Pages

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, October 25, 2020

Kisah Khabib Nurmagomedov

Tular sekali lagi kisah Khabib Nurmagomedov kali ini. Nama ini pertama kali saya tahu ketika tularnya berita kematian ayahnya beberapa bulan yang lepas. 

Hari ini, nama Khabib sekali lagi tular di media sosial atas kemenangannya sebagai juara bertahan yang ke-29. Ia juga merupakan perlawanannya yang terakhir dan bersara dengan mengekalkan rekod kejuaraan tanpa kekalahan.

Saya bukanlah peminat sukan. Tidak pernah mengikuti mana-mana acara sukan lebih-lebih lagi acara gusti. Cuma cerita Khabib mencuri perhatian saya.


Gambar sumber Google


Saya belajar sesuatu daripada kisah Khabib.

1. Dakwah itu luas pengertiannya. Dengan bersukan pun boleh berdakwah. Jika baca cerita Khabib, beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya dan sentiasa solat berjemaah di masjid. Setiap kali kemenangan, pasti ucapan Alhamdulillah yang meniti di bibirnya.

2. Betapa pentingnya menjaga akhlak dan dan budi pekerti yang baik. Akhlak yang baik pasti disenangi kawan dan dihormati lawan. Dengan akhlak yang baik juga mampu buat orang tertarik dengan Islam.

3. Sentiasa bersikap merendah diri sekalipun telah berada di puncak kejayaan.

4. Peranan ibu bapa sangat penting dalam mencorakkan keperibadian anak. Saya cukup senang membaca kisah Khabib dengan ayahnya. Betapa rapatnya hubungan mereka berdua. Betapa hormatnya Khabib terhadap ibu bapanya. Perlawanan yang terakhir ini juga adalah demi menghormati permintaan ibunya yang tidak mahu lagi Khabib berlawan tanpa ayahnya di sisi.


"When ALLAH with you, nobody can broke you, nobody", Khabib.


 Selamat bersara, sang juara! Moga terus memberi inspirasi buat semua.


Thursday, March 13, 2014

Doa untuk MH370


Hampir seminggu tiada khabar berita pesawat ni. Didoakan baik-baik sahaja semuanya. Harapnya dapat jumpa dalam masa terdekat ni. Semoga ahli keluarga kesemua krew dan penumpang pesawat berkenaan sabar dan tabah hadapi ujian.


Monday, September 3, 2012

Diuji dengan kanser...tahap keempat

Terkejut saya dengan berita duka yang menimpa salah seorang junior. Saya mula dapat tahu Hajjar jatuh sakit pada awal Ogos lalu selepas dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat. Waktu itu penyakit sebenarnya masih belum diketahui [Tisu sum-sum Hajjar diambil Isnin nanti...].

Semalam pula kami mendapat perkhabaran yang lebih mengejutkan. Hajjar rupanya menghidap kanser dan menurut doktor, kansernya sudah sampai tahap keempat ["Ya Allah, barah Hajjar di tahap keempat"]. Berlinang air mata saya membaca entri terbaru mengenai keadaan kesihatan Hajjar di blog suaminya.

Saya mengenali Hajjar dan suaminya tetapi bukanlah secara rapat. Hajjar salah seorang junior yang saya kenali melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di USM dahulu manakala suaminya, Zainulfaqar, saya kenal melalui Kelab Remaja Lestari (KRL), Pulau Pinang. Mereka punya anak kecil; Insyirah, yang baru setahun lebih umurnya. Mengenangkan si kecil ni bertambah sayu rasa hati. Sungguh berat ujian buat mereka.

Ya Allah, kurniakanlah ketabahan dan kekuatan buat Hajar, juga buat keluarganya. Permudahkanlah segala urusannya dan sembuhkanlah penyakitnya Ya Allah..ameen..



Nota:

  1. Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan, boleh salurkan melalui akaun Maybank2U atas nama Zainulfaqar Yaacob, 164258481533.
  2. Doakan Hajjar ye. Semoga Allah makbulkan doa kalian..ameen..







Monday, July 16, 2012

5 buah rumah pelajar Malaysia terbakar

Pagi tadi kami di US dikejutkan dengan berita kebakaran yang berlaku di Ames, Iowa. Lebih mengejutkan, kebakaran yang berlaku melibatkan blok kediaman beberapa orang pelajar Malaysia. Namun alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Saya mula tahu berita ni melalui seorang adik undergrad yang berada di Ames yang kebetulannya tinggal di blok bersebelahan dengan blok yang terbakar tu. Memang terkejut sangat. Besar ujian buat mereka di saat Ramadhan semakin menghampiri. 17 orang pelajar Malaysia hilang tempat tinggal dan harta benda. Keluarga mereka di Malaysia pasti tak senang duduk mendapat perkhabaran ni.


Gambar ni saya ambil dari Facebook adik undergrad berkenaan. Masa ni dah 6 jam kebakaran berlaku tapi api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya.


Berita selanjutnya boleh dibaca di pautan berikut:



Pada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian sama ada melalui salah satu cara berikut yang telah saya bold tulisannya:



Ahad, Julai 15 : Kebakaran telah berlaku di salah satu kawasan perumahan di Iowa State University bermula jam 5.30 pagi sehingga 1 petang. Sebanyak 5 buah rumah pelajar Malaysia terlibat dalam kebakaran itu dan menyebabkan 17 pelajar Malaysia kehilangan tempat tinggal, harta benda, dan barang-barang berharga.

Semoga kita semua dapat sama-sama membantu meringankan beban rakan rakan kita. Sumbangan kepada mereka boleh dihulurkan kepada tabung bancana MISG melalui paypal wan.khalil.ahmad@gmail.com. Sila tinggalkan nota, Tabung Bencana MISG.

Alternatif lain adalah dengan menghantar cek (payable to Wan Khalil Ahmad) ke alamat dibawah:
Tabung Bencana MISG
Attn: Wan Khalil Ahmad
184 Legion Lane,
State College, PA 16801

Kepada mereka yang berada di Malayia, wang sumbangan kepada Tabung Bencana MISG boleh disalurkan melalui akaun bank CIMB-Islamic Wan Khalil Wan Ahmad, no akaun: 12370000201201. Sila hantarkan email kepada wan.khalil.ahmad@gmail.com untuk memudahkan urusan penyimpanan rekod.

Semoga Allah mengganjari usaha kecil kita ini. Ameen. [sumber: MISG]



Nota: Doakan agar urusan kesemua pelajar yang terlibat dipermudahkan oleh Allah ye.

Friday, November 11, 2011

Abi ke syurga...

...itu jawapan yang terbit dari mulut Muiz apabila ditanya; "Ke mana Abi?"; anak kak Farah dan arwah Kamarulzaman Abdullah sebagaimana yang disampaikan oleh sahabat NISA'..

Muiz...semoga dirimu sentiasa berada dalam jagaan dan pemeliharaan Allah SWT..


Malam tadi sukar untuk saya melelapkan mata. Masih terkejut dengan berita pemergian arwah. Dalam pada masa yang sama teringatkan kak Farah. Juga si cilik Muiz. Terfikir, pasti kak Farah juga tak dapat tidur di malam hari. Allahurabbi. Permudahkanlah segala urusan mereka ya Allah dan kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan yang tinggi ya Allah...

Pemergian arwah di hari yang baik insyaAllah baik juga pengakhirannya. Semoga rohnya ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah...ameen..


Nota 1: Pemergian arwah sungguh memberi kesan di hati. Bila pula agaknya giliran sendiri...?

Nota 2: Baru sekejap tadi dapat pula berita pemergian ibu kepada seorang sahabat; Kamariah Sulaiman yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa sebulan sahaja lagi :(. Semoga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan bersama insan-insan yang beriman dan beramal soleh..ameen..



Thursday, November 10, 2011

Dia kembali ke rahmatullah

Berita yang diterima lewat petang tadi benar-benar mengejutkan saya dan suami. Tak disangka salah seorang senior kami; Kamarulzaman Abdullah (pegawai khas Datuk Husam Musa) telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan balik ke Kelantan dari Kuala Lumpur. Baru sahaja terlihat gambar arwah di wall Facebook beberapa jam sebelumnya. Tiba-tiba dapat pula khabar yang memilukan. Allahuakbar! Tanpa dapat ditahan, air mata laju mengalir di pipi.

Terbayang wajah kak Farah; isteri arwah yang juga senior saya dan suami; merangkap salah seorang naqibah saya suatu ketika dulu...juga wajah satu-satunya anak mereka...Muizzuddin...semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dengan ujian Allah yang satu ini.

Arwah; berdiri paling kiri


Inna lillahi wa inna ilayhi roji'un. Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang beriman lagi beramal soleh..ameen..


Tuesday, June 29, 2010

19 orang anak

Ni yang tertera masa saya buka Yahoo petang tadi. Sekali tengok takde apa yang menarik. Tajuk 'Duggar baby finally goes home' tu pun takde apa yang peliknya tapi bila baca je ayat pertama...reaksi spontan saya, "Eh, biar betul!"


Saya crop supaya nampak lebih jelas lagi. Perkataan "19th child" (yang saya kotakkan tu) tu la yang buat saya nak tahu cerita lebih lanjut


Bila saya baca...rupanya pasangan Duggar tu memang ada anak seramai 19 orang (bukan anak angkat ye)! Pelik, kan? Kalau orang Melayu takde la pelik, ni mat salleh. Mat salleh kan selalunya tak nak anak ramai. Antara petikannya:



Kisah diorang ni rupanya ada keluar dalam reality TV show (19 Kids and Counting) di channel TLC. Michelle lahirkan Josie (anak yang ke-19) di usianya 43 tahun dan dia tak menolak sekiranya dapat anak lagi.

Anak-anak Michelle dan Jim Bob Duggar. Nama anak-anak diorang semua bermula dengan huruf J [source]


Saya ada baca juga review orang ramai pasal the Duggars ni. Ramai juga yang menghentam diorang. Ye la, fikiran mat salleh ni kan lain sikit. Ada yang sebut pasal overpopulation la...ada yang pertikai macam mana diorang sara dan jaga anak-anak seramai tu la...ada yang kata diorang ni takde benda lain nak fikir selain s*ks la. Isy, macam-macam lagi la! Kesian pulak bila saya baca tu.


The Duggar family [source]

Wednesday, May 5, 2010

Koc wanita

Rasanya semua tahu dah kot pasal koc komuter khas untuk wanita ni. Saya je lambat nak buat entry pasal ni (takde la lambat sangat pun...koc ni pun baru dilancarkan 28 April lepas). Masa mula-mula dapat tahu berita ni...saya terus setuju! Walaupun masa tu tak baca pun berita penuh lagi..eheh..


Sticker koc wanita bagi membezakan koc wanita dan koc biasa


Baru je hari tu bagitau kat Syigim...alangkah bagusnya kalau kat Malaysia pun disediakan gerabak khas untuk wanita dan kanak-kanak macam di Dubai. Tengok-tengok, Malaysia pun dah implement dah gerabak khas tu! tepuktangan

Siapa yang pernah naik komuter, tahu la betapa azabnya kena berasak-asak dengan lelaki. Ada segelintir tu, main tolak-tolak je perempuan. Takde belas kasihan langsung! sedih

Di waktu puncak (peak hour) dan hujung minggu lagi la...tak sanggup je naik. Dah jadi macam sardin dah. Masa ni la ada yang ambil kesempatan meraba penumpang wanita dan menyeluk saku (mencuri). Alhamdulillah la saya tak pernah ada pengalaman ngeri macam tu masa naik komuter.

Oh, tapi ada juga yang tak setuju dengan koc wanita ni...

Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).

Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'


"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.


Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran
. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."

Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL tersebut.
[sumber: Faisal Tehrani]


Saya rasa, yang duk kritik tu mesti tak pernah naik komuter. Kalau pernah naik pun, mungkin bukan di waktu puncak. Dan saya tak rasa pun koc wanita tu bagi menghina dan merendahkan perempuan. Malah saya rasa ia bagus untuk keselamatan kaum wanita. Kolot??? Lagi la tak dimasuk di akal. Eii..sungguh tak faham saya dengan statement yang saya sengaja bold tu. Malas nak kata apa. Dah nama pun liberal...

Daripada feedback yang saya baca, rata-rata bersetuju dengan koc wanita ni. Dia sorang je kot yang tak setuju. Kesian ihikhik. Yang tak suka tu takpe la, naik la koc biasa...bukannya diwajibkan pun wanita naik koc khas tu. Apa pun, saya tetap suka!


p/s: Abang, jom balik Malaysia...nak naik koc wanita (tak munasabah langsung alasan..hihi..)

p/p/s: sejak bila ada perkataan koc dalam bahasa Melayu ye? Ke...saya je yang tak tahu selama ni?

Saturday, February 27, 2010

Takde akal!

Eii..tak tau la manusia jenis apa yang sesuka hati sepak terajang anak kecil macam bola sepak! Apa la kudrat yang ada pada budak 3 tahun nak melawan dan pertahan diri daripada terus ditendang??? Tenaga lelaki...tahu je la macam mana. Kalau kita ni kena sepak sekali pun dah rasa sakit yang amat...inikan pulak budak sekecil tu. Tak puas dengan tu, dipijak, dipukul dan ditamparnya budak tu! Tak berperikemanusiaan langsung!

(arwah) Syafia Humairah
sumber gambar: Berita Harian Online



Sakit hati sungguh baca berita pasal arwah Syafia Humairah yang jadi mangsa seorang lelaki yang takde akal! Harapnya cepat la lelaki yang takde akal tu ditangkap dan dijatuhkan hukuman setimpal.


Berita Harian Online: Didera sampai mati, Azab Syafia

MyMetro: Perangai binatang

Utusan Online: Kanak-kanak tiga tahun mati dipercaya didera teman lelaki ibu, Syafia alami kecederaan parah, Saksi lihat Syafia dicampak, dipijak


p/s: dalam pada tu sedih juga bila baca pasal ibu mangsa yang bersekedudukan dengan teman lelakinya yang takde akal tu sehingga mengandung dan melahirkan anak luar nikah sedih. Tak tahu nak kata apa dah...

Wednesday, February 10, 2010

Maut selang sehari

sumber: myMetro

Maut selang sehari: Tajuk berita di laman depan Harian Metro bertarikh 10 Januari 2010 [klik sini untuk baca berita penuh di myMetro]. Saya dapat tahu berita ni lebih awal lagi di status Facebook abang Khairur (salah seorang staf USM) yang tulis setiap perkembangan yang berlaku pada kedua beradik tu...

February 5, 9.48 am: anak Nik Shamrul Zaimi (kawan SMACH saya) warded in ICU, Lam Wah Ee, Penang. mari kita doakan agar Nik Hazwani Hawa cepat sembuh

February 5, 8.09 pm: Nik Hazwani Hawa Binti Nik Shamrul Zaimi telah kembali ke rahmatullah awal pg td. Jenazah akan disimpan selepas Asar. Lokasi persemadian belum dikenal pasti

February 6, 12.36 am:
aku sdg bersama Pak Da (Nik Shamrul) di rumah bapa saudaranya Dato' Hj. Rahim di tkt sg. gelugor. Anakanda Nik Hazwani Hawa sedang dikafankan. Adiknya dimaklumkan stabil di hospital

February 6, 5.35 pm:
Pilu. Hari ni anak ke -3 Nik Shamrul Zaimi dibawa pergi. Semalam anak ke-2. Dalam tempoh tak sampai 24 jam dia mengkebumikan 2 anaknya. Doakan agar Nik Shamrul dan isteri selamat

February 6, 7.25 pm:
Kembali ke rahmatullah. Nik Hazwani, 4 tahun, kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2010. Adiknya Nik Zawiah, 3 tahun, kembali ke rahmatullah pada 7 februari 2010. Al-fatihah...


Nik Zawiah Zahida; beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Gambar diambil (dengan izin) dari Facebook abang Khairur

Memang saya ikuti perkembangan 2 beradik tu sejak abang Khairur maklumkan di Facebook yang mereka berdua ditahan di hospital. Arwah Nik Hazwani Hawa dan Nik Zawiah Zahida disahkan oleh Doktor meninggal akibat dengue shock syndrome. Sedih sangat walaupun saya tak kenal langsung kedua-dua arwah dan ahli keluarga mereka. Lebih memilukan, ibu mereka masih dalam pantang lagi...belum sebulan pun lagi umur anak (keempat) yang baru lahir tu...


Dengue shock syndrome (DSS), also mistakenly referred to as dengue hemorrhagic fever (DHF), is characterized by dengue fever's symptoms of abdominal pain, hemorrhage, with the addition of circulatory collapse. Dengue hemorrhagic fever starts unexpectedly with extreme fevers, headache, sore throat, cough, nausea and vomiting. Dengue shock syndrome is the most severe case of dengue fever. The shock occurs after two to six days of symptoms, followed by collapse, weak pulse, and blueness around the mouth. Symptoms also include: easy bruising, blood spots, bleeding gums and nosebleeds. Dengue shock syndrome can be fatal. The mortality rate ranges from 6 to 30 percent, most commonly in children. [click here to read more]


Siapa tak sedih bila dua orang permata hati pergi selamanya dalam tempoh tak sampai 24 jam. Tambahan lagi kedua-duanya perempuan. Yang sulung dan yang bongsu (yang baru lahir tu) kedua-duanya lelaki. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga keluarga arwah diberi kekuatan dan sabar serta tabah hadapi ujian. Al-Fatihah..