Pages

Showing posts with label produk Muslim. Show all posts
Showing posts with label produk Muslim. Show all posts

Monday, June 29, 2009

Radix Oriental Cuisine

Dalam duk 'ronda-ronda' blog tadi, saya terbaca pasal Radix Oriental Cuisine kat blog kak Dora. Tak tahu lak saya dah ada restoran tu. Yang saya tahu hanyalah Radix Fried Chicken. Alhamdulillah...semakin berkembang rangkaian HPA. So, kalau ada sape-sape yang suka makan masakan cina boleh la ke ROC tu. Tak payah la ke kedai cina lagi. Walaupun ditulis halal kena ingat juga...halal tu bukan setakat takde b*b* je. Kefahaman non-Muslim tentang maksud halal berbeza. Kalau restoran cina Muslim tu lain la. Jom pakat-pakat ke RFC dan ROC!


sumber



Tuesday, March 31, 2009

Radix Fried Chicken (RFC)

sumber




22hb lepas saya sekeluarga sempat singgah di RFC Sg. Petani dalam perjalanan ke Tanjung Dawai. Tapi saya, suami dan anak hanya menunggu dalam kereta. Bimbang kalau-kalau Safiyyah meragam dalam restoran tu. Punya la lama kami tunggu baru la nampak kelibat mak dan ayah keluar dari restoran berkenaan.



"Lamanya," ayat pertama saya sebaik sahaja mak dan ayah masuk dalam kereta.



"Ramai sangat orang. Staf pulak tak ramai...diorang pergi lunch. Staf yang ada tu pulak slow sangat buat kerja. Mak rasa macam nak pergi tolong je. Sepatutnya dia tak boleh macam tu, dah la orang tengah ramai," ujar mak panjang lebar.



"Staf tu banyak sangat mengelamun. Ralit tengok orang," tambah ayah.



"Mak belikan air coklat untuk Nadiah," kata mak sambil menghulurkan bungkusan plastik pada saya.



"Aik...tadi kata nak belikan float," ujar saya kehairanan.



"Staf tu la lambat sangat. Malas mak nak tunggu lama. Rasa nak pergi tolong je," mak mengulang ayat yang sama.

Itulah antara perbualan kami anak beranak. Mungkin nampak 'simple' tapi ada maksud yang tersirat. Customer is always right. Andai kata tiada penambahbaikan yang dibuat, kebarangkalian pelanggan 'lari' agak tinggi. Nak menghasilkan produk Islam bukan mudah tapi nak mengekalkannya lagi susah. Kalau berterusan dengan kerja cincai, tak mustahil akan 'hilang' pelanggan jika pelanggan sudah mencapai tahap bosan.



Tapi ayam RFC memang sedap. Nyum..nyum. Tak lama lagi cawangannya akan dibuka di Shah Alam dan Bangi. Nanti tak perlu lagi la ke Utara semata-mata nak makan ayam RFC. Jom makan ayam goreng RFC!