Pages

Monday, July 5, 2010

How long do you breastfeed?

Itu adalah tajuk perbincangan dalam kalangan breastfeeding mom yang saya terbaca 2-3 hari lepas. Sebelum ni saya ada kata nak cerita serba sedikit tentang breastfeeding (selepas ni akan ditulis sebagai BF) tapi saya tak tahu di mana nak mula dan apa yang nak diceritakan. Jadinya, saya guna la tajuk perbincangan tu sebagai permulaan cerita BF di sini.

InsyaAllah saya tulis setakat yang saya tahu pasal BF. Bukan nak tunjuk pandai, hanya sekadar berkongsi ilmu. Pernah terdetik di hati saya sebelum ni nak tulis pasal BF tapi niat saya tu terpadam macam tu je sebab fikir ilmu saya pasal BF bukannya banyak sangat dan banyak juga BF mom yang dah cerita pasal BF ni. Lagipun, saya sendiri baru menyusukan sorang anak je, itu pun belum sampai 2 tahun pun lagi. Tapi bila ada yang request saya cerita pasal BF, baru saya sedar masih ada lagi yang tercari-cari ilmu BF macam yang pernah saya alami 1 ketika dulu (sampai sekarang pun sebenarnya saya masih mencari dan mengutip ilmu BF)..




How long do you breastfeed? Saya tukar sikit la persoalan tu kepada 'How long should we breastfeed our baby?'. Atau dengan kata lainnya, berapa lama sepatutnya kita menyusukan anak dengan susu ibu? Kalau dalam kalangan mat salleh, kebanyakannya kata minimum setahun. Dalam Islam pulak, ada dah tercatat dalam al-Quran...


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."
(al-Baqarah: 233)


Jelas tercatat di situ...2 tahun adalah tempoh untuk melengkapkan/menyempurnakan penyusuan. Kenapa 2 tahun? Wallahua'lam. Pastinya ada hikmah di sebaliknya. Allah yang menciptakan kita, Dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Nak melanjutkan tempoh BF? Takde masalah...dengan syarat ada persetujuan daripada suami (",).

Hanya tinggal kita je untuk berusaha (berusaha ni termasuklah mencari ilmu tentang BF), berdoa supaya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk menyusukan anak dan seterusnya tawakkal padaNya yang satu. Azam pun penting juga. Sejak mengandung lagi perlu tanam azam dalam diri nak menyusukan anak selama 2 tahun. InsyaAllah bila ada azam yang kuat, kita takkan mudah putus asa tatkala berhadapan dengan cabaran BF.

Kalau takde ilmu tentang BF memang payah. Bendanya nampak mudah. Yup, nak BF anak memang mudah tapi jika takde ilmu hatta sedikit pun pasal BF, memang akan menjadi masalah. Apa itu kolostrum? Kenapa susu kurang? Kenapa nip*le sakit bila menyusukan anak? Apa itu exclusive breastfeeding? Macam mana nak tambahkan susu badan? Itu semua perlukan ilmu.

Saya tahu ramai juga tak dapat menyusukan anak sampai 2 tahun disebabkan pelbagai cabaran yang mendatang. Sekurang-kurangnya diorang dah berusaha sedaya mungkin untuk menyusukan anak diorang dengan susu ibu, yakni susu yang paling berkhasiat dan terbaik untuk anak-anak. Saya ni pun tak sangka juga dapat menyusukan Safiyyah sehingga ke hari ini, di usianya setahun setengah (18 bulan), alhamdulillah. Mudah-mudahan dipermudahkan sehingga tempoh 6 bulan lagi hendaknya..ameen..

Tak mampu menyusukan anak sendiri disebabkan masalah kesihatan atau takde susu walaupun dah cuba macam-macam cara? Agak-agaknya apa yang terbaik ye kita nak bagi pada anak kita sebagai alternatif? Susu lembu? Susu kambing? Susu formula? Susu berasaskan soya? Mari kita fikir sama-sama..


Nanti saya sambung kat entry lain ye! Hee..

15 comments:

deena farhana said...

bagus susu ibu ni..kata mama la...deena xreti nk komen pnjg sbb xde baby lg..:P

Kamalia said...

salam nadiah..hehehe..kalu ckp BF ni,mmg sy rasa sy la yg plg brtuah..brjaya BF twin smpai umur 2tahun.skang ni dlm proses brhentikan BF,(sbb dah xlrt sgt,susu pun dh xde,ggi mama dah reput)..alhamdulillah sblm ni susu sentiasa mencukupi ..bila org luar tgok sy BFkn twin ni pun diorg agak kagum gak,sbb sy bole BF twin dlm wktu yg sama(football hold).:))

-azaBaik- said...

adeihh...ada 'to be continued' plak..takpe2 saya sabar menunggu...

hmm azam tu ada..tapi agak risau sebab berkerja...kalau ada rezeki kak nadiah kupas sekali isu ummi berkerja tapi nak BF..huu..

syukran

Mek Rose said...

lagi beberapa hari dapat susukan anak sepenuhnya selama setahun..

insyaAllah akan diteruskan sampai 2 tahun..semoga dipermudahkan..aminn

Chik Na said...

beruntung Safiyyah dapat susu ummi sampai sekarang.. bukan setakat safiyyah beruntung .. ummi pun dapat berjimat ;-)

Nia said...

saya ni ibu BF yg gagal. 2 bln aje. ;(

AKU & DONASHI

Nia said...

saya ni ibu BF yg gagal. 2 bln aje. ;(

AKU & DONASHI

Nadiah Sidek said...

hehe..nnt akk kongsikan ye :)

Nadiah Sidek said...

hehe..nanti akak kongsikan ye ;)

ibu_Arifa said...

saya pun mcm Nadiah jugak dah dekat 1 tahun 9 bulan Dalila full BF dgn saya. alhamdulillah..tak lama lagi nak sampai target 2thn..teringin jgk nak tau susu apa yg boleh kita gantikan selepas capai target BF 2tahun ni. org kata susu kambing bagus dari susu lembu? betul ke?

lina said...

Tahniah nadiah..suka lina pun ada juga tulis pasal BF...ada yg tanya pasal ibu yg bekerja boleh refer ke link ini...http://lina-klina.blogspot.com/2009/12/breastfeed-journey-amazing.html

aLyNnZ said...

Danish dh bercerai susu bdn..alhamdulillah juga danish merasa susu bdn semasa danish menghampiri umur setahun..

bgs lar n3 nadiah kali nie..

HuMayRah HaYatI said...

lorrrr....dok tgh khusyuk baca..tiba2 terputus....huhu...ape2pun thanx nadiah for d info....

Nadiah Sidek said...

deena: nnt deena ada baby, susukan anak dgn susu bdn tau :)

kamalia: wah..tabik la dgn akk! nadiah tak reti menyusu anak cara football hold..tak praktik, mana nak reti..haha..

aza: hehe..nnt akk kongsikan ye ;)

rose: moga dipermudahkan..ameen..

chik na: alhamdulillah, rezeki :)

nia: alahai nia..jgn la mcm tu. berjaya BF 2 bln tu bkn lg gagal namanya. mesti ada cerita di sebaliknya, kan? takpe, next baby insyaAllah berjaya ;)

ibu arifa: kalau lps 2 tahun tu sy tak tahu la pulak. pernah jgk dgr psl susu kambing tapi tak pasti la

lina: nadiah suka baca BF journey org. tq bg link ;)

alynnz: mungkin next baby alin blh fully BF sampai 2 thn pulak ;)

kak yati: you're most welcome ;)

shila said...

x sabar nk tau info psl BF =)insyaAllah kak nadiah dpt BF safiyyah smpai 2 thn.. ameen