Pages

Sunday, February 7, 2010

Mujur tak tertelan!

Seminggu dah blog ni takde entry baru. Malas, takde idea, takde mood, semua bercampur! Tadi tiba-tiba teringat kisah masa di sekolah rendah dulu..

Masa tu saya duk makan keropok lekor. Antara favourite food kitorang la masa rehat. Tengah-tengah sedap kunyah, ada pulak part yang agak 'keras' sebab keropok lekor tu agak sejuk tapi pulun jugak nak hancurkan keropok tu. Kunyah punya kunyah tak nak hancur gak!

Waktu rehat pulak dah nak habis...nak tak tak, terpaksa la buang keropok yang 'degil' tu. Tengok-tengok...la...gigi rupanya! Patut le tak hancur-hancur! adus Memang tak perasan yang saya tengah kunyah gigi...ingatkan keropok lekor tu yang keras sangat jelir. Mujur saya tak tertelan gigi tu. penat

picture by Google

Kalau tak silap, sebelum tu lagi gigi susu tu goyang tapi penakut ya amat nak cabut! Pernah sekali tu 1 gigi susu dah goyang sangat-sangat...mak saya nak cabutkan tapi saya tak nak sampai menangis-nangis (haha...drama queen betul! sengihnampakgigi). Takut sakit bila cabut gigi padahal bukannya sakit pun cabut gigi susu. End up, saya duk main-main la gigi tu...goyang-goyangkan sampai tercabut. Nak terus tarik rasa gerun la pulak. Memang dasar penakut. ihikhik


p/s: nanti Safiyyah besar (insyaAllah) tengok macam mana gayanya nak dicabut gigi susu...kalau takut tu sah-sah la menurun perangai umminya! jelir

28 comments:

Ummi Salsabila said...

huhu.lawakla kak..sy pernah mkn buah kedondong yg keras tu.smpi gigi tersepih.nsb bek gigi belah dlm..hihi

daud.montak.zakaria said...

Ermmmm...saya ingatkan gigi tu gigi yang ada dalam keropok lekor tu. Manalah tau mungkin masa menguli tepung keropok lekor tu, nenek yang mengulinyer terjatuh gigi dalam tepung tu...kan...kan...

Nida n' Hanafi said...

Ya Allah...macam manalah boleh tak perasan..hehe

Moral of the story 'jangan makan keropok sejuk'...

Love2cook Malaysia said...

Hehehehe...that's so funny! ;)

Hugs to Safiyyah!

mirah said...

huhu ingatkan safiyyah nyaris tertelan apa, kisah umminya rupanya.. :)

sarahfazalul said...

ahaha..kecik-kecik dulu ayah yang akan jadi doktor gigi. rimas katanya tengok gigi yang bergoyang-goyang tu. cabut gigi pakai playar muncung tirus (long-nose player..ehehe..method yang agak efektif (sambil terdengar-dengar bunyi budak perempuan menjerit tahan sakit dicabut gigi) =p

deena farhana said...

huhu..boleh ye xperasan kunyah gigi sendiri..tu nasib baik xhancur, kalo hancur, lg amazing...

rindu lak ngan kepok leko..

puan oryza said...

x berdarah ke akak? mesti terkejut tengok2 gigi yang keluar kan;p

transformed housewife said...

nasib baik gigi susu, kalau gigi yg kekal ni mcmmana? hehe kan tak pasal2 kena buat gigi palsu.

MAKCIK REHAN said...

sib baik gigi susu. kalau gigi geraham? sakit hokayyy....

aLyNnZ said...

haha lawak laa citer nadiah nie..
kunyah nyer kunyah xsedar kunyah gg sendri..mesti time tuhh rs cam nk menjerit kan?

al-lavendari said...

nasib baik tergigit gigi, kalau tergigit lidah .. boleh nyanyi lagu P. Ramlee dan Saloma.

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

hahahha lawak la :D nasib baik x tertelan.

btw kita 1 kapal ke dr cik siti wan kembang?

Dayah @ Real Ummu said...

arwah pakmentua dulu cabut gigi susu anak2 dia sendiri...pakai tangan ja..so sbb tu anak dia sorang jadi doktor gigi..

Cahaya.Kemuliaan said...

ingatkan gigi makcik yang buat keropok tu xD

Nadiah Sidek said...

US: la..macam mana blh terserpih pulak? so far akk takde experience gigi terserpih ;)

studioukm: yuck! kalau gigi tukang buat tu mmg boikot terus la beli keropok lekor kat situ

nida: tu la kak..yakin je tgh kunyah keropok yg keras :p

love: haha..

mirah: sesekali citer psl ummi Safiyyah la pulak :D

Nadiah Sidek said...

sarah: playar?? itu bkn setakat akk menangis tu..menjerit melolong gamaknya :p

deena: tu la..terer la kalau blh hancurkn gigi tu..hehe..

cik oryza: harus la terkejut sbb tak sangka langsung tgh mengunyah gigi :p

temp.hw: ahaha..tak dpt bygkn muda2 lagi dah kena pakai gigi palsu

MR: oh..tu semestinya sakit

Nadiah Sidek said...

alynnz: tak menjerit pun. diam aje sbb takut kena gelak ngan kwn2 :p

hamzah: gigit lidah?? huhu..sakit!

umminor: hehe. sy org sgor. suami dr negeri cik siti wan kembang :)

dayah: mak nak jgk cabutkan tapi kite yg takmo :p

izzah: kalau gigi makcik tu, tobat la nak beli lagi :D

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

then when it come to Saffiyah u have to 'menuntut' on how to pull your kid's teeth. Like i did to TIni. really a treasured experience. :)

Unknown said...

bes la nadiah ni..lawaks btul ni..hehe..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
h4ni3 said...

hihi.. pastu gigi tu letak bawah bantal tak? mcm citer tooth fairy tu :D

Nadiah Sidek said...

paij: entah berani entah tidak nak cabutkan gigi safiyyah nanti..hehe

ibunafis: hehe..

h4ni3: tak ingat la apa nasib gigi tu..masuk tong sampah kot :p

ummuabdullahsyaakir said...

Hehe lucu laa cerita akk ni,eem akk masih ingat lagi kisah zamn muda dulu yea.Tapi kalau tak betul2 kunyah,memang boleh tercekik.

UmmiKhayra said...

hehehhe lucu la citer nih... ^_^.. Nini pun actually takut nk jumpa doc gigi... hehehhehe

boundaries said...

ish2....sama penakut mcm huda ni...k.nadiah tiruuuu...hahah...

Nadiah Sidek said...

ummuAS: certain je yg masih ingat lagi, byk yg tak ingtnya ;)

ummikhayra: bunyi mesin tu kot buat jd takut :D

boundaries: apa pulak..huda la tiru akk sbb akk yg lahir dulu..haha