Pages

Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Berpantang gaya perantau

Macam mewakili semua perantau pulak :p. Ni pantang cara saya je..orang lain mungkin berbeza ;)

Bertungku
Hari tu ada yang bertanya saya bertungku ke tak kat sini. Yup, saya bertungku cuma tungku yang saya gunakan kali ni tak sama dengan tungku yang saya guna masa pantang kali pertama dulu. Dulu saya guna tungku batu. Kali ni pakai tungku moden (tungku herba)..mak saya poskan dari Malaysia. Mana nak cari tungku batu kat sini. Kalau nak pos tak berbaloi la..berat sangat! Bagus juga ada tungku moden..dapat juga la bertungku masa pantang

Ni la tungku yang saya guna. Tungku Tangisan Burung namanya. Erk..jangan tanya kenapa nama tungku tu macam tu ek. Dalam set tungku tu diberi sekali tembikar kecil tu dan 2 lilin. Mula-mula guna je pakai lilin dan tembikar tu untuk panaskan tungku. Lepas tu panas atas dapur je! Lambat la panaskan guna lilin. Cepat sejuk pulak tu. Panas atas dapur sekejap je dan habanya lama juga bertahan..takde la kena panaskan tungku banyak-banyak kali




Berurut
Pantang kali ni saya tak berurut. Takde tukang urut. Saya tak suka diurut pun..sakit! Huhu..


Set bersalin
Saya masih menggunakan set bersalin HPA, sama macam pantangkan Safiyyah dulu. Tak rajin nak survey set bersalin mana yang paling bagus. Pada saya ok je set bersalin HPA ni. Serasi la dengan saya. Dalam set tu ada ubat periuk, kapsul wanita A, kapsul wanita B, minyak barut, minyak bayi, minuman herba, ubat basuh dan spirulina

Set bersalin HPA


Mandian herba
Oleh sebab kat sini takde akar-akar kayu dan daun-daun herba...saya gunakan garam mandian therapeutic. Ni pun kebetulan je terjumpa masa gi kedai. Betul-betul ada 1 botol je masa tu. Sedap baunya. Bau serai wangi ;)

Green Tea Body Soak
Campuran Green Tea Leaves, Lemongrass, Chamomile & Calendula flowers


Menu
Setiap hari menu hampir sama. Dah nama pun pantang, kan? Ikan singgang dapat makan sekali je sebab takde ikan yang sesuai untuk masak singgang. Takde stok agaknya. Sebelum saya bersalin banyak je ikan merah dan ikan selar. Saya dah bersalin takde dah ikan-ikan tu..huhu. Yang ada hanyalah ikan bawal. Hampir setiap hari la makan ikan bawal goreng. Sekali je masak kari sebab rasa kurang sedap pulak ikan bawal masak kari. Mungkin sebab ikannya tak fresh..isinya lembik bila dimasak kari. Sudahnya goreng je la. Kalau tak makan ikan bawal, saya makan ayam. Mak saya pesan rasa dulu sikit ayam..takut gatal. Saya makan ok je, takde gatal. So, boleh la makan ayam ;).

Oh, sini ada pegaga. Itu la satu-satunya ulam yang ada kat sini. Tapi pegaga yang dijual tu dah dibuang akarnya. Bagus jugak. Kalau tak...dengan akar-akarnya kena makan..uhuk!


Bengkung
Kalau dulu saya guna bengkung lilit, kali ni saya pakai bengkung 'instant'. Saya panggil instant sebab senang..main ikat je tali-talinya :D. Tapi saya rasa bengkung lilit lagi sedap pakai daripada bengkung ni. Rasa kemas dan elok ketat je. Malangnya saya pulak tak reti nak lilit-lilit sendiri. Bukan main lilit keliling badan (perut ke pinggul) je tau..ada tekniknya. Dulu mak saya yang lilitkan. Dah cuba banyak kali tetap tak reti jugak. Tak kemas langsung. Kejap je dah rasa longgar..huhu. Tu yang mak saya poskan bengkung tali kali ni

Bengkung tali Mia ni la yang saya guna kali ni


Air ibu kunyit
Kali ni tak perlu minum air ibu kunyit sebab takde ibu kunyit. Yay! :p
Seksa tau nak menelan air ibu kunyit. Walaupun kena minum suku cawan je selama 3 hari berturut-turut...sengsara tau! Korang pantang kena minum air ibu kunyit tak? Pantang kan ikut cara mak masing-masing..kalau cara mak saya kena minum air ibu kunyit..huhu..



p/s: saya dah habis pantang..yay! ^_^

Sunday, April 3, 2011

Sepetang di Muzium

Tarikh: 2 April 2011 (Sabtu)
Masa: 1 petang - 4.30 petang
Tempat: University of Nebraska State Museum
Program: Colorful Creature Day


Comel, kan? Ni llama namanya ;)


Safiyyah berkenalan dengan anak llama ^_^


Antara haiwan yang dipamerkan dalam muzium. Ada banyak lagi haiwan tapi tak dapat nak ambil gambar lagi sebab cik Safiyyah melalak-lalak nak keluar -_-"


Happy dapat keluar!


Layan je la anak dara ni kat luar muzium



Saya dan Shakir takde dalam gambar..




.....kami kena tinggal kat rumah! Huwaaaaaa.....benci la. Kenapa la program ni dibuat masa saya dalam pantang?? Nak menyibuk jugak :p

Tuesday, March 29, 2011

3rd anniversary

Hari ni (29 Mac) genap la 3 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Moga ikatan suci yang terbina ni senantiasa diberkati Allah dan mudah-mudahan berkekalan hingga ke akhir hayat kami..ameen..

Tahun ni tak dapat la nak celebrate atau gi jalan-jalan kat luar sebab tengah berpantang..huhu. Takpe la, nanti lepas habis pantang boleh celebrate...kan abang, kan? :p


Hadiah anniversary kami tahun ni...anugerah yang sungguh tak ternilai..alhamdulillah..

Tuesday, May 26, 2009

Bentan

Saya baru je baca salah satu topik dalam majalah Pa&Ma. Makanan Sejuk vs Makanan Panas. Itu tajuknya. Ia ada kaitan dengan bentan. Saya teringat insiden yang berlaku semasa saya dalam tempoh berpantang. Hampir 2 minggu selepas Safiyyah dilahirkan, saya demam. Demam yang saya rasakan tak seperti demam biasa yang pernah saya alami. Serasa tak larat sangat nak bangun tapi demi anak, saya gagahkan jua untuk menyusukannya.


"Mak risau kamu bentan je ni. Itu la, mak suruh pantang betul-betul tak nak. Degil. Kalau kena bentan nanti nak bangkit pun tak boleh tahu tak," kata mak.


Masa tu saya tak tahu apa itu bentan. Nak bertanya inginkan kepastian tapi saya takut. Saya takut saya betul-betul kena bentan walaupun saya tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan bentan. Alhamdulillah selepas 3 hari, demam saya kebah.


Tika itu baru saya berani bertanya mak, "Mak, bentan tu macam mana?"


"Bentan tu demam teruk. Kalau kena bentan susah nak baik. Ada orang kena berminggu-minggu, ada yang berbulan-bulan baru baik. Nak bangun memang tak boleh. Tu sebab mak suruh pantang betul-betul. Bukan saje-saje nak suruh berpantang. Makanan sejuk tak boleh makan. Nasi pun kena makan masa panas-panas. Badan kena sentiasa panas. Dulu masa mak pantang, kalau tak pakai sweater, tak pakai stokin...hah siaplah kena marah dengan opah kamu. Tak kira la cuaca panas ke, kena juga pakai sweater dengan stokin tebal sampai basah kuyup jadinya bermandi peluh. Ini kamu mak tengok kejap pakai kejap tak pakai. Nasib baik tak bentan," panjang lebar leteran mak saya tika tu.


Saya hanya mendiamkan diri. Tak berani nak bersuara. Sedar kesilapan diri tapi saya memang susah mendisiplinkan diri sewaktu berpantang. Namun saya tetap bersyukur demam yang saya alami bukannya bentan. Mungkin keadaan diri yang masih lemah kesan daripada proses bersalin membuatkan demam yang saya alami agak 'kuat' berbanding kebiasaannya. Apa pun, ia tetap menjadi peringatan buat diri saya sendiri...