Pages

Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Aidiladha ke-5 di rantau orang

Juga buat yang terakhir kalinya.

InsyaAllah.

Diizin Allah panjang umur, Ramadhan, Aidilfitri dan Aidiladha tahun depan disambut di Malaysia :).

Aidiladha kami buat kali yang ke-5 di Lincoln ni serba sederhana. Sama seperti empat tahun sebelumnya. Tak terasa langsung kemeriahannya. Di Malaysia pun Aidiladha tak semeriah Aidilfitri (kecuali di Kelantan mungkin) tapi sekurang-kurangnya terasa juga auranya. Sini tak rasa apa pun. Tambahan pula raya jatuh bukan pada hujung minggu atau cuti umum. Hanya dibuat majlis ringkas bersama adik-adik undergrads pada petang raya.

Juadah yang disediakan juga turut ringkas :).

Ketupat soto.
Inilah hidangan pembuka selera, ini jugalah hidangan utama ^_^.


Alhamdulillah, sempat juga buat butter cake. Jemput adik-adik undergrads datang ke rumah pukul 5 petang, buat kek ni pukul 3 petang..hihi. Nak buat kek lain sebenarnya tapi tak cukup bahan. Lambat sangat buat keputusan kek apa yang nak dibuat...suami pun malas nak ke kedai lagi. Makanya, dibuat butter cake sahajalah. "Ni kek murah ni", selamba sang suami menuturkan. Lepas dirasa sepotong, "Eh, sedap juga kek ni". Hihi...kesimpulannya, jangan dipandang rendah kek murah :p. Pertama kali buat butter cake. Alhamdulillah menjadi. Suka! Lain kali boleh cuba resipi butter cake yang lain pula, insyaAllah.


Sebahagian tetamu awal. Paling awal sampai pun pukul 6 lebih. Kononnya ajak adik-adik ni semua datang waktu petang sebab fikir mereka tak ada kelas waktu petang. Rupa-rupanya ramai yang ada kelas petang, ada discussion, dan ada pula yang bekerja. Dan...saya tak perasan waktu tu mid term. Adik-adik ni semua sibuk dengan exam. Dahlah beraya dalam kelas, kena berperang dengan exam pula. Itulah namanya pengorbanan. Pengorbanan sebagai pelajar luar negara.


Kalau perasan, tak ada seorang pun berbaju raya kecuali anak-anak syurga. Tak rasa macam buat jamuan raya. Macam jamuan biasa je :p. Tak apalah, janji terasa kemeriahan dengan keriuhan adik-adik undergrads. Terubat hati dengan senda gurau bersama di petang raya. Terhibur juga hati dengan gelagat masing-masing yang saling usik-mengusik sesama sendiri ^_^.

Kegembiraan berganda apabila semua pinggan mangkuk semua dicuci anak dara bertiga; Ann, Fyon dan Nadzirah. Bukan setakat tu, meja turut dikemas, dapur juga dilap. Sesekali begini, seronok rasanya ^_^.


Akhir sekali, tatapan buat yang merindui anakanda bertiga. Susah nak ambil gambar mereka bertiga serentak. Ada sahaja yang tak mahu beri kerjasama. Ikat tiga-tiga baru tahu! :p



Thursday, November 1, 2012

Aidiladha keempat di Lincoln

Raya pertama
Orang lain makan juadah istimewa di pagi raya tapi kami anak-beranak makan cucur bawang di pagi raya! Hihi. Sampai ke pagi raya tak dapat buat keputusan juadah apa yang mahu dimasak, akhirnya goreng cucur bawang je ^_^. Tengahari barulah saya masak nasi beriani berserta kari daging. Ini pun bukan sebab raya masak nasi beriani. Beberapa hari sebelum tu lagi teringat-ingat nak makan nasi beriani...makanya jadilah nasi beriani sebagai juadah tengahari dan malam kami untuk raya pertama ^_^.




Raya kedua
Buat jamuan raya kecil-kecilan sahaja dengan menjemput anak-anak teruna dan dara. Petang sebelumnya baru buat keputusan nak ajak adik-adik ni makan di rumah. Sebelum tu terfikir nak buat rumah terbuka Aidiladha secara potluck tapi tak jadi. Tiba-tiba petang raya pertama tu pula suami kata buat jugalah jamuan untuk adik-adik ni.

Anak-anak teruna yang sampai dulu hari tu. Laju je mereka makan. Lepas semangkuk, semangkuk pula lagi, lepas tu semangkuk lagi. Macam dah seminggu tak makan..hihi. Seronok tengok mereka makan tapi dalam hati risau juga makanan habis sebelum anak-anak dara tiba.


Oh, saya hanya masak ketupat soto je. Biskut raya tu pemberian Aizat. Aidiladha ni saya tak buat biskut raya...tak rajin.


Alhamdulillah, makanan cukup untuk semua cuma ada yang tak dapat makan bergedil. Suka ajak adik-adik ni datang makan di rumah, gerenti licin. Perut saya yang lapar sebelum tu pun jadi kenyang tengok adik-adik ni makan bertambah-tambah.


Sempat juga saya buat sebiji kek. Lemon Coconut Cake. Ini pun atas permintaan suami. Katanya dah lama saya tak buat kek. Dia sendiri yang pilih kek apa yang dia nak saya buatkan :).



Raya ketiga
Menghadiri majlis raya; Nebraska Eid Al-Adha, Kurban Bayrami Celebration 2012 anjuran Intercultural Dialog Group (IDG) of UNL.

Bayrami = eid (dalam bahasa Turki). Kurban Bayrami = Eid Al-Adha = Hari Raya Aidiladha :).




Anak-anak buat dewan ni macam mereka yang punya. Safiyyahlah terutamanya, hanya berada dengan ummi dan papanya ketika makan sahaja.


Kids fashion show. Safiyyah dan Shakir juga jadi model. Model bidan terjun ^_^. Cenderahati untuk budak-budak masih banyak, jadinya penganjur panggil semua anak-anak dari setiap negara. Safiyyah dan Shakir tentulah mewakili Malaysia ;). Semata-mata tunjuk muka di depan, dapatlah mereka ole-ole untuk dibawa pulang. Safiyyah dapat rantai mak datin berserta magic wand, Shakir pula dapat kereta mainan dan sebiji bola :).


Makan! Nyum, nyum. Alhamdulillah, kenyang.




Tuesday, October 30, 2012

Gelagat dua beradik di Aidiladha

Main gelongsor rekaan kak long.


Kak long ni belum habis bersiap lagi dah sibuk main gelongsor.


Dua beradik yang gembira.


"Yay, saya dah ada kopiah! Terima kasih Cik Yah bagi kopiah". 


Sesaat dua je la kopiah bertahan atas kepala. Lepas tu dicampaknya >_<.


Kak long pakaikan balik kopiah Shakir. Rasa macam Safiyyah dah besar sangat masa ni tolong siapkan adik ^_^.


Setiap kali Shakir tanggalkan dan campak kopiahnya, kak long la jadi tukang kutip dan pakaikan kopiah Shakir berkali-kali tanpa jemu :).



Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidiladha 1433H



Beberapa mutiara ilmu berkenaan Aidiladha:


Tertarik dengan status Facebook Prof. Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) yang mengaitkan parenting dengan pengorbanan...
Parenting sangat memerlukan pergorbanan yang tinggi. Mana tidaknya, bila anak menangis di tengah malam, kita mesti berkorban tidur yang lena. Bila anak hendak itu dan ini untuk persekolahan mereka dan wang cuma sedikit, kita perlu berkorban apa yang kita hendak beli untuk kita bulan itu. Bila anak-anak terlalu aktif, kita perlu berkorban menahan sabar :). Sememangnya Parenting memerlukan pengorbanan! Dan Ibu yakin semua ibu bapa semua telah berkorban kecil atau besar untuk anak-anak anda.
Selamat menyambut Aidul Adha - Hari Raya Qurban. Sesungguhnya, tidak ada pengorbanan yang sia-sia. Di mata Allah, semua itu amat bermakna.
Salam Kasih, Ibu Rose.



Nota:
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat daripada saya sekeluarga di Lincoln, Nebraska :).


Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432 H



Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat..


Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha ke-2 di Lincoln

Tak seperti tahun lepas (refer: Jamuan Aidiladha 1430H), tahun ni kami tak buat jamuan (open house) sempena Aidiladha disebabkan raya jatuh pada hari Selasa (16 November). Tapi saya masak juga la menu ringkas in case ada tetamu yang datang ke rumah (yang Melayu je la kalau datang pun..hee~). Suami saya sempat juga la solat sunat Aidiladha di UNL City Campus Union pagi tu. Dia ada 2 kelas je pun hari Selasa. Kelas paling awal pukul 11 pagi.

Saya masak bihun tomyam je untuk juadah raya. Antara yang termudah la nak buat. Nak masak yang renyah-renyah ni tak rajin pulak. Biskut raya langsung tak buat. Aidilfitri pun takde feel beraya, Aidiladha lagi la. Nak-nak raya jatuh on weekdays. Aidiladha tahun lepas meriah juga la. Ada jamuan raya dan kebetulannya Aidiladha tahun lepas jatuh masa cuti Thanksgiving.

Semalam saya tak ke mana-mana pun seharian. Melepak je kat rumah. Pagi tu baru masak bihun tomyam. Dah pukul 10 pagi pun baru mula masak :p. Memang sengaja masak lambat-lambat sebab tahu pagi tu ada jamuan lepas solat sunat Aidiladha. Suami saya makan kat sana la.


Bihun tomyam. Nak? ^_^


Lepas Maghrib, geng-geng Melayu datang beraya ke rumah kami. Ingatkan diorang nak datang tengahari. Dari tengahari la saya duk tunggu sampai tersengguk-sengguk :p. Rupanya lepas Maghrib baru datang. Ye la, siang tu masing-masing ada kelas. Pakat datang malam la semuanya.


Semua dah kekenyangan baru teringat nak ambil gambar :p. Tiada dalam gambar: suami saya selaku jurugambar, Syafiq, Ain dan Fatin. Safiyyah pun takde, dia duduk dengan 'babysitter' (tengok gambar bawah)..eheh. Fizah masa ni belum sampai lagi


2 orang calon babysitter kategori bujang ^_^

Sunday, November 29, 2009

Jamuan Aidiladha 1430H

Selesai sudah acara makan-makan sempena Aidiladha malam tadi. Fuh, lega rasanya penat. Hari sebelum tu (Jumaat) makan di rumah Hafiz/Izza. Seharian tu saya tak masak...memang takde juadah apa pun di pagi raya...suami saya balik dari masjid pagi tu terus serbu rumah Hafiz/Izza..hehe. Ye la, kalau masak bukannya ada orang yang nak makan sebab turn kami buat jamuan raya, hari Sabtu malam kenyit.

Menu utama di rumah Hafiz/Izza: nasi kerabu. Menu sampingan (yang ni khas untuk sape-sape yang tak makan nasi kerabu macam saya sengihnampakgigi): nasi impit dan ayam percik. Mujur ada menu sampingan tu...kalau tak jawabnya, tengok je la orang lain makan senyumkenyit.

Hidangan di rumah Hafiz/Izza


Tapi sekejap je la saya di rumah Hafiz/Izza sebab Safiyyah meragam+lapar+mengantuk. Lepas makan terus balik rumah, suami saya je duk lepak di rumah diorang sampai tengahari. Oh, kali ni kami bernasib baik juga sebab Aidiladha jatuh pada cuti Thanksgiving...dapat la kami beraya peace.

Malam tadi lepas Maghrib turn makan-makan di rumah kami pulak. Tetamu yang hadir:
  • Malaysian: Muzammil, Suhaizi, Syafiq, Hafiz/Izza/Iman, Bon/Roz/2-orang-anak-bujang-tak-ingat-nama
  • Pakistani: Waseem, Ali, Irfan
  • Brazilian: Antonio/Silvana/Mariana

Sebelah kanan suami saya: Syafiq, sebelah kiri: Brazilian family


Dari kanan: Muzammil, Waseem, Ali, Suhaizi, Hafiz, Irfan


Bon sekeluarga


Ibu-ibu dan anak-anak love



Menu utama: Sate goreng, nasi impit, kuah kacang

Menu ihsan: Lasagna (cooked and brought by Muzammil)

Dessert: New York cheesecake, puding roti


Juadah utama dan juadah ihsan kenyit


Desserts
Credit to Muna for bread pudding recipe and credit to Husna sebab bagi inspirasi untuk buat puding roti tu as a dessert
love. Lain daripada puding roti biasa...guna biskut!


Makan masa 3 hari juga la nak sediakan semua hidangan tu. Hari Khamis duk uruskan 3 kg ayam...daripada duk mencuci sampai la perap ayam tu. Pastu simpan dalam freezer. Jumaat malam lak masak nasi impit dan buat cheesecake berserta strawberry topping. Sabtu pagi masak kuah kacang, tengahari buat puding roti, dalam kul 2.30 start goreng sate. Many thanks to hubby sebab tolong cucuk ayam kat lidi dan goreng sate. Lain kali tolong lagi ye! senyumkenyit

Kalau ikut saya, sate tu takyah berlidi...campak aje dalam kuali banyak-banyak...senang kerja! Tapi disebabkan suami yang nak sangat berlidi sate tu...dia la yang buatnya...tu pun tak sampai seratus cucuk pun sebab dia dah tak terlarat buat semua jelir. Makan masa la sikit nak goreng sate yang berlidi sebab kena goreng sikit-sikit dalam periuk kecik supaya lidinya tak tenggelam dalam minyak. Goreng-menggoreng ni pun suami yang buat...saya duk buat benda lain...tu pun asyik ditanya je "Kalau macam ni ayam ni dah masak ke?" ihikhik

Hopefully everyone satisfied and enjoyed the foods. Sebelum tu duk risau je takut makanan tak cukup sampai tak lena tidur dibuatnya! Dah le tak reti sangat masak dalam kuantiti banyak. Faham-faham je la...keluarga kecik je...masak pun sikit je la. Duk di perantauan ni la baru belajar masak banyak-banyak. Mujur juga la Muzammil bawak lasagna. At least, tertampung gak la perut tetamu yang datang malam tu...senyum