Sangat suka la dia buka laci dapur tu. Tiap kali saya tutup, tiap kali tu jugak la dia bukak balik. Memang tak senang hati dia kalau nampak laci tu tertutup. Sebelum ni asyik buka pintu kabinet dapur sebabnya kabinet tu memang takde kunci dan sangat senang dibuka (tak ketat..sesetengah kabinet kan ada magnet belah dalamnya, payah sikit nak buka, yang ni takde langsung). Tapi sekarang dia tak boleh buka dah pintu kabinet dapur sebab dah dipasang safety lock .
Dah tak boleh bukak pintu kabinet, laci pulak yang dia duk main. Laci yang belah atas je dia tak sampai lagi. Tiap kali bukak, mesti bukak ketiga-tiga laci. Kadang tu saya tutup balik, ada masa biarkan aje laci tu ternganga lagipun takde benda bahaya kat situ. Benda-benda tajam semuanya dalam laci belah atas sekali yang dia belum sampai tu.
Hantuk kepala kat dinding
Ni dikira hobi jugak ke? Tak tahu kenapa 3-4 hari ni Safiyyah suka hantukkan kepalanya kat dinding, kadang-kadang kat pintu oven. Memang perlahan aje tapi risau la jugak kalau-kalau dia terhantuk kuat. Dilarang, mengamuk-ngamuk dia. Kalau saya letak tangan saya kat dinding (bahagian dia nak hantukkan kepala tu) pun dia mengamuk, tak nak dia hantukkan kepalanya kat tangan saya, nak kat dinding jugak! Isk . Semalam saya baca entry kak Pija pasal Tabiat Menghantukkan Kepala pada Kanak-kanak...normal rupanya habit ni.
Antara sebabnya, untuk mengurangkan kesakitan. Saya rasa sebab ni la kot Safiyyah duk hantuk-hantuk kepalanya ke dinding. Saya perasan gusi atasnya nampak bengkak sikit, macam nak tumbuh gigi. Lagipun, sejak seminggu lepas dia asyik menggigit je waktu menyusu sampai umminya ni naik fobia nak menyusukan dia..huhu..
Usung kain batik
Kegemaran Safiyyah juga ni. Pantang nampak kain batik umminya, tak kita la yang dah basuh atau belum, ke hulu ke hilir dibawanya. Entah apa yang dia minat sangat pada kain batik. Kain lain dia tak nak pula. Hari tu dia keluarkan kain-kain yang baru dibasuh dari dalam bakul, dicarinya kain batik. Masa tu kain batik tertindan sikit dengan kain-kain lain. Jumpa kain batik, menyengih aje
39 comments:
ehem, kalau bab2 mengantukkan kepala kat dinding tu, saya biasa tengok abang zaki buat.
Petua kan, manalah tak tumpahnya kuah kalau tak ke maggi.
:D
kiut bebenor perangainya hehehe
seronok aje kakchik baca dan tengok gelagat safiyyah tu
apa yang nadiah lalui ini kakchik belajar teorinya dlm kelas dan biasa juga melihat anak-anak saudara melakukannya. InsyaAllah akan hilang kecuali jika menghisap jari, itu agak susah nak berhenti.
memang hobi safiyyah menarik. boleh la letak dalam kad warna coklat ms time sekolah nanti.
interestingly, hobi hantuk kepala tu. tak payah susah-susah makan painkiller. bolehlah cadang pada patient lepas ni =p
apa kata kak nadiah potong kain batik saiz safiyyah. biar dia pakai. mesti jadi gadis cun sepanjang zaman..ehehe
She is so cute!!! Snow Princess, come here...Aunty wanna pinch both ur cheeks! ;)
Salam..
lucunya hobi dia..hihihi..anak kakak saya pun pernah ada tabiat hantuk kepala kat dinding, peti sejuk dan lantai.. kadang2 dia nangis bila terhantuk kuat tapi masih juga buat.. menurut pemerhatiankakak saya, mungkin juga dia buat begitu sebab minta perhatian..
menarik hobi baru Safiyyah. hehe. tu tandanya dia kreatif Nadiah. jgn risau.
kiutnye tido dengan kain batik tu..
anak saya pun angin asyik bukak laci, dan nak jadi iron chef kot, masuk dapur amik senduk pastu simpan senduk bawah sofa kat living room..tensyen mama mencarik senduk..
zara pon suka bukak katup laci..hari tuh tersepit tgn tp doa sengih..kang dia nangis, sure mama dia marah ..baik dia sengih..:)
cutenya perangai safiyyah..
pandai lak dia pilih yang mana kain batik yang mn bkn...
ha, sufiyyah semakin nakal ye..
danish pun suka buka laci almari..risau gak tkt terkepit jari jerr..hmm..lg kite halang lg larr dia nk wat..suker explore..
Salam Cik Na@Nadiah....
Baik2 jangan sampai terapit jari kat laci tu dah ler...
safiyyah..sila kemas baju banyak2..kasi ummi 'rehat' sikit
nge~~~
comey je...tang punggah kain batik..ala2..wanita melayu gitu ahaks..
Safiyyah mogok dgn ummi dia kot..iyerlah x bagi dia main buka2 laci..sbb tu dia hantuk2kan kepala..hehe..
Ala chomeylnya..Safiyyah ni ada ciri2 anak solehah, kecik2 dah nak masuk dapur, nak tolong kemas ek..nanti senang la ummi dia..
safiyyah sangat comel..kalaula ade depan mata sekarang..huuuhuu
pali: la..menurun dari papanya ke? baru akak tau. haha
kakchik: hehe..budak2 rasanya lebih kurang sama je, kan kak chik?
sarah: nanti kalau cadangkan kat patient, jangan sebut nama akak lak tau..tak pasal2 kena saman..hehe..
love: come here la aunty if u you wanna pinch me ~safiyyah ;)
sakinah: memang budak2 suka hantukkan kepala agaknya, kan?
temp.hw: kreatif ye? hehe..
dbalkis: haha..kena sorok la senduk2 tu semua ye
arin: kelakar la zara nih. rela tak menangis takut mamanya marah ye..hehe..
husna: akak pun tak sangka dia boleh pilih kain batik aje walaupun corak dan warna semua lain
hamizah: semakin banyak akal ;)
alynnz: betul..betul..budak2 ni lagi dilarang, lagi dia nak buat. isk
nida: so far tak pernah la terkepit sebab dia hanya buka laci je pastu main benda lain
izza: gadia melayu terakhir kot..hihi
k'yati: nanti dia besar kita tanya dia ye sebab apa dia hantuk2kan kepala :D
ummu ammar: ameen..moga betul2 jadi anak yang solehah
incik: kalau ada depan mata nak cubit2 ke? ehe..
Dia buka kabinet tu, mungkin sebab dia ingat ada 'monster' tak? Hehe, (kata saya yang terpengaruh tengok citer Monster.inc). :D
ala comelnye safiyyah ni..akak,update la hari2 psl safiyyah..ltk pic skali..sronok bace psl safiyyah ni wlau xprnh knal..=)
heee..comel saffiyyah ngan kain batik tuu,i like it!ciri2 wanita solehah..erm,buka tutup laci tu jd kegemaran my boy gak..
safiyyah gadis melayu terakhir di US, sbb tu nak main dgn kain batik je eheh
Nadiah, kain batik tu..cuba sarung kat badan..lepas tu kelek si saffiyah, mesti dia suka.macam bibik2 suka buat tu..ha.ha
qaisara walau dah panjang macam tu..sesekali bibik buat, sukanya ya amat sangat..
Tak nak masuk dalam laci ker safiyyah! :)
Tak nak masuk dalam laci ker safiyyah! :)
Tak nak masuk dalam laci ker safiyyah! :)
amirul: haha..sangat tak logik :p
anon: hari2? bukannya ada benda menarik sangat pun. letak la nama dik..tak syok la panggil anon ;)
ibunafis: hehe..
yatie: ye la tu kot..ehe..
NB: tak reti la pulak nak wat gitu kak :P
ummumishkah: tak muat nak masuk :D
pheww...lega akhirnya dapat gak tgk sume photo safiyyah. dah lame tenet slow..tak dpt download sume.
cumey2 sume photo gelagat safiyyah 2. Aktif nyer die...sume bnd nak buat..hik3.
ya, allah lebih kurang aje dgn Falisha. Umur pun lebih kurang, budak2 umur mcm tu agaknye memang very curious lah. pastu macam2 kepandaiannya.
safiyyah ni tengah nak kenal erti dunia sebenar...
biarkanlah dia mencari suatu kelainan.
meen: la..siannya..internet slow ek
paij: a'ah..semua benda dia nak tahu ;)
ibu emy: selagi tak berbahaya, memang biarkan aje pun :D
Just like my little daughter! Suka sgt bukak tutup laci kat dapur. Sometimes I sound dia...she walks away, but not less than 2 mins she'll come back again! hehehe ;)
Alahai comelnya Safiyyah berguling dengan kain batik..eem boleh jadi perwaris kegemilangnha melayu nnt sayang yea^_^
Bab hantuk kepala ni Abdullah pun sama macam tu juga,makin dilarang mankin dibuat,rupa2nye ada yg dai ank atau tak puas hati..huhu
hehehheh comelnya safiyyah sengih, comel lagi bila baring dengan kain batik tu.. :P Kelakar je la auntie tgk... :)
Kalau bab hantuk kepala lak, Khayra tak hantuk kat dinding, tp dia suka tepuk kepala dia dengan tgn dia.. aduiii.. makin di larang, makin di ikut...
huhu....kain batik ummi...bukan safiyyah jer....adik beradik huda termasuk la huda sekali...semua suka kain batik ummi...berebut....
yg ummi pakai lagi lak tu..hihihi...kain batik ni jadi tumpuan masa ummi solat...ummi akan pakai kain lain..lepaskkan kain batik tu...haa masa tu semua duk pakat kerumun...
sejukkk...suke^_^hihihihi
love: hehe..kena pasang lock la kat laci tu
ummuAS: tu la..bdk2 ni suka betul hantuk kepala, kita yg duk risau
ummikhayra: tepuk kepala dgn tgn blh tahan lagi..tak sekeras dinding..hehe..
boundaries: le..safiyyah ngikut perangai huda rupanya :p
Post a Comment