Pages

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Macam nak raya!

Kelmarin FB timeline penuh dengan status pembubaran parlimen. Ramai yang excited. Dah macam nak raya dah gayanya ^_^. Saya yang jauh ni pun turut teruja. Lama sangat agaknya menanti tarikh pembubaran parlimen sampai masing-masing rasa gembira dan kelegaan. Sekarang ni saya yakin ramai pula ternanti-nanti tarikh pengundian :).

Nak diikutkan, tahun ni sepatutnya kali ketiga saya mengundi tapi sayangnya buat kali pertama tak dapat mengundi :(. Ruginya rasa tak dapat mengundi kali ni. Setiap kali pilihanraya umum saya mesti teruja. Tak sabar-sabar nak memangkah calon pilihan. Bertambah tak sabar menunggu keputusannya. Teringat dulu sanggup bersengkang mata mengadap TV dengan mak ayah semata-mata menunggu keputusan penuh diumumkan. Sejak dah boleh mengundi, lagilah bersemangat nak tahu keputusan pilihanraya.

Pertama kali mengundi rasa excited. Masa tu saya masih lagi seorang penuntut universiti. Rasa macam dah dewasa sangat dah bila dapat mengundi ^_^. Walaupun di kampus juga ada pilihanraya, perasaan tu tak sama. Rasa lebih berkobar-kobar. Punyalah berhati-hati sewaktu mengundi supaya undi saya tak jadi undi rosak. Sebelum pangkah tu pun baca nama calon berkali-kali, takut tersalah pangkah calon lawan.

Tahun kedua pula saya dapat satu lagi pengalaman. Bertugas jaga 'pondok panas' ^_^. Nama je pondok panas, tapi tak panas pun...hihi. Saya masih ingat lagi. Waktu tu tahun 2008. Ayah tanya boleh ke kalau saya tolong jaga pondok panas waktu pagi sebab pagi hari pengundian tu tak ada siapa yang boleh jaga. Saya setuju je. Sambil-sambil tu boleh tengok suasana di hari mengundi.

Hampir tengahari jugalah saya duduk di pondok panas tu. Dah ada orang datang ganti, baru saya pergi mengundi. Tempat saya membuang undi betul-betul depan pondok panas yang saya jaga je ;). Check nama, nama saya tak ada pula! Padahal dah check sebelum tu lagi, itulah tempat saya mengundi, sama je tempatnya waktu saya mengundi bagi pilihanraya umum tahun 2004. Kecewa betul masa tu. Geram pun ada. Entah macam mana nama saya boleh tercicir.

Balik rumah, mengadu pada mak. Kebetulan mak pun baru balik dari mengundi. Saya, mak dan ayah masing-masing tak sama tempat mengundi. Pelik. Padahal di bawah alamat yang sama. Mak ayah saya kena mengundi tempat yang jauh dari rumah. Saya mujurlah dapat tempat yang dekat dengan rumah. Nak pergi mengundi jalan kaki je.

Mak saya cadangkan pergi ke tempat pengundian satu lagi. Dekat juga dengan rumah. Kiranya rumah saya di tengah-tengah antara 2 tempat pengundian tu. Mulanya saya malas. Buat penat je pergi kalau nama saya tiada juga di situ tapi mak suruh pergi juga. Rugi undi nanti katanya. Betul pun apa yang mak kata tu. Beza satu undi sekalipun, besar maknanya.

Alhamdulillah, tak sia-sia saya pergi! Nama saya tersenarai di tempat pengundian tu. Dapat juga mengundi bagi kali kedua tapi rasa geram masih bersisa lagi. Rupanya, ramai lagi alami nasib yang sama seperti saya pada pilihanraya umum kali tu. Ramai juga yang marah, lebih-lebih lagi yang tak dapat mengundi langsung. Entah ke mana-mana je nama pengundi dicampak...huhu.

Itulah pengalaman saya sebagai pengundi berdaftar :). Kalian bagaimana? Ada pengalaman menarik atau yang tak dapat dilupakan sebagai pengundi? :)


Nota:
Bulan yang sama waktu pilihanraya umum 2008 itu jugalah saya menikah ^_^. Mujur tarikh pengundian jatuh pada awal bulan Mac, bukan penghujung Mac ^_^.


Sunday, March 31, 2013

29 Mac 2013: 5 tahun bersama

Mac, boleh dikatakan bulan istimewa buat kami sekeluarga. Setakat ni, ada 3 perkara penting berlaku di bulan Mac. Salah satu tarikh istimewa adalah pada 29 Mac. 5 tahun yang lalu pada tarikh ini, sahlah kami berdua bergelar suami isteri setelah melalui proses ijab dan qabul.

5 tahun.....ia tempoh yang terlalu muda. Masih terlalu banyak yang harus dipelajari. Banyak juga perlu diperbaiki. Khususnya diri ini sebagai isteri. Juga sebagai ummi. Amanah Allah semakin bertambah. Tanggungjawab semakin berat untuk dipikul.

Semoga Allah berkati dan permudahkan perjalanan ini menuju redhaNya. Doakan agar ikatan yang terbina ini kekal hingga ke syurgaNya...


Bergambar kenangan bersama sepasang suami isteri merangkap sahabat kami selepas akad nikah.
Kami berempat bekas pelajar USM :).


Keesokan harinya...30 Mac 2008. Bersama mak ayah saya dan mak mertua (kanan sekali) :).



Thursday, March 29, 2012

4th anniversary

29 Mac 2008
Serdang, Selangor


29 Mac 2012 - Genaplah 4 tahun kami melayari bahtera rumahtangga. Alhamdulillah. Perjalanan kami masih jauh. Masih banyak yang perlu kami pelajari sebagai pasangan suami isteri.

Mudah-mudahan ikatan yang dibina ini diberkati Allah senantiasa dan berkekalan sehingga ke hujung nyawa kami dan berlanjutan hingga ke syurga hendaknya...ameen..

Doakan kami ye :)


Sunday, December 19, 2010

Inai dan Selamat Pengantin Baru Along, Angah!

Seminggu dua ni asyik teringat pasal inai je. Mungkin sebab musim kenduri kahwin hujung-hujung tahun ni kot. Inai kan sinonim dengan pengantin. Macam tak sah kalau pengantin perempuan tak berinai. Nak-nak pulak saya baca entry Pesta Berinai di blog Mamasyaza...laaaaaagi la teringat-ingat dan terbayang-bayangkan inai!

Saya memang suka pakai inai. Sejak kecik lagi. Tiap-tiap tahun mesti tak missed pakai inai. Tak pasti sejak umur berapa saya mula pakai inai dan mula sukakan inai. Ni dah lama sungguh jari ni tak berinai. Seingat saya, kali terakhir saya pakai inai, masa kahwin la. Hampir 3 tahun lepas. Huhu..

Masa kecik-kecik dulu, mak saya la yang tolong tumbuk daun inai dan pakaikan inai di jari saya. Bila dah besar, mak pun tak kuasa nak buatkan. Merayu-rayu pun mak buat tak tahu je..hehe. Dah besar kan..dah boleh buat sendiri..nak jugak mak yang buatkan. Tang tumbuk daun inai yang tak rajin tu :p. Tapi saya buat juga la sendiri sebab nak pakai sangat-sangat.

Saya hanya suka inai daun je. Inai serbuk saya tak suka. Inai daun wangi baunya. Tu la antara sebab saya sukakan inai. Inai serbuk pulak tak wangi dan tak tahan lama. Sekejap je dah hilang warna merah di jari. Masa kahwin dulu, mak saya suruh pakai inai serbuk je sebab tak jumpa pokok inai. Dulu ada mak tanam kat belakang rumah tapi ada orang dah tebang pokok tu..huhu.

Mujur jiran mak sedara saya ada pokok inai...mak sedara saya la mintak sikit kat jirannya tu. Dapat juga pakai inai daun masa kahwin ^_^. Kalau saya pakai inai daun, warnanya tak merah sangat (kalau tak ditambah apa-apa la masa tumbuk daun inai tu). Orang kata, warna merah inai (inai daun) bergantung pada kepekatan darah..maknanya kalau darah cair, warna merah inai tu pun tak merah sangat. Betul ke ek?

*************************************

Alhamdulillah, 2 orang sepupu saya (2 beradik; along dan angah) dah selamat menjadi suami orang bulan lepas. Sedih tak dapat pergi kenduri diorang...dah la diorang berdua sepupu yang paling rapat dengan saya pun. Diorang dah macam abang pada saya (kuat menyakat saya masa kecik dulu tu!). Along dan angah cucu pertama dan kedua di sebelah keluarga mak saya, saya pulak yang ketiga merangkap cucu perempuan sulung ^_^.

Along bertemu jodoh dengan orang Selangor, angah pulak jodohnya dengan orang Sabah. Diorang nikah bulan lepas. Majlis belah sepupu saya (along, angah) dibuat serentak pada 11 Disember lepas. Gambar-gambar bawah ni saya ambil di Facebook je [kredit buat semua pemilik kamera dan tukang ambil gambar-gambar tu]. Yang ada ni pun gambar-gambar kat majlis di KL, gambar-gambar kat majlis belah perempuan takde.

Kanan: Along dan kak Sue
Kiri: Angah dan kak Hanie


Siap naik kereta kuda lagi! Huhu..dapat tengok gambar je pun jadi la...


♥ Selamat Pengantin Baru Along & Kak Sue! ♥
♥ Selamat Pengantin Baru Angah & Kak Hanie! ♥

InsyaAllah moga kita semua dapat jumpa satu hari nanti. Meh le honeymoon kat sini...tapi tiket tanggung sendiri ye! Hehe..

Wednesday, April 21, 2010

Ada beza ke wanita selepas kahwin?

Baru-baru ni sorang hamba Allah tanya pada saya, lebih kurang macam ni la soalannya: "Ada beza ke wanita selepas kahwin?". Saya masa tu terkesima kejap. Bukan apa, tak terlintas di fikiran akan ditanya soalan sebegitu. Saya tak terus jawab pun soalannya tu...kebetulan waktu tu saya tengah bersembang dengan mak saya, jadi tak boleh nak fikir sangat la. Saya biarkan aje persoalannya tu tanpa sebarang respon.

Tadi teringat balik persoalan yang diutarakan tu. Duk fikir, apa la jawapan yang saya nak bagi. Ye la, dah kahwin, saya teruskan aje la life sebagai seorang isteri, takde la pulak fikir perbezaan sebelum dan selepas kahwin. Tapi bila difikir-fikirkan, memang ada perbezaannya...


Sebelum kahwin...sorang, dah kahwin...berdua love


Izin suami
Yang ni saya rasa perbezaan paling ketara la. Nak keluar rumah, kena minta izin suami. Kalau suami tak bagi keluar, tak boleh la keluar hatta nak ke rumah mak ayah je pun. Nak bekerja pun kena dapat izin daripada suami dulu. Kalau suami tak bagi kita kerja, kena duk rumah je...nak tak nak kena ikut juga la. Macam saya, suami lebih prefer saya duduk di rumah jaga anak. Saya memang tak kisah sebab memang suka duk rumah pun, janji boleh access internet..ekeke takde la tension pasal kerja, kan? sengihnampakgigi Suami saya kata, kalau nak kerja, tunggu la sampai Safiyyah umur 10 tahun. By the time, umur saya dah mencecah 37 tahun...tak kuasa le dah saya nak kerja masa tu pun! Lagipun, ada ke orang nak ambil staf yang berumur 37 tahun yang takde pengalaman bekerja? fikir


Tempat luah perasaan
Sebelum kahwin, kawan-kawan la jadi tempat luah perasaan. Bila dah kahwin, suami la pulak tempat luah perasaan. Nak mengada-ngada, nak merajuk pun dengan suami la ihikhik


Selera sendiri dan selera suami
Yang ni saya la alami, orang lain mungkin tak kot tambah-tambah yang dapat suami yang jenis makan apa saje tolak batu dan kayu. Saya ni dari kecik seorang picky eater. Sangat memilih makanan. Suami saya pun memilih jugak tapi takde la sampai tahap kronik (?) macam saya. Pendek kata, selera kami berdua memang tak sama. So, bila nak masak, saya kena fikir masakan yang kami berdua akan makan. Berbeza sebelum kahwin dulu, saya hanya akan masak makanan yang saya suka je. Yang saya tak suka tu, jangan harap la saya nak masak takbole. Bila dah kahwin, saya kena pelbagaikan jenis masakan. Apa yang suami suka makan, saya akan masakkan. Yang mana tak reti tu, kena pandai-pandai la. Takkan nak masak ikut selera saya je. Kang kebulur lak suami saya tu jelir


Masa dengan kawan-kawan berkurang
Bila dah kahwin, masa lebih banyak dengan suami dan anak-anak je la. Dah tak boleh la macam zaman anak dara dulu. Dengan kawan-kawan, masih berhubungan lagi tapi memang tak sama la macam sebelum kahwin. Keinginan untuk keluar dan bergembira dengan kawan-kawan pun berkurang. Bukan suami tak bagi keluar dengan kawan-kawan, saya je yang tak nak. Saya lebih suka dan lebih selesa keluar bersama suami dan anak


Lebih kenal sifat/perangai kaum adam
Nak kata betul-betul kenal/faham perangai diorang tak sangat la sebab saya dan suami pun baru 2 tahun je berkahwin. Banyak lagi yang masih saya tak tahu. Memang la saya ada ayah dan adik lelaki tapi tetap tak sama. Bila bersuami, lagi la tahu sifat diorang (lelaki) macam mana. Contohnya, lelaki ni kebanyakannya bukan jenis pendengar yang baik. Tak macam kaum hawa...kalau ada yang meluah perasaan, betul-betul concentrate dengar apa yang diperkatakan/diluahkan tu. Dan lelaki ni jenis tak suka ambil tahu benda remeh-temeh...kontra dengan sifat perempuan..


Tak letih menjawab
Selagi tak kahwin, selagi tu la orang duk tanya, "Bila nak kahwin?". Ni memang la soalan wajib dan soalan favourite selagi belum mendirikan rumah tangga. Letih nak menjawab. Setakat sorang dua yang tanya tu takpe lagi la. Ni semua orang duk tanya benda yang sama...mana la tak letih! Bila dah kahwin...fuh, lega! penat Tak perlu dah nak menjawab soalan tu. Lelaki pun ditanya juga soalan yang sama tapi kalau lelaki kahwin lewat, orang tak kisah sangat. Kalau perempuan kahwin lewat, dapat pulak gelaran andartu (anak dara tua)/andalusia (anak dara lanjut usia) xpasti. Mana ada orang yang suka digelar macam tu, kan? Err...tapi bila dah kahwin, orang tanya pulak...bila nak dapat anak? Macam la anak ni senang je nak buat macam buat anak patung. Alhamdulillah la saya terlepas daripada soalan tu. Tapi...bila dah dapat anak sorang, orang duk tanya pulak, bila nak tambah anak? Agaknya, bila anak-anak dah besar nanti, orang tanya pulak...bila nak dapat menantu? Adeh...letih juga nak menjawabnyaadus


Tu je yang saya boleh fikirkan. Ada lagi ke ek? Meh tolong tambah sama kenyit.


Tambahan:

"Time raya, nak balik rumah dia je", kata suami saya bila saya minta suami tolong tambahkan point saya. ihikhik

Ye la, saya ni anak kesayangan mak ayah saya (perasan! haha..)...mesti la nak balik rumah mak ayah saya time raya. Lagipun, mak ayah saya ada 2 orang anak je...cucu pun baru sorang...kesian la kat diorang kalau saya tak balik raya kat rumah mak ayah masa raya. Suami saya lain la, keluarganya besar (pandai je menjawab jelir)

Monday, March 29, 2010

29 Mac datang lagi...2nd Anniversary..

Hari ni, 29 Mac 2010, genaplah 2 tahun usia pernikahan kami. Alhamdulillah. Kecil je angka 2 tu. Bak kata orang, baru setahun jagung. Banyak lagi yang kami perlu pelajari selok-belok alam rumah tangga dan masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Mudah-mudahan hendaknya hubungan kami diberkatiNya, berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertemu semula di syurgaNya...ameen...

Tanggal 29 Mac 2008...


Sebelum akad nikah; saya tandatangan borang nikah sebelum khutbah nikah dimulakan


Masa nak akad. Jurunikah ajar ayah saya dan suami saya macam mana nak lafaz akad kenyit. Beberapa kali lafaz, baru sah sebabnya ayah saya gugup (bukan pengantin lelaki je gugup, bakal ayah mertua pun gugup jugak tau...al-maklum la risau nak lepaskan satu-satunya anak daranya kat orang lain senyumkenyit)..asyik tersalah aje...habis je majlis, mak saya gelak-gelak je sambil kata, "Tu la..kan dah suruh berlatih dah sebelum ni...tak nak, kata senang aje". Ayah saya sengih je sengihnampakgigi


Lafaz ta'liq. Sebak sangat masa ni. Yang buat bertambah sebak tu, suami saya hampir tak dapat lafazkan ta'liq tu sebab dia pun menahan sebak. Beberapa kali dia cuba sebut satu-persatu lafaz tu...tersekat-sekat...sampai dia tak mampu menyebutnya...terhenti sekejap lepas beberapa ayat. Suasana yang sebelum tu meriah tiba-tiba jadi sunyi sepi. Terharu pun ada jugak masa ni. Ni la pertama kali saya tengok suami saya menangis. Lepas suami saya dapat redakan perasaannya, baru dia lafazkan semula...masih tersekat-sekat tapi alhamdulillah dapat juga dihabiskan..


Pemberian mas kahwin, pembatalan wudhu' dan sarung cincin


Bersalaman dengan mak ayah dan mertua. Sedondon coklat tu, mak ayah saya. Bertudung hijau dan berkemeja belang-belang tu mertua saya senyum


Berdua love
Ramai yang kata muka kami macam adik-beradik tapi puas saya tilik...tak nampak-nampak pun tang mana yang irasnya muka kami ni fikir


p/s: duk tengok balik gambar-gambar tu rasa macam baru semalam je kahwin senyumkenyit

Monday, March 22, 2010

Selamat dah jadi isteri orang..

Alhamdulillah, selamat sudah adik ipar saya (satu-satunya adik suami saya), Wan Rosni jadi isteri orang. Dengan sekali lafaz, sah la Hadi dan Rosni sebagai pasangan suami isteri. Macam abangnya (suami saya), jodohnya juga dengan orang Selangor kenyit. Majlis nikah diadakan pada 12 Mac 2010 (Jumaat) dan majlis resepsi belah perempuan diadakan hari esoknya di Kuala Krai. Yang belah lelaki, insyaAllah akan dibuat bulan 5 ni.

Nak dekat tarikh nikah Rosni, boleh dikatakan hampir setiap hari suami call kampung adacall...tanya perkembangan dan persiapan semua. Tu je la yang boleh buat. Nak tolong sama memang tak berpeluang la sebab kami tak dapat balik ke Malaysia. Dah la ni kenduri penutup adik-beradik suami...huhu..


Rosni & Hadi love
Semoga hubungan kalian diberkatiNya dan berkekalan hingga ke syurga...




Nak dijadikan cerita, masa hari nikah hari tu, mak andam dah la datang lambat...baju yang Rosni nak pulak takde! Padahal awal-awal lagi Rosni dah bagitau mak andam tu baju mana yang dia nak tapi bila tiba harinya...takde pulak baju tu. Nak menutup malu, mak andam tu bagi 3-4 baju persalinan kat Rosni. Free of charge! Pelamin pun mak andam tu kasi free of charge kenyit. Ala-ala ditaja gitu..eheh..

Masa hari kenduri pulak, Rosni ada exam (MTest KPLI) pagi tu. Hari yang betul-betul dalam sejarah la. Hari tu la kenduri, hari tu jugak la exam. Mesti kelam-kabut je hari tu. Mak ayah saya pergi kenduri Rosni tapi tak dapat jumpa pengantin sebab masa tu Rosni baru je sampai rumah, tengah bersiap-siap.

Apa pun, selamat dah semuanya. Lepas ni tunggu kenduri anak-anak buah suami la pulak senyumkenyit

Monday, December 28, 2009

Hal-hal kenduri

Semalam saya bersembang dengan mak saya guna Skype. Biasa la, kalau dah bercakap tu..lepas 1 topik, 1 topik lain pulak sampai la ke topik kenduri kahwin. Hujung-hujung tahun camni kan memang banyak kenduri kahwin. Anak sepupu saya ada la sorang kahwin baru ni. Yang lain-lain tu semua anak kawan-kawan ayah dan mak saya. Kawan-kawan saya pun ramai mendirikan masjid hujung tahun ni. Alhamdulillah, selamat dah semuanya...

Tapi, saya paling kesian dengan kenduri anak kawan ayah saya. Semua yang gi kenduri dia, sorang pun tak dapat makan. Rupa-rupanya, caterer tak hantar makanan yang dah ditempah! Mula-mula ingatkan caterer tu lambat hantar, sekali sampai ke sudah tak dihantarnya! Menangis-nangis mak pengantin sebab malu dengan semua tetamu yang hadir. Memang kesian sangat. Tak tau la apasal caterer tak hantar makanan. Mungkin terlupa. Mungkin juga yang mengambil tempahan tak mencatit tempahan tu. Tapi kedua-duanya tetap menunjukkan ketidak-profesionalan pihak caterer. Tak pasal-pasal keluarga pengantin yang kena menanggung malu sedih.

Mak saya cadangkan kat mak pengantin supaya saman aje caterer tu. Ramai juga mencadangkan benda yang sama. Kesudahannya tak tahu la macam mana. Tak pasti sama ada diorang saman caterer tu atau tidak. Tapi kalau saya, memang saya saman dah. Biar jadi pengajaran pada mereka. Kalau didiamkan aje, tak mustahil perkara yang sama boleh berulang lagi pada orang lain..

Kenduri 1 lagi lak, hampir separuh tetamu tak dapat makan sebab pihak keluarga tempah makanan ikut jumlah kad. Kad yang ditempah = 500 keping. Makanan pun ditempah cukup-cukup untuk 500 kepala. Menangis juga mak pengantin, malu dengan tetamu yang hadir. Mungkin itu kenduri pertama dalam keluarga tu agaknya. Agaknya masa nak tempah makanan tu masing-masing tak terfikir ada kad yang mewakili 2 orang (sekurang-kurangnya) untuk suami isteri. Kalau yang ada anak-anak pulak, mesti bawa anak-anak sekali. Paling tidak pun makanan kena tempah sekali ganda daripada jumlah kad. Tapi memang kesian la. Kalau saya di tempat mak pengantin pun, mesti saya rasa malu. Apa pun, perkara ni jadi pengajaran buat kita semua. Esok-esok kalau ada yang nak buat majlis (tak kira la majlis apa pun)...kena pastikan makanan yang ditempah perlu lebih daripada tetamu yang nak dijemput.

Teringat kata-kata ayah, "Biarlah tempah/masak makanan lebih sikit, jangan sampai ada yang tak dapat makan sudah."

Yang sepupu saya (saya panggil Angah) pulak, lain pulak ceritanya. Angah insyaAllah akan bertunang minggu depan (9 Januari kalau tak silap) dengan orang Sabah. Sebelum ni rancang bertunang bulan ni tapi ditangguh sebab time ni cuti sekolah, tiket flight mahal. Maklum la, sedara-mara terdekat pun nak ikut sekali...jadinya kena la cari tiket yang murah. Bincang punya bincang, kedua-kedua buah keluarga setuju la diadakan majlis pertunangan bulan 1.

Pastu timbul masalah lak bila bincang tarikh kahwin. Mak Long (mak sedara saya = mak Angah) nak buat majlis kahwin dalam bulan 6 tahun depan tapi keluarga perempuan tak setuju pulak. Kata diorang, tak boleh buat bulan 6 sebab itu putus tahun (soal). Tak faham saya apa yang dimaksudkan putus tahun tu. Tanya mak, mak saya pun tak tahu. Mak Long saya pun tak tahu, tak teringat agaknya dia nak tanya. Kalau ikut logik akal saya, itu takde la dikira putus tahun sebab dibuat dalam tahun yang sama. Ke..macam mana? garupale

Kata mak, keluarga perempuan tu memang masih mengamalkan adat-adat lama yang menyusahkan. Perkahwinan dalam Islam ni mudah je tapi diberatkan (disusahkan) dengan adat-adat yang entah apa-apa. Last-last Mak Long bagi kata dua kat keluarga perempuan tu...kalau tak setuju, tak jadi la dia nak gi pinang dan diorang kena bayar balik semua harga tiket flight yang dah dibeli. Mengugut orang pulak Mak Long saya ni ihikhik. Disebabkan bakal tunang Angah tu nak Angah jugak, akhirnya mengalah juga la keluarga perempuan tu...setuju juga la dibuat majlis kahwin bulan 6 tahun depan senyum. Mudah-mudahan dipermudahkan la segala urusan Angah nanti..

Sunday, July 26, 2009

July 25, 2009

Semalam saya duk sembang dengan mak saya..sebenarnya 2 hari berturut-turut sembang dengan mak..selama sejam! Semestinya guna Skype. Banyak benda nak cerita..tu yang lama tu. Saya call dalam pukul 7.30 petang waktu tempatan (di Malaysia 8.30 pagi). Tengah-tengah duk sembang dengan mak, mak saya kata:

"Ayah baru balik dari surau ni. Nak cakap dengan ayah ke?" Begitu la rutin ayah setiap hujung minggu...lambat balik dari surau sebab duk dengar kuliah Subuh dan lepas tu bersarapan di surau. Setiap minggu ada je yang sedekah juadah di surau tu, kalau berlebihan mesti ayah bawa balik ke rumah.

"Erkk...tak nak la," jawab saya.

Macam biasa, mak saya mesti gelak-gelak sebab dia tahu memang tu la jawapan saya. Hehe. Dari dulu lagi saya memang tak reti nak bersembang dengan ayah. Kalau dengan mak macam-macam cerita boleh keluar tapi bila dengan ayah...automatically saya jadi mati kutu! Tak tahu apa yang nak dibualkan. Ada ke tidak ye orang yang serupa macam saya ni? Yang anehnya...ayah saya pun camtu gak. Dia pun tak tahu nak sembang apa dengan saya. Kadang-kadang kalau call rumah, ayah saya yang jawab phone. Kebiasaannya ini la dialognya:

"Apa khabar? Sihat ke?"

"Safiyyah macam mana?"

"Kat sana pukul berapa sekarang ni?"

"Nak cakap dengan mak ke? Mak ada ni."

See...? Kan saya dah kata dah. Takde pun mention nak cakap dengan mak tapi ayah awal-awal lagi dah nak pass ke mak. Hehe. Tapi kalau bab-bab politik memang saya suka sembang dengan ayah! Hee..

Mak saya bagitau...Along dengan Angah (sepupu saya...anak-anak Mak Long...kedua-duanya lelaki) dah nak bertunang. Along insyaAllah 1 Ogos ni dan Angah dalam bulan 11 nanti. Kenduri kahwin insyaAllah nak dibuat serentak dalam pertengahan tahun depan. Seronoknya dengar! Huhu...tapi sedih tak dapat nak menyibuk-nyibuk nanti.

"Keluarga perempuan minta hantaran RM 15,000 daripada Along, Angah lak RM 12,000," mak saya menyambung cerita.

"Amboi...sampai RM 15,000???"

"Keluarga perempuan tu orang susah...dia mengharapkan duit hantaran tu la nak urus segala hal kahwin nanti. Tapi akhirnya dikurangkan ke RM 10,000 lepas Along cakap dengan perempuan tu," terang mak saya.

Lebih kurang gini la ayat Along kat bakal tunangnya tu:

"Nak kahwin ke tak nak?"

"Nak," jawab bakal tunang Along.

"Ha...kalau nak, tak boleh sampai RM 15,000," macam mengugut pulak Along ni..hehe..

"Ok la...nanti bincang dengan mak." Yess!! Berjaya juga taktik Along.
Akhirnya dipersetujui la RM 10,000 sebagai hantaran. Yang Angah maintain RM 12,000. Kalau tak silap dengar semalam, mak saya kata keluarga bakal tunang Angah ni antara orang kaya juga la...tu yang hantaran sampai RM 12,ooo. Jenuh nak kumpul duit! Tapi kami tak kisah sangat dengan Angah sebab keluarga kami semua tahu Angah jenis berjimat orangnya, sangat kontra dengan Along!

"Mak duk gelak je kat Along. Tu la...dari dulu dah suruh simpan duit, tak disimpan-simpannya. Boros je dia. Sekarang ni dah nak kahwin baru kelam-kabut nak kumpul duit. Dapat pulak yang minta hantaran tinggi...ha..baru tahu! Angah mak tak risau sebab dia dari kecik memang pandai simpan duit. Tak reti dia nak boros-boros ni," mak menyambung bicara.


Nasib la Along..Angah! Nak buat macam mana dah orang minta hantaran tinggi. Nasib baik la keluarga saya tak minta hantaran tinggi-tinggi untuk anaknya ni. Kalau tak...jenuh la suami saya nak 'gali' duit..ehe..

Friday, June 5, 2009

Kenduri kahwin: Mei-Jun '09

Ramai sungguh kawan-kawan saya yang kahwin dalam bulan Mei-Jun ni tapi saya sekeluarga tak dapat nak memenuhi undangan. Hanya ucapan dikirim sebagai pengganti diri. Entah bila pula la agaknya saya dapat jumpa mereka lagi..hmm..



2 Mei: Irni Eliana Khairuddin & Rihan Mohamad

9 Mei & 31 Mei: Noor Hamdah Musa & Fadhlur Rahman Ismail

30 Mei: Siti Rogayah Bahari & Mohd Afzan Amir Hamzah

30 Mei: Nurul Hajar Azalli & Sabani Pa

31 Mei: Azizah Jumat & Muhammad Azahari Yusak

31 Mei: Nurmaya Mustafa & Mior Sazmer Mohamad Isa

31 Mei: Norlia Md. Noor & Azman Abdullah

31 Mei: Aiza Adlina Abdullah & Zairul Azreen Zainal

31 Mei: Nur Husna Amiruddin & Mohd Anwar Ismail

31 Mei: Nor Syakirah Yacob & Shahril Ikhmal Azman

31 Mei: Noor Syahrina Azween & Syukri

4 Jun: Fadhilah Adzemi & Shukri

6 Jun: Siti Noor Mamat & Mohd Asri Jamaludin

6 Jun: Abdul Hadi Ismail & Amani Abd Karim

6 Jun & 12 Jun: Fatariah Zakaria & Adi Syahid Mohd Ali

7 Jun & 13 Jun: Radieah Mohd Nor & Shaikh Mohd Hizami Shaikh Abd Hadi

13 Jun: Zahariah Dzulkifli & Ariff Yusoff Wanteh Kamal



note: yang saya bold tu maksudnya saya kenal individu tu...


Wednesday, May 6, 2009

Mengimbau kenangan part 2

Saya masih ingat lagi...saya selalu jadikan Noorul Ain Mohd Akib sebagai 'mangsa' saya. Sejak sahabat-sahabat yang rapat dengan saya 'meninggalkan' saya membawa haluan masing-masing, saya rapat pula dengan Nurulhuda Mohd Sanusi dan Noorul Ain Mohd Akib (entah kenapa sejak di USM saya lebih rapat dengan 'adik-adik' berbanding dengan yang sebaya dengan saya). Tapi saya lebih rapat dengan Ain memandangkan kami 1 school (di USM, Pusat Pengajian dipanggil school).


Antara tempoh bertunang dan berkahwin, selalu la Ain saya jadikan mangsa menemani saya jika memerlukan saya bertemu dengan tunang saya. Tapi Ain tetap sporting! Ajak je la, pasti dia setuju unless kalau dia ada kerja yang perlu disiapkan segera. InsyaAllah saya takkan lupa jasa baik dia selama ni... (Ain memang seorang sahabat yang baik...beruntung rasanya dapat mengenalinya...)


Saya juga masih ingat...kad kahwin kami lambat siap! Lagi sebulan nak akad nikah baru siap. Itu pun, bila dah siap, ada masalah. Ayah saya yang tolong tempahkan kad tu. Nak dijadikan cerita, ayah saya tak check dulu kad tu sebelum ambil. Beberapa hari sebelum tu ayah saya ada pergi ke kedai berkenaan untuk check dulu sebelum di'print out'. Ayah saya ada minta dibetulkan ejaan sikit, yang lain ok, takde masalah. Tapi ayah saya tak check untuk kali kedua lepas kad tu siap. Lepas bayar ayah saya terus ambil je. Bila balik, mak saya yang tengok. Arghh...ntah apa-apa je jadi kad tu. Setting lari...font jadi besar semacam!


Mahu mak saya tak marah! Nak hantar balik ke kedai tu memang dah tak sempat. Entah bila agaknya boleh dapat balik kad tu kalau dihantar semula ke kedai. Akhirnya mak saya buat keputusan buat semula sendiri! Yang bahagian tengah dikoyakkan, digantikan dengan helaian yang baru yang mak saya taip dan print sendiri. Ayah dan adik saya juga 'dipaksa' tolong sama kerja-kerja mengoyak dan menampal semula tu. Masa tu saya ada di Penang. Saya nak balik tolong sama tapi mak saya tak bagi saya balik. Kesian kat family saya! Bayangkan la, kad tu semua jumlahnya 1,000 lebih (termasuk untuk tunang saya).


Tak tahu la orang yang terima kad saya perasan tak ada 'cacat' pada kad tu. Mujur juga bahagian luar (cover) kad tu takde masalah...kalau tak...tak tahu la pulak nak buat macam mana. Nak cepat dan kelam-kabut punya pasal, mak saya tersilap letak 5 April 2008 tu hari Ahad...padahal hari Sabtu..hehe...nasib la!


Hasil kerja mak saya





Disebabkan masalah kad tu la ada antara kawan-kawan saya kecil hati. Bukan apa, diorang ingat saya tak jemput diorang sebab tak dapat kad! Huhu..padahal masa tu saya baru je terima kad yang dipos pada saya tu. Yang tahu masalah saya ni hanya Ain je (Ain lagi! hehe..)


Dan 1 lagi peristiwa yang saya tak boleh lupa adalah masa hari akad nikah...suami saya mengalirkan air matanya tatkala menyebut lafaz taklik! Masa tu semua terdiam. Sunyi sepi jadinya. Mungkin takde siapa yang menyangka situasi tersebut bakal berlaku. Saya pun turut sebak. Pada saya, bukan sesuatu yang memalukan jika seorang lelaki mengalirkan air matanya dalam hal-hal sebegini. Saya juga terkejut dengan reaksi suami saya tika itu. Terpancar keikhlasan hatinya menerima saya sebagai isterinya. Terharu saya waktu tu...



Tengah lafaz taklik






Menahan sebak!


Monday, May 4, 2009

Mengimbau kenangan

Jemputan demi jemputan yang diterima membuatkan saya terkenang kembali memori lalu. Dulu saya tak mengenali 'suami' saya. Seingat saya, saya hanya tahu kewujudan insan yang bernama Wan Zaki masa saya di tahun 3 dalam satu program. Walaupun kami join persatuan yang sama (Persatuan Mahasiswa Islam), saya tak mengenalinya kerana 'suami' saya tidak aktif dalam PMI. Hanya menjadi ahli biasa sahaja. Saya pula terlibat dengan gerak kerja PMI sejak tahun 1 sebagai pembantu exco (PE).


'Suami' saya menyuarakan hasrat hatinya melalui seorang senior. Melalui isterinya la saya dimaklumkan tentang hal tersebut. Saya suka dengan cara begini jika dibandingkan si lelaki tanya direct pada saya. Entah kenapa saya pun tak tahu.


Saya memohon petunjuk dari Yang Maha Esa dengan solat istikharah. Saya tak ingat berapa kali saya menunaikan solat istikharah. Ada orang kata 3 hari berturut-turut, ada pula kata 7 hari berturut-turut, malah ada juga yang buat sehingga sebulan! Saya buat sama ada 3 atau 7 hari macam tu je. Saya pun dah tak ingat.


Akhirnya, saya memberi jawapan 'positif' kepada kakak yang mengirim SMS pada saya tu. Sejak daripada tu kami tak banyak berhubung sehinggalah saat kami nak bertunang dan berkahwin. Saya terpaksa bertegas dalam hal berhubungan ni memandangkan masa tu saya sendiri tak pasti bila kami akan disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.


Lepas buat keputusan besar tu la baru saya beritahu mak saya...

"Orang mana?" tanya mak.

"Kelantan." saya menjawab ringkas.

"Jauhnya..." ujar mak saya pula.

"Keluarga dia macam mana pulak? Boleh terima ke? Orang Kelantan kan susah nak terima orang luar..." Ye, saya juga selalu mendengarnya tapi itu mungkin dulu. Zaman sekarang ni mereka (orang Kelantan) lebih terbuka. Ramai kawan-kawan saya yang asal Kelantan kahwin dengan orang luar.


Akhirnya selepas persetujuan kedua-dua belah keluarga, tarikh 2 Jun 2007 dipilih untuk majlis pertunangan...



'Bakal' mak mertua menyarungkan cincin




Dengan keluarga 'tunang'. Di hujung sebelah kiri adalah mak saya.
'Tunang' saya tiada di majlis ni..mak saya tak bagi dia datang..hehe..



Dan 29 Mac 2008 kami dinikahkan. Kami sebenarnya tak nak bertunang lama-lama tapi disebabkan susah nak memilih tarikh ditambah dengan masalah-masalah sampingan, hampir setahun juga la kami bertunang. Memang susah betul nak pilih tarikh yang dipersetujui pihak keluarga saya dan keluarga 'suami' saya! Al-maklum je la, berlainan negeri. Perkahwinan bukan hanya menyatukan seorang isteri dan seorang suami tapi turut menyatukan dua buah keluarga! Jangan ingat nak kahwin ni senang ye!



Keesokan harinya, 30 Mac 2008 majlis di rumah saya...





5 April 2008 pula dipilih untuk diadakan majlis di rumah keluarga mertua saya...