Pages

Tuesday, April 13, 2010

Prof Abu, Safiyyah dan Iman

2 minggu lepas kami menerima kedatangan seorang tetamu yang datang nun jauh dari Malaysia. Prof Abu saje datang ke Lincoln ni nak buat spot check kat 2 orang ex-student USM kat sini. Sape lagi kalau bukan suami saya dan Hafiz. Nak tengok diorang ni datang sini belajar ke tidak ke. Haha..pandai mereka cerita jelir.

Yang sebenarnya, Prof Abu Hassan Ahmad (pensyarah merangkap Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM) datang ke US atas urusan kerja. Dia menghadiri conference di Kentucky. Habis conference, dia terus ke Lincoln ni jumpa 2 orang ex-studentnya tu. Suami saya pernah buat projek Prof Abu masa di USM dulu, Hafiz pulak masa buat master dulu..Prof Abu ni la jadi supervisor dia..


Prof Abu yang diraikan


Saya pernah la jumpa dan pernah ke rumah Prof Abu masa baru kahwin. Dr Salmah (isteri Prof Abu, juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat a.k.a. School Bio) la yang menjemput saya dan suami berbuka puasa kat rumah diorang 2 tahun lepas, sekali dengan Dr Latiffah (juga pensyarah School Bio). Dr Salmah ni dulu supervisor suami saya masa suami saya buat master di USM. Saje la dia mengajak kami berbuka sama sebab nak kenal dengan saya.

Prof Abu suka benar menyakat isterinya tapi Dr Salmah maintain cool aje..ehe. Silap tak minta tips daripada Dr Salmah dulu jelir. Ramai yang takut dengan Prof Abu sebab dia tegas tapi time kerja je la. Waktu kerja, dia memang sangat tegas dan serius orangnya tapi di luar waktu kerja...berbeza sungguh karakternya, macam 2 individu yang berlainan pulak. Dan seorang yang mengambil berat hal student...tu yang datang sini nak tengok macam mana keadaan suami saya dan Hafiz di sini.

Prof Abu sampai ke Lincoln 1 April lepas (Khamis) dalam pukul 10 malam. Macam biasa la, aktiviti makan-makan wajib ada senyumkenyit. Kami semua (saya sekeluarga, Sek Yee, Muzammil dan Syafiq) berkumpul di rumah Hafiz meraikan kedatangan Prof Abu sambil menjamu selera lapar. Menu malam tu nasi putih, sayur kangkung dan gulai daging cooked by Izza. Muzammil buat puding roti. Saya hanya masak ini je:


Cuba teka lauk apa yang saya masak ni? fikir


Muka-muka sama kecuali Prof Abu. Saya takde dalam gambar sebab tau takde sape nak tengok muka saya *sob sob* jelir. Safiyyah pun takde dalam gambar masa ni sebab sibuk di dapur senyumkenyit


Rajin sungguh anak dara ni. Orang lain duk lepak-lepak, sembang-sembang, makan-makan, dia je buat kerja kat dapur tepuktangan


Percubaan Iman merampas sudu daripada Safiyyah


Kelakar betul masa ni. Suami saya letak Safiyyah atas riba...tiba-tiba je Iman merangkak kat suami saya, nak duduk atas riba jugak..hihi. Iman dah tersalah ayah la sengihnampakgigi


Iman conquer duduk atas riba papa Safiyyah sorang-sorang encem. Masa ni Iman dapat sudu cantik warna pink (memang sudu Iman pun), Safiyyah ternampak terus dia campak sudu putih tu nak ambil sudu kat tangan Iman pulak adus. Kecik-kecik pun dah tau mana cantik mana tak. Pastu bagi la sudu sama macam Iman kat Safiyyah cuma warna je berbeza. Baru la Safiyyah diam penat


Iman...sambil main sudu, sambil main air liur sengihnampakgigi. Yang Safiyyah lak, macam-macam gaya dia main sudu tu..duduk la, baring la, tertonggeng la... ihikhik


Ni sambil mencangkung pulak sengihnampakgigi. Habis berbekas sudu Iman tu dengan gigitan Safiyyah. Takpe la, kenangan untuk Iman..hihi..

26 comments:

arin said...

oo..nih agak nya prof abu yang yan sellau cite tuh...

MR said...

alahai comelnya safiyyah! ummi dan papanya selim river, tapi anak montel menggebu!

annie said...

dalam byk2 mainan sudu jugak diorang pilih ye kak, besar sikit ni kompem aktif main masak2 (mcm saye dulu)...ekekeke ;P

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

memng konpem anak dara 2 orang ni suka masak n suka makan..tomey betol tgk glagat budak kecik ni kan.

Mek Rose said...

comel sungguh gaya si safiyyah yg last tu dah rupe nak yak yak je..ahahaha

yg tersalah ayah tu pon cute..ehehe

lauk ape tu eh..paprik ke? ngeee..

deena farhana said...

waaaaaa,makin terserlah kemontelan n kegebuan piyyaahh syg..

emm..kak Nad tu mestilaa ayam masak merah...ye tak...?

Nadiah Sidek said...

arin: haa..ni le kak arin. takde dh org lain nama prof abu kat school bio tu ;)

makcikrehan: montel tang pipi je..bdnnya kecik je :D

annie: hehe..besar nnt blh la diorg main masak sama2

ummiaisyah: suka 'mkn' sudu..ehe..

rose: pandai teka..mmg paprik pun tp takde hadiah ek..hihi..

deena: salah la deena teka..takpe, lain kali cuba lg ye :D

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Dua2 comel..dua2 montel..rasa mcm nak gigit2 jer pipi diorg berdua ni..

Masak paprik..sekali pandang dah tau..

transformed housewife said...

best kalau menjamu org esp. kalau yg dtg melaway dr Msia. x-boss Abg Ariff (hubby Knur) pun ada pernah dtg jln2 ke NZ, diaorg singgah rumah kami mkn tghr.

ddfirdaus said...

cute kanak2 berdua tu...:-)

yatie chomeyl said...

chomeyl last pose safiyya, mencangkung smbil gigit sudu eheh

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

bestkan ade guest datang. ok je u masak tu..!

saffiyah is an angel, comel je!

aLyNnZ said...

hehe comei saffiyah wat pose cangkung..mata saffiyah makin lama makin auntie xnampak cepet..iman plak bertambah2 gebu..

danish pun sama klau kat shopping danish nampak bdk2 yg hampir sebaya terus meluru g amik apa saja..emm..

CatlinaFly said...

ala cutenye iman dgn safiyyah! :) berebut sudu lagi tuh!

sarahfazalul said...

sukenya main gigit-gigit sudu =p

husna said...

safiyyah sungguh2 main sudu..
husna sll tertipu dgn gambaq budak kecik. kadang2 budak2 kat dalam gambaq nampak cam besaq dan montel. tapi sebenaqnya kecik ja..

Maryam Izza said...

Salam akk!
semoga semua sihat hendak nya
wah ada tetamu ye ke sana
em sy mimpi p Nebraska baru2 ni lucu betol...tp best jugak hahaha
tengok Safiyyah dan Iman main seronok pulak...
main sudu pun best kan haha
take care ya!

Nadiah Sidek said...

ummu ammar: gigit la..gigit pipi iman dulu..hihi..

temp.hw: a'ah, kalau tetamu dtg dr m'sia mmg rs best sgt wpun dia dtg sekejap je :)

dbalkis: ;)

yatie: hihi..cmtu pun chomeyl ye

paij: yup..best ada tetamu dtg..dr jauh lak tu

Nadiah Sidek said...

alynnz: mata safiyyah besar ikut mata papanya tp takde kelopak mata mcm umminya..tu yg kdg2 nmpk mcm sepet :D

catlina: tu la..sudu pun nak berebut..ehe..

sarah: sarah takmo gigit2 sudu gak ke? :D

husna: haha..mmg pun. ramai gak yg tertipu tgk gmbr safiyyah..tgk pipinya yg labuh org ingt dia montel pdhal harap pipi je la yg tembam..bdn kecik aje :p

maryam: kami tunggu tetamu bernama maryam mohd najib pulak dtg ke sini *wink*

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

so sweet la bebudak nih....bila la boleh jumpa :MODE BERANGAN:

Chik Na said...

ooo... tidak ku tahu rupanya Nadiah dan Izza dok berdekatan dan saling kenal mengenali..

Drama Mama said...

amboi rajinnya anak dara u, buat keja kat dapur sorang2!

comel la safiyyah main2 ngn iman. i suka tnegok babies main sama2. :-)

btw, apa yang u masak tu? nampak yummy sangat!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

ummu said...

salam nadiyah

safiyyah nak jadi anak solehah,tu yang rajin ke dapur..aik iman salah parking erk?

Nadiah Sidek said...

ummi nor: insyaAllah 1 hari nnt kita jumpa :)

chik na: tak perasan ye dlm entry2 nadiah sblm ni? :)

drama mama: sama la..blh leka duk tgk babies main sama2..ehe..

qaseh mas: ameen..mdh2an safiyyah jd anak yg solehah. a'ah, iman salah parking..hihi..

Hamizah said...

gaya mencangkung tu yg klakar..

boundaries said...

mcm2 gaya safiyyah...siap gaya cangkung pun ada....