Pages

Thursday, May 17, 2012

3 perkara, 2 kali seminggu

Ada 3 perkara. Dibuat 2 kali seminggu. Apakah ia? Sampai tahun depan la tak ada orang boleh bagi jawapan tepat. Hihi. Bukan nak suruh berteka-teki. Saje je buat intro begitu ^_^. Saya terperasan ada 3 perkara yang saya/kami buat 2 kali dalam tempoh seminggu. Pertamanya BBQ, yang keduanya kek dari resipi yang sama dan yang ketiganya pavlova.


BBQ
Hujung bulan April lepas (28 April 2012; Sabtu), kami buat BBQ untuk meraikan 2 orang office-mates suami saya yang dah pun tamat pengajian, dah bergraduasi, dah bergelar Doktor (doktor falsafah) dan mereka dah balik ke negara asal masing-masing pun di saat entri ni ditulis. Kami buat majlis kecil-kecilan je pun. Hanya jemput jiran-jiran kami sahaja.

Yang diraikan; Dr. Kim (dalam gambar atas berbaju hitam) dan Dr. Silvana (berbaju hitam dalam gambar bawah). Kim dah pulang ke Thailand pada 1 Mei lepas. Silvana sekeluarga pulang ke Brazil pagi tadi (sekarang ni masih dalam kapal terbang agaknya)


Saya masak yang mudah-mudah je. Hotpot potatoes, pengat pisang dan fudge layer cake. Yang dalam gambar sebelah kanan bawah sekali tu Silvana yang bawa; makanan Brazilian yang kedua-duanya berasaskan ubi kayu




Jumaat berikutnya pula (4 Mei 2012), sekali lagi kami buat BBQ. Tak ada apa yang diraikan. Sekadar suka-suka atas permintaan adik-adik undergrad yang dah habis exam untuk Spring semester. Kami buat pada hari Jumaat petang memandangkan keesokan harinya saya sekeluarga merancang untuk ke Fort Collins, Colorado. Itu pun hampir-hampir tak jadi buat BBQ ni sebab hari yang sama NUMSA menganjurkan majlis Spring Graduation.

Oleh sebab ada beberapa orang yang tak pergi ke majlis NUMSA tu, akhirnya dapat juga buat BBQ petang tu. Memang tak ramai la masa tu. Sebahagian besarnya menghadiri majlis NUMSA. Ditakdirkan juga, perancangan kami untuk ke Fort Collins hanya tinggal angan-angan sahaja. Saat akhir kami terpaksa batalkan hasrat untuk ke sana. Suami saya ada kerja yang perlu disiapkan pula. Sob, sob. Tak apalah. Manusia memang hanya mampu merancang sahaja, kan?



 Yum yum! Banyak juadah ada. Ni la untungnya buat potluck ^_^


Fudge layer cake
Kek ni mulanya saya buat untuk meraikan 2 orang office-mates suami saya tu. Tengok dari luar macam kek coklat biasa tapi yang membuatkan saya tertarik untuk buat kek ni, filling kek ni yang lain daripada yang lain. Suami saya yang tak minat kek coklat pun kata kek ni sedap. Alhamdulillah, tak sia-sia mencuba. Lepas tu suami saya minta saya buat sekali lagi kek ni. Dia tak puas makan.  Memang betul-betul sedap di tekaknya la tu. Kebiasaannya, dia hanya jamah sikit je kek coklat.

Memandangkan topping kek ni masih berbaki, saya buat sekali lagi 4 hari yang berikutnya (hari Rabu; 2 Mei 2012). Asalnya buat untuk makan sendiri. Kebetulan pula hari Jumaat 2 hari selepas tu kami buat BBQ sekali lagi, saya hidangkan juga kek ni sebagai tambahan juadah yang sedia ada :).

Fudge layer cake. Kalau ikut resipi, kek ni dibuat 3 lapisan tapi saya buat 2 lapis je. Tak berani nak potong kepada 3 lapisan. InsyaAllah nanti saya kongsikan resipinya ye :)



Pavlova
Saya buat pavlova sebagai juadah pencuci mulut masa aktiviti BBQ dengan adik-adik undergrads. Esoknya suami saya minta dibuatkan pavlova sekali lagi :p. Tapi saya tak buat pun keesokan harinya tu. Ada bahan yang tak cukup. 5 hari berikutnya baru saya buat pavlova untuk kali kedua dalam tempoh seminggu. Kebetulan pula hari tu ada tetamu datang ke rumah. Jadi rezeki mereka juga la :). Err..2 hari selepas tu buat pavlova lagi tapi dah kira minggu lain la. Saya buat untuk di bawa ke rumah Fido dan Alif Sophian yang buat acara makan-makan. Suami saya yang minta saya buatkan lagi. Saje guna alasan untuk dibawa ke rumah mereka padahal dia yang nak makan :p.

Yang atas tu saya letak buah strawberi, blueberi dan raspberi. Bawah tu pula saya tak letak raspberi. Ganti dengan mangga. Ceria sikit jadinya ^_^


Nota: InsyaAllah bulan Jun nanti buat BBQ lagi ^_^

17 comments:

yatie chomeyl said...

rajinnya la hai nadiah masak...kalau kita berjiran kan best ;)

Nad @ MamaZakwanNayli said...

a'ah kan...bestnye kalu nadiah pun berjiran dgn saya, hehe...

kalu dok oversea, apa yg teringin dimakan terpaksa la belajar dan masak sendrik kan..?
lain la kalu dok malaysia ni..main order jek kalu malas, huhu! =p

btw, comel la shakir wat cheeky face (pakai baju merah tu)

sweet life said...

bestnyer....
nak buat PhD kat sana lah..
kalo ada rezekik.. huhu

KhaiRin : anies said...

pavlova yg buat sy x tahan tu...

best nyer..

radziah AR said...

sedapnya.....pandai nadiah buat..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

asai tgk menu mesti terlioq hahaha
oishii sou
eh ekkk kat sana dpt ubi kayu???

lina said...

best nya teringin rasa nak buat povlova....sedap kan lina buat kurangkan gula drp recipe...cari buah yg masam2 mmg kena balance rasa nya

bunga_rose said...

semua2 makanan tu pun nampak menyelerakan.. rajin ye masak, nanti tempek resepi kek tu kat sini ye

All about a journal said...

kak..balik malaysia nanti sila buat makan2 yer....dan sila jemput saya...;p

Hanis MY said...

bestnyaaa..tak sabar nk tgk resipi fudge cake tu (ada hati nak cuba entah jadi entah tidak huhu)

So Shy Lady (SSL) said...

wow pavlova yg femes amos pun ada! rajin sungguh adikku nih...

Lady Lavender said...

dah start BBQ bestnya! Ni la aktiviti paling menarik masa summer :-)

nadiah ada share resepi pavlova kat blog tak?? Mcm teringin nak mencuba :-))

transformed housewife said...

masa summer acara BBQ mmg akan diadakan byk kali kan. masa tu paling best nak masak kat luar.

ishamizu said...

Wah bestnya bbq! Terliur tengok choc fudge cake dan pavlova tu! :)

Aleyn said...

Bestnyer...selalu jer ader masak2 ek..rajinnyer..

Teratak Hami said...

Pavlova ... huh, huh ... bilalah akak nak buat sendiri kan. Resepi tengok cam senang jek.

Nur-nba said...

Memang seronok bila ada pot-luck.. Macam2 juadah terhidang.. Nadiah memang rajin.. ;)