Pages

Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, June 22, 2020

Anak Diserang Sawan. Apa Perlu Dibuat?

Waktu scroll Twitter beberapa hari lepas, terbaca perkongsian Dr. Nimelesh tentang perkara yang perlu dibuat jika anak tiba-tiba diserang sawan. Sebut pasal sawan, fikiran automatik teringatkan anakanda ketiga dan keempat yang pernah diserang sawan. Ketar satu badan tengok anak dalam keadaan sawan. Walaupun dah banyak kali lalui, masih tetap menggigil setiap kali tengok anak kena sawan. Bezanya, diri lebih tenang dan tahu tindakan yang sewajarnya diambil jika anak diserang sawan berbanding awal-awal dulu.
 
Masih jelas di ingatan saat pertama Raihannah (anak ketiga) diserang sawan. Umurnya belum dua tahun pun masa tu. Dia demam dan tengah tidur di atas katil. Saya baring di sebelahnya. Tiba-tiba terasa ada pergerakan di sebelah. Saya tengok Raihannah. Nampak pelik. Saya panggil suami.

"Ya Allah, sawan ni!" Dalam keadaan panik dan cemas, suami terus dukung Raihannah dan berlari ke klinik berdekatan. Waktu itu kami tiada pengalaman dan ilmu mengenai sawan. Semuanya dibuat secara spontan.

Balik dari klinik, Raihannah dah sedar kembali dan suami maklumkan yang doktor suruh bawa anak ke hospital. Ditahanlah dia di wad malam itu untuk pantauan doktor. Saya tidak ikut ke hospital disebabkan saya dalam keadaan sarat mengandungkan Rania. Tak ingat pula berapa malam dia ditahan di wad tapi rasanya 2-3 malam juga sebab demamnya on off.

Itulah permulaan siri sawan Raihannah. Setiap kali dia demam, runsing hati. Sudahlah dia jenis susah makan ubat. Risau episod sawan berulang. Sekali kena sawan, memang berisiko untuk diserang sawan lagi. Dalam tempoh 3-4 tahun, ada beberapa kali dia kena sawan. Alhamdulillah lepas daripada tu tiada lagi sawan menyerang.

Rania juga pertama kali diserang sawan ketika umurnya setahun lebih. Kebetulan, dia dan Raihannah demam ketika itu. Saya berikan perhatian lebih sedikit pada Raihannah memandangkan dia ada sejarah sawan. Tak disangka, Rania pula yang diserang sawan. Allah...risaukan yang lain, lain pula yang kena. Sudahlah masa tu dia tengah menyusu. Sambil-sambil menyusu tu saya lap kepalanya dengan kain basah. Tu yang tak sangka dia akan diserang sawan. Seingat saya, dua kali dia diserang sawan dalam tempoh 5 tahun ni.




Di sini saya copy paste perkongsian Dr. Nimelesh. Moga membantu.

  1. Mak ayah jangan sesekali panik. Guna telefon bimbit untuk rakam sawan tersebut. Ini amat berguna untuk pengamal perubatan nanti untuk mengenal pasti jenis sawan dan tempoh sawan tersebut.
  2. Longgarkan baju anak. Jangan beri air atau ubat dalam mulut ketika anak sawan. Jangan masukkan apa-apa benda keras ke dalam mulut sebab anak boleh tercekik atau dapat luka dalam mulut.
  3. Sentiasa bersama anak sehingga sawan tamat.
  4. Baringkan anak mengiring ke kiri untuk mengelakkan muntah atau lendir masuk ke dalam paru paru.
  5. Sekiranya sawan berterusan selama 5 minit, jangan tunggu. Bawa ke klinik atau hospital dengan segera. Besar kemungkinan sawan tersebut tidak akan berhenti sendiri. Dan sekiranya diperlukan anak akan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut. 
  6. Untuk sawan yang berhenti sendiri sebelum tempoh 5 minit, tolong bawa juga anak ke klinik/Hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.


Tindakan pertama tu sangat penting ya. Dulu saya tak terfikir nak rakam. Jika rakam mudah sikit nak tunjuk pada doktor sebab nanti doktor akan tanya beberapa perkara.

  • Berapa minit anak kena sawan?
  • Waktu sawan, adakah kedua-dua kaki dan tangan bergerak?
  • Ada keluar buih dari mulut ke tidak? 

Tiga soalan ni antara soalan yang akan ditanya doktor terutamanya soalan pertama dan kedua tu. Sebab tu penting sangat perhatikan anak dengan teliti ketika anak diserang sawan.



Thursday, February 14, 2013

Impian saat pulang ke Malaysia

Kurang dari setahun kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia, insyaAllah. Dalam pada rasa tak sabar nak balik, perasaan sedih tetap juga mengiringi. Adatlah tu. Seronok macam mana pun di tempat orang, manakan sama di tempat sendiri :). Oh, saya dah mula memasang impian (lebih kepada perancangan, mungkin?) yang nak dibuat saat pulang ke Malaysia nanti! ^_^


Tautan ukhuwwah
Balik nanti insyaAllah nak jumpa semula sahabat handai di Malaysia terutama yang sekampus. Rindu! Belek-belek gambar lama, terkenang kembali saat-saat bersama suatu ketika dahulu. Ada masa sampai termimpi-mimpikan mereka. Sekarang ni majoriti dah berumah tangga dan ramai juga dah beranak-pinak. Adik-adik junior pun sama. Nasib baik belum ada yang dah bercucu :p. Harap sangat dapat ziarah mereka. Kalau boleh, sebulan sekali nak buat aktiviti ziarah. Moga Allah lapangkan masa kami untuk ziarah sahabat-sahabat kami. Saudara-mara tak perlu sebutlah...itu semestinya wajib diziarah :).


Kelas kek
Teringin sangat nak pergi kelas kek! Buat kek insyaAllah saya boleh buat tapi nak menjadikan kek cantik...alahai...failed! Tengok kawan-kawan yang dah pergi kelas kek, banyak sangat yang mereka dah perbaiki. Cantik sangat kek yang mereka buat. Tengok pun rasa sayang nak makan ^_^. Mana tahu, suatu hari nanti boleh buat bisnes kek kecil-kecilan dari rumah (berangan dulu siap-siap...hihi..). Harapnya suami izinkan saya menghadiri kelas kek nanti :).


Majlis ilmu
Ini lebih kepada program pengisian rohani. Rindu nak menghadiri majlis ilmu. Tengok atau dengar di media/internet tak sama dengan tengok dan dengar secara langsung. Majlis ilmu terbesar yang saya teringin nak pergi adalah Konvensyen Fiqh (K-Fiqh) dan Seminar Fiqh (S-Fiqh). Hebat ahli-ahli panelnya. Walaupun kami akan menetap di Pulau Pinang balik Malaysia nanti, mudah-mudahan Allah izin saya dan suami menyertai konvensyen yang dibuat di Kuala Lumpur nanti..ameen. Oh, teringin juga nak menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus! :)

Poster-KFIQHp-30Jan2013

Poster-KFIQH-Solat- 5 Feb 2013
Konvensyen dan Seminar Fiqh yang terdekat. Ada yang bakal pergi tak?


Program Dr. Azizan Osman
Ini satu lagi program yang saya teringin nak pergi...lebih kepada dunia bisnes. Saya jarang percaya dengan program-program sebegini. Selalu fikir negatif dulu :p. Yelah, selalunya program begini bukan murah bayarannya. Nak kena pilih yang betul-betul, barulah duit tak terbazir begitu sahaja. Ada beberapa orang kawan yang dah pergi program Dr. Azizan Osman...semuanya kata sangat berbaloi menyertainya. Kalau setakat testimoni orang lain, saya kurang percaya tapi kawan-kawan yang dah pergi tu memang sangat boleh dipercayai...itu yang membuatkan saya berkobar-kobar nak menyertainya juga. Nak berbisnes, perlu ada ilmu juga ;).



Apa pun, balik Malaysia nanti kena selesaikan dulu perkara yang lebih utama untuk diselesaikan. Rumah pun tak ada lagi...dah sibuk pasang impian macam-macam..hihi. Doakan impian/perancangan saya terlaksana ye! :)


Monday, December 17, 2012

Cara meredakan tantrum anak

Perkongsian yang sangat bermanfaat daripada Ibu Rose khusus buat ibu bapa yang punya anak kecil. Lama dah saya baca pasal ni tapi lepas tu terlupa langsung. Minggu lepas ternampak semula catatan Ibu Rose ni di wall Facebook.. Saya salin dan kongsikan di blog pula, lain kali senang nak rujuk :).


Tantrum



Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.
Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
  1. pegang dia seperti dalam gambar ini.bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
  2. baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
  3. tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
  4. JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,Ibu Rose



Ini satu lagi yang saya salin. Jawapan balas Ibu Rose berkaitan tantrum...


1-Na Bi Ha - ibu, anak saya 1thn setengah..mcm anak puan haslina di atas..makin pelok makin mengamuk..smpi ditendang nyer saya..kalau time tu tgh dukung dia, dgn kite2 hampir tergolek...dah bckan surah pn still mengamuk2...pujuk pn dgn tunjuk excavator..yg mainan dia xlayan pulak..berapa kerat sgt la excavator jln atas jln raya kann...adakah sy terlalu manjakan dia sampai dia taknak dgr kata..atau saya terlalu berlembut..nk mrh pn dia baru setaun setengah..apa la yg dia tau..mcamane ye ibu?
 2-Fairuz Nadhirah Shariff Saya tunggu ibu reply mslh Na Bi Ha n Norazliza..mslh sy more or less the same...umur anak 2 thn..bila dia mengamuk ms kat luar..perasaannya cara org pndg mcm anak sy sorg perangai mcm tu kt dunia ni

Jawapan:
Pertama harap sayang boleh membaca Notes ibu tentang tajuk Tantrum. Pergi ke www.facebook.com/familyguru/notes.
Kedua, kita perlu faham apakah sebab anak itu mengamuk. Mungkin dia lapar, mungkin dia rimas, mungkin dia letih sangat-sangat, mungkin suasana itu bingar, mungkin dia sakit dsb.
Anak-anak tidak akan mengamuk jikanya okay. Mesti ada yang dia cuba memberitahu tetapi tidak difahami. Jika membaca ayat quran tidak meredakan, maka punca dia mengamuk bukanlah kerana gangguan syaitan sahaja. Mungkin ada ketidakselesaan yang lain. Dengan memastikan semua itu, maka puan akan lebih senang menenangkan dia. Pegangan yang hendak dipegang kukuh di sini ialah anak-anak kecil tidak akan mengamuk sekiranya dia selesa.
Satu perkara yang ibu bapa selalu lepas pandang atau tidak mengetahui. Anak-anak kecil boleh nampak benda yang ghaib. Ketahuilah di pasaraya banyak syaitan-syaitan dan iblis dan benda halus berkeliaran menghasut dan memujuk orang untuk berbelanja lebih. Nabi s.a.w telah berpesan kepada kita mengenai kehadiran mereka di pasar-pasar untuk tujuan itu. Kebanyakan anak-anak kecil nampak akan semua itu dan kebanyakkan mereka tidak selesa.
Di setengah pasaraya mungkin tidak begitu tenat keadaannya, namun ada yang tenat keadaannya, maka ada anak kecil yang nampak dan mereka tidak selesa. Oleh itu jika dia mengamuk dan cuba diredakan tetapi tetap mengamuk, bawalah ke tempat lain yang lebih nyaman dan tenang. Bawak ke surau.
Wallahualam.

Salam Kasih- Ibu Rose



Saya suka baca catatan dan perkongsian Ibu Rose (Prof. Dr. Rozieta Shaary). Banyak ilmu keibubapaan yang boleh dikutip. Dalam masa yang sama barulah perasan kesilapan-kesilapan saya sebagai seorang ummi terutama terhadap Safiyyah dulu :(. Bab tantrum salah satunya. Sungguh, saya tak tahu cara tangani tantrum Safiyyah dulu. Apabila tantrumnya tak berjaya diredakan, saya jadi stress. Akhirnya, dia dimarahi :(.

Alhamdulillah, sekarang saya lebih tenang dalam menghadapi tantrum anak-anak. Walau apa keadaan pun, yang paling utama kena tenangkan diri sendiri dulu. Buat-buat tak dengar amukan anak-anak dan lepas tu barulah boleh tenangkan pula anak-anak. Kalau diri sendiri tak tenang, itu yang boleh menyebabkan stress dan mengundang kemarahan. Masa itulah syaitan mudah sangat ambil kesempatan.

Semoga Allah ampunkan saya atas kesilapan-kesilapan saya dalam mendidik anak-anak...ameen..



Sunday, November 18, 2012

Hypoglycemia

Beberapa minggu lepas saya baca artikel bertajuk Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil di blog Dr. Zubaidi. Sebelum ni saya tak tahu istilah yang diguna pakai. Yang saya tahu, apabila badan saya tiba-tiba rasa lemah, menggigil dan berpeluh, maknanya kandungan gula dalam badan saya kurang. Cepat-cepat saya ambil makanan manis (kebiasaannya coklat). Beberapa minit lepas tu badan saya kembali seperti sediakala.

Alhamdulillah saya jarang alami hypoglycemia ketika hamil. Waktu biasa (dalam keadaan tak hamil) lebih kerap berlaku. Hypoglycemia juga ada dikaitkan dengan diabetes. Setakat ni alhamdulillah saya tak menghidap diabetes (mudah-mudahan tak kena langsung sampai bila-bila..ameen..). Mungkin saya tak jaga makan agaknya. Dulu masa zaman anak dara selalu juga kena marah dengan teman serumah sebab asyik tak makan.

Waktu hamil kali ni seingat saya baru 2 kali saya kena hypoglycemia. Waktu hamil jarang kena sebab selalu lapar dan selalu cari bahan untuk dikunyah :p. Perut tak boleh lapar sikit dalam keadaan berbadan dua ni. Kalau lapar dan perut tak diisi, cepat je pedih perut macam nak kena gastrik.

Bulan Ramadhan lepas, saya kena hypoglycemia sekali. Memang rasa lemah sangat badan masa tu. Hampir-hampir nak berbuka dah tapi saya cuba bertahan. Masa tu saya belum baca lagi artikel Dr. Zubaidi tu. Dah baca, barulah sedar tindakan saya tu boleh mengundang bahaya. Tak pernah tahu pun hypoglycemia boleh mendatangkan bahaya kalau tak baca artikel Dr. Zubaidi tu. Malah, dalam keadaan serius, ia boleh memudaratkan bayi dalam kandungan jika paras glukosa dalam darah terlalu rendah.

Ada sesiapa yang pernah kena hypoglycemia?


Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidiladha 1433H



Beberapa mutiara ilmu berkenaan Aidiladha:


Tertarik dengan status Facebook Prof. Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) yang mengaitkan parenting dengan pengorbanan...
Parenting sangat memerlukan pergorbanan yang tinggi. Mana tidaknya, bila anak menangis di tengah malam, kita mesti berkorban tidur yang lena. Bila anak hendak itu dan ini untuk persekolahan mereka dan wang cuma sedikit, kita perlu berkorban apa yang kita hendak beli untuk kita bulan itu. Bila anak-anak terlalu aktif, kita perlu berkorban menahan sabar :). Sememangnya Parenting memerlukan pengorbanan! Dan Ibu yakin semua ibu bapa semua telah berkorban kecil atau besar untuk anak-anak anda.
Selamat menyambut Aidul Adha - Hari Raya Qurban. Sesungguhnya, tidak ada pengorbanan yang sia-sia. Di mata Allah, semua itu amat bermakna.
Salam Kasih, Ibu Rose.



Nota:
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat daripada saya sekeluarga di Lincoln, Nebraska :).


Sunday, October 14, 2012

'No' versi Shakir

Mengikut kamus Shakir, perkataan 'no' punya banyak maksud. No boleh jadi tak boleh atau jangan. Boleh jadi juga oh, tidak! Atau, boleh jadi juga hidung maksudnya. Senang, kan? Hanya guna satu perkataan ringkas untuk pelbagai maksud ^_^.

Kena pekalah setiap kali Shakir menyebut perkataan no. Selalunya, no yang bermaksud jangan, ditujukan buat kak longnya. Nampak je kak long buat sesuatu yang tidak sepatutnya, laju je disebut no pada kak long tapi kalau dia sendiri buat perkara yang sama, itu tidak mengapa :p.

Kalau ada barang terjatuh, no juga yang disebut Shakir. Yang mahu disebut sebenarnya adalah 'Oh, no!' tapi hanya perkataan no yang keluar dari mulutnya disebabkan masih belum pandai menyebut dua perkataan sekaligus :).

No juga bermaksud hidung menurut kamus Shakir. Jika tangannya ditunjuk pada hidung sendiri atau dipicit-picit hidung ummi mahupun papanya, hidunglah yang dimaksudkan. Setakat ni masih belum pandai menyebut nose dengan tepat. Jadinya, perkataan no jugalah yang kedengaran :).

Kopiah tak ada, snow cap papa pun jadi ^_^.
Gambar yang diambil beberapa jam sebelum rambutnya dipotong (ummi tengah tak ada kerja...anaklah menjadi mangsa :p).



Sebut pasal 'no', saya sekarang dalam proses untuk mengurangkan penggunaannya pada anak-anak. Pernah dulu terbaca berkenaan kesan penggunaan 'no', 'jangan', 'tak boleh' dan seumpamanya terhadap psikologi anak-anak tapi selalunya perkataan-perkataan tu juga yang laju keluar dari mulut saya..huhu..

Sumber: Facebook Puan Ainon Mohd.


Sekarang ni, kena usaha lebih keras lagi. Sebab apa? Sebab Shakir dah terlalu pandai menggunakannya. Kadang-kadang tu lebih dia lagi daripada ummi dan papanya. Siap dengan gaya tangan lagi kalau cakap no pada kak longnya >_<.

Bukanlah tak boleh guna langsung perkataan-perkataan tu semua tapi kena hadkan penggunaannya. Digunakan selalu, hilang keberkesanannya. Safiyyah pula cukup tak suka kalau kami kata no atau jangan padanya. Pasti memberontak. Budak besar Safiyyah yang saya terbaca, kebanyakannya memang tak suka dengan perkataan jangan. Mereka rasa diri mereka hilang kebebasan agaknya.

Jadinya, nak tak nak memang kena usaha lebih lagi untuk mengurangkan perkataan-perkataan larangan tersebut. Artikel How to Say No (Without Saying No) sedikit sebanyak dapat membantu dalam perkara ni.


Wednesday, September 26, 2012

Hukum berkaitan kanak-kanak

Ilmu yang sangat penting untuk ibubapa khususnya.




Perkara-perkara yang dihuraikan melibatkan:


  1. Air liur / Muntah.
  2. Air Kencing.
  3. Khitan.
  4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat.
  5. Saf Kanak-kanak dalam Solat.



Tuesday, July 31, 2012

Doa selepas tasyahhud akhir

Saya kongsikan di sini doa yang boleh kita amalkan setiap kali selepas tasyahhud akhir (sebelum beri salam). Ilmu baru juga buat saya ni. Saya ambil dari page Ustaz Hasrizal.




Mari kita jadikan ia sebagai suatu kelaziman di setiap penghujung solat, insyaAllah. Mudah-mudahan dengannya kita dilindungi Allah daripada 4 perkara yang disebutkan itu..ameen.


Wednesday, April 18, 2012

WW: Tudung dan cara pemakaiannya




 <Klik gambar untuk lihat lebih jelas>


Jom sama-sama betulkan cara pemakaian tudung :)



Nota: Kedua-dua gambar tersebut saya ambil dari Facebook. Sekalung penghargaan buat mereka yang menghasilkannya

Tuesday, April 19, 2011

Shakir baru sebulan dah ada jerawat..?

Pejam celik pejam celik dah sebulan dah umur Shakir. Alhamdulillah. Sekejap je masa berlalu. Err..tapi cerita pengalaman saya bersalinkan Shakir belum habis pun lagi :p. Cerita bersalin habis dah tapi cerita di hospital selama 3 hari 2 malam yang saya tak buat-buat lagi.

Petang tadi bawa Shakir ke klinik..ada temujanji dengan pediatrician (Dr.Paulus). Dr Paulus nak tengok perkembangan Shakir...susulan daripada kes dia dibawa ke emergency room lebih kurang 3 minggu lepas (yang ni pun saya belum cerita lagi dalam blog ni..haih..). Alhamdulillah masalah Shakir yang satu tu dah tak perlu nak risau. Muntah-muntah dah kurang dah..berat badan pun bertambah. Dah 3.97 kg dah berat Shakir sekarang. Patut la tangan ummi rasa cepat lenguh bila dukung Shakir :)

Alang-alang jumpa Dr Paulus, kami tanya sekali pasal ruam di muka Shakir. Dr Paulus kata itu bukan ruam biasa tapi jerawat. Dipanggil baby/neonatal acne. Kecik-kecik dah ada jerawat..hihi. Satu lagi ilmu baru saya dapat hari ni :). Tak tahu la pulak baby pun boleh ada masalah jerawat. Neonatal acne ni mungkin berpunca daripada hormon ibu yang diserap melalui plasenta di hujung kehamilan. Kebiasaannya jerawat tu muncul beberapa minggu lepas baby lahir dan akan hilang dengan sendirinya nanti.

Kalau tengok pipi Shakir, memang macam jerawat pun. Mula-mula sikit je pastu makin banyak..tu yang nampak macam jerawat tu. Rupa-rupanya memang jerawat :p


Baca selanjutnya di SINI


Nampak tak jerawat kat pipi Shakir tu? Kesian anak ummi. Takpe la ye Shakir..Shakir tetap comel di mata ummi ;)


p/s: 2 minggu lagi habis pantang ;)

Sunday, February 27, 2011

Infant CPR - Choking

Dalam entry Infant Care Class, ada yang minta saya kongsikan cara yang perlu dibuat jika anak tercekik. Agak susah untuk saya terangkan melalui tulisan semata-mata. Tadi saya cari video yang bersesuaian...jumpa la video yang agak bagus. Kat video bawah ni ditunjukkan langkah demi langkah apa yang perlu dibuat kalau baby tercekik, lebih kurang dengan yang saya belajar di Infant Care Class. Kat video ni jugak ada ditunjukkan sikit teknik CPR...



Part 1



Part 2


Video tu ada 3 part kesemuanya tapi Part 3 tu hanya duk cerita benda apa yang boleh buatkan baby tercekik, jadinya saya tak letak la kat sini. Nak tengok, cari di Youtube ye :)

Moga beroleh manfaat...

Sunday, July 25, 2010

Breastfeeding: Kolostrum?

Ilmu tentang kolostrum (susu pertama bayi) ni antara yang terpenting yang BF mom perlu tahu sebab ia antara permulaan bagi kejayaan menyusukan anak secara eksklusif. Saya copy artikel di bawah ni dari SusuIbu.Com, yang ditulis oleh Kaunselor Laktasi; Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci...


“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.


“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu-talu kepada Husna. Risau benar dia.


Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh ibu-ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.
Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.


Apakah sifat-sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning).

Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.” (Al-Jathiyah: 4).

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses-proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira-kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit-penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob-mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2)

Kajian-kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit-birit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur-ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari-hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah-curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips-tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (‘rooming in’) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (‘cross infection’) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak-anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

Rujukan:
1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.
2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.
3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.


Oleh:
Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci

Tuesday, July 13, 2010

Paul? Sotong?

Saya tahu entry ni dah terlambat. Demam bola pun dah kebah, kan? Saya tak tahu menahu langsung pasal World Cup. Nak-nak suami saya pun bukan peminat bola sepak...memang tak terasa langsung bahang World Cup tu. Tapi secara tak langsung tahu la juga sikit-sikit bila baca kat wall Facebook. Ada 1 masa tu saya ingat World Cup dah habis sebab di wall FB takde sorang pun tulis pasal World Cup. Tiba-tiba 2-3 hari lepas tu ada balik. Heh. Tak habis lagi rupanya.

Ada sekali tu pulak orang riuh duk sebut pasal sotong dan Paul. Entah apa yang diperkatakan pun saya tak faham. Ada yang kata sedap kalau sotong dibuat sambal tumis tapi dalam masa yang sama cerita pasal bola. Erk...apa kaitan sotong dengan bola? Paul tu sape pulak? Rupa-rupanya Paul tu nama sotong yang jadi sebutan ramai tu. Dan rupa-rupanya lagi, Paul si sotong tu jadi 'pak nujum' untuk World Cup!


Paul si sotong
Credit picture to Google



Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Zaharuddin berkaitan dengan hal ni:



Juga persoalan ini:

Saya padamkan nama sebab bimbang empunya diri tak suka


Ni jawapan Ustaz Zaharuddin:



p/s: harapnya takde la sorang Muslim pun percaya dengan 'tilikan' si sotong tu..

Sunday, July 11, 2010

Breastfeeding: Panduan untuk ibu yang bekerja

Entry ni sekadar panduan ringkas untuk BF mom yang bekerja. Rasanya banyak lagi yang perlu saya tulis pasal BF sebelum mula topik ibu yang bekerja ni tapi atas permintaan, saya buat ni dulu. Kebanyakan yang saya tulis ni berdasarkan ilmu dan pengalaman BF mom yang bekerja yang saya kutip (setakat yang saya ingat la). Moga dapat membantu sedikit sebanyak.


Breast pump
Pada saya, breast pump is a must bagi BF mom yang bekerja. Senang nak perah susu dan buat stok EBM (expressed breast milk). Tapi ada juga BF mom yang memilih untuk perah dengan tangan je. Saya ada juga breast pump tapi yang murah punya la; single pump & pakai bateri. Dan saya jugak pernah perah guna tangan. Letih la jugak perah guna tangan tapi bila dah mahir, ok je. Alah bisa tegal biasa ;).

Saya sarankan beli electric breast pump. Lebih efektif berbanding yang pakai bateri macam saya. Kalau pakai bateri, kejap je bateri habis. Sekarang ni saya tak guna le dah breast pump, tersimpan je dalam kotak sebab takde keperluan untuk saya buat stok EBM. Nak lebih efektif lagi, beli double pump. Ikut la budget masing-masing macam mana. Breast pump memang mahal sikit (kecuali jenis macam saya, harganya berpuluh ringgit je) tapi ia pelaburan yang baik la. Belinya sekali je tapi banyak kali boleh guna. Kalau dijaga dengan elok dan tak rosak, untuk anak seterusnya pun boleh guna lagi.


Ni jenis double pump. Yang saya pernah terbaca, double pump lebih bagus daripada single pump sebab kedua-dua breast dikosongkan serentak dan pastinya lebih cepat selesai urusan memerah tapi mahal la sikit. Ni brand Medela. Kat Malaysia, harganya 1000 lebih


Ni pulak single pump; Spectra 3 (kalau tak silap, Spectra 3 ni boleh dijadikan double pump..kena tambah gadget sikit rasanya). Murah la sikit, dalam 300 lebih


Manual breast pump. Guna ni rasanya kurang sikit la letih berbanding perah guna tangan. Harganya dalam 200 lebih. Nak tahu breast pump mana yang lebih baik/bagus Google sendiri ye. Ramai je yang buat review pasal breast pump


EBM storage
Yang ni pun perlu ada juga untuk simpan susu yang dah diperah. Ada yang pakai botol, ada yang pakai liner je. Botol mudah sikit berbanding liner tapi yang liner lebih jimat ruang bila nak simpan.


Yang ni jenis botol. Guna botol macam ni senang sikit, hanya gantikan penutup tu dengan yang berputing bila nak bagi kat anak. Tak perlu dah transfer ke dalam botol susu dah


Boleh juga pakai bekas macam ni


Ni liner (sekali guna je, disposable) tapi yang ni leceh la sikit sebab kena ikat


Liner jenis ni mudah sikit, tak perlu diikat..dah ada ziploc


Expressed breast milk (EBM)
EBM adalah susu ibu yang diperah untuk dijadikan stok bagi ibu-ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak (i.e. bekerja, berkursus). Masa dalam pantang lagi dah kena buat stok EBM, sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Lebih awal lebih bagus la sebab lebih banyak stok boleh dikumpul tapi biarlah masa tu badan dah betul-betul sihat, segar dan selesa untuk memerah susu.

Jangan letak sekali banyak dalam 1 botol/liner, takut nanti membazir kalau anak tak habiskan susu tu. Agak-agak la sekali minum berapa auns anak boleh habiskan. Kalau 3 auns, 3 auns la dalam 1 botol/liner. Sebelum mula bekerja tu kena ajar anak minum susu ibu guna botol, takde la nanti anak terkejut tiba-tiba bertukar puting. Masa tu boleh la tahu berapa auns habis untuk sekali minum.


Tempoh EBM boleh bertahan:
  • Suhu bilik: 8-10 jam
  • Bawah sikit dari suhu bilik (i.e. cooler with ice packs): 24 jam
  • Peti ais (belah bawah): 7-8 hari
  • Freezer (belah atas): 3 bulan (yang ni kalau peti ais 2 pintu, kalau 1 pintu tu lain rasanya tempohnya)
  • Deep freezer: 6 bulan

Note: Setiap kali buat stok, letakkan label (tarikh dan masa) pada setiap botol/liner, supaya boleh tahu sampai bila susu tu boleh diguna. Guna EBM yang bertarikh paling awal dulu takut nanti tak terperasan susu tu expired


Cara nyahbeku EBM:
  1. Malam sebelum nak pergi kerja, pindahkan EBM (bergantung pada jumlah yang nak dibawa ke tempat pengasuh anak) dari freezer ke peti ais belah bawah. Selalunya 12 jam baru defrost bila dipindahkan ke peti ais bawah. Masukkan dalam cooler bag untuk dibawa ke tempat pengasuh
  2. Esoknya bila dah nak bagi susu kat anak, rendam botol EBM dalam air suam atau alirkan botol tu bawah air suam (jangan guna air panas) sampai hilang sejuk. Kalau simpan EBM dalam plastik, transfer dulu dalam botol susu. Atau boleh juga guna warmer (jangan sesekali panaskan guna microwave atau atas dapur). Jangan goncangkan susu tu ye..susu ibu memang akan ada 2 lapisan. Swirl je botol tu perlahan-lahan

Perhatian: EBM yang dah dinyahbeku tak boleh dibekukan semula

Perhatian #2: susu ibu (EBM) tak boleh digoncang


Warmer


Berapa kali perlu perah susu?

Kebanyakan yang saya baca:
  • Hari bekerja: 3 kali di tempat kerja (atau bila-bila masa susu penuh) dan 3 kali (sekurang-kurangnya) bila berada di rumah
  • Hari cuti: Seberapa kerap yang boleh

Note: Kalau kat tempat kerja ada peti ais, boleh la tumpang simpan situ sementara tunggu habis waktu bekerja. Kalau takde, simpan dalam cooler bag yang diletakkan ice pack di dalamnya


Credit pictures to Google


BF = breastfeed/breastfeeding
EBM = expressed breast milk


p/s: kalau ada tambahan, insyaAllah nanti saya buat di entry lain

p/p/s: mana-mana BF mom yang nak tambah, amat saya alu-alukan :). Nanti saya boleh compile buat dalam 1 entry

p/p/s: saya sangat kagum dengan ibu-ibu yang bekerja tapi masih nak menyusukan anak dengan susu badan. Tanpa azam, tanpa disiplin, tanpa kerajinan...ia bukan sesuatu yang mudah

Tuesday, July 6, 2010

Ibu susuan

Dalam entry pasal breastfeeding yang lepas saya ada tinggalkan persoalan di situ. Apa agaknya yang terbaik kita nak bagi pada anak kita sebagai alternatif seandainya kita tak mampu menyusukan anak sendiri atas sebab-sebab tertentu?

Jawapan saya: susu ibu juga. Bezanya, bukan dari kita tapi dari ibu yang lain. Dengan kata lain, ibu susuan. Zaman sekarang ni memang rasa janggal bila disebut pasal ibu/anak susuan. Saya sendiri pun tak terfikir pasal ni sehinggalah saya 'terjumpa' beberapa orang blogger yang merupakan ibu susuan. Dah la diorang muda-muda lagi dari saya. Memang respect la!

Hari tu pulak saya terbaca di blog Radieah berkaitan ibu susuan ni. Saya petik sikit ayat dari entry Radieah:

"Melihat kepada situasi tersebut menurut Ustaz Hassan Din al-Hafiz, beliau menyarankan supaya dihidupkan kembali konsep ibu susuan kerana adalah tidak layak seorang bayi yang diciptakan oleh Allah s.w.t dengan sebaik-baik kejadian diberikan susu binatang."

Klik link yang saya bagi tu untuk baca keseluruhan entry.



Bawah ni pulak saya copy dari blog Noriza. Noriza dan Radieah ni kedua-duanya 'adik' saya :). Noriza ni anak dara lagi (jangan marah akak naa Ija..ehe..) tapi apa salahnya cedok sikit ilmu yang dia ada..

Baru-baru ini saya menyertai talkshow Nisa' Wilayah yang bertajuk "Nilai setitis Susu Ibu". Di antara panel jemputan yang hadir ialah Ustazah Teh Izanuri yang merupakan seorang kolumnis Majalah Muslimah dan Puan Rita Rahayu yang merupakan Pakar Laktasi. 2 input penting yang paling saya ingati daripada kedua-dua panel tersebut ialah:

1. Menyusukan anak adalah merupakan hak seorang ibu
.-Ustazah Teh

Ya, ia hak seorang ibu. baru saya tahu bahawa seorang bapa juga tidak mempunyai hak untuk memaksa isteri menyusukan anak sekiranya isterinya tidak mahu. Bahkan wajib bagi sang suami mencarikan ibu susuan anak2nya sekiranya keadaan isteri tersebut tidak mengizinkan (tidak mempunyai susu) sedangkan dirinya mahukan anak2nya mendapat susu ibu. Walaupun hak mutlak memberi susu jatuh ke tangan sang ibu, namun seorang isteri dan ibu yang baik tidak akan mensia-siakan hak seorang anak untuk disusukan..



2. Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza bergantung kepada apa yg dimakannya.
- Puan Rita

Andaikata si ibu menyusukan anaknya selepas menikmati kelazatan durian, maka si anak dapatlah merasa susu perasa durian. Hal ini tidak akan dapat dinikmati oleh anak-anak yang minum susu tepung kerana rasa susu tepung tersebut adalah sama dan tidak akan berubah. Selain menimbulkan kejemuan, ia juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan otak bayi.


Ustazah juga turut menceritakan perbezaan kecerdasan menghafal bagi 2 orang anaknya. Yang seorang diberikan susu badan secara penuh dan seorang lagi dicampur susu badan dan susu tepung. Al-hasil anak yang diberikan susu badan secara penuh lebih cepat menghafal berbanding yang seorang lagi
.



p/s: hmm..mungkin perlu dibuat kempen juga agaknya untuk menggalakkan dan mengembalikan konsep ibu susuan ni sekali dengan kempen breastfeeding..

Monday, July 5, 2010

How long do you breastfeed?

Itu adalah tajuk perbincangan dalam kalangan breastfeeding mom yang saya terbaca 2-3 hari lepas. Sebelum ni saya ada kata nak cerita serba sedikit tentang breastfeeding (selepas ni akan ditulis sebagai BF) tapi saya tak tahu di mana nak mula dan apa yang nak diceritakan. Jadinya, saya guna la tajuk perbincangan tu sebagai permulaan cerita BF di sini.

InsyaAllah saya tulis setakat yang saya tahu pasal BF. Bukan nak tunjuk pandai, hanya sekadar berkongsi ilmu. Pernah terdetik di hati saya sebelum ni nak tulis pasal BF tapi niat saya tu terpadam macam tu je sebab fikir ilmu saya pasal BF bukannya banyak sangat dan banyak juga BF mom yang dah cerita pasal BF ni. Lagipun, saya sendiri baru menyusukan sorang anak je, itu pun belum sampai 2 tahun pun lagi. Tapi bila ada yang request saya cerita pasal BF, baru saya sedar masih ada lagi yang tercari-cari ilmu BF macam yang pernah saya alami 1 ketika dulu (sampai sekarang pun sebenarnya saya masih mencari dan mengutip ilmu BF)..




How long do you breastfeed? Saya tukar sikit la persoalan tu kepada 'How long should we breastfeed our baby?'. Atau dengan kata lainnya, berapa lama sepatutnya kita menyusukan anak dengan susu ibu? Kalau dalam kalangan mat salleh, kebanyakannya kata minimum setahun. Dalam Islam pulak, ada dah tercatat dalam al-Quran...


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."
(al-Baqarah: 233)


Jelas tercatat di situ...2 tahun adalah tempoh untuk melengkapkan/menyempurnakan penyusuan. Kenapa 2 tahun? Wallahua'lam. Pastinya ada hikmah di sebaliknya. Allah yang menciptakan kita, Dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Nak melanjutkan tempoh BF? Takde masalah...dengan syarat ada persetujuan daripada suami (",).

Hanya tinggal kita je untuk berusaha (berusaha ni termasuklah mencari ilmu tentang BF), berdoa supaya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk menyusukan anak dan seterusnya tawakkal padaNya yang satu. Azam pun penting juga. Sejak mengandung lagi perlu tanam azam dalam diri nak menyusukan anak selama 2 tahun. InsyaAllah bila ada azam yang kuat, kita takkan mudah putus asa tatkala berhadapan dengan cabaran BF.

Kalau takde ilmu tentang BF memang payah. Bendanya nampak mudah. Yup, nak BF anak memang mudah tapi jika takde ilmu hatta sedikit pun pasal BF, memang akan menjadi masalah. Apa itu kolostrum? Kenapa susu kurang? Kenapa nip*le sakit bila menyusukan anak? Apa itu exclusive breastfeeding? Macam mana nak tambahkan susu badan? Itu semua perlukan ilmu.

Saya tahu ramai juga tak dapat menyusukan anak sampai 2 tahun disebabkan pelbagai cabaran yang mendatang. Sekurang-kurangnya diorang dah berusaha sedaya mungkin untuk menyusukan anak diorang dengan susu ibu, yakni susu yang paling berkhasiat dan terbaik untuk anak-anak. Saya ni pun tak sangka juga dapat menyusukan Safiyyah sehingga ke hari ini, di usianya setahun setengah (18 bulan), alhamdulillah. Mudah-mudahan dipermudahkan sehingga tempoh 6 bulan lagi hendaknya..ameen..

Tak mampu menyusukan anak sendiri disebabkan masalah kesihatan atau takde susu walaupun dah cuba macam-macam cara? Agak-agaknya apa yang terbaik ye kita nak bagi pada anak kita sebagai alternatif? Susu lembu? Susu kambing? Susu formula? Susu berasaskan soya? Mari kita fikir sama-sama..


Nanti saya sambung kat entry lain ye! Hee..

Wednesday, May 19, 2010

Ikat sanggul tinggi-tinggi

Saya terbaca status Facebook Ustaz Hasrizal pagi tadi:



Saya rasa macam aneh je wanita bertudung yang ikat sanggul tinggi-tinggi. Kelakar pun ada. Tapi ada juga yang kata ikat sanggul tinggi-tinggi lagi cantik. Cantik tang mana pun saya tak tahu. Ke...saya yang tak up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini lagi sensasi? Huhu...


Cantik ke buat macam ni? angkatkening


“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223)


Nak berfesyen boleh tapi jangan la sampai fesyen kita tu mengundang laknat Allah sudah la ye...


p/s: boleh baca juga artikel Haslinda A. Karim di blog kakchik

Thursday, March 4, 2010

Pandangan Irfan Khairi dan UZAR tentang ID

Infinity Downline (ID) heboh diperkatakan di kalangan pengguna Facebook sejak skim 'Login Facebook dapat RM100 hari-hari' muncul. Mula-mula tu, saya buat tak endah je dengan benda tu. Dalam hati rasa benda tu menipu je. Ye la, takkan la login FB je senang-senang dapat RM100. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali...

Siapa yang dah join skim tu memang dapat RM100 sungguh-sungguh, bukan tipu-tipu macam yang saya sangka sebelum tu. Ada yang ambil inisiatif bertanyakan Ustaz Zaharuddin (UZAR) pasal skim tu dan UZAR pun dah ulas panjang lebar di website beliau dan UZAR berpendapat bahawa umat Islam haram menyertainya. Klik sini untuk baca artikel berkenaan [pesanan: baca dengan mata hati dari awal sampai habis ye artikel tu].

Tadi pula saya terbaca pasal pendapat Irfan Khairi (rasanya semua tahu kot sape Irfan Khairi), tentang hal yang sama (saya copy dari website UZAR di link yang sama seperti di atas yang UZAR baru letakkan di bahagian TAMBAHAN)...


Pada 2 Mac 2010 yang lalu, saya ada berbalas email dengan jutawan internet, Sdr Irfan Khairi berkenaan satu urusan bisnes. Terlanjur beliau menghantar email kepada saya, saya mengambil kesempatan untuk meminta pandangan beliau berkenaan Infinity Downline khususnya dari sudut kewibawaan bisnes dan kebolehpercayaan.

Berikut adalah jawapan beliau melalui emailnya kepada saya. Itulah jawapan pakar jualan melalui internet yang sering dijadikan rujukan dalam hal pemasaran internet. Kesimpulan, beliau bersetuju dengan saya bahawa Infinity Downline adalah SKIM CEPAT KAYA.

Harap jangan pula ada yang akan menuding jari bahawa Irfan Khairi tidak mengetahui beza program MLM, Affiliate dan Skim Cepat Kaya. Antara jual barang sebenar dan jual kepala cepat kaya.

Zaharuddin Abd Rahman


__________________________________



From: RahsiaInternet.com

To: zaharuddin arahman

Sent: Wed, March 3, 2010 4:55:54 PM

Subject: Re: explaination from Irfan Khairi ;)


Assalamualaikum Ustaz,


great to hear from you.


Uzar, as for infinity downline you asked, i totally agree with your post. what i see from the founder company is that if im not wrong, they dont profit directly money wise from the system as the monies are rolled within downlines. however, the founder company benefits from collecting a huge database to do followup sales of other products. Probably using an autoresponder there ;)

The business model for the founder company is to increase their mailing list, and in online business, the bigger list u have, the more you can profit from selling other products.

I do get questions from others about infinity downline, and my usual answer (also applies to other similar programs) is that, if it smells like skim cepat kaya, then, it is a skim cepat kaya ;) and i would say that too for infinity downline.

the thing is, most people (malay's unfortunately) before joining, mereka dah rasa ragu2 dan dari segi scam and also halal/haram issue.. but some how they do it anyway because of the "want to be cepat kaya urge". which is sad too for me as i always teach it takes time, effort and ilmu to be successful in business.


Best wishes to you and you family there.

-irfan khairi


p/s: kalau ada sape-sape yang tak setuju dengan pendapat mereka berdua, jangan berhujah dengan saya ye. Nak berhujah, berhujah la dengan 'ahlinya' (UZAR, Irfan Khairi atau sesiapa sahaja yang ada ilmu tentang perkara tersebut) peace



p/p/s: sedih dengan berita terbaru berkenaan Haresvarran, kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat dipukul dan dipijak jiran...apa la nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni.. sedih

Friday, January 8, 2010

Lipas dan kupu-kupu

Sape tahu persamaan lipas dan kupu-kupu?







Kedua-duanya adalah serangga! Itu je la yang saya tahu...yang lain tak tahu jelir. Jangan marah naa...nanti kena jual! peace

Sebenarnya, masa saya duk godek-godek gambar hari tu, terjumpa gambar bawah ni:

Suami saya dan kawannya, si lipas sengihnampakgigi


Tu yang terfikir nak tulis pasal lipas. Sebelum suami duk bising suruh update blog (padahal blog dia sendiri dah berzaman takde entry baru jelir), baik saya cerita pasal lipas ni senyumkenyit. Erk..tapi kalau salah fakta harus kena marah jelir. Gambar tu diambil 4 bulan lepas. Suami saya kena study pasal lipas tu. Dibawanya balik ke rumah. Saya ni memang jakun la, mana pernah jumpa lipas tu tapi sekarang takde dah lipas tu kat rumah kami, suami saya dah pulangkan balik kat lecturer lepas je habis research pasal lipas tu.

Lipas tu bukan lipas biasa yang kita jumpa kat rumah, kat tempat-tempat kotor tu. Itu adalah Madagascar Hissing Cockroach atau nama saintifiknya, Gromphadorhina portentosa (terbelit-belit lidah nak menyebutnya! jelir). Ada orang jadikan lipas tu sebagai pet. Huhu..tak tau la sape yang suka nak jadikan lipas tu as pets. Walaupun lipas tu bukan jenis pengotor tapi dah namanya pun lipas...geli la!

Uniknya, lipas ni keluarkan bunyi hissing (sebab tu namanya pun hissing cockroach)...betul-betul macam ular tapi lipas ni sangat la tak aktif. Kalau letak kat tangan, statik gitu je la. Unless kalau kita usik lipas tu. Masa tu boleh la dengar bunyi hissing tu dan baru la nampak lipas tu bergerak. Oh, kalau tempat gelap, memang lipas tu aktif. Dan lipas tu takde kepak macam lipas biasa kenyit.


Si kenit ni pun sibuk jugak nak main lipas Madagascar tu. Masa ni Safiyyah baru 8 bulan kenyit. Nak suruh saya pegang??? Jangan harap la! Bukannya saya takut, cuma geli je jelir


Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal Madagascar cockroach ni, boleh klik sini, sini, dan di sini. Takleh cerita banyak-banyak, kang salah fakta kang, harus kena lecture dengan suami. Silap-silap, sampai esok pun tak habis lagi lecture nya! sengihnampakgigi


Bawah ni pulak gambar ulat kupu-kupu. Yang ni pun suami saya kena belajar di semester lepas. Masa tu saya ternampak gambar ulat ni dalam kamera suami saya.


"Eii...abang, ulat apa ni? Gelinya!" berkerut-kerut dahi saya sambil bertanya suami.

"Itu la ulat kupu-kupu," jawab suami. Ringkas.

"Hah? Ye ke? Oo..macam ni ye rupa ulat kupu-kupu?" Haha...terserlah kejakunan saya jelir.

Mana la saya pernah tengok ulat kupu-kupu. Rupa macam mana pun saya tak tau. Yang saya tahu, bentuk macam tu adalah ulat ihikhik.


Yang bawah ni pulak telur kupu-kupu. Kecik aje telurnya..

Mula-mula halus je ulat kupu-kupu tu. Lama-lama jadi gemuk macam gambar atas tu


Ulat kupu-kupu atas daun. Cantik, kan?


Sejak saya tengok gambar tu, hampir setiap hari saya duk tanya ulat tu dah besar mana, dah bertukar jadi kepompong ke belum...sampai suami pun malas nak jawab ihikhik. Pastu saya suruh suami bawa balik ulat tu. Sampai ulat tu dah jadi kepompong pun suami saya tak nak bawa balik. Hujung bulan lepas baru la suami saya bawak balik kepompong tu ke rumah sebab saya duk bising kata nak tengok kupu-kupu keluar dari kepompong depan mata sendiri. Ni semua gara-gara saya tengok kartun Little Bill la ni yang sanggup tunggu siang malam kupu-kupu tu keluar dari kepompong jelir.


Ni la rupa kepompong


Sejak suami bawak kepompong tu balik rumah, hampir setiap hari saya tengok dia dah bertukar ke belum. Betul-betul teringin nak tengok macam mana gayanya kupu-kupu keluar dari kepompong. 3hb lepas, tengok-tengok kupu-kupu dah ada kat sebelah kepompongnya! nangih Tak sampai hajat nak tengok macam mana kupu-kupu tu keluar. Rasanya kupu-kupu tu keluar hari sebelumnya, masa birthday Safiyyah. Masa tu saya memang tak tengok langsung kepompong tu sebab duk sibuk memasak. Huhu...frust betul..


Kupu-kupu dan kepompongnya


Kupu-kupu ni sempat hidup 2-3 hari je. Suami kata mungkin kupu-kupu tu tak cukup zat, tu yang tak dapat bertahan lama..