Pages

Monday, May 2, 2011

Berpantang gaya perantau

Macam mewakili semua perantau pulak :p. Ni pantang cara saya je..orang lain mungkin berbeza ;)

Bertungku
Hari tu ada yang bertanya saya bertungku ke tak kat sini. Yup, saya bertungku cuma tungku yang saya gunakan kali ni tak sama dengan tungku yang saya guna masa pantang kali pertama dulu. Dulu saya guna tungku batu. Kali ni pakai tungku moden (tungku herba)..mak saya poskan dari Malaysia. Mana nak cari tungku batu kat sini. Kalau nak pos tak berbaloi la..berat sangat! Bagus juga ada tungku moden..dapat juga la bertungku masa pantang

Ni la tungku yang saya guna. Tungku Tangisan Burung namanya. Erk..jangan tanya kenapa nama tungku tu macam tu ek. Dalam set tungku tu diberi sekali tembikar kecil tu dan 2 lilin. Mula-mula guna je pakai lilin dan tembikar tu untuk panaskan tungku. Lepas tu panas atas dapur je! Lambat la panaskan guna lilin. Cepat sejuk pulak tu. Panas atas dapur sekejap je dan habanya lama juga bertahan..takde la kena panaskan tungku banyak-banyak kali




Berurut
Pantang kali ni saya tak berurut. Takde tukang urut. Saya tak suka diurut pun..sakit! Huhu..


Set bersalin
Saya masih menggunakan set bersalin HPA, sama macam pantangkan Safiyyah dulu. Tak rajin nak survey set bersalin mana yang paling bagus. Pada saya ok je set bersalin HPA ni. Serasi la dengan saya. Dalam set tu ada ubat periuk, kapsul wanita A, kapsul wanita B, minyak barut, minyak bayi, minuman herba, ubat basuh dan spirulina

Set bersalin HPA


Mandian herba
Oleh sebab kat sini takde akar-akar kayu dan daun-daun herba...saya gunakan garam mandian therapeutic. Ni pun kebetulan je terjumpa masa gi kedai. Betul-betul ada 1 botol je masa tu. Sedap baunya. Bau serai wangi ;)

Green Tea Body Soak
Campuran Green Tea Leaves, Lemongrass, Chamomile & Calendula flowers


Menu
Setiap hari menu hampir sama. Dah nama pun pantang, kan? Ikan singgang dapat makan sekali je sebab takde ikan yang sesuai untuk masak singgang. Takde stok agaknya. Sebelum saya bersalin banyak je ikan merah dan ikan selar. Saya dah bersalin takde dah ikan-ikan tu..huhu. Yang ada hanyalah ikan bawal. Hampir setiap hari la makan ikan bawal goreng. Sekali je masak kari sebab rasa kurang sedap pulak ikan bawal masak kari. Mungkin sebab ikannya tak fresh..isinya lembik bila dimasak kari. Sudahnya goreng je la. Kalau tak makan ikan bawal, saya makan ayam. Mak saya pesan rasa dulu sikit ayam..takut gatal. Saya makan ok je, takde gatal. So, boleh la makan ayam ;).

Oh, sini ada pegaga. Itu la satu-satunya ulam yang ada kat sini. Tapi pegaga yang dijual tu dah dibuang akarnya. Bagus jugak. Kalau tak...dengan akar-akarnya kena makan..uhuk!


Bengkung
Kalau dulu saya guna bengkung lilit, kali ni saya pakai bengkung 'instant'. Saya panggil instant sebab senang..main ikat je tali-talinya :D. Tapi saya rasa bengkung lilit lagi sedap pakai daripada bengkung ni. Rasa kemas dan elok ketat je. Malangnya saya pulak tak reti nak lilit-lilit sendiri. Bukan main lilit keliling badan (perut ke pinggul) je tau..ada tekniknya. Dulu mak saya yang lilitkan. Dah cuba banyak kali tetap tak reti jugak. Tak kemas langsung. Kejap je dah rasa longgar..huhu. Tu yang mak saya poskan bengkung tali kali ni

Bengkung tali Mia ni la yang saya guna kali ni


Air ibu kunyit
Kali ni tak perlu minum air ibu kunyit sebab takde ibu kunyit. Yay! :p
Seksa tau nak menelan air ibu kunyit. Walaupun kena minum suku cawan je selama 3 hari berturut-turut...sengsara tau! Korang pantang kena minum air ibu kunyit tak? Pantang kan ikut cara mak masing-masing..kalau cara mak saya kena minum air ibu kunyit..huhu..



p/s: saya dah habis pantang..yay! ^_^

22 comments:

Sulam Kaseh said...

Alhamdulillah, sekejap je kan.. :) so, boleh g jalan2 la lepas ni kan? nadiah tak de la naik sangat berat kan, so takyah nak usaha turunkan badan.. :)

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

eh dah abis ke pantang??? uwaa jeles mak! ehehehe

sy ari tu c-zer
so pantang ala2 kadar saja..hanya pantang jaga makan n pergerakan..nak bertungku pon kat tempat2 tetentu je..tapak kaki. punggong..tang perut mmg takleh kcaau..agak sengsara. air akak kayu ka herba ka mmgtakleh minom..abis berdenyut2 tempat jahit..huhu

Hamizah said...

aka pki tumgku elektrik..cepat panas..best lah..

Normaliza said...

bengkung panjang tu mmg best kan. rasa selesa & ketat jek. tapi kalau suh ikat sendiri mmg fail..kena ada mak jugak..hehe

AshAnas said...

kak nadiah, kira aci la pantang cmtu... wonder gak, org putih berpantang cmne ek? haha... bestnye dah habis pantang... shira dok tunggu hari ni... tu yg lama tak jalan2 ke blog kawan2... hr2 teringat rindu nk bw tp xboleh sgt...

Izan Ishak said...

nak abis pantang dah ye nadiah...yayy!!!

air ibu kunyit tu pun kak izan minum. mak bidan yg buatkan... sedap!

ishamizu said...

Tak minum air ibu kunyit. :D Nway, utk apa ye minum?

Nway, bestnya dh merdeka. ;)

~najwa~ said...

sonok pulak dgr citer nad berpantang. Saya kali ni baru bersemangat nak berpantang elok-elok. menyesal sungguh dulu x berpantang elok2..

Acik Erna said...

assalam nadiah..cara mana pun tak kisah..janji nadiah rasa sihat..itu yang penting.

radziah AR said...

dah habis pantang ye...lega kan...kz pakai bengkong ikat tu (sendayu tinggi)kejab ja ketat.nak menyusu payah...last2, longgar...hhahhaa syakir pun tentu dah keras....sng nak pegang....

Suhana Shahril said...

Masa dlm pantang, k.ana mmg mkn ayam. xde gatal2 pon. mengarut jer suma tu. Gatal2 tu sbb luka jahit nak baik. Pas sebln dah hentam sotong, udang...hahaha...alhamdulillah..ok. Tp suma2 tu depend bdn tubuh bdn masing2. K.ana ni ikut gak ckp suami,heheh...kata dia, cuba dl makan. kalau ada rasa lain br stop, kalau ok, go on sbb semua mknan tu bukannya x bkhasiat, cuma kita takut jer. Cuma x mkn benda yg sejuk & berbisa jer.

h4ni3 said...

eh, da abes pantang?
cepatnya masa berlalu...

Ummi Salsabila said...

Sama lah Kak.tak suka urut.hehe.tp dulu Mak Cik yg jaga tu urut setiap hr.mnjerit2 juga bila tang skt tu..haha.time pntang jelah kn nk urut kn..

So Shy Lady said...

nasib tak guna seterika hahaha..

wlau dh habis pntang bdn tu msih lemah lg..so jgn buat kj brat2. org cina pntang sapu rumah 100hari coz ms mnyapu urat2 smua ttarik.
n ubat2 tu smua kna habiskn yer, nad!

ecece...mcm mak mak plak akak nih ;P

Nadiah Sidek said...

sulam kaseh: a'ah, dah boleh jln2 ^_^

ros: pantang czer mmg lain sikit, kan?

k.hamizah: mahal tak tungku elektrik?

normaliza: tak reti lilit sendiri jgk ek? sama la..hihi..

ashanas: omputih mana ada pantang2 ni..ehe..

k.izan: erk! sedap, kan izan? nadiah nak telan seteguk pun payah..uhuk!

ishamizu: lupa la utk apa minum air ibu kunyit tu..haha..

eB ezrin said...

eB dlm pntg byk makan ayam :)

Nadiah Sidek said...

najwa: pantang..jgn tak pantang..ehe..

k.erna: yup, yg penting sihat ;)

k.zie: a'ah, dah merdeka :D

k.ana: hehe..ikut je la dah mak kata gitu

h4ni3: cepat, kan?

ummi salsabila: ada gak geng tak suka diurut :D

so shy lady: hihi..mmg mak2 sungguh :D

maszmadi said...

wah dah habis pantang , sekejap jerk kan..
hm, air ibu kunyit?? rasa ape yerk..

Nia said...

wah,..1st time saya tau ada tungku mcm tu (nmpk sgt ketinggalan nih..hehe)..tapi zaman kita ni byk yg dah simplify kan, tu yg lg mudah tu.

husna said...

nampak canggeh tungku tu. tengok macam dah serupa benda2 pekakas orang jepun. mungkin kain pembalutnya yang cantik.

fa10 said...

kak faten pantang awla kat rumah mak mertua (jawa).. sebijik mcm cara nadiah tu, kena minum air kunyit juga.. huhuhuhu.
yg kedua ni pun mcm nadiah juga, guna bengkung instant cuma bertungku masih guna batu

beluncas said...

amboi~~ bertuahnya org tu minum air ibu kunyit suku cawan je. aku kene minum 1 gelas penuh tau T_T