Pages

Tuesday, May 26, 2009

American Inventor

Jumaat lepas secara tak sengaja saya menonton rancangan American Inventor yang ditayangkan di NTV7. Rancangan tu mula pukul 8.30 pm tapi saya tengok pun dah pukul 9 pm. Tak tahu pun kewujudan rancangan tu. Duk main tukar-tukar channel then terperasan rancangan ni.


American Inventor ni suatu pertandingan mencipta sesuatu yang baru. Tak disangka ramai juga peserta yang mencuba nasib. Ada sorang tu pernah mencuba nasib tahun lalu tapi gagal kerana ditolak oleh para juri tapi tetap tak berputus asa mencuba nasib bagi kali ke-2 dan akhirnya usahanya berbaloi apabila hasil ciptaannya diterima para juri untuk dipertandingkan.


Alangkah bagusnya kalau rancangan seumpama ini dibuat di Malaysia. Sekurang-kurangnya rancangan macam ni dapat menggerakkan minda bagi mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru yang tak terfikir dek orang lain.


Apa yang saya lihat sekarang ni terlalu banyak pertandingan-pertandingan nyanyian dengan ganjaran yang mewah dijanjikan kepada pemenang. Bukan sedikit pula tu yang nak masuk bertanding tapi cukup ramai. Sangat ramai. Entahkan mereka hendak mengejar habuan yang dijanjikan tu atau benar-benar hendak menjadi penyanyi, hanya mereka yang punya jawapannya.


Malaysian Idol, Akademi Fantasia, One in a Million...malah Bintang Kecil (eh...Bintang Kecil ke Idola Kecil ek? Lupa pula saya) pun ada! Itu hanya sebahagiannya sahaja...banyak lagi yang tak tersenarai. Gusar saya dengan senario ni. Bimbang barisan pelapis masa depan jadi malas nak belajar hatta berfikir sekalipun!


"Alah...buat apa susah-susah belajar...jadi penyanyi lagi senang. Boleh dapat duit jugak. Glamor lak tu!"


Mungkinkah dialog sedemikian rupa akan dilontarkan suatu hari nanti? Saya harap ianya tidak berlaku sama sekali...


2 comments:

Cool said...

I penah tgk sekali.. siap ada yg invented toilet lagi@!~

Nadiah Sidek said...

hehe...mcm2 ye