Pages

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Thursday, July 2, 2020

Jun 2020 Yang Sudah Berakhir

Dah masuk bulan Julai dah pun. Setakat ni alhamdulillah masih konsisten menulis walaupun bukan setiap hari. Berangan nak buat satu post setiap hari tapi tak terlaksana pula. Hehe...berangan bolehlah. Nak bahagi-bahagikan masa walaupun sekadar duduk di rumah ni, tak semudah yang disangka.
 
Ada kelapangan masa untuk menaip, idea tak kunjung tiba. Waktu idea datang mencurah-curah, ada urusan lain yang lebih penting pula untuk diuruskan. Maka, berterbanganlah segala idea tu. Aduhai. Tapi puas hati jugalah dengan pencapaian diri sendiri.

Post pertama setelah bertahun-tahun berhibernasi, bertarikh 7 Jun. Jumlah keseluruhan post untuk bulan Jun, 12 kesemuanya. Kira okeylah untuk permulaan ni. Menulis membuatkan diri ini rasa bahagia. Kurang tekanan, hati lebih lapang. Mungkin inilah yang dikatakan 'passion'.

Pernah juga berangan untuk miliki buku sendiri. Berangan itukan percuma..hehe. Nak miliki buku sendiri tu masih belum nampak bayangnya. Selama ni pun kebanyakan catatan adalah berkisar keluarga dan pengalaman diri sendiri sahaja.

Seronok tengok orang yang mampu hasilkan buku sendiri. Mana tahu, satu hari nanti direzekikan untuk hasilkan karya sendiri? (Berangan lagi). Hehe...


Wednesday, June 10, 2020

Kenapa Kembali Berblog?

Kawan-kawan yang mengenali saya kebanyakannya bertanya kenapa lama menyepi. Bukan setakat di blog, malah di akaun Facebook dan Instagram milik saya juga dah lama tak update. Yang menjuarai carta, pastinya blog ini. Dua lagi akaun media sosial kepunyaan saya baru masuk tahun kedua tiada update. Saya login setiap hari tapi sekadar baca perkongsian kawan-kawan dan tinggalkan komen sekali-sekala. Ramai yang tak tahu saya juga ada akaun Twitter. Rasa nak membebel, di situlah tempatnya sebab follower tak ramai..hehe.

Apa sebabnya menyepikan diri? Susah nak kata. Ada beberapa sebab tapi semuanya bersifat peribadi. Cumanya beberapa hari lepas ada beberapa posts yang melintas di timeline Facebook saya yang mencetus kembali perasaan untuk kembali aktif menulis. Kemuncaknya adalah di saat saya membaca perkongsian ustaz Hasrizal. Walaupun perkongsian tersebut berkisar anak ustaz tapi mesejnya menusuk di hati saya.

Hidup berpendirian, jangan peduli apa orang kata. Banyak kata-kata ustaz dalam artikel ini bagai dituju pada saya, Jujurnya, saya selalu risau apa kata orang pada saya. Apa persepsi orang tatkala membaca catatan saya? Meluat? Bosan? Entah apa-apa? Perasan bagus? Sungguh, ini adalah sebab terbesar yang menghalang saya daripada menulis dan berkongsi sebarang catatan di media sosial. Menitis air mata sebaik sahaja saya selesai membaca catatan ustaz.

“But… this is where I want to make my point clear. Think, how did I go to sleep when people are bad mouthing about me? I put my trust in Allah. Even if the entire world leave me, I am alone, but never lonely, as long as Allah is with me. That is where I want you to think. Stop caring about what people said about you. Of course we might feel sad, we are human. But we won’t stop doing the right thing simple because people talk bad against you. Got it?”

Betul, saya takkan mampu buat semua orang suka pada saya, pada penulisan saya. Jika ia perkongsian yang baik dan tidak melanggar syarak, kenapa perlu saya berhenti? Mana tahu, mungkin penulisan saya ada manfaatnya buat segelintir insan. Perlu diingatkan, hidup saya jauh dari kesempurnaan. Tak terlepas dari kesilapan. Ada sisi negatif yang orang tak nampak. Ada aib yang perlu dijaga. Andai ada catatan saya yang melampaui batas atau yang tidak patut dikongsi, tergurlah saya secara hikmah. Moga ada antara catatan saya yang menjadi asbab urusan saya di akhirat kelak dipermudahkanNya.


 


Terharu baca kata-kata mereka.
Terima kasih banyak-banyak beri semangat pada saya. Doakan saya, ya!



Sunday, October 21, 2012

Murtabak daging Lincoln

Setelah sekian lama, akhirnya datang juga angin rajin buat murtabak! Dan, setelah 3 tahun lebih, barulah dapat menikmati murtabak semula. Lebih istimewa, ianya dibuat sendiri. Kenalah buat sendiri. Bukannya ada dijual di sini. Kalau di Malaysia, main tunjuk je ^_^.

Inilah salah satu kelebihan duduk di negara orang. Memasak makanan yang tak pernah terlintas di fikiran untuk dimasak sendiri. Ehem. Kelebihan la sangat..padahal nak memuaskan nafsu perut sendiri je..hihi. Duduk sini kenalah masak sendiri kalau nak makan. Bukannya ada pilihan lain. Sekurang-kurangnya, dah tahu macam mana nak masak murtabak walaupun belum tentu lagi akan buat murtabak sendiri apabila balik Malaysia nanti ^_^.

Dah lama intai murtabak di blog kak Nieza dan dah lama juga murtabak masuk dalam senarai menunggu untuk dibuat, cuma baru sekarang angin rajin tu datang. Terima kasih kak Nieza berkongsi resipi murtabak! :)


Murtabak Daging
Sumber: Kak Nieza

Kulit murtabak
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 cwn)


Bahan untuk inti murtabak
200g daging kisar
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
2 bawang-potong nipis2
4 biji telur-atau secukupnya - saya tak letak
2 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
sedikit air asam jawa


Cara-cara menyediakan kulit murtabak

  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hingga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.


Cara-cara menyediakan inti

  1. Bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
  2. Kentang direbus. potong dadu ataupun lenyekkan ia setelah empuk.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
  4. Tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
  5. Masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
  6. Masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.


Cara-cara mencanai

  1. Canaikan setiap bebola ini nipis2....cara canai ni saya buat mcm mencanai roti canai....saya gunakan talam dan tarikkan doh tu ke tepi dan jgnlah terlalu nipis...boleh rujuk disini. Kemudian campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nanti.
  2. Bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas dgn api yg perlahan sehingga kekuning-kuningan.
  3. Sedia dihidang bersama kuah bawang merah.








Komen suami: Macam terlebih kari je...
Komen tekak sendiri: Sedap! Cuma, macam terlebih kentang.


Hihi. Percubaan pertama, kira ok la tu. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk mencuba. Ye tak?

Lepas salin resipi tu di sini baru saya perasan...kentang guna 2 biji je. Sebelum buat, terbaca 4 biji. Patutlah rasa macam terlebih kentang. Memang terlebih pun...daging langsung tak rasa :p. Dah jadi murtabak kentang la..bukan murtabak daging..hihi. Itu pun mujurlah guna 3 biji kentang je sebab rasa 4 biji tu banyak sangat. Isy, isy...Nadiah, Nadiah...lain kali baca resipi betul-betul ye! ^_^



Nota:

  1. Takziah buat kak Fizah Teratak Hami atas pemergian suami tercinta pada 14 Oktober lepas. Inna lillahi wa inna ilayhi roji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang beriman lagi beramal soleh..ameen. Semoga akak dan anak-anak terus tabah hadapi ujian yang satu ini.
  2. Tahniah buat Yatie atas kelahiran putera kedua pada 17 Oktober yang lalu. Semoga SN Jr. menjadi anak yang soleh..ameen..



Friday, April 1, 2011

Rezeki di bulan Mac 2011

Kejap je dah masuk bulan April. Waktu pantang ni seronok la kalau rasa masa berjalan cepat..tak sabar nak habis pantang :p. Alhamdulillah, ada juga rezeki saya menang giveaway/contest untuk bulan Mac. Saya tak banyak menang macam blogger lain tapi ni pun dah cukup bersyukur dah. Walaupun tak banyak rezeki juga :)


GA 3rd blog besday

Yay..dapat header+signature untuk blog contest saya! Thank you kakyong! Keputusan penuhnya tengok di SINI ye


Giveaway arepnakbebel

Keputusan penuh boleh tengok SINI


Pertandingan Pemandangan Cantik 07 March 2011

Keputusannya tertera di SINI


Mari Membaca Giveaway

Alhamdulillah, yang ni saya dapat sebuah buku sebagai hadiah. Best! Terima kasih ye puan penganjur! Senarai penuh pemenang tengok di SINI


GA-Siapakah yang Bertuah

Saya tersenarai sebagai salah seorang yang bertuah dapat setem keluaran khas kapal selam. Alhamdulillah. Saya memang pengumpul setem tapi lama dah kumpul setem..terhenti kejap hobi saya yang satu tu..uhuhu. Terima kasih ye puan penganjur! Keputusannya di SINI


Cik Azie Lucky Follower

Keputusan penuh di SINI

Thursday, March 3, 2011

Rezeki di bulan Februari 2011

Alhamdulillah, ada juga rezeki saya menang giveaway/contest bulan lepas :)


Teka dan menang (anjuran Red Giant & Red Devils)

Yang ni kena teka berapa jumlah keseluruhan mata terkumpul bowling game. Dapat juga la saya tempat ke-5..eheh. Keputusan penuh di SINI


1st GA Ms Sunsweetz (anjuran Misz Sunsweetz)

Keputusan penuh tengok di SINI


GA Tepung dan Kek (anjuran Mama Mirza)

Rezeki menang GA lagi. Keputusan penuh di SINI


Titanic Contest (anjuran Permata Ibu)

Jawapan saya untuk contest ni tak semuanya tepat tapi penganjur bermurah hati bagi juga hadiah saguhati. Terima kasih banyak-banyak ye ^_^. Keputusan penuh di SINI


Mama Kyra 1st GA (anjuran Mama Kyra)

Kemenangan terakhir di bulan Februari 2011. Keputusan penuh di SINI

Saturday, February 12, 2011

Sicilian Orange Cake

Kali ni saya nak kongsi resipi Sicilian Orange Cake pulak. Resipi ni saya ambil dari blog kak Yatie. Dah 3 kali saya buat kek ni. Saya memang suka kek oren tapi bukan semua kek oren memenuhi citarasa saya. Resipi ni saya puas hati. Kalau siapa-siapa minat kek oren, boleh la cuba resipi ni. Senang dan bahannya pun tak banyak. Izinkan Nadiah copy paste resipi kat sini ye kak Yatie *wink*


Ingredients
  • 250 g lightly salted butter, at room temperature, plus extra for greasing
  • 250 g caster sugar
  • 4 medium eggs
  • 1 1/2 tsp finely grated orange zest
  • 250 g self raising flour (i used plain flour and add 1 tsp of baking powder)
  • 85 ml freshly squeezed orange juice
For the icing:
  • 125 g icing sugar
  • 5 tsp freshly squeezed orange juice
Method
  1. Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clip-sided round cake with non-stick baking paper.
  2. Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice.
  3. Spoon the mixture into the prepared tin and bake on the middle shelf of the oven for 45-50 minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly buttered foil.
  4. Leave the cake, in its tin, to cool on a wire rack, then carefully remove the sides and base of the tin and peel off the paper. Put it onto a serving plate.
For the icing, sift the icing sugar into a bowl and stir in the orange juice until you have a spreadable consistency. Spread it over the top of the cake, letting it drip down the sides, and leave to set. Serve cut into slices, and store any leftovers in an airtight container.



Kalau tak nak buat icing tu pun dah ok dah. Dalam 3 kali buat, hanya sekali je saya buat icing tu...


Yang ni versi takde icing


Lengkap dengan icing


Selamat mencuba! :)

Thursday, February 10, 2011

Kemenangan di bulan Januari 2011

Alhamdulillah, bulan Januari lepas saya menang 3 giveaway dan 3 contest ^_^


GA-CCK Hitam Itu Menawan

Ni dapat hadiah saguhati. Gambar yang saya pertaruhkan dalam kotak merah tu (bawah sekali belah kiri. Keputusan penuhnya di SINI


Contest Senyuman Manis Nampak Gigi

Yang ni pulak saya dapat tempat ke-2 bagi kategori lebih daripada seorang. Gambar mana yang saya pertandingkan sila cari sendiri..ngee. Link pengumuman pemenang contest dah takde dah...penganjur contest dah delete kot. Saya print screen emel tu je la


Syamila's Giveaway

Giveaway ni la yang saya dapat cloth diaper tu. Keputusan penuh di SINI


Adrini's First Anniversary Contest

Tak sangka ada rezeki juga saya menang contest ni (keputusan penuh boleh tengok SINI)...hadiahnya banyak! Untuk tempat ke-3, ni yang saya dapat:

1 bottle of 5cc Perfume For All worth RM28

1 piece of Babyland Cloth Diaper worth RM27 from Fxonline

1 anklet by Bonita Club worth RM50

A voucher from Bling Buubies worth RM20

1 mini T car sticker from ClothDnZ worth RM19



GA Adhwa Fashion

Keputusan penuh di SINI


Happy Baby Contest

Safiyyah dapat tempat ke-2 untuk kategori B (2-4 tahun) ^_^. Nak tahu pemenang-pemenang yang lain boleh tengok SINI



p/s: beberapa hari ni kurang rajin pulak nak join giveaway/contest. Nak update blog ni pun rasa liat je. Dah terbang ke mana la mood berblog saya ni...?

p/p/s: mood swing ada kaitan ke dengan 3rd trimester? Seminggu dua ni rasa macam tak betul je. Angin takde, ribut pun takde, tiba-tiba je moody..huhu. Rasa nak tidur je sepanjang hari, tak nak buat apa-apa dan tak nak fikir apa-apa. Tak sukanya rasa macam ni :(

Tuesday, February 8, 2011

25 perkara...

...tentang saya...?

  1. Anak sulung daripada 2 beradik, merangkap anak bongsu perempuan (nak jugak gelaran bongsu tu :p)
  2. Diijabkabulkan di usia 26 tahun dengan jejaka Kelantan
  3. Suka makan makanan yang pedas terutama masakan yang berwarna merah (asam pedas, goreng berlada, sambal tumis, etc)
  4. Suka ambil gambar dan minat dengan seni fotografi
  5. Dulu-dulu selalu rasa tak best jadi anak sulung. Asyik kena mengalah je dengan adik..huhu. Tapi bila ada anak sendiri, baru terasa bertuah dilahirkan sebagai anak sulung. Semua orang sayang! (Err..dah tua-tua ni orang sayang lagi ke? :p) Ye la, anak sulung kan anak yang paling ditunggu-tunggu tapi rasanya jadi anak bongsu lagi best daripada anak sulung...boleh manja lebih-lebih sikit :p
  6. Masa anak dara dulu (terutama zaman kampus) lebih suka ke mana-mana sorang-sorang sebab tak suka menunggu orang dan tak suka juga buat orang tertunggu-tunggu. Bila dah kahwin, tak nak ke mana-mana tanpa suami di sisi walaupun ada anak yang menemani
  7. Pendiam, pemalu, sensitif, suka memendam rasa, perahsia
  8. Suka menulis sebab tu melibatkan diri dengan dunia blog. Dah jatuh cinta dengan dunia blog sebab selain dapat mencatat sesuatu di blog sendiri, dapat ramai kenalan maya di samping peroleh ilmu-ilmu yang bermanfaat daripada blogger lain
  9. Pernah berangan nak jadi penulis novel tapi rasanya macam takkan jadi nyata je angan-angan tu sebab imaginasi tak cukup tinggi
  10. Tak pernah sangka dapat menjejakkan kaki di negara 4 musim. Sekarang ni dah hampir 2 tahun berada di US. Alhamdulillah, rezeki dapat merasa kehidupan di rantau orang dan dah merasa keempat-empat musim yang sungguh indah!
  11. Sedara-mara selalu kata dalam mulut ni ada banyak emas...sebab tu susah nak 'bukak' mulut, takut emas berterabur :p
  12. Sangat tak berbakat dalam seni lukisan. Masa sekolah dulu, kerja-kerja seni semua mak yang yang buatkan..ngee~
  13. Tak reti dan segan minta pertolongan orang lain sebab takut menyusahkan dan tak nak terhutang budi dengan orang
  14. Pembawa thalassemia
  15. Berdarah campuran Melayu, Cina, Jawa dan Bugis. Terjawab le dah kan kenapa muka saya dan Safiyyah macam Cina :)
  16. Berketurunan pipi kembung tapi badan kurus kering (betul, memang keturunan..tak tipu). Mak saya, mak-mak sedara saya (yang perempuan la kebanyakannya) semuanya tembam dari kecik sampai la besar padahal kurus je semua. Dah berusia baru la hilang pipi kembung tu. Jadinya, selagi pipi saya kembung tapi badan kurus kering, maknanya saya masih muda la (perasan! ahaha..). Nampak gayanya menurun juga sifat yang 1 ni pada Safiyyah *wink*
  17. Kecik-kecik dulu tak nak makan nasi kalau takde sambal tumis ikan bilis. Hari-hari la mak kena masak sambal tumis ikan bilis (jadi lauk wajib setiap hari). Isy, isy...kecik-kecik dah pandai demand :p. Oh, bila usia semakin bertambah, kurang minat pulak ikan bilis
  18. Sangat sukakan roti terutama roti Gardenia
  19. Pernah accident masa di USM. Saya naik motor, saya langgar kereta orang :p. Alhamdulillah luka sikit je. Kebetulan masa tu saya dalam tempoh bertunang. Orang kata sebab berdarah manis tapi saya lebih percaya itu adalah peringatan Allah buat saya atas dosa-dosa saya
  20. Takde kampung. Kesian, kan? Walaupun mak ayah saya orang Perak, tapi saya takde kampung kat Perak tu sebabnya arwah atuk dan opah (baik belah ayah mahupun belah mak) dah lama berhijrah ke KL bertahun-tahun sebelum saya lahir lagi. Tiap-tiap tahun, orang lain semua beraya kat kampung, kami beraya kat KL :p
  21. Air mata jadi peneman setia dan penawar terbaik di kala berduka dan punya masalah
  22. Masa majlis kenduri kahwin belah suami saya dulu, saya hampir-hampir nak ajak ayah patah balik, tak nak pergi Temalir, Kuala Krai sana tu sebab jauh sangat di pedalaman, macam di hujung dunia :p. Kiri kanan hutan, rasa macam lama dah dalam kereta tapi tak sampai-sampai lagi padahal masa tu bertolak dari bandar Kuala Krai je pun. Tak keruan duduk dalam kereta. Rasa nak menangis pun ada (ahaha..teruk betul!). Tapi bila sampai rumah mertua, terjatuh hati pulak...memang betul-betul kampung. Nyaman je. Pagi-pagi sejuk. Takde kampung sendiri, dapat tumpang kampung suami pun jadi la :)
  23. Sejak kecik suka sangat pakai inai daun sebab suka baunya yang wangi. Tiap-tiap tahun tak pernah missed pakai walaupun orang kata kalau selalu pakai inai, nanti masa kahwin jari berinai tak naik seri. Tapi tak suka inai dibuat bercorak-corak kat tangan...nampak buruk la (pada mata saya la nampak buruk, mata orang lain mungkin nampak cantik)
  24. Penakut belon. Nampak je orang tiup belon, cepat-cepat tutup telinga. Bila belon tu makin besar ditiup, saya dah jerit dulu walaupun belon tu tak meletup pun lagi :p
  25. Pernah digelar 'tauhu comel' oleh salah seorang ex-roommate di USM dulu (dia siap letak nama saya sebagai tauhu comel dalam handphone dia :p) gara-gara hampir setiap hari saya makan tauhu (tauhu goreng berlada)

Dah siap! Hee...ni tag sebenarnya...dari Lady Lavender. Ok kak...Nadiah dah lunaskan hutang akak ni. Harapnya puas hati ye :D

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


Erk..kena tag 25 orang pulak??

Saya tag semua la yang baca entry ni! Ngee~


p/s: sape-sape yang rajin buat tag, buat la ye...boleh saya baca :)

Friday, January 14, 2011

Rezeki hujung tahun 2010

Dah masuk pertengahan bulan Januari 2011 baru terhegeh-hegeh nak cerita hal hujung tahun lepas :p. Saje nak kongsi kegembiraan dengan semua :). Rezeki apa? Rezeki menang giveaway dan contest! Hee..pelik ye macam mana saya boleh menang tanpa entry penyertaan kat blog ni? Saya ada 1 lagi blog sebenarnya...blog khas untuk giveaway dan contest *wink*. Baru buat pun blog tu bulan November lepas.

Selama ni tak kisah pun dengan giveaway/contest yang teman-teman blogger buat...tiba-tiba je pertengahan bulan November gatal tangan buat blog untuk giveaway/contest. Dah ada blognya...harus la join. Dah mula join langsung tak boleh nak stop :p. Seronok rupanya. Patut la saya tengok ramai teman-teman blogger yang jadi 'hantu' giveaway/contest ni. Join sekadar suka-suka je pun..takde la berharap nak menang ke apa. Nak memeriahkan giveaway/contest blogger je. Ada rezeki, dapat la habuan. Kalau tak, takpe la...tak rasa sedih pun ;).

Hanya beberapa giveaway/contest je yang saya akan guna blog ni, bergantung pada syarat-syaratnya. Tapi kebanyakannya memang saya akan guna blog contest saya. Malas nak serabutkan kat sini :). Kemenangan saya untuk bulan Disember 2010:


HHD Birthday Giveaway
Keputusan penuh boleh tengok SINI


MOBS Giveaway #22
Yang ni tak payah buat entry...send jawapan guna emel je. Siapa jawab paling cepat, dia la menang. Ni pun saya saje-saje masuk..tak sangka la pulak boleh menang :)

Boleh tengok kat link MOBS


Mya Elzara 3rd Birthday Giveaway

Keputusan penuhnya di SINI


Shopping with Kids Contest
1st time menang contest! ^_^

Alhamdulillah, dapat tempat ke-2. Keputusan penuh di SINI


Favorite Photo Contest
Kemenangan ke-2 untuk contest! Alhamdulillah, dapat tempat ke-2 juga :)
Keputusan penuhnya di SINI


1st Giveaway Kelip-kelip Kehidupan: Mari Mengira Bintang

Keputusan penuhnya di SINI



Last but not least...


Hadiah Penghargaan dari Pena Farhana 2010
Yang ni bukan contest mahupun giveaway. Empunya blog Pena Farhana berbesar hati bagi hadiah penghargaan untuk pembaca blog yang paling setia ^_^. Thank you so much Deena! Terharu sangat :)

Entry asalnya di SINI

Thursday, December 23, 2010

Emneya


Sedari kecil nasib Emneya sentiasa dirundung malang. Daripada seorang bayi terbuang, Emneya dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Mak Wa; seorang insan yang berhati mulia. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Emneya kembali keseorangan dan hidup sebatang kara setelah Mak Wa menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam sebuah kemalangan.

Beberapa tahun berlalu, sinar kebahagiaan kembali berputik di hati Emneya di saat dirinya menjadi suri hidup kepada Syed Erman Haikal Syed Hanief yang begitu menyayangi Emneya. Namun, ujian sekali lagi menimpa Emneya. Segala-galanya berpunca daripada ibu mertua Emneya yang tidak sukakan Emneya. Cubaan demi cubaan dan hasutan demi hasutan dilakukan agar Emneya dan Syed Erman berpisah.

Atas alasan zuriat, Syed Erman akhirnya termakan hasutan ibunya sendiri dan bersetuju untuk memperisterikan Ku Sarah, anak kepada teman baik ibunya. Walaupun hati dirobek-robek, Emneya tetap memberi keizinan kepada suaminya untuk memperisterikan Ku Sarah. Keadaan bertambah buruk setelah Syed Erman ditunangkan dengan Ku Sarah. Pelbagai taktik keji yang dibuat oleh ibu mertua Emneya agar Syed Erman membenci Emneya.

Apakah kesudahannya?? Ikuti sambungan dan kisah penuh Emneya di laman Pena Farhana.


Fuh, selesai pun! Saya nak tag:
  1. Kakyong
  2. Kak Fa10
  3. Kak Nida
  4. Kak Hamizah
  5. Kak Ros Illiyyuun

Pelik ek ada tag-tag? Ni contest sebenarnya! Ngee~

Jom join ramai-ramai! Klik SINI ye. Tarikh tutup contest ni 31 Disember 2010. Sambil-sambil tu boleh baca cerita penuh Emneya, karya Deena Farhana; pemilik laman Pena Farhana. Yang tu ringkasannya aje *wink*. Lama dah saya tak buat karangan..huhu..boleh tak dapat gambaran cerita Emneya tu daripada ringkasan yang saya buat tu?

Sunday, December 19, 2010

Inai dan Selamat Pengantin Baru Along, Angah!

Seminggu dua ni asyik teringat pasal inai je. Mungkin sebab musim kenduri kahwin hujung-hujung tahun ni kot. Inai kan sinonim dengan pengantin. Macam tak sah kalau pengantin perempuan tak berinai. Nak-nak pulak saya baca entry Pesta Berinai di blog Mamasyaza...laaaaaagi la teringat-ingat dan terbayang-bayangkan inai!

Saya memang suka pakai inai. Sejak kecik lagi. Tiap-tiap tahun mesti tak missed pakai inai. Tak pasti sejak umur berapa saya mula pakai inai dan mula sukakan inai. Ni dah lama sungguh jari ni tak berinai. Seingat saya, kali terakhir saya pakai inai, masa kahwin la. Hampir 3 tahun lepas. Huhu..

Masa kecik-kecik dulu, mak saya la yang tolong tumbuk daun inai dan pakaikan inai di jari saya. Bila dah besar, mak pun tak kuasa nak buatkan. Merayu-rayu pun mak buat tak tahu je..hehe. Dah besar kan..dah boleh buat sendiri..nak jugak mak yang buatkan. Tang tumbuk daun inai yang tak rajin tu :p. Tapi saya buat juga la sendiri sebab nak pakai sangat-sangat.

Saya hanya suka inai daun je. Inai serbuk saya tak suka. Inai daun wangi baunya. Tu la antara sebab saya sukakan inai. Inai serbuk pulak tak wangi dan tak tahan lama. Sekejap je dah hilang warna merah di jari. Masa kahwin dulu, mak saya suruh pakai inai serbuk je sebab tak jumpa pokok inai. Dulu ada mak tanam kat belakang rumah tapi ada orang dah tebang pokok tu..huhu.

Mujur jiran mak sedara saya ada pokok inai...mak sedara saya la mintak sikit kat jirannya tu. Dapat juga pakai inai daun masa kahwin ^_^. Kalau saya pakai inai daun, warnanya tak merah sangat (kalau tak ditambah apa-apa la masa tumbuk daun inai tu). Orang kata, warna merah inai (inai daun) bergantung pada kepekatan darah..maknanya kalau darah cair, warna merah inai tu pun tak merah sangat. Betul ke ek?

*************************************

Alhamdulillah, 2 orang sepupu saya (2 beradik; along dan angah) dah selamat menjadi suami orang bulan lepas. Sedih tak dapat pergi kenduri diorang...dah la diorang berdua sepupu yang paling rapat dengan saya pun. Diorang dah macam abang pada saya (kuat menyakat saya masa kecik dulu tu!). Along dan angah cucu pertama dan kedua di sebelah keluarga mak saya, saya pulak yang ketiga merangkap cucu perempuan sulung ^_^.

Along bertemu jodoh dengan orang Selangor, angah pulak jodohnya dengan orang Sabah. Diorang nikah bulan lepas. Majlis belah sepupu saya (along, angah) dibuat serentak pada 11 Disember lepas. Gambar-gambar bawah ni saya ambil di Facebook je [kredit buat semua pemilik kamera dan tukang ambil gambar-gambar tu]. Yang ada ni pun gambar-gambar kat majlis di KL, gambar-gambar kat majlis belah perempuan takde.

Kanan: Along dan kak Sue
Kiri: Angah dan kak Hanie


Siap naik kereta kuda lagi! Huhu..dapat tengok gambar je pun jadi la...


♥ Selamat Pengantin Baru Along & Kak Sue! ♥
♥ Selamat Pengantin Baru Angah & Kak Hanie! ♥

InsyaAllah moga kita semua dapat jumpa satu hari nanti. Meh le honeymoon kat sini...tapi tiket tanggung sendiri ye! Hehe..

Saturday, October 23, 2010

Watermark baru

Memperkenalkan watermark baru saya....

Tada..


Cantik, kan? Tapi bukan saya yang buat..ehe. Watermark ni dibuat khas untuk saya oleh Min a.k.a. IbuDalila ^_^. Kalau perasan, saya dah rasmikan dah pun watermark ni dalam entry sebelum ni.

Beberapa hari lepas Min tinggalkan pesanan kat chatbox suruh saya check emel. Ada sesuatu untuk saya katanya. Sambil-sambil nak buka emel, jenuh fikir apa benda la yang Min kasi kat saya. Rupa-rupanya watermark! Terharu betul ada orang tolong buatkan watermark. Lebih terharu, saya tak minta pun Min buatkan watermark...tiba-tiba je dia buatkan untuk saya.

Saya memang nak buat watermark baru tapi sampai ke sudah tak terbuat. Saya tak berapa reti sangat guna Photoshop. Belum ada kesempatan nak explore betul-betul. Saya ni tahu je la...boleh jadi ralit kalau mula explore. Nanti 1 kerja pun tak jalan. Tu yang tak terbuat lagi watermark baru. Tengok-tengok ada orang baik hati buatkan watermark untuk saya...macam tahu-tahu je saya nak watermark baru ^_^.

Terima kasih banyak-banyak ye Min! Suka sangat! Pandai Min pilih warna ikut warna tema blog. Memang sesuai sangat la ^_^