Selesai sudah majlis hari lahir Safiyyah Ahad lepas. Alhamdulillah. Memandangkan hari lahir Safiyyah tahun ni jatuh pada hari Isnin (2 Januari 2011), kami tangguh buat majlisnya. Lagipun masa tu ramai yang takde di sini; makan angin sempena Winter Break. Berbincang dengan suami, kami sepakat adakan majlis hari lahir Safiyyah pada 8 Januari; Ahad terakhir sebelum semester baru bermula.
Antara tetamu terawal
Semakin ramai tetamu yang datang
Sebahagian daripada juadah yang ada. Menu utama: bakso; dimasak oleh pelajar Indonesia
Beberapa minggu sebelumya saya ada buat bakso. Masa tu la terfikir nak buat bakso sebagai menu utama majlis Safiyyah ni. Tiba-tiba suami saya dapat idea nak minta Husna dan Sarah yang memang anak jati Indonesia buatkan bakso. Kiranya kami tempah daripada mereka la tapi akhirnya diorang tak nak terima duit pun. Jadi hadiah untuk Safiyyah kata mereka. Terharu dibuatnya.
Saya hanya buat makaroni bakar, bubur jagung dan salad buah je. Yang lain-lain dibawa oleh tetamu. Sorang kawan Pakistan bawa nasi beriani, ada yang bawa kuey teow goreng, ada juga yang bawa jus dan smoothies serta 3-4 juadah lain. Alhamduilllah, rezeki.
Saya ingat nak rasa kuey teow goreng dan nasi beriani...tapi tak sempat nak ambil. Tengok sekali lagi dah licin! Masing-masing kelaparan agaknya..hihi. Bukan rezeki saya la namanya tu. (err..kalau nak minta tukang buat kuey teow goreng dan nasi beriani tu masak sekali lagi untuk makan sendiri boleh ke? hihi..)
Tetamu paling jauh (kiri sekali) pun ada. Prof Dato Dr Roslan dan isteri datang nun jauh dari Malaysia menghantar anak sulung; Firyal (duduk di lantai) belajar di sini. Termasuk Firyal, bertambah lagi 3 orang pelajar Melayu di Lincoln ni. 2 orang lagi pelajar baru; Anzari dan Aizuddin
Kali ni saya buat Black Forest Cake pula sebagai kek harijadi. Percubaan pertama. Alhamdulillah jadi keknya ^_^. Huruf-huruf atas kek tu beli siap...saya tak reti nak tulis atas kek...takut nanti jadi comot kek :p
Sejenis lagi kek yang saya buat. Chocolate Peanut Butter Cheesecake. Sengaja saya buat sejenis lagi. Sebiji sahaja kek tak cukup untuk semua tetamu yang kami jemput. Sedih tengok 'rupa paras' kek ni, agak teruk rekahannya. Coklat atas tu konon-kononnya nak tutup bahagian kek yang merekah :p. Tapi bila ada yang memuji kata kek ni sedap, hilang terus rasa kecewa dengan rupa kek yang tak menawan ni..hee.. ^_^
Eh, birthday girl mana???
Birthday girl duduk dan makan di luar dengan jejaka-jejaka Melayu-Lincoln :p. Kat dalam rumah tak nak makan, kacau budak-budak bujang tu makan pula. Dalam rumah dah sesak sangat...diorang ni duduk luar la. Kesian sejuk-sejuk duduk di luar. Takpe la, bujang kena kuat! :p
Tak menyempat nak potong kek...laju je tangan tu nak 'cuit' kek tu. Tak sabar-sabar nak makan kek
Sesi potong kek
Safiyyah dan Iman
Azrina sekeluarga tetamu terakhir yang datang. Dah malam pun masa diorang sampai tu. Keluarga Azrina (duduk atas sofa biru) makan angin di US sambil lawat Azrina (Azrina takde dalam gambar)
Shakir cuba buka mulut JJ ^_^. Baju yang Shakir pakai ni pemberian Yana dan Asyrul dari Colorado
Birthday girl yang baru bangun dari tidur petang. Gaun Safiyyah ni juga pemberian Yana dan Asyrul. Kebetulan Safiyyah ada cardigan dan tight yang padan dengan gaun ni :)
Sebahagian daripada muka-muka yang melicinkan makanan yang berbaki ^_^. Tinggal anak-anak bujang dan dara je masa ni. Tu pun sebahagiannya dah balik. Bagusnya, saya masuk je dapur tengok semua pinggan mangkuk dah dicuci. Sarah dan Fatin cuci semua sekali. Lega rasanya! Kalau harap saya, esok pagi la baru saya cuci...tak larat dah malam tu
Hadiah-hadiah Safiyyah. Kat sini takdenya nak balut-balut hadiah. Semua main letak dalam beg kertas je. Senang
Tahun ni Safiyyah banyak dapat activity games; 5 jenis kesemuanya berserta 3 buah buku, 2 pasang baju, 2 keping tiket Lincoln Children's Museum dan hadiah-hadiah lain. Ada juga yang bagi cek
Dalam banyak-banyak hadiah, buku yang pertama sekali berjaya menawan hati Safiyyah. Dia memang suka buku. Sejak kecil lagi dah nampak minatnya ke arah buku. Memang tak sia-sia bagi buku pada Safiyyah. Harapnya sampai bila-bila dia suka buku
Tak sah kalau tak ada tukang kacau. Si kenit ni memang suka kacau dan menyakat kak long dia
Sejak pagi saya tak jamah apa-apa langsung. Anehnya, tak rasa lapar pun. Dah malam baru makan semangkuk kecil bakso. Makan tu pun bukan sebab lapar, hanya nak merasa bakso tu je. Pagi esoknya baru terasa lapar sangat-sangat.
Takde kerja cari kerja namanya ni. Saje lekatkan belon bentuk rama-rama tu di dinding lepas habis majlis. Nampak berseri sikit ^_^. Safiyyah nampak terus dicabutnya :p
Alhamdulillah, lega dah selesai!
Nota: Termasuk kanak-kanak, lebih daripada 50 orang tetamu yang hadir di majlis Safiyyah ni rupanya. Selalunya kami kira dulu betul-betul tetamu yang dijemput tapi kali ni main agak 30 orang je. Patut la makanan cepat habis