Pages

Sunday, December 19, 2010

Inai dan Selamat Pengantin Baru Along, Angah!

Seminggu dua ni asyik teringat pasal inai je. Mungkin sebab musim kenduri kahwin hujung-hujung tahun ni kot. Inai kan sinonim dengan pengantin. Macam tak sah kalau pengantin perempuan tak berinai. Nak-nak pulak saya baca entry Pesta Berinai di blog Mamasyaza...laaaaaagi la teringat-ingat dan terbayang-bayangkan inai!

Saya memang suka pakai inai. Sejak kecik lagi. Tiap-tiap tahun mesti tak missed pakai inai. Tak pasti sejak umur berapa saya mula pakai inai dan mula sukakan inai. Ni dah lama sungguh jari ni tak berinai. Seingat saya, kali terakhir saya pakai inai, masa kahwin la. Hampir 3 tahun lepas. Huhu..

Masa kecik-kecik dulu, mak saya la yang tolong tumbuk daun inai dan pakaikan inai di jari saya. Bila dah besar, mak pun tak kuasa nak buatkan. Merayu-rayu pun mak buat tak tahu je..hehe. Dah besar kan..dah boleh buat sendiri..nak jugak mak yang buatkan. Tang tumbuk daun inai yang tak rajin tu :p. Tapi saya buat juga la sendiri sebab nak pakai sangat-sangat.

Saya hanya suka inai daun je. Inai serbuk saya tak suka. Inai daun wangi baunya. Tu la antara sebab saya sukakan inai. Inai serbuk pulak tak wangi dan tak tahan lama. Sekejap je dah hilang warna merah di jari. Masa kahwin dulu, mak saya suruh pakai inai serbuk je sebab tak jumpa pokok inai. Dulu ada mak tanam kat belakang rumah tapi ada orang dah tebang pokok tu..huhu.

Mujur jiran mak sedara saya ada pokok inai...mak sedara saya la mintak sikit kat jirannya tu. Dapat juga pakai inai daun masa kahwin ^_^. Kalau saya pakai inai daun, warnanya tak merah sangat (kalau tak ditambah apa-apa la masa tumbuk daun inai tu). Orang kata, warna merah inai (inai daun) bergantung pada kepekatan darah..maknanya kalau darah cair, warna merah inai tu pun tak merah sangat. Betul ke ek?

*************************************

Alhamdulillah, 2 orang sepupu saya (2 beradik; along dan angah) dah selamat menjadi suami orang bulan lepas. Sedih tak dapat pergi kenduri diorang...dah la diorang berdua sepupu yang paling rapat dengan saya pun. Diorang dah macam abang pada saya (kuat menyakat saya masa kecik dulu tu!). Along dan angah cucu pertama dan kedua di sebelah keluarga mak saya, saya pulak yang ketiga merangkap cucu perempuan sulung ^_^.

Along bertemu jodoh dengan orang Selangor, angah pulak jodohnya dengan orang Sabah. Diorang nikah bulan lepas. Majlis belah sepupu saya (along, angah) dibuat serentak pada 11 Disember lepas. Gambar-gambar bawah ni saya ambil di Facebook je [kredit buat semua pemilik kamera dan tukang ambil gambar-gambar tu]. Yang ada ni pun gambar-gambar kat majlis di KL, gambar-gambar kat majlis belah perempuan takde.

Kanan: Along dan kak Sue
Kiri: Angah dan kak Hanie


Siap naik kereta kuda lagi! Huhu..dapat tengok gambar je pun jadi la...


♥ Selamat Pengantin Baru Along & Kak Sue! ♥
♥ Selamat Pengantin Baru Angah & Kak Hanie! ♥

InsyaAllah moga kita semua dapat jumpa satu hari nanti. Meh le honeymoon kat sini...tapi tiket tanggung sendiri ye! Hehe..

10 comments:

Ummi Hanie said...

eh eh..Hanie kawin laaa....hihiihi;p

tahniah buat kedua2 mempelai moga berkekalan lah ...

Izan Ishak said...

tahniah buat along angah n pasangan masing2. syok tu siap naik kt kuda lagi ye~

-aZa- said...

salam..wah sama la kita kak oi...aza pon suke betul bau inai daun itu...kalo kat kampung je senang dapat...kompem hulur tangan..huhu

mcm2 campur nak bg merah pekat..gambir la..nasi la..

take care akak

Menderas said...

wow, siap ngan kete kuda lagi. pergh, memang hebat.

h4ni3 said...

meriahnya..
tahniah buat sepupu2 nadiah

saya suka time pakai inai jer.. tp time nak tunggu inai tu habis hilang kat kuku, alahai... jenuh!

NzA said...

selamat pengantin baru utk along n angah...mcm artis la.....glemer sungguh!!!

Syigim said...

amboi nadiahhhhh..suka inai ye. kita masa kawen pun pesan kat mak andam tu "taknak inai over2 ye. biase2 je dah la. bunga2 corak2 sikit dah la.." kalo ikutkan nk buh corak spider haha. tu la first & only time buh inai!

Unknown said...

pengantin sama cantik sama padan...glam abis naik kereta kuda..

Tahniah, semoga kekal bahagia berpanjangan...

Nadiah Sidek said...

hanie: hehehe..

k.izan: tu la, best kan? :)

aza: bau inai wangi, kan? :D

amirul faiz: hehe..sekali seumur hidup

h4ni3: best la inai lmbt habis kat kuku..cantik je tgk ;)

nza: raja sehari kan.. :D

syigim: kalau buat corak2 tu kite tak suka. buruk je nampak. ni pakai kat hujung jari je ;)

kakyong: ameen..

Aleyn said...

Cantiknyer kedua-dua mempelai...