Semalam punya la susah nak cari tempat. Ramai sangat yang buat BBQ kat situ semalam. Pastu ada 1 event pulak yang dibuat kat situ. Graduation party kalau tak silap. Sebahagian kawasan reserved untuk event tu. Mujur ada juga meja kosong
Outing pertama Shakir! Outing pertama saya jugak sejak dalam pantang *wink*
Sesi bakar-membakar
Makanan. Macam-macam ada! Ni yang best kalau buat pot luck. Ada nasi beriani, lasagna, muffin, roti jala, sandwich, apple strudel, air koktel
Ni yang saya buat untuk pot luck kali ni. Orange Chocolate Cheesecake yang overcooked..hee~
Suami saya pulak buat keropok lekor Lincoln ;)
Sebelah saya tu Qamar (tak tau ejaan sebetulnya macam mana), Pakistani
Orang sibuk membakar, Safiyyah pun nak membakar jugak..hihi. Yang putih tu marshmallow..suami saya terjumpa marshmallow halal di kedai Arab. Saya tak berapa gemar rasanya. Orang lain kata sedap
Nampak tak benda di jari dan lengan Safiyyah tu? Aluminium foil tu. Roz rajin melayan Safiyyah duk balut-balut aluminium foil. Kejap Safiyyah suruh pakaikan, pastu disuruh bukak, pastu mintak dipakaikan balik. Lebih 10 kali Roz ulang benda yang sama. Yang kelakarnya, lepas je Roz balutkan aluminium foil tu kat jari dan lengan Safiyyah...Safiyyah berdiri tegak je macam patung. Tak bergerak langsung..macam dalam gambar tu la..hihi..
Video aktiviti Safiyyah dengan Roz yang sempat dirakamkan. Ni pun Muaz yang tolong rekod (terima kasih!). Saya tengah menyusukan Shakir masa ni. Gambar Safiyyah atas tu pun Muaz yang tolong ambil. Dah dia yang paling dekat...dia la jadi mangsa..hihi..
1 lagi aktiviti Safiyyah kat sana semalam...kejar anjing! Adeh..sabar je la. Dia memang suka kejar haiwan. Kalau lepaskan Safiyyah kat belakang rumah...dikejarnya tupai. Kawasan rumah kami ni banyak tupai. Tupai tu takpe la...ni dikejarnya anjing pulak! Huhu. Mujur Alif Sophian tolong halang. Saya tengok dari jauh je la...tengah menjaga Shakir. Semalam memang adik-adik undergrad yang tolong jaga Safiyyah (terima kasih banyak-banyak ye!).
18 comments:
alahai.. capatnye masa berlalu, tak sangka, besar dah shakir. dah boleh bawa jalan2.. :)
safiyyah ni, comel la.. :) geram tengok.
nadiah. cuba bancuh hot chocolate pastu buh marshmallow 2-3 biji. minum cepat2 sbb tak nak marshmallow cair dlm air panas. sedap (bagi sayalah). :)
bestnya buat BBQ kat taman. nampak macam meriah aje.. :)
orange chocolate cheesecake tu mmg nampak sedap sgt...teringin lak akak
bestnya shakir pon dapat join sklai bbq yek.syok kan kalau dah lepas pantang sume bende nak try :P
seronok kan aktiviti ber bbq ketika spring. Rindu saat itu..
Sebut pasal suka kejar binatang ni, teringat pula pada anak akak Aqil yg sulung tu. Dia samalah mcm Safiyyah, suka kejar binatang dari kecik...n dia juga pernah kejar anjing dulu masa kami gi kutip strawberry. Kat ladang tu ada anjing, dia pegi kejar dan pegang. Sudahlah anjing tu besar tinggi macam akak je..huhu.
Balik habis kena samak semua tangan dia, anjing tu friendly pulak dengan dia...adeh!
salam nadiah - seronok nya dpt keluar beramai2 ada makan2 pulak tu...best nya ..comel jer aksi safiyyah tu
makin nakal ye sufiyyah..
kalau dia nakal2 boleh la nadiah balut dia dgn alfoil tu..br dia diam..hehe
hehe Iris pon mcm Safiyyah, suka kejar haiwan tp so far anjing tk pernah lg. :D
Bestnya bbq, mcm2 ada..bestla Nad dh merdeka leh mkn. ;)
hahaha...safiyyah ni..seb baik anjing tak kejar balik..alahai...comel~!
wahh..dah berbbq ek..bestnyer..heheh..sama ngan Zahra, pantang tengok haiwan, mesti nak gi kejar dan jamah..sini memang bnyk anjing, nak kena pantau ler..hoho..
Jom join :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS Giveaway
Belog kami :Notre Belle Histoire
dikala org sedang ke musim panas.. kami pula ke musim sejuk...
sulam kaseh: kejap je, kan? :)
irma: sedap ek marshmallow campur dlm hot chocolate?
normaliza: meriah gak :)
mamasyaza: meh la sini kak..nadiah buatkan ;)
cik yah: habis pantang mmg syok! :D
k.yus: hehe..tak pasal2 kena samak ek
k.lina: aktiviti mkn2 mmg best kak (mcm la nadiah byk mkn :p)
k.hamizah: pasni nak gi mana2 kena bwk aluminium foil la..hihi..
ishamizu: budak2 mmg suka kejar binatang agaknya kan
mamalieyna: huhu..mintak dijauhkan la
cikpuanhady: sini pun byk anjing..al-maklum le anjing kan best friend mat salleh..huhu..
k.nida: enjoy je kak..balik malaysia takde winter..ehe..
kalo kat malaysia, kena gi bukit cerakah la yer? :)
pandai pulak dia tegak gitu...ala2 robotlah ye safiyyah..
agaknya lepas dipakaikan aluminium foil tu dia rasa cam robot tak?
sebab tu dia mengeraskan dirinya
~sweet hehehe
huhuhu...selalu xleh tengok video...
bila nak balik sini kak nadiah..??
rindu....
Post a Comment