Eh, nak cerita pasal trip tapi letak gambar bunga pulak. Hehe. Pink roses ni saya jumpa depan Econolodge. Cantik, tu yang saya snap tu. Masa ni musim bunga ros baru bermula. Pergi mana-mana jumpa je bunga ros
Kami keluar lambat sikit di hari ke-7 ni...dalam pukul 11 baru kami check out dari Econolodge. Masing-masing keletihan dengan perjalanan jauh dan sakan berjalan hari sebelum tu. Dah la sebelum tu pukul 2 pagi baru check in kat Econolodge. Lepas Subuh tidur balik, tu yang terlajak masa tu..ehe. Masa kami banyak dihabiskan di sekitar Washington DC je hari tu. Perancangan asal nak jalan-jalan kat situ dalam 2-3 jam je tapi disebabkan kami keluar lambat dan berjam-jam lamanya duk cari parking, hampir malam juga la kami di Washington DC.
Saya dan suami macam berpakat pulak pakai biru-putih. Memang tak pakat dan tak plan pun. Suami bukannya suka sangat lagipun baju suami saya banyak warna biru, saya pulak banyak warna pink..macam mana nak pakai sedondon :p. Yang tinggi di belakang tu adalah Washington Monument
Tengah menyusukan Safiyyah pun sempat lagi bergambar..ehe. Orang lain tak tahu pun saya tengah menyusukan Safiyyah. Betul! Syafiq yang tolong ambil gambar ni pun tak tahu, siap tanya lagi kenapa Safiyyah duduk macam tu. Bila suami saya kata Safiyyah tengah menyusu, reaksi Syafiq: "La...". Orang mungkin ingat saya nak lindung Safiyyah daripada pancaran matahari je
Cuaca masa ni kejap mendung, kejap panas terik. Tengah berjalan ni Safiyyah nak susu pulak. Saya duduk la kat situ menyusukan dia, suami saya dengan bujang berdua tu entah ke mana entah ambil gambar. Terik sangat masa tu tapi terpaksa la duduk jugak kat tengah-tengah panas sebab takde tempat untuk berteduh dekat-dekat situ. Tapi alhamdulillah la tak lama lepas tu cuaca mendung. Ya Allah..lega sangat! Lama juga la menyusukan Safiyyah kat situ sampai dia terlena
Masih di Washington Monument. Kami tak masuk dalam pun. Nak masuk dalam kena beratur. Ramai pulak orang masa tu, tak kuasa la nak tunggu. Safiyyah pulak dah 'terbang' ke mana entah..hehe..
White House. Tengok dari luar je la, bukannya boleh masuk pun. Kawalan ketat. Kalau tak, boleh jumpa Obama..ehe..
Safiyyah dah terjaga dah. Bising dengar suara orang..terjaga la dia. Ramai kat sini nak ambil gambar White House ni. Gambar ni baru nampak betapa jauhnya White House dari pagar
Eh, ada tupai pulak! Tupai ni mesra rakyat. Berani je dia dekat-dekat dengan orang. Comel je. Teringin nak pegang tupai tapi takut pulak kena gigit
Sini la tempat kami parking. Susah nak cari parking tepi-tepi jalan, sama macam di Chicago. Dah berjam-jam cari parking tak jumpa, terpaksa la parking kat sini. 16 dollar parking kat sini, flat rate kalau tak silap
Pentagon. Sedap-sedap je snap gambar Pentagon dari dalam kereta, ternampak pulak signboard kata tak boleh ambil gambar kat sini. Terus sorok kamera. Gambar ni je yang saya berani letak kat sini, yang lain-lain tak berani..huhu..
Gambar-gambar bawah ni di sekitar East and West Potomac Park
Bangunan putih tu adalah Jefferson Memorial, yang didedikasi khas untuk Thomas Jefferson, salah seorang American Founding Father yang juga merangkap Presiden US yang ke-3
Yang bawah ni pulak di National World War II Memorial
2 ekor itik jadi model..hihi. Elok je itik-itik tu duduk situ. Bangunan belakang tu adalah Lincoln Memorial
Lepas tu kami cari makan pulak..
Mulanya kami masuk Malaysia Kopitiam tu tapi bila tanya owner tu pasal makanan halal, tak jadi kami makan situ sebab cara dia jawab tu macam tak faham makna halal. Pada dia, semua makanan halal kecuali babi. Penang retaurant tu lagi la tak yakin. Kedua-duanya chayanunalif punya
Makanan saya dan Safiyyah. Yang saya ambil ni buffet, boleh tambah banyak-banyak kali tapi saya tak tambah pun. Sedap! Banyak Safiyyah makan pastu terus 'membuang', tak sempat-sempat keluar kedai pun lagi..hihi. Nikmat betul makan nasi setelah seminggu tak jumpa nasi. Nasi beriani ni memang sedap. Alhamdulillah, rezeki kami makan nasi beriani di sini rupanya. Owner House of Kabob ni Muslim, dari Bangladesh
Ni pulak makanan suami saya. Apa entah yang suami saya order. Kebab rasanya. Sebelah kanan tu roti nan. Satiap hidangan diberi roti nan percuma. Lembut gebu roti nannya
Bangunan belakang suami saya tu adalah United States Capitol. Saya turun sekejap je, tu pun dekat dengan kereta sebab Safiyyah tengah tidur
Kami teruskan perjalanan ke North Carolina dan bermalam kat sana..
Sekian.
Untuk hari ke-7 je la..ehe. Sambungan untuk hari berikutnya nanti ye :)
15 comments:
sukanya akak baca nadiah.... lagi seronok bila tgok gambo2 tempat org mcm ni... bilalah nak dapat merasa... :)
eh, masjid kat DC pon spelt as MASJID ekk? bukan mosque?
Salam,sukanya tengok akak menjelajah sama..rasa macam ikut tour dari tourist guide pula =p insyaALLAH ada kesempatan nak g la bila dah kaya nanti..hehe.Adik insyaALLAH masuk U.Ohio aft raya ni, tak tau musim ape =p
ahah..line broadband ok skit skg..eh yeke..hoho..deena igtkn bujang lg..hehe..deena xtau sgt la sal breastfeeding ni coz xde anak lg :P
nice je tgk pic2 ni..rs nk g mlancong skrg jugeee
uwaa...uwaa.nk g jenjalaln jugak..best2 ..lg best dpt mkn ns beriani kn..kat sini kdi halal xde,kena pi state lain..kedai org pakistan..ns beriani mmg best + lassi diorg pun mantap..:))
suke part tang cover safiyyah masa BF. bangganye bile ade mummy like u tak segan nak BF anak, sbb saya pun camtu, BF no matter where and when.
bagusnya BF,kan xpyh bw bekal susu..kat mana2 boleh susuka..
best n menarik tempat2 tuh...hrp2 dpt jejak sna satu ms nnti or maybe dlm mimpi jerk la kot..huhu
i like dat pink rose..chumell post le kat kita..huhu
Pensyarah di tempat saya bekerja pernah bercerita tentang termakan makanan yang disangka halal di luar negara, kerana kedai kepunyaan orang Arab, siap dimainkan lagi bacaan ayat Quran di dalam restoran itu. Susah eak nak makan halal kat luar negara.
salam kak.
mula2 tertanya-tanya chayanunalif tu apa.
haha punya la ulang2 baca.
dah berkali2 baru perasan.
hehe.
seronok la kak, jauh perjalanan luas pengalaman :)
MR: yup, ditulis masjid juga. tgk tmpt juga la
'atiqah: lps raya musim fall (autumn) la. akk duk sini pun baru tahu bila musim2 tu semua..ehe..
deena: jom2 kita melancong sama2 :D
kamalia: sini ada gak la restoran halal tapi kedai arab la. mknn arab tak kena selera sgt la. pakistan ok sbb blh mkn nasi beriani ;)
fairus: awal2 dulu segan juga :D
hamizah: itu la salah 1 kelebihan breastfeeding ;)
hidayah: mana tau mimpi jd kenyataan ;)
ummi aisyah: pos gmbr blh la..hehe..
amirul faiz: restoran halal tak byk. tak semua tmpt ada restoran halal. selalunya mkn fries je kat fast food (kalau travel mcm ni la). kalau masuk mana2 restoran mmg kitorg tanya betul2 psl mknn halal
liyana: hee..nasib dpt tangkap jugak apa benda tu :D
Wah... syoknya berjalan sakan.. pemandangan pun cantik....
seronknya baca,mcm saya ikut sekalli...
Betullah kata pepatah melayu...jauh berjaln luas pemndgn..
Suka pic akk BF safiyyah...semngt tu
cantik2 pics.. terutama yg ade 2 ekot itik tu...
bett
Post a Comment