Puan N hanya mengangguk-anggukkan kepala.
Tak sampai seminit, Puan N bersuara, "Eh, nanti diorang nak tanya apa? Dia tanya abang sorang ke atau isteri sekali?"
"Dua-dua la. Soalan basic je..contohnya..kenapa nak pergi US? Nanti jawab la teman suami gi belajar," jawab Encik Z.
"Ooo...pukul berapa kita nak bertolak esok? Lepas Subuh ke?" tanya Puan N.
"Isy, takde la awal sangat. Dalam kul 8 kita keluar la," jawab Encik Z.
"Eh...hari tu abang kata kena ada kat sana sejam sebelum waktu interview," ujar Puan N kehairanan.
"Abang tersilap. Abang baca dah betul-betul peraturannya," Encik Z mengakui kesilapannya.
*********************************************************************
Keesokan harinya di bangunan Kedutaan Amerika...Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi...
"Nasib baik sempat sampai. Berdebar-debar abang dalam kereta tadi. Ingatkan tak sempat sampai. Jammed teruk tadi. Takut nanti disuruh balik sebab lambat," masih kedengaran cemas bunyinya.
"Tahu. Masa dalam kereta tadi perasan abang asyik tengok jam tapi duk cover-cover tak nak bagi ayah perasan," ujar Puan N sambil tergelak kecil.
Setelah selesai berurusan dengan security, Encik Z dan Puan N mengambil tempat di ruangan menunggu. Angka yang tercatat di kertas kecil tu adalah A061. Oh...ada 12 orang dalam waiting list.
"Lama lagi la ni..." rungut Puan N.
Akhirnya...giliran A061 tiba jua. Bergegas la Encik Z dan Puan N ke bahagian kaunter untuk diperiksa segala borang berkaitan. Selesai urusan, Encik Z dan Puan N diminta duduk dulu sebelum dipanggil untuk diambil cap jari dan ditemuduga. Sambil-sambil menunggu tu melilau mata Puan N melihat sekeliling...
"Orang tu cakap bahasa Cina la dengan visitor Cina tu. Bagusnya. Kalau nak kerja kat sini kena pandai banyak bahasa la ek," berkata Puan N kepada suaminya sambil menunjuk ke arah salah seorang petugas kaunter di situ.
"Ye kot," pendek je jawapan Encik Z.
"Abang...muka diorang jenis panjang, kan?" Puan N bersuara lagi. Kali ni merujuk kepada 2 orang lagi petugas bangsa asing di kaunter.
"Banyak betul komennya," respon Encik Z. Malas melayan omelan isterinya barangkali.
"La...orang bukannya komen. Orang beritahu je. Cuba abang tengok. Muka orang Asia kebanyakannya agak bulat, diorang lak agak panjang," jelas Puan N.
"Allah Maha Hebat. Macam-macam rupa dijadikan manusia ni," bisik hati Puan N.
"Eh...abang, kenapa orang tu kena tanya banyak?" Puan N bertanya.
"Tengah interview tu," jawab pula Encik Z.
"Hah?? Interview kat sini ke? Kat kaunter-kaunter tu je?"
Sambil tersenyum Encik Z menganggukkan kepalanya. Mungkin Encik Z pun baru tahu keadaan sebenar pemohon visa ditemuduga.
"La...sebelum ni duk terbayang macam interview nak minta kerja tu...duk dalam bilik khas. Rupanya kat kaunter je. Penat je duk berdebar-debar," ngomel Puan N.
Melihatkan si suami hanya berdiam diri, Puan N menyambung lagi omelannya, "Harap-harapnya abang dapat kat kaunter 4 tu ye bang. Orangnya nampak mesra je. Sambut orang yang nak ditemuduga dengan senyuman. Peramah lak tu. Nanti takde la rasa gugup. Tak pun kaunter 5 ke...macam tak banyak kena soal je kat situ."
Encik Z hanya mengerling sekilas ke arah petugas di kaunter 4 dan 5.
Akhirnya Encik Z dan Puan N dipanggil ke kaunter 5 untuk ditemuduga. Puan N tersenyum senang. Macam-macam la yang ditanya penemuduga tu kepada Encik Z. Ambil bidang apa, kalau ke US nanti nak ambil ijazah apa, sampai la ke soalan berikutnya...
"May I see your marriage certificate? Did you bring it?" tanya penemuduga berkenaan.
"I forgot to bring it," jawab Encik Z.
"Did you have any proof to show that both of you have been married? How about your daughter's birth certificate?" penemuduga bertanya lagi.
"Oh...I've left it too," jawab Encik Z lagi. Jelas terpancar kegusaran di wajahnya.
"Hmm...can you speak in English?" Puan N pula ditanya.
Puan N hanya menganggukkan kepala.
"How long you have been married?" bertanya lagi Encik penemubual kepada Puan N.
"Erm...1 year," jawab Puan N. Mahu dijawab setahun lebih tapi hanya perkataan setahun yang keluar.
"How old are your daughter?" Puan N ditanya lagi.
"4 months," ringkas jawapan Puan N.
Penemuduga tersebut tersenyum sinis. Puan N terpinga-pinga tidak mengerti maksud senyuman lelaki si penemuduga itu.
"You know what? These things always happen. We never know whether you've been married or no unless you show the proofs. Hmm...we will contact Washington first and when we have the approval from Washington, only then we call you back. Maybe in a week like that. And when you come back again, please bring along your marriage certificate and your daughter's birth certificate with this yellow letter and 3 passports," Encik penemuduga menjelaskan panjang lebar.
Berkata-kata Puan N dalam hatinya, "Takkan la hanya kerana tak bawa sijil kahwin, visa digantung kelulusannya...? Amerika pulak tu...! Uik...sejak bila negara tu mementingkan hal-hal sebegini...? Atau diskriminasi yang sebenarnya ...?"
Setelah selesai semuanya, Encik Z dan Puan N pun berangkat pulang dengan wajah yang sugul.
"Takpe la, mesti ada hikmah di sebalik semuanya ni..." Encik Z dan Puan N memujuk hati masing-masing.
******************************************************************
Apakah ada episod sambungannya? Tunggu dan lihat je la...
7 comments:
Laaaa...tanyalah orang yang dah pernah buat visa sebelum pergi.Ini bukan untuk pegi pasar, pergi pasar mudah, bawak bakul je....kan dah susah tu....ops! maaf, jahat mulut den ni...
salam
Bila dapat borang kuning tu ada number kontek.Kena "follow up" sebelum seminggu.Bila dapat borang kuning tu maksudnya ada benda2 terciciran dan kedutaan nak periksa "additional clearance".Maksudnya kita ni buka org jahat la bagi mereka.
Sy dulu dapat borang kuning, mereka kta dlm 2 mggu akan kontek.Tapi selepas 2 mggu kedutaan tak kontek, sy "follow up sendiri".Sy hantar fax surat sokongann dari USM dan dr UNL. dan setiap hari sy telefon follow up selepas 2 mggu.Akhirnya selepas sebulan baru dapat panggilan dr Kedutaan "clearance granted" dr washington.
Sy ada beritahu pada En Z penting bw semua salinan original surat nikah, sijil kelahiran sendiri dan anak.Sy masa tu bw salinan surat nikah yg telah diterjemahkan ke Bahasa ingeeris dah disahkan oleh Peguam.
Perkara kecil ni perlu ambil dengan serius sikit kerana masa yg suntuk dan orang US memang ikut "law and order" betul2.Kalau no jawabnya no la.Kalau kena bw itu, memang kena bw itu lah.Memang budaya mereka disini memang macum tu.Undang2 dan peraturan diletakan di atas utuk semua lapisan masyrakat termasuklan orang politik, presiden dan Vvip, tak seperti Malaysia undang2 dibawah kaki.
Tambahan lagi, minta En Z sediakna satu file dengan salinan semua sijil2 yang telah disahkan daripada yang original.Buat banyak.Sebab hartu pihak kedutaan nak salinan.
En Z ada mohon sijil "Letter of Good Conduct" dr Wisma putra. Pring borang online dan hanta ke Wisma Putra.Bayaran dulun RM 20.Surat ni penting juga tikala ada masalah di emgresen nanti dan masa di kedutaaan.
Akhir sekali, kalau ada masalah minta En Z email ye. Sy ada minta dia email kalau ada masalah. Kalau dah ada "flight itenery" minta email sama ye.Nak wat persiapan apa yg patut.
Satu lagi, nanti masa nak datang.Bw semua dokumen original sama seperti surat bernak asal dll. Surat bernak kita penting kalau kita melahirkan anak di US dan nak dafterkan anak di Kedutaan Malaysia di US
Kalau ada perkara yg rasa fikirkan penting dibawa atau tidak, enail la Izza atau sy.
Kami disini sedia membantu apa yg patu.Kirim salam pada En Z dan minta dia email sy berkaitan hal2 seperti ini sekiranya ada masalah.
Sekian
Salam dr sy dan isteri
Lincoln,Nebraska, USA
kak nadiah..
sekadar nak menambah..
bukan diskriminasi..memang budaya diorang macam tu.kat sini-islam dan agama lain sama saja.benda2 penting macam tu mmg kena alert.dan salinan asal setiap dokumen mmg kena bawa ms perjalanan ke sini.sebab ms kat LA depa xtengok yg salinan.biasa depa tgk yang asal.sini sume nak tgk yg asal.hatta surat beranak pon.abgfiz masa dlm flight smpi xtido sbb risau.tp alhamdulillah semua ok.
p/s: kalau ada kemushkilan kami sedia membantu mana yang patut.jgn segan2 email dan ym.insyaAllah dengan pengalaman setahun disini kami sedia menolong.
ms kami dulu, setiap minggu abgfiz follow up-tel kedutaan pasal visa.setiap minggu kdg tu 2 kali seminggu.agaknya smpi org sana penat nk jawab.alhamdulillah sebulan minggu dan hampir putus asa, depa yang tel.dr kelantan terus kami ke kl.
abgfiz dulu setiap dokumen dia masukkan dalam file clear folder.jd ke kedutaan tu mmg ada 2 folder.1- untuk dokumen personal dan isteri.2-dokumen kpt, usm, unl dsbg.
jgn segan2 bertanya..kami sedia menolong..=)
salams, on, inikah yang berlaku.takpe, yang sudah lepas2lah. ada hikmah disebalik semua yang berlaku.
Teruskan usha@ usaha. :D
@ ukmstudio: bkn tak bertanya...ada
@ hafiz & izza: hehe...sbnrnya encik z dh sedia dh semuanya tu tp ntah mcmana pagi nk pergi tu ms duk tgk2 blk semua dokumen tu, encik z terketepikn sampul yg berisi semua dokumen tu...dan tertinggal la ia...
hmm...hopefully mmg bkn diskriminasi la...tp yg peliknya ada sorg chinese tu ada tertinggal 1 dokumen tp diminta dtg semula keesokan hari dan bawa benda tu bersama...hmm...
btw, terima kasih byk atas pertolongan. hny Allah yg mampu membalasnya
@ pali: ye...pasti ada hikmahnya
mmg dikriminasi kat sana tuh... lebih lebih lagi towars muslim..
akak ckp akak bru staun kwen,tp ank da 4 bln,sbb tu die tsenyum sinis..hehe..umur ank 4bln+9 bln prgnant=13 bulan..da lbih staun tu..hehe..nrvous nye psl men sbt je lme mne da kwen..
Post a Comment