kat kedai tu (yang suami saya pergi tu la), every item is 50% off! Mana la orang tak jadi 'gila' kalau macam tu punya diskaun. Oh, suami saya kena beratur lebih sejam masa nak buat bayaran! Masa nak masuk kedai tak beratur lama, nak bayar pulak jadi lama.

Black Friday ni jugak sebenarnya ada kaitan dengan Thanksgiving Day...

Black Friday is the day following Thanksgiving Day in the United States, traditionally the beginning of the Christmas shopping season. Especially popular in the United States, the event is spreading to other nations such as Canada and Australia. On this day, many retailers open very early, often at 4 a.m., or earlier, and offer promotional sales to kick off the shopping season. Black Friday is not actually a holiday, but many employers give their employees the day off, increasing the number of potential shoppers. It has routinely been the busiest shopping day of the year since 2005,[1] although news reports, which at that time were inaccurate,[2] have described it as the busiest shopping day of the year for a much longer period of time.[3]

The day's name originated in Philadelphia, where it originally was used to describe the heavy and disruptive pedestrian and vehicle traffic which would occur on the day after Thanksgiving. Use of the term began by 1966 and began to see broader use outside Philadelphia around 1975. Later an alternative explanation began to be offered: that "Black Friday" indicates the period during which retailers are turning a profit, or "in the black."[4] [source]


Ingat Thanksgiving Day, ingat Black Friday..eheh. Thanksgiving Day jatuh hari Khamis ke-4 bulan November. Jadinya, Jumaat keesokannya la Black Friday. Masa kami di rumah Dr.Brewer tu, ramai la yang duk sembang pasal Black Friday. Orang bukan sembang sangat pasal Thanksgiving Day, tapi Black Friday yang lebihnya :p.


1 lagi istilah...Cyber Monday. Dah nama pun cyber...mesti la ada kaitan dengan internet. Yang ini pun ada kaitan dengan Thanksgiving dan Black Friday. Dekat-dekat je harinya. Kalau Thanksgiving hari Khamis, Black Friday Jumaat keesokan harinya...Cyber Monday pulak Isnin berikutnya.

Ada kaitan dengan shopping jugak! Bezanya, Cyber Monday ni online shopping. Tak payah la nak bersengkang mata, beratur panjang, berkhemah dan berebut-rebut semata-mata nak shopping macam Black Friday. Tapi istilah Black Friday lagi glamor berbanding Cyber Monday. Saya sendiri pun baru tahun ni dengar pasal Cyber Monday. Mungkin sebab Cyber Monday ni orang tak nampak...shopping melalui internet je kan. Lagipun harga sale masa Cyber Monday tak seruntuh harga sale masa Black Friday.



Cyber Monday is a marketing term for the Monday immediately following Black Friday, the Friday following Thanksgiving Day in the United States, created by companies to persuade people to shop online. The term made its debut on November 28, 2005 in a Shop.org press release entitled "'Cyber Monday' Quickly Becoming One of the Biggest Online Shopping Days of the Year".[1] According to the Shop.org/BizRate Research 2005 eHoliday Mood Study, "77 percent of online retailers said that their sales increased substantially last year on the Monday after Thanksgiving, a trend that is driving serious online discounts and promotions on Cyber Monday this year (2005)". In 2006, Shop.org announced[2] that it launched the CyberMonday.com portal, a one-stop shop for Cyber Monday deals. In 2009, comScore[3] reported that consumers spent $887M online on Cyber Monday (excluding travel), the second highest spending day of 2009. Cyber Monday is also used as a marketing term in Canada, the United Kingdom, Portugal and Germany. In these countries, with the exception of Canada, Cyber Monday sales last for eight days, typically from the last Monday in November to the first Monday in December. In Canada, the sales period mirrors that of the U.S. [source]


Sekian sahaja pelajaran kita untuk hari ini. Hihi..