Breast pump
Pada saya, breast pump is a must bagi BF mom yang bekerja. Senang nak perah susu dan buat stok EBM (expressed breast milk). Tapi ada juga BF mom yang memilih untuk perah dengan tangan je. Saya ada juga breast pump tapi yang murah punya la; single pump & pakai bateri. Dan saya jugak pernah perah guna tangan. Letih la jugak perah guna tangan tapi bila dah mahir, ok je. Alah bisa tegal biasa ;).
Saya sarankan beli electric breast pump. Lebih efektif berbanding yang pakai bateri macam saya. Kalau pakai bateri, kejap je bateri habis. Sekarang ni saya tak guna le dah breast pump, tersimpan je dalam kotak sebab takde keperluan untuk saya buat stok EBM. Nak lebih efektif lagi, beli double pump. Ikut la budget masing-masing macam mana. Breast pump memang mahal sikit (kecuali jenis macam saya, harganya berpuluh ringgit je) tapi ia pelaburan yang baik la. Belinya sekali je tapi banyak kali boleh guna. Kalau dijaga dengan elok dan tak rosak, untuk anak seterusnya pun boleh guna lagi.
Ni jenis double pump. Yang saya pernah terbaca, double pump lebih bagus daripada single pump sebab kedua-dua breast dikosongkan serentak dan pastinya lebih cepat selesai urusan memerah tapi mahal la sikit. Ni brand Medela. Kat Malaysia, harganya 1000 lebih
Ni pulak single pump; Spectra 3 (kalau tak silap, Spectra 3 ni boleh dijadikan double pump..kena tambah gadget sikit rasanya). Murah la sikit, dalam 300 lebih
Manual breast pump. Guna ni rasanya kurang sikit la letih berbanding perah guna tangan. Harganya dalam 200 lebih. Nak tahu breast pump mana yang lebih baik/bagus Google sendiri ye. Ramai je yang buat review pasal breast pump
EBM storage
Yang ni pun perlu ada juga untuk simpan susu yang dah diperah. Ada yang pakai botol, ada yang pakai liner je. Botol mudah sikit berbanding liner tapi yang liner lebih jimat ruang bila nak simpan.
Yang ni jenis botol. Guna botol macam ni senang sikit, hanya gantikan penutup tu dengan yang berputing bila nak bagi kat anak. Tak perlu dah transfer ke dalam botol susu dah
Expressed breast milk (EBM)
EBM adalah susu ibu yang diperah untuk dijadikan stok bagi ibu-ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak (i.e. bekerja, berkursus). Masa dalam pantang lagi dah kena buat stok EBM, sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Lebih awal lebih bagus la sebab lebih banyak stok boleh dikumpul tapi biarlah masa tu badan dah betul-betul sihat, segar dan selesa untuk memerah susu.
Jangan letak sekali banyak dalam 1 botol/liner, takut nanti membazir kalau anak tak habiskan susu tu. Agak-agak la sekali minum berapa auns anak boleh habiskan. Kalau 3 auns, 3 auns la dalam 1 botol/liner. Sebelum mula bekerja tu kena ajar anak minum susu ibu guna botol, takde la nanti anak terkejut tiba-tiba bertukar puting. Masa tu boleh la tahu berapa auns habis untuk sekali minum.
Tempoh EBM boleh bertahan:
- Suhu bilik: 8-10 jam
- Bawah sikit dari suhu bilik (i.e. cooler with ice packs): 24 jam
- Peti ais (belah bawah): 7-8 hari
- Freezer (belah atas): 3 bulan (yang ni kalau peti ais 2 pintu, kalau 1 pintu tu lain rasanya tempohnya)
- Deep freezer: 6 bulan
Note: Setiap kali buat stok, letakkan label (tarikh dan masa) pada setiap botol/liner, supaya boleh tahu sampai bila susu tu boleh diguna. Guna EBM yang bertarikh paling awal dulu takut nanti tak terperasan susu tu expired
Cara nyahbeku EBM:
- Malam sebelum nak pergi kerja, pindahkan EBM (bergantung pada jumlah yang nak dibawa ke tempat pengasuh anak) dari freezer ke peti ais belah bawah. Selalunya 12 jam baru defrost bila dipindahkan ke peti ais bawah. Masukkan dalam cooler bag untuk dibawa ke tempat pengasuh
- Esoknya bila dah nak bagi susu kat anak, rendam botol EBM dalam air suam atau alirkan botol tu bawah air suam (jangan guna air panas) sampai hilang sejuk. Kalau simpan EBM dalam plastik, transfer dulu dalam botol susu. Atau boleh juga guna warmer (jangan sesekali panaskan guna microwave atau atas dapur). Jangan goncangkan susu tu ye..susu ibu memang akan ada 2 lapisan. Swirl je botol tu perlahan-lahan
Perhatian: EBM yang dah dinyahbeku tak boleh dibekukan semula
Perhatian #2: susu ibu (EBM) tak boleh digoncang
Warmer
Berapa kali perlu perah susu?
Kebanyakan yang saya baca:
- Hari bekerja: 3 kali di tempat kerja (atau bila-bila masa susu penuh) dan 3 kali (sekurang-kurangnya) bila berada di rumah
- Hari cuti: Seberapa kerap yang boleh
Note: Kalau kat tempat kerja ada peti ais, boleh la tumpang simpan situ sementara tunggu habis waktu bekerja. Kalau takde, simpan dalam cooler bag yang diletakkan ice pack di dalamnya
Credit pictures to Google
BF = breastfeed/breastfeeding
EBM = expressed breast milk
p/s: kalau ada tambahan, insyaAllah nanti saya buat di entry lain
p/p/s: mana-mana BF mom yang nak tambah, amat saya alu-alukan :). Nanti saya boleh compile buat dalam 1 entry
p/p/s: saya sangat kagum dengan ibu-ibu yang bekerja tapi masih nak menyusukan anak dengan susu badan. Tanpa azam, tanpa disiplin, tanpa kerajinan...ia bukan sesuatu yang mudah
17 comments:
hmmm good info..mmg good info..suka la liner yg dispossable tu..mcm jimat tempat n senang..buang je trus..hehe..
hmmm good info..mmg good info..suka la liner yg dispossable tu..mcm jimat tempat n senang..buang je trus..hehe..
Huhu..k.ana dah melepas utk baby adlin cuma bertahan sampai 8 bln sj.Kena buat azam baru kalo mngandung pula nnti.kena lebih well prepared.
ma cih nadiah...bleh x k yati nak copy entry ni...nak jadikan guide...
saya yang lambat lg nak ada anak pon suka baca entry nih.
sgt berguna.
suziey: haa..liner tu mmg jimat ruang nak simpan tapi pakai buang macam rugi la pulak
suhana: takpe, takpe..insyaAllah next baby mesti berjaya fully breastfeed ;)
kak yati: copy la kak yati..sblm nadiah bertukar fikiran mintak bayaran..ehe..
husna: :)
ish iza rs medela tu xdela murah mcm tu.kat sini pun harga $1500.kalau kat malasyia lg mahal kot
kakyong pun kagum dgn ibu2 yg bekerja yg masih gigih BF.. & kakyong gembira dpt kenal kwn2 blog yg mcm ni...
utk lebih lanjut boleh refer kat blog hana sbb hana ni LC
http://hanaseman.blogspot.com/
izza: kat malaysia harganya dlm 1700
kakyong: yup, nadiah pun gembira dpt kenal diorg. tq kakyong bg url tu :)
izza: silap..yg gmbr tu mmg mahal. 1 jenis lg double pump (medela jgk) harganya 1000 lebih
waa...kak nadiah..sangat gembira dengan email ni..harap2 boley terlaksana nanti insyaAllah....
-aza- hehe laju je ter enter..
salam...entry ni berguna sgt ;)
cuma nk tau kenapa susu ibu x leh digoncang?
satu lagi kak..ada kata antara sebab working mom stop BF (walaupun sukses the 1st 2 months) is, susu tak cukup.
berdasarkan pendapat akak cane?
aza: insyaAllah aza blh fully BF anak nnt :). psl persoalan tu...sbnrnya susu ibu insyaAllah cukup utk anak walaupun ibu terpaksa berjauhan dgn anak buat sementara waktu (kerja). tapi as a working mom, nak pastikan anak fully BF kena lebih rajin sikit. pam tak boleh miss dan bila anak ada di sisi, kena kerap menyusukan anak secara direct (hisap payu dara la maksudnya). bkn susu tak cukup cuma kurang ilmu psl BF. nanti insyaAllah akk cerita dgn lebih mendlm..
fata: nnt akk jwb kat entry lain ok :)
thanks akak..kene prepare mental n fizikal dari skrang...^__^
sgt suka bc entry ni..saya ibu yg masih belajar..kalu la ada bajet utk beli pump yg elektrikkan bgus..susu bdn sy xbyk kak..kalu pam kerap pun xkuar..saya pakai pam murah je..
Post a Comment