Pages

Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

Friday, June 26, 2020

Tragedi Berdarah 1 Jun 2020

Lama dah tak ada insiden berdarah dalam keluarga kami kecuali Shakir yang selalu berdarah hidungnya. Tak disangka, 1 Jun lepas berlaku tragedi di rumah. Waktu kejadian, yang berada di rumah adalah saya dan anak-anak berempat. Saya sedang mencuci pinggan di dapur ketika itu. Tiba-tiba dengar bunyi kaca berkecai.

Saya toleh. Yang punya angkara dah berlari ke ruang tamu. Takut dimarahi barangkali. Allah. Hati mula rasa panas. Termasuk yang ini, sudah dua kali kaca pecah dikerjakannya. Sebelum ini kaca kabinet di kampung pecah waktu kami terkandas di sana (ada dicatat dalam post sebelum ni: PKP: Terkandas di Kampung #2). Kali ini, tingkap bilik pula menjadi mangsa amarah si anak.

Saya ambil penyapu dan penyodok. Sambil beristighfar, saya sapu serpihan kaca yang berterabur di atas lantai. Saya tahu kalau saya tak kawal diri, bila-bila masa sahaja saya boleh 'meletup'. Tambahan pula sejak pagi badan rasa lemau. Rasa tak bersemangat. Emosi tak menentu. Sambil-sambil menyapu tu gugur juga air mata. Letih. Terkejut. Marah. Sedih. Semuanya menjadi satu.

Menyapu sekadar laluan ke dapur bebas serpihan kaca, saya ke ruang tamu. Niat di hati mahu melampiaskan rasa marah terhadap si anak tapi terbantut akhirnya. Atas sofa, saya terpandangkan darah yang bertakung. Allahuakbar. Sungguh saya tak sangka tangan Safiyyah tercedera ketika memecahkan tingkap. Sikit pun dia tak mengaduh kesakitan. Wajahnya pun nampak tenang. Entah sakit entahkan tidak. Selalunya kalau sakit, dia mesti sebut 'hurt' tapi tidak kali ini.

Kejadian di kampung sebelum ini tiada sebarang kecederaan. Maka, saya fikir kali ini juga dia bernasib baik. Malahan, tiada setitik darah pun dikesan di atas lantai. Menguatkan lagi sangkaan saya yang dia tidak cedera sedikit pun. Terkejut tengok darah yang banyak itu. Saya cari punca pendarahan. Nampak satu luka di lengan kiri dan satu bendasing di bahagian luka tersebut. Saya fikirkan kaca. Tapi bila disentuh, lembut. Aduhai. Isi daging terkeluar sedikit rupanya. Bertambah ketar dibuatnya.

Saya bergegas ke dapur, ambil beberapa keping tisu dapur dan letak di bahagian luka agar pendarahan berhenti. Itu sahaja yang boleh difikirkan. Minta seorang lagi anak ambilkan telefon. Saya telefon suami memaklumkan keadaan Safiyyah. Waktu itu suami berada di Serendah. Kalau tunggu, makan masa. Makanya, sayalah yang terpaksa bawa Safiyyah ke klinik. Mujur jugalah ada klinik swasta yang berdekatan.

Dalam keadaan kelam-kabut dan panik, MyKid Safiyyah pula tak dijumpai. Begitu juga kad OKU-nya. Aduh. Saya hubungi suami saya sekali lagi. Seingat saya, kali terakhir, dua kad tersebut ada padanya. Tapi tiada juga. Merata saya cari. Tak jumpa. Pelik. Saya bukannya jenis letak merata kad pengenalan diri. Masih tak jumpa, saya tawakal ke klinik dengan membawa salinan MyKid Safiyyah. Alhamdulillah staf klinik tak banyak soal.

Di klinik, luka Safiyyah tak boleh dijahit di situ memandangkan ia dah bengkak. Doktor beri saya dua pilihan. Sama ada ke klinik kesihatan atau ke hospital. Waktu itu jam sudah pun pukul 4 lebih. Saya buat keputusan untuk ke hospital. Bimbang klinik dah tak terima pesakit waktu itu. Balik ke rumah semula, saya cari lagi MyKid Safiyyah. Tetap juga tak jumpa. Saya bertambah susah hati sebab polisi hospital kerajaan agak tegas. Salinan pengenalan diri tak boleh diguna. Kena bagi yang asal juga.

Akhirnya saya bawa surat beranak beserta kad kuning (temujanji) hospital milik Safiyyah. 3 orang adik-adik Safiyyah terpaksa ditinggalkan di rumah dengan beberapa pesanan. Jangan dekat dengan kawasan berdekatan tingkap yang pecah. Jangan buka pintu kalau ada orang datang. Duduk diam-diam, kejap lagi papa balik. Itu pesanan saya buat tiga beradik.

Sampai di unit kecemasan hospital, suhu badan kami diambil dan saya tunjukkan lengan Safiyyah yang cedera. Kami terus dibawa ke trauma-line dan luka Safiyyah dibalut sementara. Selepas mendaftar, kami dibawa ke zon kuning untuk prosedur seterusnya. Alhamdulillah, sewaktu mendaftar saya hanya tunjukkan kad kuning sahaja. Rekod Safiyyah memang sudah ada dalam data hospital. Jadi kad itu juga dikira sebagai pengenalan diri.

Masuk ke bilik prosedur di zon kuning, luka Safiyyah diperiksa oleh beberapa orang doktor yang bertugas. Doktor tanya macam mana boleh jadi macam tu? Saya jawab, "Dia pecahkan tingkap." Hairan doktor dengar jawapan saya. Lepas diberitahu yang Safiyyah adalah seorang autistik, barulah doktor mengangguk tanda faham.

Kami diminta buat X-ray bagi memastikan tiada serpihan kaca yang tertinggal. Usai X-ray, terus ke zon kuning semula dan menunggu giliran depan bilik prosedur untuk dijahit. Pukul 5 lebih, suami hubungi saya. Alhamdulillah dia dah sampai rumah. Hilanglah risau terhadap 3 beradik yang ditinggalkan. Saya minta suami tolong cuci sofa dan bersihkan betul-betul sekeliling kawasan berdekatan tingkap termasuk dalam kawasan bilik. 

Waktu menunggu giliran untuk dijahit agak lama. Safiyyah dah mula resah. Risau dia tantrum. Mujurlah dia sekadar menjerit sahaja, tidak lebih daripada itu. Sejam menunggu, barulah nama Safiyyah dipanggil. Mula-mula doktor bersihkan darah pada tangan Safiyyah. Dah bersihkan tu barulah perasan ada satu lagi luka tapi tak dalam dan tak perlu dijahit. Waktu ni pun Safiyyah agak marah sebab proses cuci agak lama.

Tiba masa untuk jahit, saya diminta doktor untuk pegang tangan kanan Safiyyah. Seorang doktor pegang tangan kirinya dan seorang lagi doktor ambil tugas menjahit. Baru nak mula jahit, Safiyyah meronta-ronta. Dia seram tengok peralatan menjahit yang dipegang doktor agaknya. Dengan saya sekali gerun...huhu. 5 jahitan jugalah Safiyyah kena.


Yang kena jahit satu bahagian sahaja yang bawah. Satu lagi tu tak perlu dijahit.


Tingkap tengah yang dah tak bercermin.


3 hari selepas dijahit, saya minta suami bawa Safiyyah ke klinik untuk periksa lukanya sebab saya nampak tangannya semakin bengkak dan plaster pun dipenuhi darah. Tak berani nak buka plaster sendiri. Kebetulan Raihannah perlu ke klinik untuk suntikan imunisasi darjah 1, jadi Safiyyah dibawa bersama. Doktor terus tanggalkan sahaja plaster dan sembur kawasan luka dengan cecair kalis air (spray dressing). 


Ini luka yang satu lagi.


Temujanji untuk buka jahitan.
Doktor di klinik tanya dah berapa hari dijahit? Saya jawab 14 hari.
"14 hari? Dah merah ni. Sepatutnya 7 hari dah buka dah."
Tapi doktor di hospital kata 14 hari. Hmm.


Selepas jahitan dibuka.


Gambar terkini. Hampir 2 minggu selepas jahitan dibuka.


Lepas kejadian ni, Safiyyah dah tak tepuk tingkap bilik tu lagi. Kalau tak, setiap hari ditepuknya. Memang selalu risau tingkap tu pecah sebab dia tepuk bukan acah-acah. Tepuk sekuat hati terutama waktu dia tantrum. Yang ditakuti akhirnya berlaku juga. Sekarang ni dia beralih pada kaca kabinet buku pula. Haih. Diberitahu cermin tu boleh pecah sebagaimana tingkap bilik tu, diketuk pula perlahan-lahan guna hujung jari. Maknanya dia faham tapi bila tengah tantrum, bukannya dia ingat. Alahai anak.

Harapnya ini kali terakhir berlaku kejadian macam ni. Tak sanggup nak lalui lagi. Moga Allah lindunginya setiap masa..ameen.



Monday, June 22, 2020

Anak Diserang Sawan. Apa Perlu Dibuat?

Waktu scroll Twitter beberapa hari lepas, terbaca perkongsian Dr. Nimelesh tentang perkara yang perlu dibuat jika anak tiba-tiba diserang sawan. Sebut pasal sawan, fikiran automatik teringatkan anakanda ketiga dan keempat yang pernah diserang sawan. Ketar satu badan tengok anak dalam keadaan sawan. Walaupun dah banyak kali lalui, masih tetap menggigil setiap kali tengok anak kena sawan. Bezanya, diri lebih tenang dan tahu tindakan yang sewajarnya diambil jika anak diserang sawan berbanding awal-awal dulu.
 
Masih jelas di ingatan saat pertama Raihannah (anak ketiga) diserang sawan. Umurnya belum dua tahun pun masa tu. Dia demam dan tengah tidur di atas katil. Saya baring di sebelahnya. Tiba-tiba terasa ada pergerakan di sebelah. Saya tengok Raihannah. Nampak pelik. Saya panggil suami.

"Ya Allah, sawan ni!" Dalam keadaan panik dan cemas, suami terus dukung Raihannah dan berlari ke klinik berdekatan. Waktu itu kami tiada pengalaman dan ilmu mengenai sawan. Semuanya dibuat secara spontan.

Balik dari klinik, Raihannah dah sedar kembali dan suami maklumkan yang doktor suruh bawa anak ke hospital. Ditahanlah dia di wad malam itu untuk pantauan doktor. Saya tidak ikut ke hospital disebabkan saya dalam keadaan sarat mengandungkan Rania. Tak ingat pula berapa malam dia ditahan di wad tapi rasanya 2-3 malam juga sebab demamnya on off.

Itulah permulaan siri sawan Raihannah. Setiap kali dia demam, runsing hati. Sudahlah dia jenis susah makan ubat. Risau episod sawan berulang. Sekali kena sawan, memang berisiko untuk diserang sawan lagi. Dalam tempoh 3-4 tahun, ada beberapa kali dia kena sawan. Alhamdulillah lepas daripada tu tiada lagi sawan menyerang.

Rania juga pertama kali diserang sawan ketika umurnya setahun lebih. Kebetulan, dia dan Raihannah demam ketika itu. Saya berikan perhatian lebih sedikit pada Raihannah memandangkan dia ada sejarah sawan. Tak disangka, Rania pula yang diserang sawan. Allah...risaukan yang lain, lain pula yang kena. Sudahlah masa tu dia tengah menyusu. Sambil-sambil menyusu tu saya lap kepalanya dengan kain basah. Tu yang tak sangka dia akan diserang sawan. Seingat saya, dua kali dia diserang sawan dalam tempoh 5 tahun ni.




Di sini saya copy paste perkongsian Dr. Nimelesh. Moga membantu.

  1. Mak ayah jangan sesekali panik. Guna telefon bimbit untuk rakam sawan tersebut. Ini amat berguna untuk pengamal perubatan nanti untuk mengenal pasti jenis sawan dan tempoh sawan tersebut.
  2. Longgarkan baju anak. Jangan beri air atau ubat dalam mulut ketika anak sawan. Jangan masukkan apa-apa benda keras ke dalam mulut sebab anak boleh tercekik atau dapat luka dalam mulut.
  3. Sentiasa bersama anak sehingga sawan tamat.
  4. Baringkan anak mengiring ke kiri untuk mengelakkan muntah atau lendir masuk ke dalam paru paru.
  5. Sekiranya sawan berterusan selama 5 minit, jangan tunggu. Bawa ke klinik atau hospital dengan segera. Besar kemungkinan sawan tersebut tidak akan berhenti sendiri. Dan sekiranya diperlukan anak akan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut. 
  6. Untuk sawan yang berhenti sendiri sebelum tempoh 5 minit, tolong bawa juga anak ke klinik/Hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.


Tindakan pertama tu sangat penting ya. Dulu saya tak terfikir nak rakam. Jika rakam mudah sikit nak tunjuk pada doktor sebab nanti doktor akan tanya beberapa perkara.

  • Berapa minit anak kena sawan?
  • Waktu sawan, adakah kedua-dua kaki dan tangan bergerak?
  • Ada keluar buih dari mulut ke tidak? 

Tiga soalan ni antara soalan yang akan ditanya doktor terutamanya soalan pertama dan kedua tu. Sebab tu penting sangat perhatikan anak dengan teliti ketika anak diserang sawan.



Friday, March 11, 2011

Senarai ubat yang selamat untuk ibu mengandung

Saya nak kongsikan senarai ubat yang selamat untuk ibu mengandung. Lama dah saya nak buat entry ni tapi asyik bertangguh langsung terlupa. Senarai ni saya dapat daripada midwife masa 1st prenatal visit lagi..



Saya taip semula la..senang tengok..


Pain
Tylenol **do not use aspirin or ibuprofen

Cold symptoms
Occan or saline nasal sprays (use sparingly) chlor-trimeton or sudafed if your blood pressure has been okay

Cough
Robitussin

Heartburn
Riopan, riopan plus, tums/liquid antacids are usually more effective. Some antacids may contain excessive amounts of sodium, so if you want to use something lower in sodium, ask the pharmacist about the sodium content. Excessive use of antacids may cause gastrointestinal upset in the form of diarrhea or constipation. If these occur, notify your midwife or doctor

Diarrhea
Imodium

Constipation
Metamucil, fibercon or other bulk forming aids ***do not use milk of magnesia, ex-lax or other bowel stimulants as they may also stimulate uterine contractions


Ni hanya panduan je. Kalau nak kepastian, boleh rujuk dengan doktor. Masa saya demam seminggu balik dari winter trip dulu, saya elakkan juga makan tylenol walaupun saya tahu tylenol tu selamat sepanjang waktu mengandung. Bila dah tak tahan sangat-sangat baru saya telan tylenol tu. Seboleh-bolehnya saya minimakan pengambilan ubat masa mengandung. Yang saya buat..saya minum air masak banyak-banyak, rehat secukupnya dan berselimut atau pakai sweater bagi keluar peluh. Masa tu suami saya la yang tolong buat kerja-kerja rumah :)

Thursday, July 30, 2009

Cranial band

Tadi suami saya bagitau Doktor call dia dan bagitau result X-ray Safiyyah. Alhamdulillah kepalanya takde masalah, hanya kesan daripada banyak tidur terlentang, dan Doktor bagitau juga bentuk kepala Safiyyah boleh dibetulkan. Hmm...kami tak bincang lagi sama ada nak proceed atau pun tidak. Nak apply medicaid dulu, nak tanya Doktor dulu macam mana prosedurnya, makan masa berapa lama dan berapa anggaran kosnya. Lepas tu kot baru boleh buat keputusan.

Sempat la saya google pasal ni. Bentuk kepala Safiyyah ni dinamakan brachycephaly. Kalau dari atas, lebih kurang macam ni la bentuk kepala Safiyyah:



source






Kalau dari sisi pulak lebih kurang macam ni:

source





Dan alat yang digunakan untuk membetulkan bentuk kepala ni dinamakan cranial band macam gambar di bawah ni:


source





Tak tahu la pulak saya ada teknologi sebegini. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini.