Pages

Sunday, May 31, 2009

Berjalan-jalan di Bukit Bintang

Tengahari tadi kami bertiga (saya, suami dan Safiyyah) berjalan-jalan di Bukit Bintang. Sebelum tu singgah ke kenduri kahwin jiran. Saje nak bawa Safiyyah jalan-jalan untuk biasakan dia dengan keadaan ramai orang sambil-sambil mencari barang yang diperlukan. So far alhamdulillah, Safiyyah tak meragam. Diam je dia tengok sekeliling cuma bila dah nak sampai ke rumah baru dia meragam. Mungkin dia dah rasa tak selesa dan keletihan agaknya.



Lepas duk pusing-pusing, akhirnya ini yang saya beli:







Ikutkan hati, saya tak gemar pakai beg besar tapi bila dah ada anak ni terpaksa juga la. Mana tidaknya..setiap kali nak keluar walaupun sekejap, kena bawa sekali diaper 2-3 keping, botol susu, baju bersih 2-3 pasang, puting, alat mainan, nursing cover dan benda-benda lain yang seangkatan dengannya.



Sambil-sambil tu duk survey stroller. Ingatnya nak beli juga stroller. Safiyyah lebih selesa, ummi dan papa pun turut selesa kalau nak ke mana-mana. Saya idamkan stroller yang boleh diubah suai penyandarnya daripada keadaan duduk ke baring, dan sebaliknya. Juga sedikit besar supaya boleh digunakan sehingga umur Safiyyah 2-3 tahun. Apa pun, kena bergantung pada budget juga la. Sejak ada anak ni, banyak duit terpaksa dilaburkan. Barang-barang sekarang ni pulak bukannya murah. Baju baby sehelai pun (sehelai, bukan sepasang) mencecah puluhan ringgit. *sigh*. Jadinya, kena la pandai-pandai berbelanja dan rancang ekonomi..



Saya duk cari juga blouse labuh berbutang depan supaya mudah nak BF Safiyyah tapi tak jumpa. Kalau ada pun, jarang (transparent). Kalau tak jarang, lengannya singkat la pulak! *sigh again*. Hmm...bukan rezeki saya gamaknya..



4 comments:

maziah said...

cuba g tengok kat Tee Wah, Mines, baru ni sy ada beli Blouse labuh, butang depan. design biasa ja. tp puas hati sebab labuh.

NURUL IZZA said...

salam akak,

sini baju baby dan brg baby murah2 je.ms gi outlet kat wisconsin hr tu kami sempatla beli baju baby.sepasang bersama baju spare $5 je.murahkan?? tp jgn convertla ke RM. hr tu pon g survey brg bby-car seat, stroller, bath tub,harga insyaAllah murah. kalau tgh sale lagila murah. kdg tu smpi berpa sen je.baju plak comey2 je.

rasanya b4 mai sini harus ada stroller sbb nanti kat new york, airport besar sgt.xlarat akak nk dkung nanti.

baju utk BF sini pon byk.kdg tu lucu2 plak.tp xbeli pulak.tgk je...

ukmstudio said...

Ha...ha...ha...itu baru sorang anak, kalau dua atau tiga atau ramai lagi, tentu begnya lagi besar kut....

NaDiaH SiDeK said...

@ maziah: tq! nnt blh la gi cari kat mines..


@ izza: tu la..ingtnya nk beli jgk stroller sblm ke sana. mgkn beli yg murah je kot dulu..


@ ukmstudio: uhh..harus ke besar lg? beg besar tu cukup la..tak nk la pakai besar lg..