Pages

Showing posts with label spring. Show all posts
Showing posts with label spring. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Spring has sprung!



Berbunga-bunga rasa hati tengok ada bunga yang dah berkembang ^_^. Musim bunga secara rasminya bermula semalam. Bunga ni tumbuh dalam minggu lepas kalau tak silap. Halusssss sangat bunganya tapi tetap rasa seronok. Al-maklumlah dah beberapa bulan tak tengok bunga..hehe..


Itulah saiz sebenar bunga. Kalau tak tengok ke bawah, memang tak perasan kewujudan bunga tu.



Note: Spring is definitely one of my favorite season! ^_^

Monday, April 15, 2013

Spring is here!










Nota:

  1. Kesemua gambar diambil oleh suami saya. Saya tukang upload dalam blog je...hihi..
  2. Dah masuk musim bunga pun salji masih turun lagi. Terakhir adalah pada Khamis lepas. Panjang pula musim sejuk kali ni (musim sejuk di musim bunga?). Masing-masing dah tak sabar nak panas. Dah panas nanti masing-masing tak sabar nak sejuk pula ^_^.
  3. Tak sabar nak habis pantang...nak ambil gambar dan menikmati musim bunga sepuas hati. Musim bunga ni insyaAllah musim bunga terakhir buat kami sekeluarga...sob, sob...



Tuesday, June 12, 2012

Bersantai di Leadership Garden

Leadership Garden ni letaknya dalam kawasan hospital (Saint Elizabeth Regional Medical Center). Betul-betul bersebelahan kafetaria hospital. Kecil je taman ni. Disediakan juga meja dan kerusi. Ada pilihan la untuk makan dalam kafetaria atau makan di luar (di taman ni) sambil menghirup udara segar.

2 kali ke hospital menghantar Shakir berjumpa pakar kulit, hati saya terpaut dengan keindahan bunga di taman ni tapi masa tu hanya memandang dari jauh sahaja. Dari tingkat atas boleh nampak taman kecil ni. Kali ke-3 (juga merupakan kali terakhir) ke hospital barulah kami berkesempatan bersantai di taman ni.


Bunga ni la yang membuatkan hati saya terpikat. Dari jauh terserlah keindahannya.




Close-up. Bunga ni ada pelbagai warna. Merah jambu ada, ungu ada, biru pun ada!


Hydrangea namanya. Saya tahu nama bunga ni pun sebab pernah terbaca dalam majalah. Tak tahu macam mana saya boleh ingat nama bunga ni. Agaknya sebab bunga ni cantik padahal masa tu tengok dalam majalah je. Tak sangka boleh tengok dengan mata sendiri.


Selain bunga hydrangea, ada bunga ni juga. Tak tahu bunga apa. Spesies ros ke?


Tapi bunga hydrangea ni juga yang menjadi pujaan hati saya. Tak jemu mata memandang.


Taman kecil yang mendamaikan.


Saya suka gambar ni! Kebetulan pula Safiyyah dan Shakir bertentang mata. Sweet je ^_^. Susah nak ambil gambar 2 beradik ni macam ni. Kebetulan juga kami 4 beranak pakai baju biru. Dah sampai hospital baru perasan kami semua pakai baju biru tapi sayangnya tak ada gambar berempat.


Shakir main batu. Masa ni la saya ambil gambar tangan Shakir yang dah pulih tu.


Ok, jom balik rumah!



Thursday, May 31, 2012

Bunga bukan sekuntum...

bunga bukan sekuntum
... Kumbang Kupu-kupu bukan seekor ^_^








Safiyyah tengok gambar ni dia sebut 'bee'. Dah cakap banyak kali butterfly, bee juga yang disebutnya. Gambar lain elok je dia sebut by-fly (by-fly = butterfly ^_^). Satu gambar ni je dia asyik sebut bee. Tak tahu tang mana rupa lebahnya :D




Lama dah saya ambil gambar-gambar ni. 5 gambar pertama diambil pada 23 April 2012 dan gambar yang terakhir adalah pada 1 Mei 2012. Mencabar juga nak ambil gambar kupu-kupu tu...asyik terbang je.

4 gambar pertama tu dari pokok yang sama. Banyak kupu-kupu di pokok tu tapi dari spesies yang sama. Ada juga spesies yang lain tapi tak sempat nak ambil gambarnya...kupu-kupu tu tak duduk diam :p.

Kupu-kupu dalam gambar terakhir tu Safiyyah yang nampak dulu. Saya tak perasan pun. Dia tunjuk dan asyik sebut by-fly je. Banyak kali Safiyyah sebut dan tunjuk baru saya perasan kupu-kupu tu. Sempat juga la saya ambil gambar sebelum kupu-kupu tu terbang.


Sunday, May 27, 2012

Salji di musim panas

Err...salji di musim panas???


Bukan salji ini yang saya maksudkan.


Ini yang sebenar-benarnya yang mahu saya ceritakan...

Pelik ye macam tak ada kaitan dengan tajuk entri? :)


snow-in-summer
Snow-in-summer. Jika diterjemahkan, jadilah salji-di-musim-panas ^_^.
Ye, nama bunga tersebut adalah snow-in-summer. Selepas 2 tahun sejak saya jumpa bunga ni buat pertama kali, baru saya tahu namanya. Unik. Senang nak ingat.


Safiyyah dengan bunga snow-in-summer. Gambar atas diambil pada 2 tahun lepas (18 Mei 2010) dan yang bawah diambil pada 23 April 2012.


Close-up


Nota:
Andainya salji benar-benar turun ketika ini, sayalah orang pertama yang paling gembira. Nak diikutkan, belum masuk musim panas secara rasmi pun lagi tapi panasnya ya Allah...tak tahan rasanya. Jam 6 petang pun terasa macam waktu tengahari. Panas sangat. Ini baru panas dunia. Tak dapat nak dibayangkan panasnya api neraka yang berganda tahap kepanasannya. Allahu rabbi. Mudah-mudahan hendaknya kita semua dijauhkan daripada azab api neraka..ameen..

Thursday, May 17, 2012

3 perkara, 2 kali seminggu

Ada 3 perkara. Dibuat 2 kali seminggu. Apakah ia? Sampai tahun depan la tak ada orang boleh bagi jawapan tepat. Hihi. Bukan nak suruh berteka-teki. Saje je buat intro begitu ^_^. Saya terperasan ada 3 perkara yang saya/kami buat 2 kali dalam tempoh seminggu. Pertamanya BBQ, yang keduanya kek dari resipi yang sama dan yang ketiganya pavlova.


BBQ
Hujung bulan April lepas (28 April 2012; Sabtu), kami buat BBQ untuk meraikan 2 orang office-mates suami saya yang dah pun tamat pengajian, dah bergraduasi, dah bergelar Doktor (doktor falsafah) dan mereka dah balik ke negara asal masing-masing pun di saat entri ni ditulis. Kami buat majlis kecil-kecilan je pun. Hanya jemput jiran-jiran kami sahaja.

Yang diraikan; Dr. Kim (dalam gambar atas berbaju hitam) dan Dr. Silvana (berbaju hitam dalam gambar bawah). Kim dah pulang ke Thailand pada 1 Mei lepas. Silvana sekeluarga pulang ke Brazil pagi tadi (sekarang ni masih dalam kapal terbang agaknya)


Saya masak yang mudah-mudah je. Hotpot potatoes, pengat pisang dan fudge layer cake. Yang dalam gambar sebelah kanan bawah sekali tu Silvana yang bawa; makanan Brazilian yang kedua-duanya berasaskan ubi kayu




Jumaat berikutnya pula (4 Mei 2012), sekali lagi kami buat BBQ. Tak ada apa yang diraikan. Sekadar suka-suka atas permintaan adik-adik undergrad yang dah habis exam untuk Spring semester. Kami buat pada hari Jumaat petang memandangkan keesokan harinya saya sekeluarga merancang untuk ke Fort Collins, Colorado. Itu pun hampir-hampir tak jadi buat BBQ ni sebab hari yang sama NUMSA menganjurkan majlis Spring Graduation.

Oleh sebab ada beberapa orang yang tak pergi ke majlis NUMSA tu, akhirnya dapat juga buat BBQ petang tu. Memang tak ramai la masa tu. Sebahagian besarnya menghadiri majlis NUMSA. Ditakdirkan juga, perancangan kami untuk ke Fort Collins hanya tinggal angan-angan sahaja. Saat akhir kami terpaksa batalkan hasrat untuk ke sana. Suami saya ada kerja yang perlu disiapkan pula. Sob, sob. Tak apalah. Manusia memang hanya mampu merancang sahaja, kan?



 Yum yum! Banyak juadah ada. Ni la untungnya buat potluck ^_^


Fudge layer cake
Kek ni mulanya saya buat untuk meraikan 2 orang office-mates suami saya tu. Tengok dari luar macam kek coklat biasa tapi yang membuatkan saya tertarik untuk buat kek ni, filling kek ni yang lain daripada yang lain. Suami saya yang tak minat kek coklat pun kata kek ni sedap. Alhamdulillah, tak sia-sia mencuba. Lepas tu suami saya minta saya buat sekali lagi kek ni. Dia tak puas makan.  Memang betul-betul sedap di tekaknya la tu. Kebiasaannya, dia hanya jamah sikit je kek coklat.

Memandangkan topping kek ni masih berbaki, saya buat sekali lagi 4 hari yang berikutnya (hari Rabu; 2 Mei 2012). Asalnya buat untuk makan sendiri. Kebetulan pula hari Jumaat 2 hari selepas tu kami buat BBQ sekali lagi, saya hidangkan juga kek ni sebagai tambahan juadah yang sedia ada :).

Fudge layer cake. Kalau ikut resipi, kek ni dibuat 3 lapisan tapi saya buat 2 lapis je. Tak berani nak potong kepada 3 lapisan. InsyaAllah nanti saya kongsikan resipinya ye :)



Pavlova
Saya buat pavlova sebagai juadah pencuci mulut masa aktiviti BBQ dengan adik-adik undergrads. Esoknya suami saya minta dibuatkan pavlova sekali lagi :p. Tapi saya tak buat pun keesokan harinya tu. Ada bahan yang tak cukup. 5 hari berikutnya baru saya buat pavlova untuk kali kedua dalam tempoh seminggu. Kebetulan pula hari tu ada tetamu datang ke rumah. Jadi rezeki mereka juga la :). Err..2 hari selepas tu buat pavlova lagi tapi dah kira minggu lain la. Saya buat untuk di bawa ke rumah Fido dan Alif Sophian yang buat acara makan-makan. Suami saya yang minta saya buatkan lagi. Saje guna alasan untuk dibawa ke rumah mereka padahal dia yang nak makan :p.

Yang atas tu saya letak buah strawberi, blueberi dan raspberi. Bawah tu pula saya tak letak raspberi. Ganti dengan mangga. Ceria sikit jadinya ^_^


Nota: InsyaAllah bulan Jun nanti buat BBQ lagi ^_^

Sunday, May 6, 2012

Safiyyah, Shakir dan bunga

Sebelum ni saya upload gambar bunga tanpa model. Kali ni saya sertakan sekali gambar bunga dan 2 orang modelnya ^_^. Gambar-gambar ni saya ambil di sekitar Lincoln pada lima tarikh yang berbeza.










Safiyyah terjumpa rama-rama! ^_^








^_^




Gambar akhir ni dari kamera Raihan; salah seorang undergrad student di sini.
Terima kasih Raihan! :)



Wednesday, April 25, 2012

WW: Tulip pelbagai warna

Khas buat semua peminat bunga tulip. Enjoy! :)