Pages

Showing posts with label rancangan TV. Show all posts
Showing posts with label rancangan TV. Show all posts

Monday, November 9, 2020

Bujang Lapok

 "Ummi! Ummi! Ada cerita Ali Baba Bujang Lapok!" Bukan main bersemangat lagi anak ketiga bersuara sebaik sahaja masuk ke bilik ummi malam tadi.

"A'ah ummi, dekat TV2." Sambung abangnya pula dan terus meluru ke depan kaca TV semula.

Teruja betul masing-masing beritahu ummi padahal dari dalam bilik lagi ummi dah dengar riuh mulut masing-masing sebut Ali Baba Bujang Lapok.

Kelakar pun ada.

Mana taknya. Dulu ummi ajak tengok salah satu cerita lagenda ni masing-masing buat muka. Hitam putihlah katakan. Manalah menarik perhatian anak-anak bertuah. 

Sewaktu terkandas di kampung ketika PKP bulan Mac lepas,  kebetulan satu malam tu ditayangkan cerita Pendekar Bujang Lapok.

Menggunakan kuasa veto, ummi 'paksa' anak-anak tengok Pendekar Bujang Lapok. Kelat muka masing-masing. Tapi tak boleh nak buat apa sebab remote TV di tangan ummi 😆.

"Tengok dulu. Best cerita ni walaupun warnanya tak menarik." Percubaan ummi memujuk.

"Papa pun suka cerita ni. Best. Kelakar", tambah papa mereka.

Tiada pilihan, tiga beradik terpaksa juga akur tengok cerita hitam putih tu. 

Lepas beberapa ketika, mereka pun jadi seronok sama tengok Pendekar Bujang Lapok. Mengekek masing-masing. 

Babak yang paling disukai, pastilah babak pendekar bertiga tu pergi bertapa.

"Cobaan..."

"Cobaan..."

"Cobaan..."

Berpuluh kali anak-anak bertuah ulang ayat tu 😂.

Itu yang masing-masing teruja bila ada cerita Ali Baba Bujang Lapok malam tadi. Berdekah-dekah tiga beradik tu ketawa.

Misi ummi selesai dengan jayanya 😁.


Sunday, December 2, 2012

Bakal Iron Chef America







Macam itulah gayanya setiap kali ummi memasak. Anak teruna ni pun sibuklah keluarkan perkakas memasak juga. Dulu dia 'masak' guna peralatan mainan je. Lepas tu mula guna peralatan yang betul. Tambah-tambah sejak kabinet yang diletak perkakas memasak tu tercabut kuncinya, lagilah senang Shakir nak keluarkan barang-barang tu semua.

Selalunya dia hanya keluarkan 2-3 peralatan je. Yang terbaru(2 gambar terakhir), bukan main banyak lagi dia keluarkan. Entah apalah yang nak dimasak sampai keluarkan sebegitu banyak sekaligus.

Oleh sebab Shakir lahir di Amerika, makanya bolehlah jadi Iron Chef America, kan? ^_^

Sini lebih popular dengan rancangan Iron Chef America berbanding MasterChef walaupun rancangan MasterChef asalnya dari Amerika. Saya fikir, rancangan Iron Chef juga bermula di Amerika. Salah rupanya. Jepun yang jadi perintis untuk rancangan Iron Chef. Selepas itulah baru adanya Iron Chef America, UK, Thailand dan beberapa negara lain.

Iron Chef America antara rancangan kegemaran saya dalam channel Food Network tapi sekarang ni selalu lupa nak tengok >_<.

Sebahagian daripada Iron Chef America. Dari kanan: Bobby Flay, Cat Cora, Masaharu Morimoto, Michael Symon dan Mario Batali. Sebelum ni selalu tengok rancangan Iron Chef America sampai dah ingat nama masing-masing..hihi. Dalam 9 orang Iron Chef America, hanya seorang sahaja perempuan >_<.


Mungkinkah Shakir bakal berada sebaris dengan Iron Chef America tersebut? ^_^


Nota:
Safiyyah dan Shakir kedua-duanya menunjukkan minat dalam memasak. Nampak gayanya, lebih cepatlah ummi pencen daripada aktiviti memasak..hihi..



Tuesday, June 29, 2010

19 orang anak

Ni yang tertera masa saya buka Yahoo petang tadi. Sekali tengok takde apa yang menarik. Tajuk 'Duggar baby finally goes home' tu pun takde apa yang peliknya tapi bila baca je ayat pertama...reaksi spontan saya, "Eh, biar betul!"


Saya crop supaya nampak lebih jelas lagi. Perkataan "19th child" (yang saya kotakkan tu) tu la yang buat saya nak tahu cerita lebih lanjut


Bila saya baca...rupanya pasangan Duggar tu memang ada anak seramai 19 orang (bukan anak angkat ye)! Pelik, kan? Kalau orang Melayu takde la pelik, ni mat salleh. Mat salleh kan selalunya tak nak anak ramai. Antara petikannya:



Kisah diorang ni rupanya ada keluar dalam reality TV show (19 Kids and Counting) di channel TLC. Michelle lahirkan Josie (anak yang ke-19) di usianya 43 tahun dan dia tak menolak sekiranya dapat anak lagi.

Anak-anak Michelle dan Jim Bob Duggar. Nama anak-anak diorang semua bermula dengan huruf J [source]


Saya ada baca juga review orang ramai pasal the Duggars ni. Ramai juga yang menghentam diorang. Ye la, fikiran mat salleh ni kan lain sikit. Ada yang sebut pasal overpopulation la...ada yang pertikai macam mana diorang sara dan jaga anak-anak seramai tu la...ada yang kata diorang ni takde benda lain nak fikir selain s*ks la. Isy, macam-macam lagi la! Kesian pulak bila saya baca tu.


The Duggar family [source]

Sunday, May 23, 2010

Half a Dozen Babies

3-4 hari lepas saya baca entry pasal teringin anak kembar (tak ingat pulak blog siapa), pastu baca pulak cerita Affan dan Afnan di blog Izan. Baca 2 entry tu teringat pulak saya cerita Half a Dozen Babies. Cerita yang digarap daripada kisah benar pasal pasangan suami isteri (Becki dan Keith Dilley) yang dapat kembar 6 (sextuplets)! Saya teringin jugak dapat anak kembar (yang sorang ni pun tak terlarat nak jaga, ada hati nak anak kembar jelir) tapi takde la sampai kembar 6. Kembar 2 peace cukup la...

Becki dengan Keith memang suka budak-budak. Bila dah kahwin, diorang nak anak cepat la tapi setahun berlalu masih juga takde tanda-tanda diorang akan dapat anak. Pastu bila gi klinik, doktor kata peluang diorang nak dapat anak sangat tipis (saya tak ingat sebab apa). Tapi diorang tak putus asa. Macam-macam usaha la yang diorang buat selama 6 tahun. Dari 1 hospital ke hospital yang lain diorang pergi sampai la diorang dapat maklumat pasal fertility drug.

Lepas ambil fertility drug tu baru la Becki disahkan mengandung. Memang happy la diorang bila dapat tahu yang diorang bakal menimang cahaya mata sendiri. Bila scan, doktor bagitau Becki ni mengandung anak kembar...kembar 5 pulak tu! Masa bersalin, keluar sorang lagi baby...yang ke-6! Baby sorang tu menyorok, memang tak nampak pun tiap kali scan. Pandai baby tu menyorok..hehe..


The Dilleys (3 tahun)


9 tahun


Dah remaja dah pun. Ikutkan, diorang dah 17 tahun le dah. Lahir tahun 1993


sumber gambar: ABC News


p/s: Tak dapat nak bayangkan macam mana nak jaga kembar 6 blur

Monday, December 14, 2009

Drama/movie kegemaran

Dulu saya suka tengok cerita-cerita penyiasatan. Mula-mula suka dengan siri CSI (tak kira la CSI New York ke..Miami ke..Las Vegas ke...semua saya tengok) tapi bila dah mula 'kenal' dengan Criminal Minds, saya prefer lagi Criminal Minds berbanding CSI sebabnya saya tak berkenan betul dengan salah 1 main character dalam siri CSI yg slow motion. Jalan pun slow je (aduh..rimas la tengok orang lelaki jalan slow)...yang takleh nak terima tu...boleh dia berjalan perlahan-lahan masa kat tempat kejadian adus. Part tu saya rasa sangat tak logik. Saya rasa dalam dunia realiti takde pun macam tu. Mungkin nak tunjuk effect lebih kot...tak pun director yang arahkan camtu. Peminat CSI sekalian...jangan la marah saya ye peace..hehe..



Sebab ke-2, bila saya tengok Criminal Minds, automatik minda saya terarah ke 1 column dalam Metro Ahad yang cerita pasal penjenayah dan jenayah yang dilakukan. Tak ingat pulak column tu nama apa. Benda-benda yang kita rasa tak masuk di akal (kekejaman yang melampau), sebenarnya betul-betul berlaku dalam dunia realiti. Dan yang pentingnya, takde character yang slow motion sengihnampakgigi. Psstt...sampai sekarang saya tak pernah ingat nama-nama watak dalam CSI mahupun Criminal Minds walaupun suka tengok cerita-cerita tu jelir



Tapi, sejak saya duk di US ni malas pulak rasanya nak tengok siri-siri penyiasatan macam tu. Semua cerita bersiri pun saya malas nak tengok. Lebih suka tengok cerita yang digarap daripada kisah benar (based on true story). 2 jam aje ceritanya dan takde sambung-sambung. Yang sebenarnya, saya takde minat yang khusus terhadap mana-mana drama/movie. Kalau rasa nak tengok, saya tengok. Kalau tak, memang saya takkan tengok walaupun semua orang duk heboh kata cerita tu best. Contohnya Nur Kasih la sengihnampakgigi. Sempat la juga saya tengok 1-2 episod kat Malaysia sebelum fly ke US ni. Then malas nak tengok sebab ceritanya bersambung-sambung dan ditayangkan hanya sekali seminggu je penat! Dah sampai sini...tak kuasa la saya nak tengok kat internet.

Cerita yang saya tengok tu yang berlaku di US ni la. Macam-macam jenayah yang berlaku kat sini. Daripada kes bunuh-membunuh (bunuh-membunuh ni common sangat kat US ni) sampai la kes jual baby. Kalau yang melibatkan pembunuhan, macam-macam punca suatu pembunuhan tu boleh berlaku. Nak balas dendam, nak cepat kaya, ada affair dengan perempuan/lelaki lain (yang ni yang dah kahwin la) dan 1 lagi yang kerap berlaku adalah sikap terlalu cepat mempercayai orang yang baru dikenali.

Memang pelik betul la. Kebanyakan cerita yang saya tengok, diorang ni mudah sangat percaya dengan seseorang padahal baru beberapa minit je kenal. Siap boleh ajak tidur kat rumah lagi. Tapi memang sikap yang ditunjukkan si talam 2 muka tu semua orang boleh cair. Bak kata pepatah "pijak semut pun, semut tak mati". Pandai betul ambil hati semua orang terutama kanak-kanak. Bila mak ayah budak tu nampak anak dia suka dengan orang tu, terus jadi cair. Serta-merta suka dengan orang tu dan terus mesra macam keluarga sendiri. Dah lama pastu baru la tahu yang sebenarnya dia tu ada niat jahat.

Zaman sekarang ni kena lebih berhati-hati la. Tak boleh nak percaya orang bulat-bulat terutama yang baru je kita kenal. Bukan nak berprasangka buruk, cuma sikap berhati-hati tu perlu lebih lagi.

Yang paling kejam yang saya tengok setakat ni...kes seorang perempuan yang bunuh semua ahli keluarga dia gara-gara diorang selalu duk kata kat perempuan tu yang dia tak cukup bagus. Jangan tanya saya nama ceritanya ye...saya tak ingat! Sape pelakonnya lagi la saya tak tau jelir. Duk simpan perasaan dalam hati, lama-lama benda tu jadi 'barah' kat perempuan tu. Tu yang sampai sanggup bunuh semua ahli keluarga dia tu.

Di pengakhiran setiap cerita, mesti terpacul ayat ni di bibir saya:

"Eii...dia ni sakit jiwa la".

Mungkin konklusi yang boleh saya buat kot (pendapat saya aje ni). Ye la...saya rasa kalau fikiran orang tu waras, takkan la dia nak bunuh orang lak, kan? Kadang-kadang memang takut tau tambah-tambah saya duk di US ni. Mudah-mudahan dijauhkan la perkara-perkara yang tak elok. Ni ada statistik sikit pasal mental disorders yang saya ambil dari internet:

"Mental disorders are common in the United States and internationally. An estimated 26.2 percent of Americans ages 18 and older — about one in four adults — suffer from a diagnosable mental disorder in a given year. When applied to the 2004 U.S. Census residential population estimate for ages 18 and older, this figure translates to 57.7 million people. Even though mental disorders are widespread in the population, the main burden of illness is concentrated in a much smaller proportion — about 6 percent, or 1 in 17 — who suffer from a serious mental illness. In addition, mental disorders are the leading cause of disability in the U.S. and Canada for ages 15-44. Many people suffer from more than one mental disorder at a given time. Nearly half (45 percent) of those with any mental disorder meet criteria for 2 or more disorders, with severity strongly related to comorbidity." [source]


p/s: kat negara lain pun mungkin benda yang sama gak yang berlaku tapi saya duk highlight US sebab cerita yang saya tengok semuanya yang berlaku di US kenyit

p/p/s: pictures by google

Tuesday, May 26, 2009

American Inventor

Jumaat lepas secara tak sengaja saya menonton rancangan American Inventor yang ditayangkan di NTV7. Rancangan tu mula pukul 8.30 pm tapi saya tengok pun dah pukul 9 pm. Tak tahu pun kewujudan rancangan tu. Duk main tukar-tukar channel then terperasan rancangan ni.


American Inventor ni suatu pertandingan mencipta sesuatu yang baru. Tak disangka ramai juga peserta yang mencuba nasib. Ada sorang tu pernah mencuba nasib tahun lalu tapi gagal kerana ditolak oleh para juri tapi tetap tak berputus asa mencuba nasib bagi kali ke-2 dan akhirnya usahanya berbaloi apabila hasil ciptaannya diterima para juri untuk dipertandingkan.


Alangkah bagusnya kalau rancangan seumpama ini dibuat di Malaysia. Sekurang-kurangnya rancangan macam ni dapat menggerakkan minda bagi mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru yang tak terfikir dek orang lain.


Apa yang saya lihat sekarang ni terlalu banyak pertandingan-pertandingan nyanyian dengan ganjaran yang mewah dijanjikan kepada pemenang. Bukan sedikit pula tu yang nak masuk bertanding tapi cukup ramai. Sangat ramai. Entahkan mereka hendak mengejar habuan yang dijanjikan tu atau benar-benar hendak menjadi penyanyi, hanya mereka yang punya jawapannya.


Malaysian Idol, Akademi Fantasia, One in a Million...malah Bintang Kecil (eh...Bintang Kecil ke Idola Kecil ek? Lupa pula saya) pun ada! Itu hanya sebahagiannya sahaja...banyak lagi yang tak tersenarai. Gusar saya dengan senario ni. Bimbang barisan pelapis masa depan jadi malas nak belajar hatta berfikir sekalipun!


"Alah...buat apa susah-susah belajar...jadi penyanyi lagi senang. Boleh dapat duit jugak. Glamor lak tu!"


Mungkinkah dialog sedemikian rupa akan dilontarkan suatu hari nanti? Saya harap ianya tidak berlaku sama sekali...


Sunday, May 3, 2009

Adik Pondok-pondok

Pagi semalam saya menonton Nasi Lemak Kopi O di TV9 sementara menunggu Safiyyah bangun (Seronok betul Safiyyah tidur 2 hari ni...cuaca sejuk agaknya. Lena je tidur...kul 11 pagi baru bangun...selalunya dalam kul 8-9 pagi dah bangun dah). Owh...berbalik pada cerita saya tadi...yang saya nak ceritakan adalah berkenaan seorang kanak-kanak yang dijemput. Sebenarnya ada 2 orang tapi yang sorang ni mencuit hati saya. Mereka berdua antara yang terlibat dalam rancangan Pondok-pondok.


Adik yang sorang ni betul-betul menarik perhatian saya. 4 tahun umurnya. Cute je. Dah la tu, 'banyak mulut' sungguh! Sepatah ditanya, berjela-jela jawabnya. Hehe. Memang peramah adik tu. Setiap kali adik tu 'buka mulut', mesti orang ketawa. Bukan setakat pengacara je...habis semua yang ada kat studio tu gelak sama.


Adik tu rasa pelik kenapa orang duk ketawa bila dia bercakap, "Kenapa semua orang ketawa? Jangan la ketawa."


Makin geli hati dibuatnya bila adik tu cakap macam tu. Lagi buat orang tertawa adalah! :D


Saya ada seorang sepupu yang 'mulut riuh'. Fatin Hanani namanya. Anak Cu saya. 5 ke 6 tahun umurnya ntah. Lupa pula saya. Kalau dia mula bercerita susah nak berhenti! Buat semua orang ketawa dengan keletahnya. Tapi dia paling anti kalau orang ketawa masa dia sibuk bercerita. Kalau orang duk ketawa, mesti dia menangis. Dia ingat orang duk ketawakan dia. Padahal orang ketawa sebab terhibur dengan mulut becoknya tu. Hehe.


Agaknya adik tu pun ingat orang duk ketawakan dia. Dalam duk sembang-sembang tu la pengacara tanya namanya. Mohd Faiz Haikal ke apa ntah namanya. Yang saya ingat Haikal di hujungnya.


"Eh, awak ni boy ke girl?" tanya pengacara tu.

"Boy." adik tu jawab.


Hah?? Biar betul! Mati-mati saya ingat adik tu girl. Mana taknya, mukanya dah la sweet, rambutnya panjang diikat 'ekor kuda'. Rasanya panjang rambut adik tu ke paras pinggang. Betul-betul persis seorang kanak-kanak perempuan.


Pengacara tu pun tanya lagi, "Haikal suka rambut panjang ke?"

"Suka." jawab Haikal ringkas.


Hmm..saya hanya mampu menggelengkan kepala...