Pages

Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

29 Mac 2013: 5 tahun bersama

Mac, boleh dikatakan bulan istimewa buat kami sekeluarga. Setakat ni, ada 3 perkara penting berlaku di bulan Mac. Salah satu tarikh istimewa adalah pada 29 Mac. 5 tahun yang lalu pada tarikh ini, sahlah kami berdua bergelar suami isteri setelah melalui proses ijab dan qabul.

5 tahun.....ia tempoh yang terlalu muda. Masih terlalu banyak yang harus dipelajari. Banyak juga perlu diperbaiki. Khususnya diri ini sebagai isteri. Juga sebagai ummi. Amanah Allah semakin bertambah. Tanggungjawab semakin berat untuk dipikul.

Semoga Allah berkati dan permudahkan perjalanan ini menuju redhaNya. Doakan agar ikatan yang terbina ini kekal hingga ke syurgaNya...


Bergambar kenangan bersama sepasang suami isteri merangkap sahabat kami selepas akad nikah.
Kami berempat bekas pelajar USM :).


Keesokan harinya...30 Mac 2008. Bersama mak ayah saya dan mak mertua (kanan sekali) :).



Tuesday, April 10, 2012

Easter Lily

Sebelum ni saya hanya tahu nama bunga ni sebagai lily sahaja. Baru je tahu lily jenis ni ada nama khusus. Easter Lily namanya


Bunga ni hadiah daripada suami saya sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 pada 29 Mac lepas :). 3 bunga dah layu baru ingat nak ambil gambar. Cepat betul bunganya layu. Tadi saje la saya google pasal bunga ni. Rupa-rupanya...kena buang bahagian tengah yang berwarna kuning tu supaya bunga tu dapat bertahan lebih lama. Baru la tahu kenapa bunga tu cepat layu!


Yang kuning tu la yang perlu dibuang. Safiyyah cukup suka main benda tu...habis berterabur debunganya.


Satu lagi fakta yang saya jumpa...bunga ni (termasuk semua jenis lily) toksik pada kucing. Nasib baik la kami tak bela kucing!

Thursday, March 29, 2012

4th anniversary

29 Mac 2008
Serdang, Selangor


29 Mac 2012 - Genaplah 4 tahun kami melayari bahtera rumahtangga. Alhamdulillah. Perjalanan kami masih jauh. Masih banyak yang perlu kami pelajari sebagai pasangan suami isteri.

Mudah-mudahan ikatan yang dibina ini diberkati Allah senantiasa dan berkekalan sehingga ke hujung nyawa kami dan berlanjutan hingga ke syurga hendaknya...ameen..

Doakan kami ye :)


Tuesday, March 29, 2011

3rd anniversary

Hari ni (29 Mac) genap la 3 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Moga ikatan suci yang terbina ni senantiasa diberkati Allah dan mudah-mudahan berkekalan hingga ke akhir hayat kami..ameen..

Tahun ni tak dapat la nak celebrate atau gi jalan-jalan kat luar sebab tengah berpantang..huhu. Takpe la, nanti lepas habis pantang boleh celebrate...kan abang, kan? :p


Hadiah anniversary kami tahun ni...anugerah yang sungguh tak ternilai..alhamdulillah..

Tuesday, March 30, 2010

Celoteh Safiyyah: Anniversary Celebration

Semalam ulang tahun perkahwinan ke-2 ummi dan papa Safiyyah. Kesian kat ummi dan papa tak dapat celebrate 2nd anniversary diorang kat luar sebab papa tengah banyak kerja...asyik terperuk kat ofis je. Safiyyah pun cari idea la macam mana nak gembirakan ummi dengan papa. Fikir punya fikir, Safiyyah decide masak untuk diorang...mesti diorang suka! love


Masa ni Safiyyah tengok-tengok bahan apa yang ada dalam kabinet yang boleh Safiyyah masak



Isy, susahnya nak buat pilihan! Banyak sangat benda dalam ni. Dah la ummi tak susun elok-elok...nak cari pun susah adus. Takpe la...nanti Safiyyah kemaskan kabinet ni. Oh, masa ni papa gi kelas. Ummi pulak, Safiyyah suruh dia tidur...senang la Safiyyah nak buat kerja. Kalau tak ummi asyik kacau Safiyyah je...tak dapat Safiyyah buat kerja dengan aman penat


Ni antara bahan-bahan pilihan Safiyyah kenyit. Err...apa ye yang boleh dimasak dengan bahan-bahan ni semua soal


Cari idea dulu la...


Ni cara Safiyyah cari idea tau. Kalau aunties/uncles ketandusan idea, boleh la guna cara Safiyyah ni. Dijamin berkesan senyumkenyit


Tak lama pastu Safiyyah dapat idea dah nak masak apa. Kan dah kata dah cara tu memang berkesan untuk cari idea. Tapi tak jadi guna semua bahan-bahan yang Safiyyah keluarkan tu...Safiyyah ambil bahan-bahan lain pulak sebab tak tahu nak masak apa dengan bahan-bahan tu.

Mula-mula Safiyyah buat kek. Pastu baru Safiyyah masak nasi beriani + ayam beriani + acar timun. Ingatkan nak buat ayam masak merah tapi tukar fikiran lak. Dah selalu sangat ummi masak ayam masak merah...tukar selera la pulak..


Pineapple Upside Down CakeKek anniversary ummi dan papa: Pineapple Upside Down Cake
Ingatkan nak buat kek yang ada buttercream/icing...boleh tulis "Happy Anniversary" atasnya tapi tak jadi sebab ummi dengan papa bukan minat sangat kek yang ada cream tu. Kebetulan lak Safiyyah terdengar papa request kat ummi buat Pineapple Upside Down Cake untuk anniversary...tu yang Safiyyah buat tu. Nasib baik menjadi!
penat Risau gak sebab ni 1st time Safiyyah buat kek upside down ni.


Nasi Beriani+Ayam Beriani+Acar TimunNasi beriani + ayam beriani + acar timun
Tercair pulak kuah ayam beriani tu. Ummi dengan papa dah tak sabar sangat nak makan..tu yang cepat je tutup api tu. Dah siap makan baru panaskan balik kuah tu
sengihnampakgigi, bagi pekat sikit. Acar timun tu pulak, papa yang tolong buatkan. Kebetulan masa Safiyyah tengah sibuk masak, papa balik...tu yang suruh papa buatkan aje tu. Kasar-kasar papa potong timun dan carrot tu. Papa tengah tak rajin la tu. Takpe la...janji kenyang...kan papa kan? senyumkenyit


Happy je ummi dan papa semalam walaupun hanya celebrate anniversary kat rumah. Tambah-tambah, Safiyyah yang masakkan, laaaaagi diorang happy. Pasni boleh la Safiyyah masak lagi untuk ummi dengan papa...kenyit

Ok la...tu je la celoteh Safiyyah hari ni. Safiyyah takde blog sendiri...tu yang tumpang blog ummi ni. Ummi tak bagi Safiyyah buat blog sendiri. Ummi jeles la tu sebab nanti dah takde sape nak gi blog ummi, semua nak gi blog Safiyyah je sengihnampakgigi

Jumpa lagi nanti (tu pun kalau ummi bagi guna lagi la blog ummi)...babai


ros Safiyyah ros

Monday, March 29, 2010

29 Mac datang lagi...2nd Anniversary..

Hari ni, 29 Mac 2010, genaplah 2 tahun usia pernikahan kami. Alhamdulillah. Kecil je angka 2 tu. Bak kata orang, baru setahun jagung. Banyak lagi yang kami perlu pelajari selok-belok alam rumah tangga dan masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Mudah-mudahan hendaknya hubungan kami diberkatiNya, berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertemu semula di syurgaNya...ameen...

Tanggal 29 Mac 2008...


Sebelum akad nikah; saya tandatangan borang nikah sebelum khutbah nikah dimulakan


Masa nak akad. Jurunikah ajar ayah saya dan suami saya macam mana nak lafaz akad kenyit. Beberapa kali lafaz, baru sah sebabnya ayah saya gugup (bukan pengantin lelaki je gugup, bakal ayah mertua pun gugup jugak tau...al-maklum la risau nak lepaskan satu-satunya anak daranya kat orang lain senyumkenyit)..asyik tersalah aje...habis je majlis, mak saya gelak-gelak je sambil kata, "Tu la..kan dah suruh berlatih dah sebelum ni...tak nak, kata senang aje". Ayah saya sengih je sengihnampakgigi


Lafaz ta'liq. Sebak sangat masa ni. Yang buat bertambah sebak tu, suami saya hampir tak dapat lafazkan ta'liq tu sebab dia pun menahan sebak. Beberapa kali dia cuba sebut satu-persatu lafaz tu...tersekat-sekat...sampai dia tak mampu menyebutnya...terhenti sekejap lepas beberapa ayat. Suasana yang sebelum tu meriah tiba-tiba jadi sunyi sepi. Terharu pun ada jugak masa ni. Ni la pertama kali saya tengok suami saya menangis. Lepas suami saya dapat redakan perasaannya, baru dia lafazkan semula...masih tersekat-sekat tapi alhamdulillah dapat juga dihabiskan..


Pemberian mas kahwin, pembatalan wudhu' dan sarung cincin


Bersalaman dengan mak ayah dan mertua. Sedondon coklat tu, mak ayah saya. Bertudung hijau dan berkemeja belang-belang tu mertua saya senyum


Berdua love
Ramai yang kata muka kami macam adik-beradik tapi puas saya tilik...tak nampak-nampak pun tang mana yang irasnya muka kami ni fikir


p/s: duk tengok balik gambar-gambar tu rasa macam baru semalam je kahwin senyumkenyit

Saturday, March 28, 2009

Our 1st anniversary

Alhamdulillah hari ni genap setahun usia perkahwinan kami. Mudah-mudahan ikatan ini diberkati Allah dan berkekalan sehingga ke hembusan nafas kami yang terakhir...





hadiah dari suami...