Pages

Sunday, July 4, 2010

Diziarahi Pak Dan sekeluarga

Ni cerita 2 minggu lepas. Ye..ye..saya tahu basi dah. Ala, bukannya kena telan pun kan..hehe. Saya tunggu Pak Dan upload gambar di Facebook dulu baru buat entry ni sebab dalam kamera saya takde gambar beramai-ramai. Pak Dan dah upload, baru la saya boleh buat entry ni (macam la takleh buat kalau takde gambar tu..ehe..).

Pak Dan sekeluarga sampai di Lincoln hari Sabtu, 19 Jun lepas, waktu Maghrib. Sampai-sampai, diorang terus ke rumah Hafiz sebab awal-awal lagi Hafiz dah offer rumah dia untuk Pak Dan sekeluarga bermalam. Lepas solat Maghrib, saya sekeluarga terus bersiap untuk ke rumah Hafiz. Berkumpul ramai-ramai la kat situ.

Pertama kali saya sekeluarga jumpa Pak Dan dan Kak Ina (isteri Pak Dan) di Purdue University la. Pak Dan salah seorang pemain bola tampar untuk pasukan AA Free Agent (boleh baca cerita tu di sini). Lepas habis Midwest Games International di Purdue University, Pak Dan sambung travel pulak...macam kami la tapi tak terlawan la dengan Pak Dan yang travel selama 33 hari. Saya travel untuk 15 hari tu pun dah rasa tak terlarat dah...nak patah pinggang dah rasa..heh.

Dari 1 state ke 1 state, sampai la ke Nebraska. Alang-alang sampai di Nebraska, Pak Dan singgah la ke sini. Sekejap je pun Pak Dan sekeluarga di Linclon ni...1 malam je, pastu sambung balik travel. Malam tu hanya aktiviti sembang-sembang dan makan-makan je. Menu malam tu: nasi kerabu dan strawberry shortcake, dimasak oleh Izza. Saya? Tak masak apa-apa pun..ngee. Dah ada orang offer nak buat nasi kerabu, saya goyang kaki je la. Bila tanya suami saya, dia pun kata takyah masak. Hip hip horray la saya..ahaks...ngelat sungguh!

Petang tu (sebelum Pak Dan sampai) tiba-tiba pulak angin rajin saya datang...terasa nak buat kek coklat pulak. Lama dah tak buat. Last buat masa birthday Safiyyah la..bulan 1 lepas..hehe. Kebetulan keesokannya tu Father's Day...kiranya kek tu sempena Father's Day la. Alhamdulillah sempat la siap sebelum Pak Dan datang. Kek coklat tu je la yang saya bawak ke rumah Hafiz-Izza :)


Pak Dan dan Kak Ina tengah ambil makanan. Yang berbaju oren ni Syafiq. Berbaju hitam belah kanan tu la tuan rumah; Hafiz


Makan!


Ni je la hasil air tangan saya. Tulisan Happy Father's Day atas tu suami saya yang buat. Saya tukang tengok dan komen je..ehe. Elok-elok siap design kek ni la Pak Dan sampai


Iman nak kawan dengan Safiyyah tapi Safiyyah jadi takut. Mana taknya, selama ni mana ada orang tarik-tarik rambut, tepuk-tepuk kepala, tarik-tarik baju Safiyyah..jadi takut la dia..hehe..


Happy Iman dapat menyakat Safiyyah..hihi..


Iman yang ditakuti Safiyyah..eheh. Nampak je Iman dekat dengan Safiyyah, terus Safiyyah menangis. Macam fobia pulak nampak Iman..hihi. Kena tunggu Iman besar sikit lagi baru la boleh cek mek berdua ni berkawan. Sebelum Iman reti tarik-tarik rambut semua tu, elok je diorang berdua ni. Kebanyakan budak kan memang cara mainnya macam tu. Bukannya diorang reti apa pun lagi


Tu je la cerita untuk malam tu...bersembang je pun. Saya pulak ralit tengok telatah Safiyyah dengan Iman ^^


***************

Pagi-pagi esoknya lepas solat Subuh, saya terus sediakan bahan nak buat muffin dan cucur udang. Ikutkan mata, nak je tidur balik. Memang mengantuk sangat. Malam tu dalam pukul 1 baru saya dapat tidur sebab Safiyyah tak tidur-tidur! Masa summer ni faham-faham je la...Subuh awal. 4.15 pagi dah Subuh dah. Tapi saya lawan juga la mata, bimbang tak sempat siap masak sebelum pukul 9...

Siap bakar muffin, saya buat cucur udang pulak. Sikit je pun saya buat. Muffin saya buat 1 adunan je, dapat la 12 biji. Cucur udang pulak ada la dalam 10-12 biji. Nak buat banyak-banyak takut membazir pulak sebab pagi tu Izza masak nasi lemak.

Dalam pukul 10 pagi baru kami ke rumah Hafiz. Sebelum tu memang duk kalut la sebab janji nak bersarapan dalam pukul 9. Tengok-tengok, Izza pun tak siap masak lagi! Haha...penat je duk kalut-kalut. Sementara tunggu Izza siap masak, saya menyusukan Safiyyah kat luar. Angin Safiyyah pagi tu memang tak elok. Semuanya serba tak kena. Dia mengantuk macam tu la. Malam tu tidur lewat, pastu saya pulak kejut dia pagi-pagi. Mahunya dia tak meragam -_-"


Sarapan pagi: nasi lemak, cucur udang dan muffin


cucur udangCucur udang Lincoln. Nak? Kalau nak, meh la ke Lincoln ni. Ehe..


Toasted Almond and Apricot Muffins. Nampak comel je, kan? Tapi........tawar! Saya terlupa letak gula! Hahaha. Adeh la Nadiah...berangan ye kat dapur? Tak pernah-pernah saya buat muffin lupa letak gula. Dah la saya tak rasa dulu. Main hantar je kat rumah Hafiz. Pastu ada orang tanya kenapa muffin tu tawar. Isy, takkan terlupa letak gula kot. Ingat-ingat balik...sah la saya tak letak gula! Mujur juga la dalamnya ada aprikot, terasa juga la manis aprikot tu sikit-sikit. Takpe la, benda ni pasti akan jadi kenangan manis buat saya 1 hari nanti ^^. Eh, tapi saya dah buat muffin ni sekali lagi...saya letak gula tau..hehe..


Lepas breakfast (eh, breakfast apa kebendanya pukul 11 baru makan...dah kira brunch dah..lol), kami bergambar sekejap di sekitar Lincoln ni...


Haa...ni gambar dari kamera Pak Dan. Belakang tu Memorial Stadium, Lincoln


Kami sekeluarga pun first time bergambar kat sini. Bergambar kat tempat orang beria-ia, tempat sendiri takde pun..ehe..


Ummi, ummi dan ummi ^^
Credit to Muzammil for this picture


Yang ni pulak depan University of Nebraska State Museum. Saya takde gambar beramai-ramai kat sini. Berbaju putih sebelah kanan tu salah seorang anak teruna Pak Dan, Danish namanya


Ni pulak di depan Nebraska State Capitol. Safiyyah sibuk nak main air. Papanya pun acah je la konon-konon nak masukkan kaki dia dalam kolam tu. Safiyyah tahu kaki dia tak cecah air tu...mengamuk-ngamuk dia..isk


Bangunan belakang tu la Nebraska State Capitol. Safiyyah protes sebab tak dapat main air


Dari kanan: Hafiz dan Iman, Izza, Kak Ngah, Kak Ina dan Kak Long (Kak Ngah dan Kak Long tu anak-anak dara Pak Dan dan Kak Ina). Yang berbaju oren tu Pak Dan dengan tripodnya


Lepas tu kami ke Oriental Market (kedai Thai) pulak. Pak Dan dan Kak Ina nak beli barang-barang dapur. Tempat Pak Dan (Murray, Kentucky) susah dapat makanan halal. Paling dekat kalau tak silap, 2 jam perjalanan menaiki kereta. Tu pun tak semua benda yang ada. Yang paling saya ingat, serbuk kari dan maggi memang takde dijual kat sana. Rasa bersyukur sangat duduk di Lincoln ni. Walaupun kawasan kampung, makanan halal senang nak dapat.


Dalam Oriental Market. Ni la masalahnya bila kamera di tangan saya..gambar macam ni pun nak ambil..ehe. Seronok tokey kedai masa ni..banyak yang Pak Dan dan Kak Ina borong..hehe..


Selesai urusan Pak Dan dan Kak Ina, kami teruskan perjalanan ke Omaha, lebih kurang sejam dari Lincoln. Plan asal nak ke zoo tapi bila kami sampai di sana, lagi sejam je zoo nak tutup (kami sampai pukul 4 petang, zoo tutup jam 5 petang). Sudahnya, kami bergambar di luar je la. Kalau masuk jugak rasa rugi la pulak. Lain la nak masuk tu tak dikenakan apa-apa bayaran. Lagipun hujan pun masa tu..


Dapat bergambar di luar zoo pun jadi la..hehe..


Ada rezeki, lain kali boleh la ke zoo ni


Takat ni je la pertemuan kami dengan Pak Dan sekeluarga. Dari Omaha ni Pak Dan terus ke Iowa. Kami pula cari tempat solat. Sampai di Islamic Center, tutup pulak sebab tengah renovate. Sudahnya kami solat dan makan di taman je la...di Fontenelle Park. Selesai makan, suami saya bawa Safiyyah mandi di sprayground kat park tu..


Tasik ni betul-betul bersebelahan tempat kami makan. Banyak betul itik kat tasik ni


Seronok la Safiyyah dapat main air


Suka gambar ni!


Masa ni air berhenti mengalir sekejap


Syafiq pun join jugak budak-budak main air..hihi..


Cari tempat lain pulak main air


Jumpa port baru!


Papa dan ayah melayan anak dara masing-masing main air. Ummi-ummi harus la tak join, tak nak ambil risiko lenjun kena air..ehe. Eh, tapi kalau tahu tang mana air keluar, takde la kena air


Dah mandi, main buai pulak


On the way balik ke Lincoln, hujan pulak. Makin lama, makin lebat. Lebih kurang setengah jam lagi nak sampai ke Lincoln, turun pulak hujan air batu. Mula-mula kami teruskan je perjalanan tapi bila hujan air batu semakin lebat jadi risau pulak. Paling risau, cermin kereta pecah la. Kami berhenti sekejap di stesen minyak. Alhamdulillah la tak lama lepas tu hujan batu pun reda..


Nampak tak air batu tu?


Hailstone paling besar yang kami dapat. Masa ni di stesen minyak


Sedikit info tentang hujan air batu [source]. Klik gambar untuk lihat lebih jelas


Alhamdulillah kami selamat sampai di Lincoln dalam pukul 8.30 malam...

14 comments:

aLyNnZ said...

salam kerinduan buat nadiah n saffiyah..20-23 jun alin bercuti ke langkawi bersama family..26-2 julai alin kena bertugas dilangkawi lagii..xder ms nk update blog kesayangan..bnyk n3 trbr kawan2 yg alin terlepas..xper alin akan go through slow2..

Izan Ishak said...

nadiah...
happynya safiyyah main air tu... cute sgt sume gambarnya!
muffin tawar? xpe2 lain kali jgn lupa letak gula ek~

lina said...

salam nadiah,

Makanan2 tu semua sedap2..dan gambar safiyyah tu comel....kiss dia utk lina ye.

Suhana Shahril said...

Sedap lah tgk muffin tuh..leh minta resepi?Letak badam ke tu?

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

macammane le rase muffin tanpa gula hihi...nnati buatla entri resepi muffin tapi yang nak ada gula tau :P

boundaries said...

sedapnyer makanannnnn....^_^

MR said...

org kata... bukan macik kata.. org kata tau...hihihii mkn air hujan batu buleh awet muda. hhihi

Nadiah Sidek said...

alin: gitu rupanya ye. takpe la, tulis la sikit2 ;)

izan: hihi..hrpnya tak lupa lg la pasni

lina: ok ;)

suhana: yup, letak badam. insyaAllah nnt nadiah kongsikan ye resipinya :)

ummi aisyah: nnt buat muffin jgn la letak gula, baru la tahu cmne rsnya..hihi..

boundaries: nak? meh sini..ehe..

MR: ala..lmbt sgt ckp, terlepas dah peluang nak jd awet muda..ehe..

Unknown said...

amboi.. nadiah semakin expert memasak... tergoda dgn muffin nadiah tu... ni yg geram ni.., bila la puan oven nak sampai ke rumah ku ini...

Ummi Salsabila said...

sedapnya foodies.akak mmg teror msklah! bila nak teror mcm akak ni...;)

seronok tgk gambar2.byk.puas tgk:)

Love2cook Malaysia said...

Wahhhh, besnya jejln tuh!!! Safiyyah looks extremely gorgeous lor! Geram tgk...every pic, I tgk Safiyyah ada ke tak je! hahahaha! :D

Nadiah Sidek said...

kakyong: expert apa bendanya kakyong..masih belajar lg ni

ummi salsabila: haha..terer la sgt :p

aLyNnZ said...

suker lar tgk acara mandi manda anak dara saffiyah ngan iman..huihh iman pun lagii seksi u..lama dh alin xjenguk blog iza..jap lagi lau ada kesempatan nk jenguk jap lama x tgk iman..saffiyah suke main air sama cam danish..

keliur tgk kek coklat tuu..tgk pun tau sure sedap..

ummuabdullahsyaakir said...

seronknya Safiyyah main air...comel je nampk.

Samalah kak,kat sini pun ada juga pernah hujan batu tapi 1mint je hujannya.