Pages

Wednesday, April 28, 2010

Safiyyah...memanjat..?

Haih..dah reti memanjat la pulak cik Safiyyah ni. Sebelum ni Safiyyah tak reti memanjat. Bak kata, takde la istilah panjat-memanjat dalam kamus hidup Safiyyah selama ni. Dia jenis yang tak lasak. Kalau budak lain baya dia, agaknya dah expert dah memanjat. Safiyyah lak baru reti memanjat di usia 15 bulan (nak masuk 16 bulan pun). Senang hati la bila dia tak reti memanjat, takde la nak risau sangat ke apa time dia main sorang-sorang. Sekarang ni nampaknya kena lebih alert la...risau terjatuh pulak nanti.


Ni gambar pagi semalam. Tak mandi pun lagi masa ni. Muka happy dapat naik atas sofa. Saya duk siang ayam, perasan la dia cuba nak naik sofa tu tapi sebelum ni tak pernah berjaya...saya pun buat tak tau je la (dapur kat ruang tamu ni je...memang tak best tapi 1 kebaikannya..senang nak perhati anak kenyit). Bila toleh sekali lagi...la...dah ada atas sofa dah pun. Lepas je siang ayam, terus snap gambar ni jelir. Pastu baru mandikan dia (pukul 11 lebih dah pun masa tu, mandi lambat sebab Safiyyah bangun lambat...kul 10.40 pagi baru dia bangun senyumkenyit)


Ni nak menyelit sikit. Saje zoom baju yang Safiyyah pakai tu sebab sangat suka kata-kata yang tertulis kat baju tu. "If you think I'm cute you should see my mom". Boleh la ummi Safiyyah ni perasan cute..hahaha. Oh, baju ni suami saya yang belikan...nak 'gula-gulakan' saya la tu supaya dia tak kena bebel sebab gi shopping lagi jelir


Nak memanjat lagi. Masa ni baru lepas mandi



Ni le gayanya Safiyyah panjat atas sofa tu. Masa ni dia tak berjaya naik. Marah-marah dia bila tak dapat naik. Nak ummi tolong, sori la jelir. Pastu boleh gak dia naik sendiri tapi tak sempat la rakam, dah ke dapur balik. Duk tunggu kang, tak berasap la dapur


Masa ni dia berjaya naik atas sofa. Tengah khusyuk tengok rancangan kegemarannya. Bagus juga dia duduk atas sofa ni...jauh sikit dari TV...kalau tak tu, berapa inci je jaraknya dengan TV takbole


Terkejut saya masa tengok Safiyyah duduk atas kerusi ni. Tak perasan langsung bila dia panjat. Sebelum tu Safiyyah main tolak-tolak kerusi tu...tu la antara kerjanya kat rumah, saya biarkan aje la. Saya makan nasi waktu ni, lapar punya pasal...tak toleh kiri kanan dah (haha..teruk betul! jelir). Tengok-tengok Safiyyah sedap je duduk atas kerusi tu. Isy, bahaya betul...dah la kerusi tu beroda (dalam pada risau, sempat pulak snap gambar dia..eheh..)


Tengok la mukanya tu...puas hati la tu dapat memanjat. Yang bagusnya, dia reti turun sendiri. Sikit pun takde dia menjerit mintak tolong turunkan dia tepuktangan. Pandai panjat, kena pandai-pandai la turun sendiri, kan? senyumkenyit

Sunday, April 25, 2010

Girls day out (Safiyyah & ummi, Iman & umminya)

Mak-mak budak pun boleh consider sebagai girls jugak ke? senyumkenyit


Siapakah gerangannya pinky girl ni? fikir


Main kasut pulak la pinky girl ni. Iman pulak cuba-cuba nak pegang rumput sementara umminya leka..eheh..


Oh...Safiyyah rupanya!
Ummi tak bagi main kasut, dia main rumput balik senyumkenyit


Letih mencangkung, duduk pulak atas rumput. Sambil-sambil tu tengok Iman yang duduk di bangku..."Iman ni asyik duduk situ je...tak nak main ke?"


Safiyyah join Iman duduk kat atas bangku. Mata duk tengok handphone kat tangan Iman senyumkenyit


Cuba nak ambil handphone daripada Iman


"Eh, baru perasan rambut Iman warna hitam. Kenapa ek rambut Iman warna hitam? Rambut Safiyyah warna perang," kata Safiyyah dalam hati.


"Ada beza ke rambut hitam dengan perang? Nak sentuh la sikit rambut Iman...tengok ada beza ke tak.."


Macam budak besar pulak bila duduk gini


Yay...Safiyyah jumpa botol! Saje la tu berdiri dekat dengan Iman nak bagi Iman jeles sengihnampakgigi. Iman pulak tengah fikir strategi nak ambil botol tu daripada Safiyyah...


Sentuh dulu botol kat tangan Safiyyah...


Sesi perebutan bermula!
Iman tarik botol tu sampai terjatuh Safiyyah (masa ni tak sempat snap gambar). Boleh tahan jugak Iman ni senyumkenyit

Friday, April 23, 2010

Award...lagi...dan lagi...

Award pertama ni datangnya daripada ummu @ Jurnal Kehidupan...



Yang kedua ni pulak dari Lovely Kitchen @ E-Na Zarina...



Yang ke-3 ni pulak daripada Mamalieyna...



Terima kasih semua atas ingatan! love

Wednesday, April 21, 2010

Ada beza ke wanita selepas kahwin?

Baru-baru ni sorang hamba Allah tanya pada saya, lebih kurang macam ni la soalannya: "Ada beza ke wanita selepas kahwin?". Saya masa tu terkesima kejap. Bukan apa, tak terlintas di fikiran akan ditanya soalan sebegitu. Saya tak terus jawab pun soalannya tu...kebetulan waktu tu saya tengah bersembang dengan mak saya, jadi tak boleh nak fikir sangat la. Saya biarkan aje persoalannya tu tanpa sebarang respon.

Tadi teringat balik persoalan yang diutarakan tu. Duk fikir, apa la jawapan yang saya nak bagi. Ye la, dah kahwin, saya teruskan aje la life sebagai seorang isteri, takde la pulak fikir perbezaan sebelum dan selepas kahwin. Tapi bila difikir-fikirkan, memang ada perbezaannya...


Sebelum kahwin...sorang, dah kahwin...berdua love


Izin suami
Yang ni saya rasa perbezaan paling ketara la. Nak keluar rumah, kena minta izin suami. Kalau suami tak bagi keluar, tak boleh la keluar hatta nak ke rumah mak ayah je pun. Nak bekerja pun kena dapat izin daripada suami dulu. Kalau suami tak bagi kita kerja, kena duk rumah je...nak tak nak kena ikut juga la. Macam saya, suami lebih prefer saya duduk di rumah jaga anak. Saya memang tak kisah sebab memang suka duk rumah pun, janji boleh access internet..ekeke takde la tension pasal kerja, kan? sengihnampakgigi Suami saya kata, kalau nak kerja, tunggu la sampai Safiyyah umur 10 tahun. By the time, umur saya dah mencecah 37 tahun...tak kuasa le dah saya nak kerja masa tu pun! Lagipun, ada ke orang nak ambil staf yang berumur 37 tahun yang takde pengalaman bekerja? fikir


Tempat luah perasaan
Sebelum kahwin, kawan-kawan la jadi tempat luah perasaan. Bila dah kahwin, suami la pulak tempat luah perasaan. Nak mengada-ngada, nak merajuk pun dengan suami la ihikhik


Selera sendiri dan selera suami
Yang ni saya la alami, orang lain mungkin tak kot tambah-tambah yang dapat suami yang jenis makan apa saje tolak batu dan kayu. Saya ni dari kecik seorang picky eater. Sangat memilih makanan. Suami saya pun memilih jugak tapi takde la sampai tahap kronik (?) macam saya. Pendek kata, selera kami berdua memang tak sama. So, bila nak masak, saya kena fikir masakan yang kami berdua akan makan. Berbeza sebelum kahwin dulu, saya hanya akan masak makanan yang saya suka je. Yang saya tak suka tu, jangan harap la saya nak masak takbole. Bila dah kahwin, saya kena pelbagaikan jenis masakan. Apa yang suami suka makan, saya akan masakkan. Yang mana tak reti tu, kena pandai-pandai la. Takkan nak masak ikut selera saya je. Kang kebulur lak suami saya tu jelir


Masa dengan kawan-kawan berkurang
Bila dah kahwin, masa lebih banyak dengan suami dan anak-anak je la. Dah tak boleh la macam zaman anak dara dulu. Dengan kawan-kawan, masih berhubungan lagi tapi memang tak sama la macam sebelum kahwin. Keinginan untuk keluar dan bergembira dengan kawan-kawan pun berkurang. Bukan suami tak bagi keluar dengan kawan-kawan, saya je yang tak nak. Saya lebih suka dan lebih selesa keluar bersama suami dan anak


Lebih kenal sifat/perangai kaum adam
Nak kata betul-betul kenal/faham perangai diorang tak sangat la sebab saya dan suami pun baru 2 tahun je berkahwin. Banyak lagi yang masih saya tak tahu. Memang la saya ada ayah dan adik lelaki tapi tetap tak sama. Bila bersuami, lagi la tahu sifat diorang (lelaki) macam mana. Contohnya, lelaki ni kebanyakannya bukan jenis pendengar yang baik. Tak macam kaum hawa...kalau ada yang meluah perasaan, betul-betul concentrate dengar apa yang diperkatakan/diluahkan tu. Dan lelaki ni jenis tak suka ambil tahu benda remeh-temeh...kontra dengan sifat perempuan..


Tak letih menjawab
Selagi tak kahwin, selagi tu la orang duk tanya, "Bila nak kahwin?". Ni memang la soalan wajib dan soalan favourite selagi belum mendirikan rumah tangga. Letih nak menjawab. Setakat sorang dua yang tanya tu takpe lagi la. Ni semua orang duk tanya benda yang sama...mana la tak letih! Bila dah kahwin...fuh, lega! penat Tak perlu dah nak menjawab soalan tu. Lelaki pun ditanya juga soalan yang sama tapi kalau lelaki kahwin lewat, orang tak kisah sangat. Kalau perempuan kahwin lewat, dapat pulak gelaran andartu (anak dara tua)/andalusia (anak dara lanjut usia) xpasti. Mana ada orang yang suka digelar macam tu, kan? Err...tapi bila dah kahwin, orang tanya pulak...bila nak dapat anak? Macam la anak ni senang je nak buat macam buat anak patung. Alhamdulillah la saya terlepas daripada soalan tu. Tapi...bila dah dapat anak sorang, orang duk tanya pulak, bila nak tambah anak? Agaknya, bila anak-anak dah besar nanti, orang tanya pulak...bila nak dapat menantu? Adeh...letih juga nak menjawabnyaadus


Tu je yang saya boleh fikirkan. Ada lagi ke ek? Meh tolong tambah sama kenyit.


Tambahan:

"Time raya, nak balik rumah dia je", kata suami saya bila saya minta suami tolong tambahkan point saya. ihikhik

Ye la, saya ni anak kesayangan mak ayah saya (perasan! haha..)...mesti la nak balik rumah mak ayah saya time raya. Lagipun, mak ayah saya ada 2 orang anak je...cucu pun baru sorang...kesian la kat diorang kalau saya tak balik raya kat rumah mak ayah masa raya. Suami saya lain la, keluarganya besar (pandai je menjawab jelir)