Pages

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

25 perkara...

...tentang saya...?

  1. Anak sulung daripada 2 beradik, merangkap anak bongsu perempuan (nak jugak gelaran bongsu tu :p)
  2. Diijabkabulkan di usia 26 tahun dengan jejaka Kelantan
  3. Suka makan makanan yang pedas terutama masakan yang berwarna merah (asam pedas, goreng berlada, sambal tumis, etc)
  4. Suka ambil gambar dan minat dengan seni fotografi
  5. Dulu-dulu selalu rasa tak best jadi anak sulung. Asyik kena mengalah je dengan adik..huhu. Tapi bila ada anak sendiri, baru terasa bertuah dilahirkan sebagai anak sulung. Semua orang sayang! (Err..dah tua-tua ni orang sayang lagi ke? :p) Ye la, anak sulung kan anak yang paling ditunggu-tunggu tapi rasanya jadi anak bongsu lagi best daripada anak sulung...boleh manja lebih-lebih sikit :p
  6. Masa anak dara dulu (terutama zaman kampus) lebih suka ke mana-mana sorang-sorang sebab tak suka menunggu orang dan tak suka juga buat orang tertunggu-tunggu. Bila dah kahwin, tak nak ke mana-mana tanpa suami di sisi walaupun ada anak yang menemani
  7. Pendiam, pemalu, sensitif, suka memendam rasa, perahsia
  8. Suka menulis sebab tu melibatkan diri dengan dunia blog. Dah jatuh cinta dengan dunia blog sebab selain dapat mencatat sesuatu di blog sendiri, dapat ramai kenalan maya di samping peroleh ilmu-ilmu yang bermanfaat daripada blogger lain
  9. Pernah berangan nak jadi penulis novel tapi rasanya macam takkan jadi nyata je angan-angan tu sebab imaginasi tak cukup tinggi
  10. Tak pernah sangka dapat menjejakkan kaki di negara 4 musim. Sekarang ni dah hampir 2 tahun berada di US. Alhamdulillah, rezeki dapat merasa kehidupan di rantau orang dan dah merasa keempat-empat musim yang sungguh indah!
  11. Sedara-mara selalu kata dalam mulut ni ada banyak emas...sebab tu susah nak 'bukak' mulut, takut emas berterabur :p
  12. Sangat tak berbakat dalam seni lukisan. Masa sekolah dulu, kerja-kerja seni semua mak yang yang buatkan..ngee~
  13. Tak reti dan segan minta pertolongan orang lain sebab takut menyusahkan dan tak nak terhutang budi dengan orang
  14. Pembawa thalassemia
  15. Berdarah campuran Melayu, Cina, Jawa dan Bugis. Terjawab le dah kan kenapa muka saya dan Safiyyah macam Cina :)
  16. Berketurunan pipi kembung tapi badan kurus kering (betul, memang keturunan..tak tipu). Mak saya, mak-mak sedara saya (yang perempuan la kebanyakannya) semuanya tembam dari kecik sampai la besar padahal kurus je semua. Dah berusia baru la hilang pipi kembung tu. Jadinya, selagi pipi saya kembung tapi badan kurus kering, maknanya saya masih muda la (perasan! ahaha..). Nampak gayanya menurun juga sifat yang 1 ni pada Safiyyah *wink*
  17. Kecik-kecik dulu tak nak makan nasi kalau takde sambal tumis ikan bilis. Hari-hari la mak kena masak sambal tumis ikan bilis (jadi lauk wajib setiap hari). Isy, isy...kecik-kecik dah pandai demand :p. Oh, bila usia semakin bertambah, kurang minat pulak ikan bilis
  18. Sangat sukakan roti terutama roti Gardenia
  19. Pernah accident masa di USM. Saya naik motor, saya langgar kereta orang :p. Alhamdulillah luka sikit je. Kebetulan masa tu saya dalam tempoh bertunang. Orang kata sebab berdarah manis tapi saya lebih percaya itu adalah peringatan Allah buat saya atas dosa-dosa saya
  20. Takde kampung. Kesian, kan? Walaupun mak ayah saya orang Perak, tapi saya takde kampung kat Perak tu sebabnya arwah atuk dan opah (baik belah ayah mahupun belah mak) dah lama berhijrah ke KL bertahun-tahun sebelum saya lahir lagi. Tiap-tiap tahun, orang lain semua beraya kat kampung, kami beraya kat KL :p
  21. Air mata jadi peneman setia dan penawar terbaik di kala berduka dan punya masalah
  22. Masa majlis kenduri kahwin belah suami saya dulu, saya hampir-hampir nak ajak ayah patah balik, tak nak pergi Temalir, Kuala Krai sana tu sebab jauh sangat di pedalaman, macam di hujung dunia :p. Kiri kanan hutan, rasa macam lama dah dalam kereta tapi tak sampai-sampai lagi padahal masa tu bertolak dari bandar Kuala Krai je pun. Tak keruan duduk dalam kereta. Rasa nak menangis pun ada (ahaha..teruk betul!). Tapi bila sampai rumah mertua, terjatuh hati pulak...memang betul-betul kampung. Nyaman je. Pagi-pagi sejuk. Takde kampung sendiri, dapat tumpang kampung suami pun jadi la :)
  23. Sejak kecik suka sangat pakai inai daun sebab suka baunya yang wangi. Tiap-tiap tahun tak pernah missed pakai walaupun orang kata kalau selalu pakai inai, nanti masa kahwin jari berinai tak naik seri. Tapi tak suka inai dibuat bercorak-corak kat tangan...nampak buruk la (pada mata saya la nampak buruk, mata orang lain mungkin nampak cantik)
  24. Penakut belon. Nampak je orang tiup belon, cepat-cepat tutup telinga. Bila belon tu makin besar ditiup, saya dah jerit dulu walaupun belon tu tak meletup pun lagi :p
  25. Pernah digelar 'tauhu comel' oleh salah seorang ex-roommate di USM dulu (dia siap letak nama saya sebagai tauhu comel dalam handphone dia :p) gara-gara hampir setiap hari saya makan tauhu (tauhu goreng berlada)

Dah siap! Hee...ni tag sebenarnya...dari Lady Lavender. Ok kak...Nadiah dah lunaskan hutang akak ni. Harapnya puas hati ye :D

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


Erk..kena tag 25 orang pulak??

Saya tag semua la yang baca entry ni! Ngee~


p/s: sape-sape yang rajin buat tag, buat la ye...boleh saya baca :)

Thursday, December 23, 2010

Emneya


Sedari kecil nasib Emneya sentiasa dirundung malang. Daripada seorang bayi terbuang, Emneya dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Mak Wa; seorang insan yang berhati mulia. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Emneya kembali keseorangan dan hidup sebatang kara setelah Mak Wa menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam sebuah kemalangan.

Beberapa tahun berlalu, sinar kebahagiaan kembali berputik di hati Emneya di saat dirinya menjadi suri hidup kepada Syed Erman Haikal Syed Hanief yang begitu menyayangi Emneya. Namun, ujian sekali lagi menimpa Emneya. Segala-galanya berpunca daripada ibu mertua Emneya yang tidak sukakan Emneya. Cubaan demi cubaan dan hasutan demi hasutan dilakukan agar Emneya dan Syed Erman berpisah.

Atas alasan zuriat, Syed Erman akhirnya termakan hasutan ibunya sendiri dan bersetuju untuk memperisterikan Ku Sarah, anak kepada teman baik ibunya. Walaupun hati dirobek-robek, Emneya tetap memberi keizinan kepada suaminya untuk memperisterikan Ku Sarah. Keadaan bertambah buruk setelah Syed Erman ditunangkan dengan Ku Sarah. Pelbagai taktik keji yang dibuat oleh ibu mertua Emneya agar Syed Erman membenci Emneya.

Apakah kesudahannya?? Ikuti sambungan dan kisah penuh Emneya di laman Pena Farhana.


Fuh, selesai pun! Saya nak tag:
  1. Kakyong
  2. Kak Fa10
  3. Kak Nida
  4. Kak Hamizah
  5. Kak Ros Illiyyuun

Pelik ek ada tag-tag? Ni contest sebenarnya! Ngee~

Jom join ramai-ramai! Klik SINI ye. Tarikh tutup contest ni 31 Disember 2010. Sambil-sambil tu boleh baca cerita penuh Emneya, karya Deena Farhana; pemilik laman Pena Farhana. Yang tu ringkasannya aje *wink*. Lama dah saya tak buat karangan..huhu..boleh tak dapat gambaran cerita Emneya tu daripada ringkasan yang saya buat tu?

Saturday, August 7, 2010

Tag dari Eeffah

Saya terima tag dari Eeffah pula. Terima kasih ye Eeffah :)

1. Go to your photo file, select the 8th folder
2. Select the 8th photo in that album
3. Then challenge 8 blogger friends to do the same


Ok, ni gambarnya:

Ni salah seorang anak buah suami saya. Harith Affif Firdaus namanya. Masa ni dia kecik lagi. Sekarang dah 5 tahun dah umurnya


Saya nak tag:
  • Shira
  • Kak Yati
  • Farhana
  • Husna
  • Mamalieyna

Saturday, July 24, 2010

Tag berserta award

Satu lagi tag dari kak Syigim! (baru tahu Syigim lebih tua dari saya. Dia tak kisah saya tak panggil kakak, tapi saya nak panggil jugak sebab tak nak dia perasan muda saya perasan muda takpe..hihi..). Tag ni best sebab ada award sekali. Thank you kak Syigim! ^_^


1. Apakah yang bermain di fikiran anda sekarang?
-> Jawapan-jawapan untuk tag ni

2. Apakah nama samaran anda?
-> Saya takde nama samaran. Tunggu saya jadi penulis buku dulu kot baru saya pakai nama samaran. Eh, tapi kalau letak nama betul lagi best, kan? (mode berangan..hihi..)

3. Berikan 3 orang yang anda sayang.
-> Suami, Safiyyah & ahli keluarga saya

4. Panggilan untuk si dia.
-> Abang. Papa kalau cakap depan Safiyyah. Kalau nak membodek, panggil darling..ngee~

5. Hadiah yang diimpikan dari seseorang yang istimewa.
-> DSLR *wink wink* <-- abang, sila ambil perhatian ye ^_^

6. Blog mana yang anda suka tengok?
-> Blog yang mudah difahami ayatnya, yang tak banyak shortform dan tak berserabut, blog yang bersahaja dan ada identiti sendiri

7. Tagkan pada 15 orang blogger
-> Kak Lina
-> Kak Idasm
-> Kak Yati
-> Kak Izan
-> Kak Mas
-> Alynnz
-> Maszmadi
-> Ibunafis
-> Kak Kamalia
-> Kak Nur
-> Kak Suhana
-> Ummi Aisyah
-> Kak Hamizah
-> Chik Na
-> Kak Yong

Saturday, July 10, 2010

Tag: Mr.Happy

Hari tu menimbun dapat award dari Syigim, ini tag pulak. Ni salah satunya. Ada lagi yang duk dalam buku 555..eheh. Asyik lupa je nak buat (kadang-kadang buat-buat lupa..lol)




Adakah anda HAPPY sekarang?
-> Yup, saya happy

Kenapa anda happy?
-> Sebab saya tak bersedih la..ngee..

Apa benda yang boleh membuatkan anda happy?
->Tengok telatah Safiyyah yang mencuit hati sampai rasa nak gigit-gigit je dia..eheh..

Pernah menerima tag?
-> Pernah

Nyatakan warna yang anda sukai.
-> Paling suka warna pink tapi saya takde la sampai tahap gila pink sampai rambut pink, kasut pink, beg pink, kereta pink..lol

Beritahu 9 orang yang anda akan tag
-> Kakyong
-> Mamasyaza
-> Kak Nur
-> Kak Yati
-> Chik Na
-> Kak Hamizah
-> Ummi Aisyah
-> Lady lavender
-> Nonie

Adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang?
Alhamdulillah :)

Friday, July 2, 2010

Tag: Barang Pertama

Kali ni saya selesaikan tag dari Ibu Arifa pulak...


1. Barang kahwin pertama yang dipakai
-> Handbag

2. Barang elektrik yang pertama dibeli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung
-> Peti ais

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran
-> Duit hantaran saya bagi pada mak ayah, saya hanya ambil RM 1000 je, simpan je..tak guna pun

4. Barang peribadi pertama yang dibeli selepas bergelar isteri
-> Tak ingat le dah. Yang pasti beli guna duit sendiri tu takde la...semua suami yang bayar..hehe..

5. Barang mahal pertama yang dibeli sebagai suami isteri (beli dengan capai keputusan bersama)
-> Peti ais

6. Tag 5 orang blogger yang lain
-> Kak Yati
-> Kak Izan
-> Kak Hamizah
-> Kak Mas
-> Kak Fatin

>>> kalau dah pernah buat tag ni, abaikan je (",)


p/s: semua saya tanya suami saya (kecuali no.3)..saya memang tak ingat langsung..ehe..

Saturday, June 19, 2010

Tag dari Kak Yati

Tak ingat langsung tag yang kak Yati bagi ni! Sori kak Yati...hari tu lupa nak save tag ni. Duk belek-belek blog kak Yati baru teringat..huhu..


1. Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
-> Baru je lagi..hujung bulan lepas, selama 15 hari (26 Mei - 9 Jun 2010). Cerita cuti-cuti tu pun tak habis lagi. Sementara masih duduk di USA ni nak la merasa makan angin kat tempat orang...jalan-jalan kat negeri-negeri lain di USA ni. Nanti dah balik Malaysia entahkan ada peluang ke sini entahkan tidak..

2. Berapakah umur anda? (jangan malu-malu nak announce)...Dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda di usia anda sekarang ni?
-> 23 Ogos nanti (apa motif letak tarikh lahir?? hehe..) insyaAllah genap la saya 28 tahun. Pencapaian? Dari segi apa tu?

3. Saya tahu anda seorang gemar bergambar di depan kamera! Jadi pergi ambil kamera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! Jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
-> Salah la...saya lebih suka ambil gambar daripada bergambar kenyit


purseNi la purse saya. Hadiah daripada bekas tunang (bekas la sebab sekarang dah jadi suami..hehe..). Tak tahu berapa harganya. Sampai sekarang suami saya merahsiakan harganya. Kalau nak tahu juga, tanya la suami saya sendiri ye..ehe..


4. Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
-> Tak tentu...ada idea dan tengah rajin update, saya update la

5. Apakah yang berlegar-legar dalam fikiran anda sekarang?
-> Cuba la teka! Hehe..

6. Tag 3 orang lain yang anda suka
-> Syigim yang suka tag
-> Kak Arin besan Syigim..ngee~
-> Fairus yang saya tak pasti nak jadi besan Syigim ke tak..hihi..


Selesai 1 lagi hutang! Fuh~

Saturday, June 5, 2010

Tag dari Ummi Aisyah

*scheduled post*


Yang ni tag dari ummi Aisyah. Tiba-tiba je rajin buat tag..senyumkenyit


1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
-> Tikam dia balik setan. Haha. Takde la. Saya rasa saya akan menjauhkan diri daripada orang macam tu

2. 6 orang di hati anda
-> Suami
-> Anak
-> Mak
-> Ayah
-> Mok (mak mertua)
-> Wan (ayah mertua)

3. Anda rasa anda comel?
-> Semua ciptaan Allah comel-comel belaka senyum

4. Single or taken?
-> Taken love

5. Blog yang anda suka?
-> Banyaaaaakk! Suka blog yang tulis santai-santai, tak kira la ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu, English atau Manglish (Malay-English) sekalipun...janji ayatnya tak berbelit-belit dan tak memeningkan kepala! (yang ni untuk personal blog la, blog yang ilmiah lain pulak)

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
-> 'Kemaaaasss' sangat sebab ada Safiyyah yang rajin 'mengemas' senyumkenyit

7. Lagu terakhir yang anda dengar?
-> Lagu apa entah yang dengar dalam kereta. Memang tak tahu dah nama-nama lagu sekarang ni, lama tak dengar radio

8. Last text message?
-> Tak ingat la. Handphone tinggal kat Nebraska

9. Last phone call?
-> From beloved hubby

10. Hari terakhir anda menangis?
-> Ni kena tanya suami saya, mesti dia tahu jelir

11. List your 5 favourite colors
-> Pink
-> Purple/violet
-> Peach
-> Turquoise
-> Any soft color

12. Orang terakhir anda berYM
-> Aiyyoo...lama dah tak berYM. Mood untuk berYM hilang entah ke mana. Yang last sama ada Ain Akib atau Huda Sanusi. Dengan 'adik-adik' saya berdua tu je la yang saya rajin YM pun tapi tu pun jarang sekali. Kalau on YM pun selalu buat invisible je

13. Game yang paling anda suka
-> Hopscotch sengihnampakgigi (masa kecik-kecik la, main hopscotch sekarang ni buat gelak dek orang je ihikhik). Banyak game yang saya tak minat terutama bola sepak..ehe. Kalau word games, saya paling suka Scrabble

14. Adakah anda peminat MCR?
-> MCR tu apa?

15. Apa perasaan anda jawab tag ini?
-> Tiada perasaan jelir

16. Anda rasa tag ni best?
-> Ok la, not bad


Saya nak tag anak-anak dara la pulak encem
-> Husna
-> Farhana (rasa macam Farhana dah buat...kalau dah buat abaikan ek Farhana)
-> Hidayah
-> Cik Paro

Saturday, May 29, 2010

Tag dari Alynnz dan Chik Na

Berkurun dah tag ni baru nak buat! Tu pun disebabkan hutang tag makin bertambah..huhu. Sori ye Alin...jangan marah naa lambat buat tag ni. Tag ni dari Alynnz, pasal kasut favourite..


Pilihan pertama:

Ni suami saya hadiahkan masa baru kahwin. Kebetulan masa tu sandal saya dah uzur. 1st time saya pakai sandal mahal-mahal. Pada orang lain, Scholl ni biasa la kot tapi pada saya...huhu...mahal! Sampai sekarang saya tak bertukar sandal kenyit


Pilihan kedua:

Skechers ni beli kat sini...kat bahagian clearance...hihi. Kat sini kalau nak beli yang baru punya, tengok kat clearance je la, tu je yang termampu pun. Masa ni 1st time saya tahu pasal Skechers. Saya ni memang tak tahu jenama-jenama semua ni...bukan kaki shopping...terbalik dengan suami saya...semua dia tahu


Pilihan ke-3 takde sebab saya hanya ada 2 pasang tu je. Ada 2 pasang lagi; sport shoes dan boots, tak letak la sini sebab 2 pasang tu hanya dipakai waktu tertentu je.


Sape-sape yang belum buat tag ni dan rajin nak buat, buat la ye senyum


***************************


Ni pulak tag dari Chik Na. Ni pun dah berkurun dah! Sori Chik Na ye...lambat sangat nak buat tag ni


1. Siapakah anda di rumah?
-> HambaNya, isteri, ummi, drama queen, chef, babysitter, cikgu senyumkenyit

2. Siapakah diri anda di samping rakan?
-> Err...kena tanya diorang la kot

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
-> Berbakti pada mak ayah
-> Tunaikan umrah dan haji
-> Ada tanah dan rumah sendiri yang selesa
-> DSLR
-> Travel all around the world

4. Siapakah nama pasangan anda?
-> Wan Zaki Wan Mamat

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
-> Romantic & loving
-> Suka buat surprise
-> Tak merokok
-> Sesibuk mana pun tetap akan luangkan masa dengan family
-> Tak minat bola sepak

6. Bila tarikh couple?
-> 29 Mac 2008 (sebaik diijabkabulkan love)

7. Kenangan pahit anda bersama rakan anda?
-> Tak ingat la..

8. Lagu tema cinta anda?
-> Takde

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
-> Kurangkan aktiviti shopping..hoho..

10. Tag 10 rakan lain:
-> Deena
-> Ummi Aisyah
-> Ibu Arifa
-> Alynnz
-> Syigim
-> Kak Yati Ahmad
-> Nia
-> Izan
-> Kak Sari
-> Fireflies

Saturday, March 27, 2010

Beautiful Blogger Award

Dapat award lagi! Yay! Lama dah dapat award ni tapi disebabkan award ni disekalikan dengan 'tugasan', tu yang peram dulu tu sengihnampakgigi. Kalau dapat award semata-mata, cepat je publish jelir. Award ni tengah popular sekarang ni. Kebanyakan blogger ada je dapat award ni. Siapa la agaknya yang mula-mula pass award ni agaknya ye? fikir


1. Thank and link the person who gave you the award.
-> Terima kasih daun keladi buat Chik Na, Deena, Syigim, Yatie Chomeyl, kak Sari, Ummi Nor, Sarah dan Eeffah. Saaaaayang semua! cium


2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
-> Mamalieyna
-> Kak Love
-> Nonie
-> Mama Adli
-> Alynnz
-> Makcik Rehan
-> Catlina
-> kak Asna
-> h4ni3
-> kak Hamizah
-> Liyana
-> Layla
-> PadNani
-> Ummu Ammar
-> ibunafis


3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
-> Ok, insyaAllah


4. State 7 things about yourself.

-> Pembawa thalassemia (thalassemia minor), ikut genetik mak...mak pun pembawa thalassemia. Sebab tu saya nampak pucat dan cepat letih

-> Lebih suka makan roti berbanding nasi terutama Gardenia. Tak makan nasi berhari-hari takpe, janji ada roti. Oh, rindunya roti Gardenia yang lembut gebu tu! rindu

-> Mudah tersentuh hati dan murah dengan air mata

-> Selain masakan mak, suka makan makanan yang dimasak bekas pengasuh. Yummy! (oh ye, saya dan keluarga masih berhubung dengan bekas pengasuh saya sampai sekarang senyum)

-> Suka bergerak kerja/join organisasi dan jadi fasi sejak di alam kampus. Pertama kali jadi fasi masa join Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (KPRS) USM. Bila dah grad, terlibat dengan Kelab Remaja Lestari (KRL) Pulau Pinang. Rindu sangat nak bergerak kerja balik sebab banyak benda baru yang dipelajari secara langsung mahupun tidak langsung

-> Selalu rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri

-> Masih belum dapat kikis tabiat baca buku sekerat jalan bila jumpa buku lain yang lebih menarik adus

Monday, February 8, 2010

Kenapa saya berkacamata

Tag ni pun lama dah..baru sekarang rajin nak buat jelir. Tag ni diberi oleh Ummi Khayra dan Farhana. Sebenarnya, tag ni dari Dayah tapi masa tu saya terselamat la sebab Dayah tak tag saya, sekali kena tag jugak. Ni tengah rajin ni layan je la..ehe. Oh ye, sape-sape yang buat tag ni, secara tak langsung boleh masuk contest kak Pija. Klik sini kalau nak tahu syarat contest dan hadiah yang ditawarkan. Saya buat tag ni saje-saje je, tak join contest kak Pija pun kenyit


1. Sejak bila anda mula berkaca mata?
-> Erk...lupa lak...yang ingatnya masa tu saya masih di USM...dalam tahun 2004-2005 kot..

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
-> Ada sekali tu terlewat masuk dewan kuliah...terpaksa la duduk belakang (saya memang biasa duduk depan dalam dewan kuliah..kalau duduk belakang, sibuk tengok ragam teman sekuliah sengihnampakgigi)...tengok slide kat depan kabur je...masa tu ingatkan sebab tulisan tu kecik sangat tapi bila tanya kawan sebelah, dia kata nampak sharp je tulisan tu. Alahai...rabun rupanya saya ni!

3. Berapa 'power' pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
-> Seingatnya mata kanan 150 (eh..ke 100 ek? adeh...lupa la adus), kiri 75

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
-> Ala-ala bujur, half frame

Ni la cermin mata saya. Gigih cari cermin mata ni semata-mata nak letak kat sini sengihnampakgigi

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
-> Saya tak pernah bertukar cermin mata lagi setakat ni senyumkenyit

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
-> Tak tau la...tak pernah check pun sejak buat cermin mata dulu. Rasanya makin bertambah..huhu..tapi harapnya tak la. Sejak kahwin memang jarang sangat pakai cermin mata sampai tak ingat letak mana jelir

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
-> Takde koleksi, ada 1 tu je la kenyit

8. Jika anda ada sentimen tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya
-> Rimas
-> Pandangan rasa terhad (dalam ruang lingkup cermin mata) - kalau yang pakai cermin mata mesti faham apa yang saya maksudkan ni encem
-> Tak selesa. Masa mata elok normal dulu teringin sangat nak pakai cermin mata sebab tengok orang yang pakai cermin mata nampak cantik je, nampak educated gitu tapi bila saya betul-betul kena pakai cermin mata...huwaa...baru tahu pakai cermin mata sangat tak best!
-> Kalau pakai cermin mata lama-lama, mesti berbekas kat hidung (kena bahagian tengah cermin mata) dan kawasan keliling mata pulak agak cerah berbanding kawasan muka..huhu..tak best!

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa?
-> Kaca mata. Leceh la pakai contact lens. Saya pernah tengok ex-roommate saya masa kat matrik (KMPP) dulu...rumit la! Setiap kali dia nak ke kelas, dia kena bersiap lebih awal sebab nak kena cuci contact lens tu dulu, dan saya gerun tengok dia masukkan contact lens tu dalam matagigitjari. Sorang kawan saya pulak, sebelah contact lens tercicir masa nak bersiap ke kelas! Cari-cari tak jumpa. Balik dari kelas cari semula, jumpa tapi contact lens tu dah terkoyak. Mungkin terpijak. Saya rasa memang sangat tak sesuai la contact lens dengan saya sebab saya selalu nak cepat je dan kalau dah letih dan mengantuk sangat, mesti terus tertidur...bahaya contact lens dibiar dalam mata masa tidur! Sah...memang tak sesuai dengan saya senyumkenyit

10. Optometrist pilihan anda?
-> Takde sebab baru sekali je buat cermin mata

11. Pasangan anda berkaca mata?
-> Yup...power dia jauh lebih tinggi daripada power mata saya tapi selalu perasan matanya normal...tak pakai pun cermin mata (kata dulang paku serpih...sengihnampakgigi). Sebab tu sejak kahwin saya jarang pakai cermin mata..dah suami pun tak pakai cermin mata, saya pun tak pakai la jugak (ada pulak main ikut-ikut orang adus). Oh, tapi sejak kami di US ni suami saya pakai dah cermin mata kecuali kat rumah tapi saya masih tak pakai-pakai jugak. Rasa seronok pulak bila dah lama tak bercermin mata walaupun pandangan kabur bila tengok jauh ihikhik

12. Apa pandangan anda pada kanak-kanak yang memakai kaca mata?
-> Kesian...kecik-kecik dah kena pakai cermin mata. Tak dapat bayangkan macam mana diorang besar nanti..entah berapa agaknya power mata diorang masa tu. Macam lecturer saya sorang tu..mata sebelah kirinya boleh dikatakan tak berfungsi sebab power mata kiri tu terlampau tinggi


Sape-sape yang bercermin mata tu...jom la buat tag ni pastu boleh join contest sekali...masih ada masa lagi ni...tarikh tutup 28 Februari ni kenyit

Saturday, January 30, 2010

Tag dan tag lagi!

Jom layan tag kenyit


Tsk..tag pertama ni patut buat lama dulu tapi gara-gara malas nak buat, lama dibiar terperam. Tag ni dapat dari Ummi Hanie awal bulan 11 tahun lepas lagi jelir. Sori naa Hanie lambat buat tag ni...jangan marah ek peace


1. Anda rasa anda hot?
-> Tak..sekarang ni masih musim sejuk lagi sengihnampakgigi

2. Upload gambar kesayangan anda



3. Kenapa anda suka/sayang gambar ini?
-> Sebab mereka berdua kesayangan saya kenyit *ingat nak letak gambar Safiyyah je tapi nanti papanya kecik hati pulak* jelir. Macam tu la Safiyyah masa kat rumah...pandai bermanja-manja. Tengah main pun boleh berhenti bila saya atau papanya duduk di lantai...mesti dia nak duduk/baring atas riba kami love

4. Bila kali terakhir anda tak puasa?
-> Isk...soalan ni pun ada ke?

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
-> Aisey..lama dah tak dengar lagu. Rasanya lagu Open Your Eyes by Maher Zain kot yang terakhir dengar

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
-> Makan kuih. Nak ke? senyumkenyit

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
-> Cik Na (panggilan anak-anak buah suami). Rasa macam comel je dipanggil Cik Na jelir

8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan
-> Ala...7 je ke? Kasi kat semua je la...fair and square (padahalnya malas nak pilih 7 yang bertuah sengihnampakgigi). Sape-sape yang rajin buat tag, sila-sila la ye..


******************************

Ini pulak dari Farhana. Demi Farhana, akak merajinkan diri buat tag tau senyumkenyit


1. First, insert this badge or the picture above to inform you have been awarded
-> Done

2. Make sure you take the picture and said it from...
-> Farhana a.k.a. Cik Oryza

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself
-> Drama queen jelir
-> Sensitif
-> Pendiam tapi kalau dah rapat, boleh jadi banyak cakap
-> Suka berblog and blogwalking
-> Boleh memaafkan tapi sangat sukar melupakan..huhu..
-> Suka geletek Safiyyah sengihnampakgigi & suka dengar dia gelak
-> SAHM (stay-at-home-mom)
-> Suka jalan-jalan dengan keluarga love
-> Pemalu
-> Oh..oh..I'm underweight!

4. You should choose 5 other bloggers
-> Kamu
-> Kamu
-> Kamu
-> Kamu
-> dan kamu
-------> Ye...kamu berlima la sengihnampakgigi (sape yang terasa-rasa saya tujukan tag ni kat dia, sila la buat..ngee..)

5. Don't forget to go to their blog and tell them they have been tagged
-> Yang ni tak perlu le dah, kan? jelir