Pages

Monday, May 21, 2012

Pavlova

Ada yang bertanyakan saya macam mana nak buat pavlova. Jawapannya....ikut sahaja resipi pavlova...jadilah pavlova..hihi. Kalau google 'pavlova', banyak resipi keluar. Saya pun google je. Saya ambil resipinya di sini. Tak jauh beza pun resipi pavlova yang ada tu. Bahan utamanya telur putih dan gula. Ada yang letak tepung jagung, ada yang tak letak. Ada yang letak garam, ada yang tidak. Ada yang letak cream of tartar dan ada pula yang letak cuka. (Cuka adalah substitute kepada cream of tartar. Kalau ada resipi yang guna cream of tartar, saya gantikan dengan cuka sahaja sebab tak jumpa cream of tartar di sini.)

Resipi yang saya rujuk tu guna tepung jagung, cuka dan sedikit vanilla extract. Melalui pembacaan saya, menambahkan tepung jagung dan cuka dalam adunan akan menjadikan pavlova rangup di bahagian luar dan di tengahnya pula akan jadi lembut ala-ala marshmallow. Saya salin resipi tu dan letak di sini. Cumanya, saya mengelat sikit bahagian topping tu. Saya guna cool whip sahaja. Senang. Terus sapu je atas pavlova :p.


Pavlova

4 large (120 grams) egg whites
1 cup (200 grams) superfine (castor) sugar *saya guna gula biasa; granulated sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)

Topping (yang ni saya tak buat :p):
1 cup (240 ml) heavy whipping cream
1-1/2 tablespoons granulated white sugar (or to taste)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blueberries,
passion fruit, peaches, pineapple or other fruit of your choice

_____________________________

  1. Preheat oven to 250 degrees F (130 degrees C) and place rack in center of oven. Line a baking sheet with parchment paper and draw a 7 inch (18 cm) circle on the paper. Turn the parchment paper over so the circle is on the reverse side.
  2. In a bowl of your electric mixer, with the whisk attachment, beat the egg whites on medium speed until they hold soft peaks. Start adding the sugar, a tablespoon at a time, and continue to beat, on high speed, until the meringue holds very stiff and shiny peaks. (Test to see if the sugar is fully dissolved by rubbing a little of the meringue between your thumb and index finger. The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers).
  3. Beat in the vanilla extract. Sprinkle the vinegar and cornstarch over the top of the meringue and, with a rubber spatula, gently fold in. Spread the meringue inside the circle drawn on the parchment paper, smoothing the edges, making sure the edges of the meringue are slightly higher than the center. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)
  4. Bake for 60 to 75 minutes or until the outside is dry and is a very pale cream color. Turn the oven off, leave the door slightly ajar, and let the meringue cool completely in the oven. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.)
  5. The cooled meringue can be made and stored in a cool dry place, in an airtight container, for a few days. Just before serving gently place the meringue onto a serving plate. Whip the cream in your electric mixer, with the whisk attachment, until soft peaks form. Sweeten the sugar and vanilla and then mound the softly whipped cream into the center of the meringue. Arrange the fruit randomly, or in a decorative pattern, on top of the cream. Serve immediately as this dessert does not hold for more than a few hours.

pavlova
Pavlova. Sebelum dan selepas make over ^_^


cool whip
Cool whip ni la yang saya guna ganti topping tu. Tak perlu nak adun-adun dah :D


Nota 1:
Saya sarankan tengok video membuat pavlova di link yang saya bagi tu. Senang faham. Saya tak rajin nak buat ayat sendiri bagi mudah faham..huhu..

Nota 2:
Saya tak lukis pun bulatan atas parchment paper dan tak ukur pun diameternya. Main tuang je atas parchment paper. Agak-agak pavlova nampak bulat, ok la :p.

Nota 3:
Ingat ye...gula kena masukkan sesudu dalam satu masa untuk pastikan gula betul-betul larut. Kalau ada gula castor, pakai gula castor sebab gula castor lebih halus; menjadikannya lebih mudah larut dan sebati dalam adunan.

Nota 4:
2 entri berturut-turut berkaitan dengan resipi. Dah macam blog masakan pula :p

Nota 5 (wah, banyaknya nota kali ni :p):
Saya tak minat sangat pavlova. Makan sikit-sikit ok la. Saya paling suka bahagian luarnya yang rangup. Yang bahagian dalam yang macam marshmallow, saya kurang minat. Eh, tapi pavlova yang saya pernah rasa (kak Baya buat), saya suka sangat sebab pavlovanya macam biskut. Tak ada bahagian macam marshmallow tu. Mungkin sebab dia tak letak tepung jagung. Atau mungkin juga disebabkan dia buat pavlova bersaiz kecil (sebesar tapak tangan). Nanti saya nak cuba resipi kakak tu pula la...tengok ada beza atau tak


Selamat mencuba! :)

17 comments:

Myra Jay said...

Ada gak niat nak try buat..
Mana tau masa besday nanti kot..hehee

dear anies said...

kalu blk mesia nnt buka la cafe..kite jual pavlova sm2 ;-)

yatie chomeyl said...

cool whip tu tersu sapu je ata spavlova ye? xpayah puiul2 dah? I nk guna cool whip jugak la lenkali hehe

Amzar said...

emmm blum penah cuba mkn lg....nmpk sedap...

Hanis MY said...

tak pernah makan apatah lg cuba buat, kalau rumah dekat dah lama terjah sebab jakun sgt dgn pavlova ni hehe...

Syigim said...

tak penah makan pavlova! apemende la pavlova ni sebenarnye ye? mcm biskut? mcm kek? mcm marshmallow? nk kena cari kat dubai ni! nak buat sendiri malas, biase la tu...hihi

nad said...

tq nadiah kongsi resipi
nak search sendrik malas, hehe
tp tah bile nak buat, niat dah ada dah, heeh..
lagi 1 tahs ape plak nak makan kt umah ni..talu ttak habes, heheheeh

byk beno alasan! =p

ishamizu said...

Wah wah hebat la. Izu dh byk kali dgr psl pavlova ni..tak penah makan..kt sini tatau nk beli kt mana..nak buat tak reti..tingin nak try tp aih takut jadi je..rugi..hihi..

Nway tq for sharing..manatau kot2 rajin nti boleh cuba :P

h4ni3 said...

saya ni bab masak memasak malas
nanti balik malaysia, buatkan utk saya yer, bawak masa gathering ;)

Izan Ishak said...

sekali skala jadi blog masak2 best juga nadiah. k.izan tgk sana sini org buat pavlova. cam terliur je nak rasa. buat sendiri cam kurang rajin... padahal senang aje kan...

Nur-nba said...

Salam. Wah menarik sungguh resepi pavlova ni.. Terliur kami dibuatnya. Memang kadang2 teringin nak cuba resepi yang luar dari kebiasaan. Terima kasih la sebab bagi tips kat kami.

p/s : nadiah, if sesekali jadi blog masakan pun ok juga.. Dah nama perempuan, memang kena ke dapur juga akhirnya. Betul tak?? .. :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

biler ntah nk try sebab tomodachi ckp sweet sgt tue yg dok hold dulu...senang jer ekkk
oishiiiiii sou

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nampak macam simple kan tapi nak buat macam kena berhati-hati, akak belum lagi mencubanya... Bagi akak sepotong Nadiah ehe..

Kamalia said...

memang sanagt maniskan..jadi,jarangla buat kat rumah ni..
cool whip tu memang terus sapu terus je ke?takyah nak pukul bagai?sangat sennag kalau camtu..boleh buat strawberry shortcake selalu nih..hehe tapi,mcm tak penah jumpa je kat sini..huhu

Unknown said...

Assalam Nadiah, dah lama akak nak cuba buat pavlova ni tapi tak terbuatx2 juga lagi sebab ramai yg ckp manis kan ni. resepi dah lama simpan..nak kena cuba jugalah nanti:)

Unknown said...

ado resepi...nak suh wife cubo buek la...:)

Asmara said...

sekali je pernah buat. sama la kite suka mkn kat bahagian luar tu je, belah dlm dia tak best sgt kan. hehe..