Pages

Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Monday, September 16, 2013

October Shipment

Sukacita dimaklumkan, kapal insyaAllah akan berlayar pada penghujung bulan Oktober ini. Segala tempahan untuk penghantaran bulan Oktober harus dibuat selewat-lewatnya pada awal bulan Oktober. Barang-barang akan sampai di Malaysia dalam penghujung bulan Disember, insyaAllah.

Jika barang yang dikehendaki tuan/puan tiada di website atau album page Facebook, boleh request special order ;). Bagi membuat tempahan atau jika ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan pada admin melalui private message atau emel.

Terima kasih.


Nota: handbag, jam dan barangan ringan adalah berkecuali (barang-barang ini dipos melalui udara)


Sekian sahaja pesanan daripada admin Wans Wanz Shop ^_^.




Thursday, February 14, 2013

Impian saat pulang ke Malaysia

Kurang dari setahun kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia, insyaAllah. Dalam pada rasa tak sabar nak balik, perasaan sedih tetap juga mengiringi. Adatlah tu. Seronok macam mana pun di tempat orang, manakan sama di tempat sendiri :). Oh, saya dah mula memasang impian (lebih kepada perancangan, mungkin?) yang nak dibuat saat pulang ke Malaysia nanti! ^_^


Tautan ukhuwwah
Balik nanti insyaAllah nak jumpa semula sahabat handai di Malaysia terutama yang sekampus. Rindu! Belek-belek gambar lama, terkenang kembali saat-saat bersama suatu ketika dahulu. Ada masa sampai termimpi-mimpikan mereka. Sekarang ni majoriti dah berumah tangga dan ramai juga dah beranak-pinak. Adik-adik junior pun sama. Nasib baik belum ada yang dah bercucu :p. Harap sangat dapat ziarah mereka. Kalau boleh, sebulan sekali nak buat aktiviti ziarah. Moga Allah lapangkan masa kami untuk ziarah sahabat-sahabat kami. Saudara-mara tak perlu sebutlah...itu semestinya wajib diziarah :).


Kelas kek
Teringin sangat nak pergi kelas kek! Buat kek insyaAllah saya boleh buat tapi nak menjadikan kek cantik...alahai...failed! Tengok kawan-kawan yang dah pergi kelas kek, banyak sangat yang mereka dah perbaiki. Cantik sangat kek yang mereka buat. Tengok pun rasa sayang nak makan ^_^. Mana tahu, suatu hari nanti boleh buat bisnes kek kecil-kecilan dari rumah (berangan dulu siap-siap...hihi..). Harapnya suami izinkan saya menghadiri kelas kek nanti :).


Majlis ilmu
Ini lebih kepada program pengisian rohani. Rindu nak menghadiri majlis ilmu. Tengok atau dengar di media/internet tak sama dengan tengok dan dengar secara langsung. Majlis ilmu terbesar yang saya teringin nak pergi adalah Konvensyen Fiqh (K-Fiqh) dan Seminar Fiqh (S-Fiqh). Hebat ahli-ahli panelnya. Walaupun kami akan menetap di Pulau Pinang balik Malaysia nanti, mudah-mudahan Allah izin saya dan suami menyertai konvensyen yang dibuat di Kuala Lumpur nanti..ameen. Oh, teringin juga nak menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus! :)

Poster-KFIQHp-30Jan2013

Poster-KFIQH-Solat- 5 Feb 2013
Konvensyen dan Seminar Fiqh yang terdekat. Ada yang bakal pergi tak?


Program Dr. Azizan Osman
Ini satu lagi program yang saya teringin nak pergi...lebih kepada dunia bisnes. Saya jarang percaya dengan program-program sebegini. Selalu fikir negatif dulu :p. Yelah, selalunya program begini bukan murah bayarannya. Nak kena pilih yang betul-betul, barulah duit tak terbazir begitu sahaja. Ada beberapa orang kawan yang dah pergi program Dr. Azizan Osman...semuanya kata sangat berbaloi menyertainya. Kalau setakat testimoni orang lain, saya kurang percaya tapi kawan-kawan yang dah pergi tu memang sangat boleh dipercayai...itu yang membuatkan saya berkobar-kobar nak menyertainya juga. Nak berbisnes, perlu ada ilmu juga ;).



Apa pun, balik Malaysia nanti kena selesaikan dulu perkara yang lebih utama untuk diselesaikan. Rumah pun tak ada lagi...dah sibuk pasang impian macam-macam..hihi. Doakan impian/perancangan saya terlaksana ye! :)


Wednesday, February 13, 2013

Just in From Coach Stores | Enjoy Savings Up to 70%!





24 jam sahaja!
Sale berakhir pada 15 Februari 2013 (1 pagi waktu Malaysia).

Klik SINI ye :).


Monday, January 21, 2013

Berkenalan dengan si ketam

Salah satu aktiviti si anak teruna bulan lepas. Berkenalan dengan ketam ^_^.


Mula-mula tengok dulu. 


 Lepas tu cuit-cuit sikit.


Dah berani angkat! Bravo! ^_^


Si ketam ni hidup lagi ni cuma dah terlalu lemah...dah tak mampu nak mengetip dah...tu yang berani bagi Shakir pegang. Sengaja nak bagi dia kenal ketam dan nak tengok reaksinya. Safiyyah masa ni baru bangun tidur...buat tak layan je dia apabila ditunjuk ketam padanya..tengah mamai lagi..hihi..


Muka puas hati dapat pegang ketam ^_^.



Selingan:
Ada produk tambahan di Wans Wanz Shop. Jemputlah ke sana :). InsyaAllah lepas ni akan dimasukkan juga beberapa jenis car seat dan breastpump :). Tempahan untuk shipping hujung bulan Februari ni masih diterima. Kalau lambat, kena tunggu shipping seterusnya dalam bulan Jun, insyaAllah.

Sunday, January 6, 2013

Barangan dari US

Entri ni ada kaitan dengan entri Malaysia...here we come! khusus untuk menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan di ruangan komen. Balas dalam satu entri khas lagi mudah :).


Online blogshop
Saya ada satu blog lagi sebenarnya yang dibuat pada awal tahun lepas tapi sebelum ni saya dan suami hanya bagi link tersebut pada ahli keluarga dan kawan-kawan yang memang kami kenal di dunia nyata. Bagi yang berminat, boleh jenguk di blogshop kami: Wans Wanz Shop :). Buat masa ni barangan Corelle yang paling banyak di situ memandangkan sambutannya lebih tinggi daripada barangan lain. InsyaAllah saya akan update barang-barang lain terutama kalau ada permintaan :).


Shipping
Untuk barang-barang dapur (Corelle, Pyrex, T-fal, Kitchen Aid dan lain-lain), kami pos menggunakan kargo (melalui kapal). InsyaAllah dalam 2 bulan akan sampai di Malaysia. Shipping terdekat insyaAllah dalam pertengahan Februari ni (belum ada tarikh spesifik) dan seterusnya pada bulan Jun, insyaAllah. Ada yang berminat dengan Coach :) ? Coach biasanya kami guna pos biasa yang memakan masa lebih kurang seminggu lebih untuk tiba di Malaysia. Begitu juga baju baby yang dikirim dalam kuantiti sedikit.


Contact
Bagi sesiapa yang mahu mengirim, boleh emel pada kami di nadiahnzaki@gmail.com. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, boleh juga emel pada kami :).



Sunday, December 30, 2012

Malaysia...here we come!

InsyaAllah, 10 Januari 2013 akan memulakan pelayaran. Nantikan kami di sana ye!


Kami = kotak-kotak ini :p. Ye, hanya kotak-kotak ini yang akan berangkat ke Malaysia. Tuan rumah sementara kepada kotak-kotak ni tak turut serta. Lebih menyedihkan, kesemuanya barang-barang orang. Barang-barang sendiri tak ada. Kesian, kan? :p


Macam-macam barang ada dalam kotak-kotak berkenaan...

  • Corelle
  • Corningware
  • T-fal (Tefal)
  • Pyrex
  • Kitchen Aid
  • Coach


Ada yang berkenan dengan barang-barang berkenaan? :)


Jejaka-jejaka gagah perkasa yang membantu mengangkat kotak-kotak masuk ke dalam van untuk dihantar ke Denver, Colorado sebelum naik ke kapal 10 Januari ini. Terima kasih Aizuddin, JJ, Rahman, Muaz dan Hanafi!



Nota:

  1. InsyaAllah, dalam bulan Mac 2013 kotak-kotak tersebut akan tiba di Malaysia.
  2. Next shipping: pertengahan Februari 2013, insyaAllah :). Mahu kirim? Jangan kirim dengan air liur sahaja sudahlah. Kirim dengan air liur, dapat air liur jugalah..hihi..


Saturday, April 7, 2012

Hotpot potatoes

Resipi ni saya dapat dari blog Irma. Lama dah saya ambil resipinya dan dah beberapa kali saya buat (semalam pun saya buat sekali lagi ^_^) cuma baru kali ni teringat nak kongsikan di blog. Saya pernah buat sekali masa jamuan di rumah ni dan ramai yang kata sedap. Suami saya pun kata sedap. Kalau dah buntu tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resipi ni...senang dibuat dan sedap dimakan :)


Bahan-bahan :
500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang ~ saya guna sebiji tomato dan dipotong dadu
1 sudu teh mixed herb ~ saya guna Italian seasoning
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis ~ saya tak letak
Garam


Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper (saya guna black pepper). Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa ~ saya tak letak


Cara-Cara :
Bismillahirrahmanirrahim..

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
  2. Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
  4. Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
  5. Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.


Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan


Dari sisi tepi


Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam (saya bakar selama 45 minit...lebih daripada tu memang boleh jadi rentung :p. Bergantung pada oven masing-masing).


Dah siap dibakar.
Pembantu saya tu tak habis-habis lagi buat kerja :p


 Sedia untuk dimakan! ^_^
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang.


Nota: Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah kek atau pavlova, boleh juga tempah dengan Irma. Jenguk di blog dia untuk hubungi empunya diri :)


Tuesday, December 6, 2011

Iklan: Za Tupperware

Berminat dengan barangan Tupperware seperti ini:





atau ini:



atau juga yang ini:







atau berminat menjadi dealer Tupperware?


Jom kunjungi Za Tupperware sekarang! Ada pelbagai lagi barangan Tupperware boleh didapati di sana dengan promosi dan harga yang berpatutan ;).


Nota: Pemilik Za Tupperware ni kawan sekelas saya dulu masa sekolah menengah. Boleh dipercayai orangnya. Oh, saya bukan rakan kongsi ye..hanya membantu mempromosi bisnesnya sahaja. Selamat membeli! :)